Hiburan Infomaklumat ISU SEMASA Viral

Jangan Ingat Semua Artis Kaya Kami Juga Rakyat Malaysia Layak Mohon PPR

Semalam 25 penggiat seni menerima surat tawaran menyewa unit PPR di bawah Inisiatif Perumahan Komuniti Seni Prihatin menerusi program yang diusahakan oleh FINAS serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Program itu bertujuan untuk membantu artis veteran termasuk kru yang kurang berkemampuan, menyewa rumah PPR. Turut ditawarkan rumah tersebut, pelakon Sheila Mambo berkata dia menyewa rumah di Hulu Klang sejak 20 tahun lalu.

Menurutnya, dia tidak pernah bercita-cita untuk memiliki kediaman sendiri memandangkan harga kebanyakan rumah sekarang terlalu tinggi. Ujarnya, sebaik mendapat tahu tawaran FINAS, dia tidak melepaskan peluang mencuba nasib.
Sheila berkata mungkin berkat doa arwah ibunya, impiannya termakbul. Enggan peduli apa yang dikatakan oleh orang ramai, Sheila berkata jangan sangkakan semua artis kaya dan hidup senang.

“Saya tidak peduli apa orang cakap. Jangan ingat semua artis kaya. Kami juga rakyat Malaysia, jadi kami layak memohon PPR. Jangan pertikaikan rezeki yang Allah beri kepada kami,” katanya.

Difahamkan, Sheila menerima surat tawaran menyewa rumah PPR di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya.

Turut menerima surat tawaran mendiami rumah di PPR Lembah Subang 2 adalah Delimatati, Badrul Muhayat, Ayati Tasrip, Wan Nor Azlin, Abu Bakar Ahmad, Mahmud Ali Basha, Alina Hassan, Mubarak Majid dan ramai lagi.

sumber : rotikaya

Tiz Zaqyah Ditegur Setelah Memuat Naik Video ‘Belanja’ Dan Ini Sebabnya

Pelakon Tiz Zaqyah menerima kecaaman warganet gara-gara tidak menapis produk sebelum membuat ulasan (review).

Tiz menerusi Instagram (IG) miliknya membuat posting yang ditujukan untuk wanita mempunyai masalah payudara dan punggung.

Entri tersebut memuat naik video yang menunjukkan seorang wanita menari sehingga menampakkan sebahagian payudara.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menegur dan memohon agar Tiz mencari duit sampingan dengan cara yang lain.

Video yang telah Dipadam

“@mat_jijan02: Tak faham dengan dunia akhir zaman ni, ada lagi yg berniaga tayang aset sendiri.”

“@_.mhdamirull: Zina mata.”

“@norhisham_69: Cari duit cara lain la dari buat review macam ni.”

“@wne_awz_firshaz: Awak memang ada share ke dengan dosa macam ini?”

“@cempaka125: Adakah awak pun dibayar banyak untuk review produk ini? Yang buat awak rasa rugi tolak.”

“@jue_2020: Orang sekarang ni mana kenal halal haram yang penting perut kenyang! Bila hati dah hitam… Selalu-selalu dengar ceramah ustaz yang baik-baik. Insyallah jadi baik,” antara komen-komen yang ditinggalkan.”

Berharap ig Tiz digodam kerana tidak percaya

Walaubagaimanapun, ada segelintir peminat yang tidak percaya dan mendakwa akaun IG Tiz telah digodam.

“@ila.mohdkasim: Tak mungkin @tiz.zaqyah mempromosi produk seperti ini. Akaun dia kena hack kot? Kesian dia.

“@lyne.zana: Tolonglah kata akaun Tiz ni kena hack. Saya mempunyai persepsi yang satu ini bahawa Tiz adalah wanita yang pintar dan berkelas. Iklan ini sangat bertentangan dengan apa yang saya fikirkan mengenai Tiz,” antara yang ditulis.

Sebelum ini, usahawan kontroversi Safiey Illias dikritik selepas tidak menapis bahan sebelum dipromosikan di IG.

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *