ISU SEMASA

Kahwin Duda Anak Dua. Satu Hari Suami Bawa Anak Angkat Bertudung Labuh Tinggal Bersama Atas Satu Alasan Ni. Semuanya Terus Terbongkar Lepas Isteri Balik Dari Kursus

salam semua, Saya ingin menceritakan sebuah pengalaman kehidupan. Saya seorang wanita berkerjaya agak baik, berpendidikan tinggi, berjawatan dalam politik. Cerita bermula bila saya berkahwin dengan duda anak dua. Suami membawa 2 anak perempuan nya tinggal dgn saya dirumah ibu bapa saya. Mak dan ayah saya sangat sayangkan ke 2 cucu baru itu walau bukan datang dari rahim saya.

Saya berkahwin selama 13 tahun dgn suami Saya bekerja dgn kuat termasuk berniaga sampingan dan kehidupan kami agak mewah. Suami tak bekerja. Anak2 tiri saya semuanya hidup dalam keadaan baik termasuk pendidikan. Suami saya tidak bekerja tetap dia hanya buat kerja2 kg sahaja. Sampailah suatu ketika saya berjaya membeli 4 buah kereta dan membina sebuah rumah diatas tanah saya sendiri bernilai 200k.

Saya amat menjaga suami tatang bagai minyak yg penuh kerana tiada anak dgn suami. Wang saku saya berikan setiap hari Makan minum semua terjaga,malah mewah. Suami mula bosan katanya duduk dalam umah besar. Lupa nak cerita anak2 tiri saya semua dah berkahwin pada usia muda iaitu 18 dan 19 tahun. Perkahwinan berlangsung semuanya saya tanggung. Pendek cerita bagi menghilangkan kebosanan suami saya. Saya meminta suami mengambil PSV bas dan saya biaya sepenuhnya. Segalanya bermula.

Suami mula jadi pemandu bas universiti. Itupun saya yg carikan. Suami mula balik lewat katanya budak2 Uni banyak aktiviti malam sampai 2,3 pg. Saya mcm biasa tetap bg wang saku rm50 sehari pada suami walau dia bekerja. Suatu hari dia bawa balik seorang budak perempuan berusia 21 tahun katanya anak angkatnya. Dia suruh saya sediakan sebuah bilik sbb budak tu praktikal kat negeri saya. Budak tu org pantai timur. Saya turutkan.

Saya terus hubungi universiti dan tanya kenapa budak tu tak buat praktikal di negerinya. Kata pihak universiti budak tu berkeras nak buat praktikal kat negeri saya. Suami bawa bas macam biasa. selalu saya masak budak tu akan call teman lelakinya bagitau apa saya masak. Selalu dia dapat hadiah yg menarik dari teman lelaki dia. Saya hanya memerhati sebab budak tu sangat hormatkan saya dan memanggil saya mama. Dia juga memakai tudung labuh dan sopan.

Suatu hari kakak saya sebelah umah datang nasihatkan saya supaya jangan membenarkan budak tu tinggal dirumah saya. Dia kata takut jadi apa2. Saya khabarkan pada suami dan suami marahkan keluarga saya. Suami pula bila gaji tak pernah ada duit malah ambik duit poket dari saya macam biasa. Saya diam. Suatu hari saya terpaksa berkhusus selama 4 hari dipenang. Saya suruh budak tu balik hostel dan budak tu bersetuju.

Lepas 2 hari kakak saya call dan minta saya balik mengejut tengok keadaan rumah saya katanya. Malam tu juga saya balik jam 11.30 malam sampai rumah tumpang kawan. Saya sengaja jalan kaki masuk kawasan umah saya diam2. Alangkah terkejutnya saya bila kelihatan suami hanya memakai tuala mengadap tv sambil merkok dan budak perempuan itu hanya mengenakan baju labuh tali kecil tanpa lengan. Saya selamba masuk dalam umah dan terus masuk bilik. Saya nampak dengan ekor mata mereka terkejut biawak hahahahaha. Saya masih diam.

Selang 5 hari lepas tu budak tu balik pantai timur bercuti. Saya pulak ajak suami naik super bike jalan2 dalam kampung. Saya minta henfon suami untuk call kawan kononnya saya tak bawa henfon. Suami tanya number berapa dia nak tekan saya cuma bercakap terus. Bila dia bagi handphone dia saya terus padam dan buka wasap dia. Sambil mulut pura2 bercakap. Dia tak nampak sebab dok bawa motor. Saya sempat baca semua wasap yg baru masuk bertubi2. Allah lruh jantung saya..” abg nanti Za balik Za singgah alor setar kita pergi tidur dulu kat tutttt…nanti za call pompuan tu (sayalah) ambik za kat kangar ok?

Saya diam. Balik rumah saya minta penjelasan dari dia. Dia diam. Tidak menjawab sepatah pun. Saya minta baik2 dia keluar dari rumah saya. Saya ambik semua wang hanya tinggal rm20 dalam poketnya. Semua kunci kereta dan motosikal. Dia menangis terus melangkah keluar dari rumah. Saya call bapa budak tu seorg ustaz dekat Terengganu cerita benda sebenar dan minta mereka datang ambil semua barang dia dalam 3 hari. Saya langsung tak menangis, cuma sedih sebab mereka berdua balas tuba pada kebaikan saya.

Hari ini dah 4 tahun berlalu. Saya dah kawen lain sekarang. cerita yang saya dengar budak tu dah kikis suami saya habis2an untuk tanggung pengajiannya. Selesai saja pengajian budak tu balik pantai timur dan berkahwin dengan org lain. bekas suami? Tinggal dalam kabin kontena pekerja. Nasib baik saya bagi sebiji motosikal sebab kesian. Duit? Entahlah. Mula2 saya susah nak move on tp saya bangkit bila saya ingatkan diri saya saya berdiri di atas kaki saya sendiri.

Anak2 dia tak membantu sebab mereka dah kawen dan tinggal jauh di johor. Saya masih baik dengan bekas suami. Dia masih nakkan saya dan memohon maaf. tapi saya sangat terluka. Buat budak perempuan tu. Maizah tq sbb r0sakkan rumah tangga kami. Ma doakan kau bahagia sentiasa. Buat bekas suami semoga abang berjumpa dengan wanita yg lebih baik dr saya. InsyaAllah saya sentiasa doakan abg.

Sumber:KIsah Jalanan

Aku Kahwin Dgn Bekas Isteri Mmber Aku Kerana Simpati. Tapi Suatu Malam Itu Aku Hampir Twas Dgn G0daannya Kekasih Sepejabat

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sudi pilih confession aku untuk disiarkan. Aku tak pandai sangat nak bercerita, harap korang dapat something dari confession aku ni. Aku tak tahu cabang mana aku nak luah, memandangkan isteri aku pon suka baca cerita kat page ni (aku suka mengintai kalau nampak dia tengok fon sampai tak berkelip), aku harap dia ada terbaca la. Yang mana tahu kisah aku ni, jangan tag aku pulak ye.

So firstly nama aku Izat, umur 27 tahun dan baru berumah tangga 8 bulan lepas. Isteri aku, Nabila umur 29 tahun dan ada kerjaya sendiri. Walaupun umur dah 29 tapi Nabila Nampak muda dari aku. Kalau orang tak tahu dia ingat aku lagi tua. Huhu. Kitaorang tinggal asing walaupun rumah aku dengan dia dalam 40 minit perjalanan. Dia tinggal rumah sewa dan aku masih tinggal dengan ayah, mak dan adik perempuan. Benda pertama aku nak cerita ialah macam mana aku boleh kahwin dengan dia. Kalau korang nak tahu dia ialah bekas isteri kawan baik aku yang dah pergi buat selamanya, Hafiz. Hafiz tiada sejak tahun lepas sebab ada sakit (rahsia).

Masa tengah sakit teruk dia selalu pesan kat aku yang aku lah orang paling dia harapkan untuk tengokkan Nabila. Lupa aku bagitau Nabila anak yatim piatu. Masa tu kat hospital Hafiz cerita satu-satu pasal Nabila. Nabila jenis tak boleh bawak kereta jauh, dekat-dekat dia boleh la. Kalau masuk kawasan Bandar ke memang dia fail. Lepas tu ape yang Nabila tak boleh makan, ape yang dia suka makan. Tengah baring lemah pon dia sempat cerita satu-satu kat aku. Aku tahu Hafiz betul-betul sayang kat Nabila.

Lastly, dia minta aku jaga Nabila atau dengan kata lnabila mintak aku kahwin dengan dia. Aku hanya angguk je, tak tahu nk cakap ape masa tu. Hafiz dengan Nabila dah 2 tahun kahwin tapi takde rezeki anak. Masa Hafiz sihat dulu pon dia selalu bawa Nabila keluar lepak sekali, kiranya aku dan Nabila memang dah lama kenal. Long story short, lepas 6 bulan Hafiz pergi, aku kahwin jugak dengan si Nabila ni. Family aku sangat ok dan terima dia sebagai menantu seadanya. Aku? Entah la susah nak cakap, sejujurnya aku terima dia masa tu sebab teringat janji pada Hafiz dan sememangnya aku dah lama single. Last aku sentuh dia (salam) masa lepas akad nikah. Tu pon aku tarik tangan cepat-cepat walaupun dia masih cium tangan aku.

Mak aku pulak terlebih excited bila anak sulung dia kahwin. Dia siap upah orang untuk hias bilik aku. Cantik jugak la dengan bunga-bunga pink + putih. Aku dah pesan dekat mak aku yang aku nak majlis ringkas je, tak nak pelamin. Alhamdulillah majlis semua berjalan lancar, walaupun ada mulut-mulut yang mengata Nabila, aku just pekakkan telinga je. Malam tu aku tak tidur pun kat bilik tu, aku tidur kat luar je dengan alasan aku rimas dengan hiasan bunga-bunga.

Keesokan lepas majlis tu Nabila terus mintak izin aku nak balik rumah sewa. Mak aku dengar, tak sempat aku nak angguk, mak aku halang. Mak aku mintak dia stay lagi dua tiga hari kat sini. Nabila hanya senyum je. Masa tu aku terus Tanya “kau ok tak?” dia hanya angguk. Mak aku terus menyampuk, “cakap ngan bini pon aku kau apa la along.” Terkedu jap aku. Dah sebelum ni pon memang bahasa diri aku kau memang susah nak ubah.

Sejak dari tu kalau depan family aku, aku akan bahasakan diri saya awak, kalau dengan Nabila je aku kau. Nabila pandai ambil hati mak aku. Kadang-kadang aku tengok dia dah mcam adik perempuan bongsu aku, suka peluk mak aku, cium mak aku. Dia memang jenis manja. Kalau Nabila tak balik hujung minggu, mak aku la yang beriya-iya call mintak balik. So boleh dikatakan setiap hujung minggu Nabila akan balik rumah family aku. Tapi setiap kali dia balik pon, kami memang tak kan tidur sekatil.

Bila dah lepas kahwin aku tak rasa hidup aku berubah. Yela, Aku jumpa Nabila pon bila hujung minggu. Mak aku pernah Tanya aku kenapa aku tak stay je dengan Nabila kat rumah sewa, aku bagi alasan yang tempat kerja aku dekat dengan rumah mak. Kalau aku stay dengan Nabila amik masa sejam jugak nak sampai tempat kerja. Selepas 2 bulan kahwin, Allah nak uji aku. Kalau korang nak tahu sebenarnya aku ada simpan hati kat sorang perempuan ni nama dia Akma sebelum aku kahwin lagi. Akma ni staf kontrak baru masuk kerja sebelum aku kahwin.

Dia boleh dikatakan hot masa tu, mana tak nya wajah yang manis, peramah. Sape yang tengok pon mesti terpikat dengan senyuman manis dia. Tambahan pula Akma single masa tu, ramai la yang nak try. Masa mula-mula kami kenal, kami agak rapat tapi lepas dia tahu aku dah nak kahwin masa tu, dia perlahan-lahan jauhkan diri. Aku dah cerita sepenuhnya pada dia dan siapa Nabila sebebenarnya. Masa ni aku dan Akma masih berkawan biasa. Dan Akma ni perempuan freehair. Kat tempat kerja ramai yang usik aku ngan Akma ni sepadan macam pinang diblah dua gitu.

Lepas aku kahwin, kami masih berhubung dalam Whatsapp. Masa tu la baru dia nak bagitau yang dia suka aku. Dia cakap kalau dia bagitau awal nanti dia takut aku akan batalkan perkahwinan. Aku happy gila masa dia bagitau tu. Lepas beberapa bulan couple dengan Akma, aku berterus-terang dengan Nabila yang aku ada hubungan dengan staf tempat kerja aku. Nabila hanya pandang aku, aku ingat dia nak marah aku dah tapi boleh dia cakap “Baguslah” sambil sambung makan. Aku tanya balik dia “Kau tak marah ke?” dia balas “kalau aku couple dengan laki lain agak-agak kau marah tak?” lebih kurang macam tu la ayat dia.

Time tu jugak la si Akma call aku, aku cakap la tengah makan dengan Nabila, aku minta dia call balik kejap lagi. Suara dia macam merajuk plus marah. Tengah rancak aku ngan Nabila borak sambil gelak (Nabila suka buat lawak), Akma call lagi. Kali ni dia betul marah sebab aku tak reply whatsapp dia. Ayat dia aku ingat sampai sekarang, “kau makan ke kau tengah berji*ak ?!” aku betul hilang sabar masa tu sebab aku dah bagitau elok-elok tadi tengah makan. Aku jawab “haah, tengah berji*ak !” aku off call hempas atas meja, pecah jugak la skrin fon masa tu. Bukan Nabila je terkejut, mak aku yang kat dalam bilik pun boleh keluar tanya kenapa. Mak aku dah faham perangai aku bila dah marah memang teruk. Aku tak boleh terima bila orang cakap kasar macam tu bila aku dah cakap elok-elok.

Lepas dari kejadian tu, aku baik balik dengan Akma tapi kami still asyik berbalah. Disebabkan perangai dia yang suka sangat control aku. Dia macam cmburu bila Nabila ada kat rumah mak aku. Padahal hujung minggu je Nabila datang. Dan aku pon mengaku dengan Akma yang aku tak pernah sentuh Nabila. Apa-apa yang aku hadapi, aku akan call atau Whatsapp cerita kat Nabila. Dia dah jadi pendengar setia aku pulak. Dia jenis happy go lucky, kadang boleh jadi serius, kadang boleh jadi budak-budak. Nasihat dan kata semangat dia macam kaunselor. Kalau kau murung ke baik kau jumpa Nabila, terus jadi happy. Hehe. Lama kelamaan aku jadi makin rapat dengan Nabila, sebab apa-ape je aku akan cerita kat dia. Dia dah jadi macam bestfriend aku bukan macam suami isteri.

Kemuncak segalanya, beberapa minggu lepas Akma ajak aku keluar makan, masa tu dah agak lewat malam. Tapi aku ikutkan je. Aku nak jemput dia kat rumah. Akma tinggal rumah sewa dengan kawan-kawan dia. Bila aku sampai je rumah dia, aku pelik kenapa sunyi sangat, mungkin dah lewat malam. Aku call Akma, dia cakap dia tengah bersiap, dia suruh aku masuk je dalam rumah, sebab rumah tak berkunci. Aku mtikan enjin terus jalan masuk. Masa tu tak fikir ape-ape yang pelik. Aku masuk rumah dia kosong takde sape-sape, pintu aku biarkan terbuka. Aku duduk atas kerusi kat ruang tamu. Aku perhatikan je dalam rumah tu sebab ni first time aku masuk rumah dia. Boleh tahan bersepah rumah anak darra, aku cakap dalam hati je. Hehe.

Tak sampai 2 minit Akma keluar bilik. Terbeliak biji mata aku. Tak pernah aku tengok Akma pakai baju tak cukup kaim macam tu, aku tunduk segan. Terus dia datang dekat dengan aku paut lengan aku. Aku macam tolak sikit tangan dia, aku tanya la kenapa tak bersiap lagi. Dia cakap dia tak lapar pon, dia nak aku temankan dia malam ni sebab kawan-kawan dia takde. Aku macam tak sedap hati, aku tolak dia. aku cakap la aku nak balik la sebab esok kerja. Masa aku nak jalan keluar, dia peluk aku dari belakang, masa tu jugak Nabila muncul kat depan pintu. Aku cuba tolak Akma tp dia peluk kuat sangat. Sampai aku jrkah dia, baru dia lepaskan. Nabila dah terpku kat pintu pandang aku. Aku panggil Nabila tapi dia jalan laju-laju masuk kereta, aku tak sempat nak bagitau ape-ape pon.

Masa tu aku rasa macam nak menangis pon ada. Aku tanya Akma kenapa dia buat aku macam ni. Akma cakap dia terlmpau sayang aku. Dia bila baca conversation Whatsapp aku dengan Nabila. Dia nak aku sorang je. Dan dia rancang nak buat Nabila benci dengan aku. Dia curi nombor Nabila dari fon aku. Aku terus terang dengan dia, aku dah tawar hati bila dia buat aku macam ni. Nabila masih jadi keutamaan aku sebab dia isteri aku yang sah. Masa perjalanan balik ke rumah, aku cuba call Nabila memang dah tak dapat. Dia dah off fon. Aku jadi buntu masa tu. Aku cuba fikir balik apa yang dah aku buat selama ni kat Nabila.

Sepatutnya aku kena jaga Nabila, bukan sibuk bercinta dengan Akma. Aku betul tak sangka Akma boleh buat aku macam tu. Tapi aku tak salahkan sepenuhnya pada Akma. Aku jugak yang bersalah sebenarnya. Sejak dari kejadian beberapa minggu lepas, sampai ke hari ni aku tak dapat contact Nabila, dia pon dah tak datang rumah mak aku. Malam-malam memang aku tak dapat tidur, makan pon dah kurang selera sekarang. Sampai mak aku perasan, siap usik rindu bini la tu. Aku senyap je.

Kalau la Nabila terbaca confession ni, aku nak kau tahu Mak rindu kau, hari-hari tunggu kau call, konon kau bagitau mak yang kau outstation luar Negara kan. Tapi aku tahu kau ada kat sini je. Aku dah pergi rumah sewa kau tapi sunyi je, banyak kali aku pergi. Aku betul-betul nak berjumpa, nak cerita hal sebenar. Aku dah clsh dengan Akma. Dia cakap nak bmoh aku, aku tak kisah dah sebab aku ada Allah, aku ada kau. Harap bila kau baca ni contact aku balik. Aku betul rindu kau. Rindu nak dengar kau gelak. Maafkan suami mu. Aku janji aku akan jaga kau baik-baik. Berikan aku peluang kedua please Nabila. Aku merayu sangat.

Hargai siapa pon dia yang selalu ada masa kau sedih atau gembira. Maafkan aku jika ada penggunaan bahasa yang ksar. Aku perlukan kata semangat dan jalan keluar bukan kritikan. Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *