Infomaklumat ISU SEMASA Viral

Bapa paksa anak sendiri makan nasi basi siap rakam?mak budak tu dedahkan semuanya….

Seorang anak ibarat kain putih, ibubapa lah yang bertanggung jawab untuk membentuk Anaknya, supaya menjadi insan yang berguna dan mulia. Layanan terhadap anak sangat penting, kalau berkeras pun biarlah berpada.

Seorang wanita meluahkan rasa kesal dengan mendakwa anak lelakinya mendapat layanan buruk dibawah jagaan seorang lelaki yang dikenali sebagai Jamal.

Menerusi laman Facebook, Azza Eirma memuat naik beberapa gambar dan video anaknya yang dihantar oleh lelaki tersebut melalui aplikasi Whatsapp.

Menurut Azza, dia terpaksa membuat laporan polis bagi mengambil semula kanak-kanak tersebut selepas lelaki terbabit didakwa berlaku kasar terhadap anaknya.

“Anak lapar kau paksa anak kau makan nasi lemak basi sambil berdiri kat bucu bilik? Kau pijak kepala anak kau yang zakat dia pun aku yang bayar. Tu anak kau tau.

“Aku tak nak besarkan hal ni tapi sampai anak pun tau pasal botol hisap batu semua. Apa yang kau buat depan anak kau Jamal?,” tulisnya.

Tambah wanita itu, dia tidak sanggup melihat anaknya diperlakukan sedemikian malah menyifatkan lelaki tersebut sengaja ‘bermain’ mental dengan dirinya.

“Dah tu kau siap ambik video hantar kat aku.. Motif? Marah ajak rujuk tapi aku tolak? Nak main mental aku dengan seksa anak aku macam tu?,” luahnya.

Bagaimanapun, dia bersyukur dapat ‘menyelamatkan’ anaknya selepas mengambil kanak-kanak itu daripada jagaan lelaki tersebut semalam.

Astaga.. aku ni bukan lah manusia yg sempurna atau mak yg baik. Tapi kalau dah nampak ank aku kene mcm ni YA ALLAH…..

Posted by Azza Eirma on Sunday, September 6, 2020

Posting tersebut mendapat hampir 2,000 perkongsian dan 1,200 tanda suka selain ratusan komen warganet yang turut bengang dengan tindakan lelaki terbabit.

Sumber : Azza Eirma, OMM

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *