Hiburan Infomaklumat ISU SEMASA Viral

“Saya akan sman kamu!” Ibu Sandra Dianne B3rang Didakwa Sengaja Cabut Mesin Hayat Pada Hari Jumaat

Nur Syakinah Abdullah, ibu kepada Allahyarhamah Sandra Dianne sekali lagi meluahkan rasa kecewa dengan komen seorang individu di laman Facebook

Terbaru, Syakinah dituduh menyebabkan kematian anaknya apabila membuat keputusan menghentikan mesin bantuan pernafasan yang diberikan kepada Sandra ketika berada di unit rawatan rapi (ICU).

Menurut Syakinah, komen yang ditulis individu berkenaan merupakan satu fitnah besar dan menggores hatinya serta keluarga.

“Allahuakhbar… banyaknya fitnah yang bertebaran, kuatkan hati hambamu ini Ya Allah! Kepada Eina Outlet, kami tak tahu pula kalau kamu salah seorang daripada ahli keluarga kami yang tersesat nun di negeri Kedah.

“Sehinggakan komen kamu tentang kematian anak saya seolah-olah kamu ada di hospital ketika anak saya meregang (bertarung) nyawa. Saya anggap komen kamu keterlaluan dan ianya fitnah besar yang harus saya pikul.

“Kamu seolah-olah menuduh saya telah membunuh anak sendiri dan sengaja memilih tarikh yang jatuh pada hari Jumaat untuk kematian anak saya,” katanya menerusi Facebook peribadi pada Isnin.

Bersama kapsyen tersebut dia turut berkongsi paparan skrin komen berbentuk tuduhan yang ditulis seorang netizen mempersoalkan pemergian penyanyi lagu Hey Kauitu.

Individu menggunakan akaun Facebook Eina Outlet mendakwa Sandra meninggal dunia pada hari Jumaat selepas keluarga memutuskan menghentikan bantuan alat pernafasan.

Menjelaskan situasi sebenar, Syakinah memaklumkan anaknya sudah boleh bernafas sendiri setelah menjalani pembedahan.

Bagaimanapun, sehari selepas pembedahan keadaan kesihatan anaknya semakin merosot.

“Untuk pengetahuan kamu dan juga semua orang yang membaca luahan hati saya ni… selepas tiga hari kemalangan iaitu pada hari Selasa, anak saya dah boleh bernafas sendiri dengan sedikit bantuan oksigen.

“Pada hari Rabu dia menjalani pembedahan tube pernafasan untuk membantu dia bernafas sendiri tanpa bantuan mesin… sila rujuk gambar! Selepas pembedahan dia stabil pada siang hari Khamis tu, saya menjaganya di wad sepanjang hari sehingga ke malam, tak makan tak minum.

“Keadaannya menjadi tenat mulai pukul 11 malam sehinggalah membawa kepada kematiannya pada pukul 1 pagi Jumaat… ketika dia tenat, doktor bertungkus lumus untuk membantu dia,” ujarnya.

Kecewa dengan tuduhan tidak berasas itu, Syakinah berkata dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.

“Dimana rasionalnya kamu menuduh kami ahli keluarganya sengaja menyuruh doktor mencabut mesin pernafasannya sedangkan dia sudah boleh bernafas sendiri?

“Ini fitnah dan saya akan saman kamu! Sungguh kamu tak punya hati nurani sebagai seorang insan!” katanya.

Sandra atau nama sebenar Alessandra Dianne Ampuria meninggal dunia pada pagi Jumaat lalu selepas enam hari bertarung nyawa di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Putrajaya.

Pada 5 September lalu, Allahyarham Sandra terbabit dalam kemalangan Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran Subang Jaya, ketika dalam perjalanan mengikuti latihan konsert minggu keempat Big Stage 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kauluan, Sabah.

Rata-rata netizen amat kesal dengan komen fitnah yang dilemparkan tersebut dan mengharapkan agar ibu Sandra dapat bersabar.

Sumber : yoynetwork

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *