Viral

Bapa tunggal jaga si kembar dikunjungi Tengku Mahkota Kelantan & isteri

Bapa muda Syazwan Najmi dan anak kembarnya dikunjungi Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan isteri Cik Puan Sofie Louise Johansson di Kampung Pak Keral, Tumpat semalam.

Menerusi laporan Harian Metro, pasangan diraja tersebut teruja memangku serta melayan Medina Safiya dan Medina Sofiya yang kini mencecah usia lima bulan.

“Tengku Mahkota memberitahu, Cik Puan Sofie ada terbaca kisah kami menerusi Facebook dan meluahkan rasa simpati sebelum mengambil keputusan berkunjung ke sini dan bertemu sendiri bayi kembar saya ini.
“Ketika kunjungan mereka semalam, Cik Puan Sofie kelihatan seronok melayan dua anak saya sambil memberi pujian ‘comey lotey,” katanya.

Tengku Mahkota turut berpesan kepada bapa berusia 23 tahun itu untuk memaklumkan jika mempunyai sebarang masalah selain tabah dalam membesarkan cahaya mata kembar itu dengan sebaiknya.

Menurut Syazwan Najmi atau mesra dipanggil Mie, dia seakan tidak percaya apabila kisahnya mendapat perhatian sehingga ke istana apatah lagi dari kalangan kerabat diraja.

Terdahulu, isterinya Allahyarham Siti Nur Nasuha Shafie meninggal dunia pada 14 April lalu selepas dua minggu dalam keadaan kritikal akibat komplikasi selepas bersalin.

Sumber : Harian Metro (Siti Rohana Idris) , Sofie Louise Johansson , Syazwan Najmi,ohmymedia

Dialah bapa, dialah ibu.. sanggup pakai tudung demi ‘happykan’ anak kembar

Kisah hidup seorang bapa tunggal, Syazwan Najmi yang membesarkan anak kembar perempuan tanpa kehadiran isteri terus menarik perhatian warganet di media sosial.

Terbaru, lelaki berusia 23 tahun itu berkongsi sebuah video di laman Instagram memaparkan gelagatnya memakai tudung sambil mengusik kembar tersebut iaitu Medina Sofiya dan Medina Safiya.

 

Menurut Najmi atau mesra dipanggil Mie, seorang bapa sudah semestinya sanggup berbuat apa sahaja demi membahagiakan anak-anak yang tercinta.

“Seorang ayah sanggup menjadi apa sahaja untuk anak2nya yang tercinta,” tulisnya.

Rakaman video berdurasi 15 saat berkenaan kelihatan Mie bermain ‘peekaboo’ dengan penuh mesra sambil diperhatikan kedua-dua cahaya mata sulung yang berusia empat bulan itu.

Segelintir pengikutnya tidak lupa memberikan pelbagai reaksi yang memuji kecomelan selain mendoakan anak-beranak itu sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

Respek brader! Terus nampak macam opah?

Comelnya geram tengok!

Moga membesar dengan sihat

So ‘sweet’… Moga dilindungi Allah selalu!

Arwah isterinya, Siti Nur Nasuha Shafie tidak sempat menatap wajah si kembar kerana bertarung nyawa selama dua minggu sebelum meninggal dunia selepas bersalin akibat komplikasi dalaman.

Sumber : Syazwan Najmi, Ohmymedia

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *