ISU SEMASA

Bukaan Bawah Dah Buka Sampai 4cm Tapi Bayi Masih Tak Nak Keluar. Keluarga Dah Ikhtiar Macam Macam Sampai Buat Solat Hajat Pun Masih Tak Keluar. Rupanya Ini Puncanya.

Gambar sekadar hiasan,

 

Doktor dah risau sebab bayi tak keluar lagi, seperti ada sesuatu yang menahan. Diazan, tak keluar, dibaca yasin tak keluar juga, dibuat solat hajat tak keluar… Rupa-rupanya sebelum ini dia ada melakukan suatu perkara…..

Apa yang saya buat, semuanya salah. Apa yang saya ada, habis semua nak lebih dari saya sedangkan saya tak bekerja. Saya hulur tangan untuk salam diberikan kaki untuk sambut tangan saya. Bilik asal saya dibina oleh suami di kampung bagi memudahkan saya jika balik pun telah diambil oleh mereka.

Bila saya pulang ke kampung, bilik saya dipindahkan ke bilik stor. Mana tempat simpan pakaian, almari dan perabot yang tak dipakai semuanya disimpan dalam bilik itu. Katil dalam bilik patah, lantai tak beralas dan berpasir, tingkap pecah, tiada langsir, tiada lampu, tiada kipas. Suami tahu? Ya suami tahu dan suruh saya bersabar sebab kami hanya balik sekejap sahaja.

Apa salah saya? Salah saya sebab saya orang Kuala Lumpur. Mereka mengharapkan saya anak orang kaya tetapi kenduri kahwin hanya di flat, memalukan mereka pada orang-orang kampung yang hadir. Cuaca di kampung sangat panas membahang. Pernah satu hari saya dizinkan suami untuk tidur kerana demam dan semua keluar untuk berjumpa dengan kawan-kawan sekampung. tetapi saya tak boleh tidur sebab mereka menutup plug kipas dari luar.

Saya terpaksa bangun untuk buka suis smeula dan masuk ke dalam bilik. Tidak lama kemudian mereka ketuk dinding kayu sekuat hati menandakan mereka marah. Saya bukan anak orang susah sebenarnya dan saya tak pernah hidup susah. Tetapi ayah ajar berusaha dan berdikari agar dapat hidup tanpa menyusahkan orang lain.

Buku-buku bank anak-anak, mentua saya pegang. Buku bank suami, mentua pegang. Alasan takut saya keluarkan duit. Apa yang terjadi pada saya, suami tak pernah tahu tetapi suami banyak kali mempertahankan saya apabila ibu mertua mempersoalkan tentang apa yang disimpaikan anak-anak perempuannya.

Saya sedih dan tiada mengadu pada sesiapa mahupun adik, abang-abang atau kedua ibu bapa saya sebab saya tidak mahu mereka memandang seorang pada suami. Lagipun suami saya tidak bersalah dalam hal ini. Walaupun suami tak tahu apa-apa, dia tahu pun dari isteri saudara suami yang duduk di rumah sebelah. Dia yang menyampaikan pada suami, macam mana saya dilayan bila suami tiada di rumah. Tetapi saya tidak pernah mengadu domba pada suami.

Suami pernah memarahi saya kerana tidak memberitahunya tentang semua itu dan dia mahu memanggil kakak dan adik-adik perempuannya tetapi saya halang dan memohon suami kawal kemarahan dan jaga silaturahim.

Lagipun, jika suami teruskan dengan panas hati, ibu mertua pasti akan benci pada saya dan saya tidak akan pulang lagi. Sampai satu tahap saya tak dapat tahan, sebab kalau ikutkan ada banyak lagi perkara yang tidak sepatutnya mereka lakukan. Dipendekkan cerita, saya sedang mengandung anak kedua.

Saya menangis seorang diri dalam bilik kerana tidak tahan dengan kebencian mereka terhadap saya. Sambil sembahyang, saya menangis tersedu-seduh. Saya perlukan Allah, hanya ada Allah untuk pujuk saya. Sampai satu tahap saya sembahyang menangis-nangis. Habis sembahyang, saya duduk berzikir dan menangis-nangis lagi. Nak tenangkan hati tapi tak tenang dan tak tahan juga. Saya terus berdoa pada Allah.

Ya Allah, Kau tahu aku tak bersalah. Mereka ingin aku berpisah Ya Allah. Dia belum berkahwin, dia tidak tahu rasa menjadi menantu. Dia tidak merasa menjadi seorang ibu. Aku minta Kau dengar kesedihan hati aku. Aku tidak berdendam tetapi aku sedih yang aku dianiaya mereka ini, Ya Allah. Aku tak tahu mana nak mengadu melainkan Kau. Dengarlah doa aku yang teraniaya dan difitnah ini. Sesungguhnya Kau Maha Berkuasa, Ya Allah.

Mereka akan merasa apabila mereka hendak berkahwin nanti. Bokaknya mereka akan bertukar hampa. Mereka tidak pernah bersalin, tak tahu rasa bersalin, mereka akan merasa sakitnya bersalin itu, Ya Allah. Dan sakitnya apabila diperlakukan seperti ini oleh ipar mereka nanti. Sesungguhnya aku tidak berdendam tetapi aku terlalu terluka.

Aku mengadu dan meminta agar mereka tahu dan sedar bila mereka berada di tempat aku. Dengan izin Allah, doa saya dimakbulkan. Bukan saya nak kata Allah dengar doa saya tetapi apa yang terjadi pada dia, itu yang saya doakan dulu. Saya juga terkejut sebenarnya.

Pada hari perkahwinan mereka, macam-macam dugaan. Hujan lebat, nak pasang khemah tak tahu di mana. Kereta tak boleh masuk, masalah cari barang masakan kenduri sampai kena naik sampan. Barang-barang hantaran rosak. Kenduri hanya orang kampung yang datang. Lauk pauk tak habis sehingga terpaksa diberi pada orang dan dibuang kerana yang hadir hanya orang-orang kampung dan kenalan dekat sahaja.

Selepas berkahwin, salah seorang dari mereka mengadu tentang layanan ipar dan ipar mengata/fitnah dia macam-macam. Sampai adik beradik suami benci dan cari kesalahan dia. Dia sudahpun keluar dari rumah dengan barang-barangnya dan duduk berasingan dengan suami.

Sampai masa nak bersalin, tiga hari tnggu dalam wad. Tak lepas-lepas keluar anak dalam perut. Suami ada bertanya pada saya, kenapa adik dia jadi begitu sedangkan dulu bila saya bersalin, semuanya mudah. “Adik abang mulut suka cakap kasar dan aniaya serta berdengki dan busuk hati, putuskan silaturahim saudara mara. Suruh dia minta maaf pada mak, suami dia dan saudara mara dia,” kata saya pada suami.

Suami cakap adik dia dah buat semua itu. Saya diamkan diri. Suami pandang saya. “Dia kena minta maaf pada seseorang. Seseorang yang selalu dia aniaya, berkata kesat di media sosial, perli depan-depan. Seseorang yang diperlakukan seperti orang asing, dipulaukan, dan dia tidak ingin orang itu berada dalam keluarga ini,” kata saya lagi.

Suami terdiam dan serta merta faham dengan apa yang saya jelaskan. Suami terus memujuk dan meminta maaf bagi pihak adiknya. Saya diam sahaja, tak cakap apa-apa. Hari ketiga masih dalam wad, sudah melepasi tarikh sepatutnya bersalin. Bukaan masih 4 sentimeter. Doktor dah risau sebab bayi tak keluar lagi, seperti ada sesuatu yang menahan. Diazan, tak keluar, dibaca yasin tak keluar juga, dibuat solat hajat tak keluar.

Lantas suami tersedar dan teringatkan saya di rumah. Suami sedar saya banyak teraniaya dan terasa hati. Selama ini memang isterinya tidak bersalah. Jenuh suami mesej saya setiap jam. Beri perkembangan terkini tentang keadaan adik dia. Saya diamkan diri juga.

“Adik menderita sangat-sangat, sakit kena cucuk, kena usik macam-macam. Diberi ubat tahan sakit macam-macam, tak kesian ke?” mesej dari suami. Saya tetap berdiam sampailah suami mesej kata doktor tiada pilihan dan terpaksa operasi sebab anak dalam perut dah mula sesak nafas dan takut anak adik ipar tak selamat. Terus saya doa dalam hati dan mengangkat tangan.

Allah, permudahkan segala urusan operasi ipar aku. Selamatkan anak dalam kandungan yang tidak pernah bersalah terhadap aku. Tolong aku Ya Allah. Selamatkan kedua-duanya. Jangan biarkan aku dalam serba salah, aku akan rasa berdosa.

Beberapa minit kemudian, suami mesej.

“Terima kasih sayang, baby dah lahir. Kedua-duanya selamat. Abang tahu isteri abang baik. Biarlah apa yang mereka cakap, abang kenal isteri abang..” Saya balas, “Ingatkanlah adik abang itu. Itu pengajaran pertama dari Allah. Agar pengajaran ini tidak berulang lagi…

Saya tidak mereka-reka cerita. Tetapi pada saya, pada yang tahu kebesaran kuasa Allah SWT itu, jangan dibuat main. Perkahwinan saya kini di ambang perpisahan. Saya terkena sihir pemisah. Doakanlah agar saya merasa bahagia dan dilindungi dari kejahatan pihak mereka. Semoga suatu hari nanti Allah akan membalas segala perbuatan mereka.

Sumber via Ohgebang

Mak Mertua Sampai Buat Muka Bila Tengok Kakak Ipar Manja Dengan Suami. Selamba Je Kakak Ipar Terperap Dalam Bilik Masa Mak Sibuk Kat Dapur. Akhirnya Ini Yang Jadi Pada Mertua.

Foto sekadar hiasan. Mak saya sebenarnya baik sangat2. Anak menantu susah ke apa, mesti mak saya yang tolong dulu terutamanya harta benda dan kewangan memandangkan mak saya dari keturunan hartawan. Cerita saya ini, saya tak salahkan mak saya seratus peratus sebab semua ni berpunca dari didikan kebanyakan orang dulu-dulu.

Mak saya pun dah berumur 60an. Apa yang saya nak confess di sini ialah sikap mak atau mertua dan bagaimana kita sebagai anak dan sebagai menantu, berperanan dan harus pandai bawak diri. Pertama tentang sikap mak saya ialah, dia tak suka anak menantu bangun lambat.

Jadi bila abang berkahwin, saya dah risau bila ada waktunya kakak ipar bangun lambat. Biasanya saya dan adik beradik perempuan memang bangun awal sebelum Subuh. Lepas subuh terus masak buat sarapan pagi. Saya takda masalah pun kalau kakak-kakak ipar tak tolong kat dapur.

Mak pun sama kalau anak-anak balik, dia tak kisah pun menantunya tak ke dapur sebab anak-anak yang sediakan semua sebab kami tak suka nak biar kakak ipar sorang-sorang masuk dapur. Tapi mak memang tak suka anak menantu bangun lambat atau bergolek dalam bilik time orang lain sibuk kat dapur.

Tunjuk muka saja, buat teman borak2 pun takpa dah, asalkan jangan kat tempat tido. Melainkan kalau tak sihat mak tak kisah kalau nak berbaring. Jadi bila dapat salah seorang kakak ipar macam ni, mula la mak tarik muka. Bab ni kami adik beradik tak boleh nak back up kakak ipar.

Yang kedua, mak tak suka anak menantu duduk mengendeng-ngendeng dengan pasangan, mesra-mesra, peluk-peluk depan dia. Nanti tak pasal-pasal dilabel dengan gelaran yang tak sedap didengar. Aduh mak.. Yang ni saya pun puas cakap kat mak, adat la mak suami isteri. Nak manja-manja.

Tapi mak masih tak boleh terima. Kata mak orang dulu-dulu walaupun suami isteri, tahu batas. Tak pernah nak manja-manja depan orang lain, depan mertua. Tak ada nak tunjuk romantik. Mak kata nak buat semua tu dalam bilik. Nak tergolek sampai katil patah pun takda sapa peduli.

Yang ketiga, mak selalu pertikai bila abang nak keluar mana-mana, kakak ipar nak ikut sekali. Mak suka samakan dengan zaman dulu-dulu. Katanya orang dulu-dulu suami ja keluar rumah. Isteri tak perlu ikut sekali. Isu ni saya dah terangkan pada mak. Zaman dah berubah.

Dulu isteri tak ikut sebab takda pengangkutan selesa. Zaman sekarang naik kereta, naik motor. Kakak ipar pun nak jalan-jalan tengok dunia. Dan mak suka bagi contoh saya dan kakak-kakak yang lain. Sebab kami memang jenis jarang ikut suami ke mana-mana.

Kalau ada kenduri, nak pergi jalan-jalan bawa anak-anak, makan luar, baru ikut. Kalau ada urusan dengan kawan-kawan suami, buat aktiviti dia orang memang kami tak ikut. Akhirnya mak cuma diam. Tapi lama-lama nanti bila dia nampak lagi kakak ipar saya nak ikut abang saya ke mana-mana mesti dia bunyi lagi.

Sebenarnya banyak isu lain yang mak saya selalu bangkitkan pasal menantu-menantunya. Dulu ada kakak ipar sorang ni dia memang tak masuk dapur. Mak pun selalu buat muka. Kami adik beradik jadi tak seronok sebab mak buat muka dengan kakak ipar.

Sampai la satu hari tu, ayah panggil abang, nasihatkan abang suruh abang tegur kakak ipar rajin-rajin la tengok dapur waktu orang lain kat dapur. Alhamdulillah, berubah jugak kakak ipar ni. Walaupun tak banyak dia tolong tapi ok lah dia tak memerap dalam bilik atau baring-baring masa orang lain sibuk buat kerja dalam rumah.

Point utama saya nak sampaikan dalam confession ni ialah bila kita masuk dalam keluarga mertua, pandai-pandailah bawak diri. Ada orang kata dia tak nak hip0krit. Jadi macam mana dia kat rumah sendiri, rumah mak dia, macam tu la dia akan buat kat rumah mertua.

Tapi apalah salahnya kalau demi mengeratkan hubungan kita berkrban sikit. Kalau kita asyik nak tunjuk sisi buruk dan kepala angin kita dengan mertua, sampai bila kita nak bina hubungan baik dengan keluarga mertua kan?

Dan juga saya nak sampaikan peranan kita sebagai ipar-ipar kepada menantu mak kita. Maksudnya jika mak kita selalu merungut pasal menantu, kita tolong la jangan panaskan lagi hati mak kita dengan menyokong apa saja ketidakpuasan hati mak pada kakak, abang atau adik ipar kita. Jangan la kita mengadu domba pasal ipar-ipar kita pada mak ayah kita.

Selalu lah kita bersikap neutral, selalu sabarkan mak kita, pujuk mak kita. Dan saya jugak adik beradik lain, Alhamdulillah, sesama kami selalu menangkan kakak-kakak ipar kalau mak membebel apa-apa, walaupun hakikatnya bebelan mak tu ada benarnya tentang sikap kakak ipar.

Antara yang saya selalu cakap dengan mak sehingga mak terdiam, kalau mak nak anak-anak mak dilayan baik dalam keluarga orang lain, mak pun kena layan baik-baik anak orang yang masuk dalam keluarga kita. Sebenarnya saya dan adik beradik lain bukanlah terlalu baik dengan ipar-ipar hinggakan apa yang ipar-ipar buat hingga mak tersinggung, kami masih nak pertahankan.

Tapi percayalah, saya dan adik beradik lain cuma nak mak hidup secara harmoni. Tak nak ada pertelagahan antara menantu dengan mertua yang pada akhirnya anak-anak mak sendiri yang rasa tersepit. Saya sendiri pun sebenarnya ada pengalaman buruk dengan bekas mertua. Walaupun dah cuba jadi menantu yang baik, pengakhirannya buruk jugak yang saya dapat bila bekas suami buat hal. Saya menyesal buat baik dengan keluarga mertua? Tidak sama sekali.

Sekurang-kurangnya saya belajar sesuatu. Saya berharap jika umur saya panjang, dapat bergelar mertua, saya nak hargai menantu-menantu saya dan saya tak nak apa yang saya rasa, dilalui semula oleh menantu-menantu saya.. Perkongsian Kila mendapat pelbagai reaksi dari pembaca. Lihat apa kata mereka.

Siti Aisyah – Nasib baik mak awk bukan mertua sye.. heheeehe.. Aku bersyukur dpt mertua yg baik walaupun slalu tido lepas subuh.. terlajak x buat air utk sarapan.. Tapi mak mertua aku xde nak buat muke ke ape.. Sebab time masak tengahari memang aku yg masak sepenuhnye.. biase la manusia kan.. ade kurg ade lebih..

Radin Arishah -Tgk keadaan jugak. Kalau duduk asing2, anak menantu balik sekali-sekala nak golek2 dlm bilik, bangun lewat, time makan pandai keluar, tu mmg x patut. Balik kg sekali sekala pakat2 ke dapur sambil masak2 sambil beramah mesra.

Tapi kalau dok sekali, mungkin ada sebab menantu dok terperap dlm bilik. Mungkin dia x selesa sbb x de privacy nak bermanja dgn suami, mungkin dia protes dlm diam sbb cara mak yg agak traditional, dan dia x suka dikomen dan di judge.

Shab Shafiei -Kami menantu, kalau ipar tak back up pun tak apa. Mertua macam tu pun kami sanggup hadap asalkan suami baik. Mak awak scary, tu jer nak cakap. Nak suruh menantu masak, bangun awal, buat itu ini.. Zaman dulu isteri tak kerja, boleh la nk melutut. Skrg perempuan pandai cari duit. Mak awak suruh la anak laki dia masak sama. Sbb cari nafkah pun dh jadi kerja perempuan zaman la ni.

Ukhti Suraya -penulisan yang sangat matang, point yang saya dapat:- 1) adik beradik, ipar bila kena jadi pendamai, jangan ditambah kebencian dan kekusutan antara ipar duai, mertua dan menantu. 2) cuba ubah dan terima dengan suasana baru dalam keluarga baru, yang mana yang boleh kita cuba sesuaikan kita buat.

3) kena ada tolak ansur menantu mertua, kita dari keluarga yang berbeza, acuan yang berbeza, selama ni hidup acauan lain, tiba-tiba masuk keluarga lain, masuk acuan lain, tak sama. 4) elakkan sifat/sikap negatif, kalau benda tu salah, cuba bagitahu baik-baik, marah-marah, masam muka tak menyelesaikan masalah. thanks confessor.

– Kila (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Lelaki Ini Kongsi Rahsia Isteri Boleh Duduk Sebumbung Bersama Mak Ayah Dengan Aman

Selalu kita dengar tentang perkara yang tak baik sahaja tentang perkara bila menantu duduk sebumbung dengan mertua. Yang baiknya selalu kita lupakan. Walhal dalam banyak perkara, bukan semua benda itu remeh untuk kita fikirkan.

Perkongsian lelaki ini di Kisah Rumah Tangga, memberi pandangan dengan jelas bahawa tak semua yang negatif je kita nampak bila menantu duduk sebumbung dengan mertua. Saya seorang lelaki, mempunyai seorang isteri dan seorang anak lelaki berusia 4 tahun. Usia perkahwinan 7 tahun.

Awal2 kahwin, saya bekerja di daerah lain. Saya dan isteri tinggal di rumah sewa. Pada tahun kedua perkahwinan, saya dipindahkan kerja di daerah tempat asal saya. Isteri saya mengikuti saya tinggal dengan mak ayah saya, walaupun masa tu saya sudah beli rumah.

Sebabnya, atas permintaan mak ayah saya kerana rumah mak ayah saya cukup besar, banyak bilik, dan tempat kerja saya pun lebih dekat dengan rumah mak berbanding rumah yang saya dah beli tu (saya jenis tengahari balik rumah untuk makan, sebab nak jenguk isteri dan lebih suka makanan isteri, di samping jimatkan kos).

Dalam rumah, selain mak ayah, ada seorang adik lelaki bujang dan 2 orang adik perempuan bujang saya tinggal sekali. Kami semua masing2 ada bilik sendiri. Mula2 tu biasalah isteri saya kejap terasa itu kejap terasa ini, makan hati itu makan hati ini. Tapi saya mainkan peranan seadilnya. Mak dan isteri saya pun sama2 surirumah.

Mak saya jenis rajin buat kerja rumah dan rajin masak, dan sangat teliti. Isteri pula jenis santai, dan baru2 belajar nak masak n buat kerja2 rumah. Jadi korang boleh bayanglah macam mana kan, apa yang boleh mencetus sakit hati. Tapi apa sahaja yg saling tak puas hati tu, saya tak fikir panjang, terus sahaja aturkan sesi luahan hati ke hati antara isteri dengan mak saya.

Bagi ruang sepenuhnya dua2 pihak untuk bersuara dan mendengar. Kalau isteri ada tak puas hati, saya akan tanya dia balik suruh fikir, salah ke yg mak buat tu? Ada mudharat ke? Tak bagus ke? Dari sudut agama pula agaknya macam mana? Begitu juga dengan mak, saya cakap baik2, salah ke yang isteri saya buat tu?

Apa yang tak patutnye? Dari masa ke semasa bapa saya juga akan join sesi pertemuan dan berikan nasihat, pendapat. Bila dua2 pihak menilai tanpa emosi, akhirnya sama2 boleh memahami dan menerima, sama2 boleh sepakat.

Saya perasan ada satu hal di mana mak dan isteri saya sangat serasi dan saling melengkapi iaitu suka bercerita. Apa2 topik, gosip2, hal2 semasa, hal2 family mereka suka sembang. So diorang sama2 di dapur atau lipat kain depan tv, masa itulah diorang sambil sembang2.

Alhamdulillah setelah 2 tahun duduk serumah, isteri sudah selesa di rumah mak saya, dah natural. Kat mana mak saya letak barang, isteri tahu lebih dari saya. Pokok bunga mana nak siram tiap hari n mana yg selang sehari, isteri lebih tahu dari saya.

Malah kalau mak ayah saya bercuti atau balik kampung perlu tinggalkan rumah beberapa hari, isteri sayalah yg diamanahkan jaga rumah dan adik2 saya. Adik2 saya mesti patuh pada isteri saya. Isteri saya akan ambil alih peranan mak saya mentadbir urus rumah.

Cuma, memang betul tak boleh selama2nya nak duduk dengan mak ayah, sampai masanya kena tinggal sendiri juga, kena belajar hidup berdikari. Selepas 5 tahun, akhirnya saya bawa isteri tinggal di rumah sendiri. Dan hikmah kami 5 tahun tinggal dengan mak ayah saya, isteri saya “terlatih” menjadi sangat cekap menguruskan rumah dan keluarga.

Mak mertua saya pun perasan perubahan positif isteri saya. Selain itu, tempoh 5 tahun tu cukup untuk saya lengkapkan rumah kami secara beransur2. Mulanya kosong, tambah perabot, tambah hiasan. Sekarang dah cantik dan lengkap alhamdulillah.

Pun begitu, ada masa2nya isteri rindu juga nak bermalam di rumah mak ayah saya. Saya x perlu ajak pun dia sendiri yg akan mengajak. Dan pernah juga isteri saya cadangkan, baik teruskan tinggal dengan mak je lah, rumah kami buat bisnes homestay, boleh tambah pendapatan. Ikutkan hati saya lebih suka idea isteri saya tu, lebih2 lagi rumah kami lebih jauh dari tempat kerja, jalan pun jem teruk.

Lepas tu dia boleh teruskan bantu mak saya di rumah, saya pula boleh bantu ayah saya untuk hal2 luar rumah. Cuma saya yang tak turutkan kerana merasakan sudah sampai masa untuk tinggal di rumah sendiri, di samping ingin memberi ruang kepada masa depan adik2 saya kerana, satu hari nanti mereka juga akan berkahwin.

Kesimpulannya, saya nak kongsikan bahawa, rahsia menantu perempuan boleh duduk aman sebumbung dengan mertua ni ialah:

1. Peranan suami/anak lelaki sebagai penghubung/pengaman. Suami jangan biarkan isteri sendiri2 belajar sesuaikan diri. Bimbing dia, jangan serah sepenuhnya pada mak untuk ajar isteri. Dengar semua luahan isteri dan mak, analisa ia dan fikirkan penyelesaian.

2. Elakkan sangka buruk. Salah satu penyebab ketidak serasian ialah perempuan cenderung sangka yang buruk2 kalau mertua/menantu berkata/berbuat sesuatu yang tidak kena dengan hati. Minta suami jelaskan, dan fikir mana betul mana salah.

3. Mak mertua bukan malaikat yang sentiasa bebas dari masalah dan tekanan. Mereka tak boleh senyum manis sepanjang masa. Dan menantu sila faham, bila mertua bermasam muka bukan semestinya berpunca dari menantu. Mungkin dia cuma merajuk dengan bapa mertua sebab tak nak belikan baju baru.

4. Menantu sila sentiasa berfikir macam ni: “Kalaulah mak aku sendiri yang akan buat macam ni, apakah yang akan aku lakukan sebagai anak soleh?” Ya, memang mak sendiri x sama. Tapi amalkan sahaja soalan ni tiap hari. Untuk ingatkan diri. 5. Sabar, sabar dan sabar. Tabah, tabah dan tabah. Ikhlas, ikhlas dan ikhlas. Insha Allah, Allah akan bantu hamba-Nya yang ikhlas

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber :ApamPinkMedia
�Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *