ISU SEMASA

Bapak Selalu Mimpi Diamond Pecah. Tergamam Satu Mlm Tu Kantoi Bila Bapak Buat Sportcheck Kt Badan Ank Nya Dan Ternampak Sesuatu Pada Badan Ank. Akhirnya Ini Yg Berlaku Sampai Ank Menyesal Seumur Hidop.

Gambar sekadar hiasan. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Selama ni aku just baca je confession dan buat pertama kali dalam hidup aku, aku nak story tentang hidup aku yang hanya orang terdekat dengan aku yang tahu. Yang sudi baca, Terima Kasih aku ucapkan.

Moga bermanfaat dan bagi kekuatan meneruskan hidup untuk yg senasib dgn aku. Okey dah! *panjang sangat mukadimah nanti bosan pulak. HAHA. Aku perkenalkan diri aku sebagai Mel. Aku berasal dari Kuala Lumpur. Aku anak tunggal perempuan dalam keluarga. Ada abang dan adik lelaki.

Dah tentu aku kesayangan keluarga. Dari kecil kemahuan aku sentiasa dipenuhi. Tak pernah rasa hidup susah sebab Abah dan Mama aku bergaji besar. Alhamdulillah. Kisah hitam aku bermula sewaktu aku berpindah di sebuah negeri P. Biarlah aku rahsiakan.

Mama aku dipindahkan atas tuntutan kerja. Maklumlah kerja kerajaan. Memerlukan khidmat Mama aku tidak kira tempat. Jadi kami sekeluarga terpaksa berpindah. Dari sekolah rendah hingga tingkatan 1 aku tidak tahu bergaul dgn rakan sekolah lelaki.

Maklumlah dah biasa sekolah perempuan sahaja. Dan untuk pertama kalinya aku dipindahkan ke sekolah campur yang berdekatan dgn rumah aku. Bermula di sekolah campur aku hilang kawalan. CULTURAL SHOCK. Jakun tengok lelaki. Sebagai budak baru dari kota metropolitan, nama aku jadi sebutan di bibir setiap pelajar lelaki.

Aku rasa bangga. Ramai pelajar perempuan yang cemburu dengan aku. Aku silih bertukar pasangan semasa di sekolah. Walaupun aku menjadi semakin liar, pelajaran tetap aku utamakan. Keputusan PMR aku lulus cemerlang. Cukup untuk menyakinkan keluarga aku bahawa aku fokus semasa belajar.

Semasa di tingkatan 4 aku berkenalan dgn S. S seorang pelajar lelaki yg sangat disukai ramai pelajar wanita. Aku hanyut dengan perasaan aku sehingga aku telah ‘terlanjur’ dengannya dan pelajaran aku merosot. Hal ini diketahui oleh Abah dan Mama aku sebab kantoi kesan merah di leher.

Mereka rasa sangat kecewa sangat sangat dengan aku. Memandangkan aku lah satu satunya anak perempuan tunggal mereka. Aku malu dengan diri aku sendiri. Atas desakan Abah dan Mama. Aku putuskan hubungan aku dengan S dan fokus dengan SPM.

Ayat Abah aku yang sampai bila bila aku akan ingat “Kalau tak ada lelaki yang sanggup memperisterikan Mel, Abah akan jaga Mel sampai akhir hayat Abah”. Sebelum kejadian kantoi, actually Abah aku ada inform Mama aku yang lately dia asyik mimpi permata macam bentuk diamond pecah.

Dan dia tak sangka rupanya itulah petanda bahawa permata (mahkota kesucian aku) yang dijaga selama ini dah hancur. Tamat SPM aku ditawarkan ke sebuah IPTA di Selatan. Demi untuk membalas jasa Abah dan Mama aku yang sudi menerima kekurangan aku sebagai anak,

aku menyambung pelajaran aku untuk membanggakan mereka. Dan disinilah aku bertemu dengan Z. Z merupakan senior aku. Berasal dari family sederhana. Aku berkawan dan bercinta dengan Z. Aku terpaut dengan keikhlasan hatinya, sifat kepimpinan yang ada dalam dirinya dan bertanggungjawab.

Wajahnya cukup menyenangkan hati aku. Semasa bulan ke 3 hubungan kami disebabkan aku taknak dia rasa dipermainkan hatinya, aku mintak putuskan hubungan memandangkan hubungan kami masih di peringkat awal. Tapi Z taknak. Z cakap dia sayangkan aku dan tak sanggup tengok aku dengan lelaki lain.

Malam tu Z ajak aku jumpa dia. Aku jumpa Z dan aku nekad aku nak confess status aku malam tu dan aku harap Z akan benci dengan aku. Tujuan utama aku mintak putuskan hubungan sebab aku rasakan diri aku tak layak untuk dia. Aku berterus terang dengan Z bahawa aku dah tak suci lagi.

Masa tu aku dah tak kisah apa dia nak anggap tentang aku. Aku terima. Sangkaan aku meleset, Z dengan tenang mendengar confess aku. Dia menyakinkan aku bahawa dia terima aku seadanya dan apa yang terjadi pada aku biarlah dilupai jadi sejarah.

Aku terkejut dan aku was was dengan Z. Aku tak percaya dengan Z dan aku takut dia cuba ambil kesempatan atas kekurangan aku. Sehinggalah pada bulan ke 5 hubungan kami, dia menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan parents aku. Semasa cuti sem, aku bawa Z bertemu dengan parents aku.

Parents aku menerima kunjungan Z ke rumah kami dengan rasa besar hati. Mereka juga turut mengamanahkan Z untuk menjaga aku sepanjang aku belajar jauh dari mereka. Z mengotakan janjinya untuk menjaga aku dan turut jadi penyampai berita kepada parents aku kalau kalau aku ada buat hal. Haha. *siot betul.

Musim berlalu, hubungan aku dan Z memasuki tahun ke 2. Bagi menyakinkan diri aku bahawa Z memang betul betul ikhlas dengan aku, aku banyak buat hal dan sakitkan hati Z. Dan Z banyak bersabar dengan kerenah aku.

Aku keluar dengan kawan lelaki aku dia tahu sebab dia follow aku dari belakang. Kawan kawan dia merupakan mata mata dia untuk mengawasi gerak geri aku. Sepanjang perhubungan kami, even dia kecewa dan marah dengan aku, dia tak pernah memperlekehkan kekurangan aku.

Aku mula tersentuh dengan keikhlasan hatinya. Alhamdulillah aku berjaya menamatkan pengajian aku dan Z juga dah bekerja di sektor awam. Dia masih bersama aku. Hubungan kami berjalan lancar even ada onak dan duri dengan perasaan aku yg masih was was dan tidak percaya 100% pada Z.

Sehinggalah selepas setahun aku bekerja (swasta), Z meluahkan hasratnya untuk memperisterikan aku. Sungguh aku macam tak percaya. Kenapa aku yang hina dan jijik ni masih ada yang sudi untuk dijadikan isteri?? Oh yaaa, Parents aku tahu bahawa aku dah confess kisah hitam aku pada Z.

Mulanya mereka terkejut dan risau aib aku terbuka. Tapi aku bersedia menghadapi sebarang kemungkinan sebab aku taknak akan ada masalah dikemudian hari. Disingkatkan cerita, Kedua parents kami bersemuka untuk kali pertama bagi urusan merisik aku.

Segalanya berjalan lancar mengikut perancangan kami (aku & Z). Tahun 2014 penghujung tahun kami ditunangkan. Tahun 2015 kami disatukan menjadi pasangan suami isteri. Saat lafaz akad oleh Z aku dapat rasakan betapa bertuahnya aku ketika itu, masih ada yang sudi berkongsi kehidupan dengan aku.

Dan aku dapat lihat airmata keikhlasan Z yang jatuh selepas selesai akad nikah kami. Begitu tersentuh nya hati aku. Siapa kata lelaki sekarang semua ‘trash’?? Malam pertama kami sebagai suami isteri, Z meminta izin ingin ‘menyentuh’ aku buat kali pertama.

Airmata aku berjujuran malam itu memohon ampun dan maaf kepadanya kerana gagal menjaga ‘mahkota’ aku. Aku juga sudah lama bertaubat. Z cuba mententeramkan keadaan aku. Pada masa itu dapat aku rasanya betapa tenangnya perasaan aku berada dalam dakapannya.

Genap bulan ketiga perkahwinan kami, aku disahkan hamil. Z lah orang yang paling happy sekali. Dia menjaga aku dengan penuh kasih sayang. Setiap permintaan aku dipenuhi. Apa yang aku mengidam dia akan cuba dapatkan. Urusan kehamilan aku berjalan lancar dan aku bersalin ditemani Z.

Z adalah penyokong tegar aku. Memberikan kata semangat tak kira waktu. Z juga memilih untuk lihat sendiri anak kami dilahirkan. Syukur aku selamat bersalinkan anak kami secara normal. Bertalu-talu Z mengucup dahi aku mengucapkan terima kasih kerana berjuang untuk melahirkan anaknya.

Dan aku dapat lihat airmatanya kali yang kedua menitis (airmata pertama semasa akad nikah kami). Kini perkahwinan kami sudah menganjak tahun ke 4. Anak lelaki kami juga sudah berusia 3 tahun. Sepanjang masalah kecil atau besar kami, Z tak pernah mengungkit sejarah silam aku dan kekurangan aku.

Dan tak pernah juga merendahkan dan menghina aku. Malah sentiasa berbangga dengan status aku sebagai isterinya. Parents aku juga sangat sayangkannya. Bagi aku Z adalah SUAMI KIRIMAN TUHAN. Yang tidak jemu menasihati aku dan mendidik aku menjadi isteri yang solehah juga dekat dengan agama.

Kepada Readers sekalian, doakan semoga perkahwinan kami berkekalan hingga ke syurga dan anak kedua kami yang bakal lahir tak lama lagi dalam keadaan sihat sempurna. Dan nasihat aku kepada wanita yang pernah melakukan ‘kesilapan’, bertaubat lah dengan seikhlas hati, dekatkan diri dengan Tuhan dan teruskan kehidupan dengan penuh keyakinan.

Jangan terlalu percayakan lelaki sekelip mata dan jagalah maruah diri anda. Dan percayalah SUAMI KIRIMAN TUHAN adalah WUJUD. Cuma anda yang perlu bijak memilihnya kerana dalam hidup, kita mempunyai banyak pilihan dan elakkan memilih jalan yang boleh membinasakan anda.

Sumber : kisah rumahtangga

Hanyut Dengan Ketua Unit Di Pejabat Sampai Terlupa Status Sebagai Bini Orang. Pelik Ank Pula Asyik Tak Sihat Masa Tengah Sibuk Bercinta. Akhirnya Wanita Ini Tersedar Bila Ini Yang Terjadi Pada Dia.

Foto sekadar hiasan. Aku dah kerja sebagai penjawat awam dah 16 tahun. Selepas graduate 2-3 tahun juga kerja di priivate sector sebelum masuk gov sector. Apa aku nak kongsi adalah pengalaman sendiri yang mungkin boleh dijadikan sempadan supaya jangan terjebak.

Masa aku masuk gov sector, muda lagi, dalam usia 25-26 tahun gitu. Tapi masa tu aku dah kahwin. Aku kahwin right after graduation, masa umur 23. Posting pertama aku di negeri kelahiran aku sendiri. Rezeki. Bukan senang awal awal posting dah dapat tempat sendiri. Suami aku ikut aku pindah. Alhamdulillah, ada rezeki untuk dia, dapat kerja yang sesuai dengan dia.

Di tempat kerja aku tu, unit yang aku ditempatkan adalah unit yang agak baru. Dan ketua unit aku pun muda jugak. Gred 41 jugak sama dengan Aku, cuma dia masuk dua tahun dulu dari aku. Kerja aku pada masa tu memang lancar saja. Tak banyak masalah.. Dari segi workload, teman sekerja, ketua jabatan semuanya ok. Cuma, walaupun aku posting dalam negeri sendiri, jarak agak jauh jugak lah dari rumah Aku ketika tu.. Dalam 45 km jugak sehala.

Masalah mula timbul di tahun ketiga aku di situ. Disebabkan banyak masa dihabiskan di tempat kerja, hubungan aku dengan kawan2 sekerja jadi rapat… Sampailah satu ketika, ketua unit aku dah berani bercerita tentang hal rumah tangga dia pada aku.

Aku yang masa tu anggap biasa2 saja rajinlah jugak melayan luahan perasaan dia. Lama2 dari luahan perasaan, jadi luahan hati, meleret2 bila syaitan dah berjaya cucuk jarum. Dia kata, sebab apa wife dia tak macam aku, mula banding2 kekurangan wife sendiri. Mula puji2 aku melambung2.

Dan aku? Makin hanyut dengan pujian dan perhatian orang lain. Dah macam orang bercinta, telefon sentiasa di tangan. Masa tu belum ada WhatsApp dan media sosiial. Tapi ada sms. Sepanjang hari kerap berbalas SMS, tapi sentiasa pastikan lepas baca , delete semuanya. Dia pernah kata, kalau jadi apa apa pada suami aku, dia sanggup ambil aku sebagai wife dia. Hurmm… Teruknya bila difikirkan bila dah waras ni.

Hubungan aku dan suami baik baik saja. Cuma aku boleh katakan, aku suka dengan segala perhatian yang aku terima. Bukan aku tak tahu apa yang aku buat masa tu salah, tapi nfsu seronok tu buat aku lupa sekejap status aku sbg isteri.

Tapi aku perasan, masa tu anak aku selalu tak sihat. Entahlah, mungkin Tuhan masih sayangkan aku, mungkin juga doa dari emak bapak aku agar anak mereka selamat, aku tersedar jugak dari perkara tu. Aku kaitkan asbab anak aku selalu tak sihat dgn dsa yang aku buat. Aku bersalah sangat.

Aku mula fikir macam mana aku nak keluar dari kemelut tu. Tak nak aku terus-terusan dalam dsa. Nak elak berjumpa memang tak boleh, sebab kami seunit. Nak berhenti kerja, Aku tak sanggup. Aku tak putus berdoa, solat taubat, mohon jalan keluar.

Aku isi borang, mohon pindah, atas alasan, tempat kerja jauh. Memang ketua jabatan aku cakap awal2 dia tak sokong. Sebab alasan yang remeh. Habis tu takkan aku nak letak alasan nak elak bercinta dengan suami orang. Aku diam dan terima saja komen ketua jabatan aku. Tapi borang pindah tu tetap Aku proceed dan hantar.

Aku terus terang pada ketua unit aku tu, Aku tak boleh lagi kerja sekali dengan dia. Masalah tak akan selesai kalau asyik bertembung. Tapak dalam hati dah ada, siram air sikit, berbunga balik perasaan tu. Syaitan akan terus buat yang salah tu indah dan sedap.

Nak dijadikan cerita, hujung tahun tu, aku dapat panggilan telefon dari seorang staf di cawangan lain, mintak aku hadir mesyuarat di situ. Terpinga2 aku. Rupanya, permohonan pindah aku diterima! Surat arahan perpindahan aku dah sampai ke cawangan tempat aku kerja.. tapi sebab ketua jabatan aku ada kursus di luar, makanya surat tu belum diminitkan pada aku lagi. Sujud syukur aku masa tu.

Aku hadir mesyuarat dan melapor diri pada masa yang sama. Esoknya aku mohon pelepasan untuk kembali ke tempat kerja lama aku untuk menguruskan perpindahan aku dan nak hand over semua urusan kerja sebelum ni.

Aku masuk berjumpa dengan ketua jabatan aku. Agak mencuka mukanya. Soalan dia pada aku, kabel mana aku guna untuk pindah? Dalam hati aku jawab, kabel paling besar di atas sana. Alhamdulillah. Aku nak keluar dari lembah ni, Allah buka jalan, yang tak disangka2. Logik akal, aku susah nak dapat pindah, sebab aku baru 3 tahun di situ,

jarak sebenarnya tidaklah jauh sangat pun, dan ditempat baru aku tu sebenarnya dah ada orang untuk jawatan aku tu. Tapi aku yakin sebab aku betul betul mohon disertai dengan taubat… Maka Allah izinkan ia berlaku. Selepas kejadian tu, aku sangat berhati hati dalam bergaul. Tak ada lagi aku nak dengar luahan mana mana rakan berlainan jntina.

Sampailah sekarang, kawan kawan aku yang nak berhuha, berjimba atau meluah perasaan hanyalah perempuan. Taknak aku terjerumus dalam perangkap yang sama. Dan yakinlah kalau kita betul betul nak berubah, Allah akan buka jalan untuk kita.

Terima kasih untuk semua yang membaca. Aku mengajak, sama sama lah kita jaga diri kita dari terjebak dengan perkara yang sia sia. Kalau dah terjebak tu, usahalah untuk keluar, insyaAllah, Dia dengar dan nampak usaha kita. Antara komen pembaca selepas membaca perkongsian dari Dian. Jom kita lihat.

Nazlee Ahmad –Yg dh kawin tu .. Jaga la perkahwinan tu … Bukannya senang nak jumpa jodoh .. Yang sanggup terima kita … Dan ada org ada yg tak jumpa jodoh dan sebagainya… Apa yang Allah beri bersyukur la selalu … Lagi banyak kita bersyukur lagi banyak nikmat yg akan kita dapat.

Syahirah Mohamad –Mungkin sebab puan jaga solat, dan masih belum sampai tahap terlanjur..maka Allah jaga dan pelihara rumahtangga puan. Alhamdulillah. Peringatan buat semua isteri dan ibu bekerja.Kouru Kanagawa –Bukan para suami2 sahaja di uji dgn kesetian, isteri2 juga turut diuji.

Para isteri2 yg keluar bekerja, sgt2 beriisiko menghadapi gdaan lelaki buaya darat diluar sana. Kalau miliki rupa paras yg cantik, potensi utk digda akan lebih tinggi lagi. So, kepada isteri2, nasihat saya, sayangi lah rumahtangga anda kerana memiliki suami yg penyayang dan anak2 yg sihat cergas sudah cukup menjadikan dunia seorg wanita bagaikan syurga. Mau apa lagi…..

Ann Fardan –Kisah org jdkan tauladan… Alhamdulillah walau dah berbelas tahun dlm govt svc dan bermacam2 versi yg saya nampak… Saya lbh suka ambil pendekatan mendoakan yang baik2 utk mereka… Jangan menilai dan jika ada sebarang kecurigaan saya lbh suka bertanya sendiri tuan punya badan…

Usah menghukum… Kita tdk tahu kelak jika Allah nak duga kita bila2 boleh jadi. Apapun pembawakan diri sbg isteri org perlu selari dgn keperibadian kita… Mesra berinformasi bukan bermakna menggatal. Selalu jaga hubungan baik dgn rakan2 sekerja dan org atasan.. Cara saya ialah dgn mengenali isteri2 mereka supaya tiada prasangka apabila memerlukan kita bertugas bersama… Akhirnya semua berbalik kpd hati kita.. Mohon pd Allah jaga hati kita selalu..

Nuriswani Halim –Alhamdulillah, semoga Allah taala sentiasa lindungi kita semua dari segala hasutan sytan.. Citer sis lebih kurang mcm citer sy dlu.. Tp situasinya saya nie masih bujang dan terperangkap ngn cinta suami org.. At last sy mcm tersedar, smpai bila aku nk jadik gini..

Saya doa mohon kt Allah supaya diberi pertolongan..Alhamdulillah, saya dpt keja kt tmpt yang jauh dari laki org tue dan better offer lg.. Then, terus saya jumpa ngn bf saya time tue dan skrg dah jdik suami sy pon.. Cuma sy takut sgt kalo ada pompuan luar sna cuba nk g0da suami saya sb dlu saya penah bt dsa bergaul ngn suami org..

Semoga semuanya akn berada dlm lindungan Allah taala.. AminnnTahniah Dian, berjaya menghindarkan diri dari terus terjerumus ke dalam perhubungan terlarang itu. Apa pula kata anda.Sumber – Dian (Bukan nama sebenar) via IIUMC

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *