Hiburan ISU SEMASA Viral

“Ini Isu Nyawa” – Influencer Pakai ‘Gelang Pink’ Untuk ‘Prank’? Kerajaan Serah Kepada P0lis

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan mana-mana  individu yang memakai gelang merah jambu gara-gara untuk tujuan gurauan (prank) boleh dianggap melakukan kesalahan.

Menerusi laporan Astro Awani, Ismail Sabri berkata individu berkenaan membuat kesalahan kerana mempunyai niat untuk menipu orang ramai.

“Terdapat dua kesalahan. Pertama, jika dia benar-benar dikuarantin dan memakai gelang ‘pink’ untuk keluar, tentunya dia dikenakan tindakan.

“Kalau tidak dikenakan kuarantin tetapi (semata-mata hanya) memakai gelang tersebut, dia juga menipu kerana menggunakan bahan atau peralatan Kementerian Kesihatan untuk tujuan menipu orang ramai.

“Dia salah… (kerana) melakukan kesalahan tersebut,” katanya pada sidang media berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.

Katanya lagi, beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan selanjutnya terhadap individu-individu yang tidak bertanggungjawab itu.

“Terserah kepada polis untuk ambil tindakan. Kami perlu bertanggungjawab.

“Jangan kita jadikan perkara ini sebagai bahan mainan atau ketawa. Ini melibatkan isu nyawa, isu yang besar.

“Jadi, jangan menganggap ini perkara yang boleh dibuat lawak, dimain-mainkan kerana kesannya adalah amat besar,” katanya.

 

Tegasnya lagi, isu berhubung wabak COVID-19 perlu diambil serius dan bukannya perkara yang boleh dijadikan gurauan.

Pada 15 September lalu, seorang influencer memuat naik video yang menunjukkan dia memakai gelang ‘pink’ tatkala makan di sebuah restoran.

Video berkenaan menimbulkan kontroversi dan menerima kecaman hebat daripada netizen di media sosial.

Pada Ahad lalu, individu tersebut memohon maaf menerusi satu muat naik di laman Instagram peribadinya.

Sumber : gempak

“Video Itu Hanya Syok-Syok Sahaja” – Buat Prank Pakai Gelang Pink, Instafamous Chazynash Tampil Mohon Maaf

Tampil membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung video dirinya memakai gelang pink di tempat awam yang tular di pelusuk media sosial sejak minggu lalu, Instafamous Chazynash akui perkara itu satu kesilapan yang datang daripada dirinya sendiri.

"Video Itu Hanya Syok-Syok Sahaja" - Buat Prank Pakai Gelang Pink, Instafamous Chazynash Tampil Mohon Maaf

Dedahnya, video tersebut bukan untuk memperlekehkan mana-mana pihak sebaliknya hanya lakonan semata-mata.

View this post on Instagram

Buang yang keruh, ambil yang jernih.

A post shared by Chazynash (@chazynash) on


“Pertama sekali saya nak minta maaf, saya tak boleh nak salahkan korang semua jika tak sependapat seperti saya bahawa video itu sekadar lawak. Saya faham. Tapi saya lihat ramai yang salah faham bahawa video ini prank di tempat awam.”
Katanya juga, video tersebut hanyalah lakonan semata-mata kerana segalanya sudah dirancang bersama team produksi.

“Untuk pengetahuan semua itu bukan video prank. Semua berlakon, 100 peratus staged termasuk orang di sekeliling, semua kawan-kawan dan buat di set lakonan. Saya buat video itu bukan nak memperlekehkan mana-mana pihak. Video itu hanya syok-syok sahaja. Sebab content saya kebanyakannya macam tu.”
Terdahulu tular aksi instafamous itu yang memakai gelang pink di sebuah restoran hingga mencetuskan panik dalam kalangan netizen.

Rentetan itu, ramai juga yang beranggapan tindakan itu agak keterlaluan sehingga wujud pengikutnya yang tampil mempersoalkan mengapa perkara tersebut boleh berlaku kerana beliau dilihat berkelakuan seperti mahu memperlekehkan pihak tertentu.

Malah, ada juga yang merasakan jenaka itu tidak bersesuaian kerana mengaitkan isu sensitif dan kesihatan

sumber : beautifulnara

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *