Hiburan

Warganet Tergamam Dah Lama Bina Rumahtangga Tiba Tiba Yusry Tampil Dedahkan Sesuatu Tentang Dia Dan Lisa. Rupa Rupanya Ini Yang Terjadi Dengan Rumahtangganya.

Sayang, kita sudah hidup bersama selama tujuh tahun. Sudah pasti dalam mana-mana perkahwinan ada masa susah dan senang. Saya sangat cintakan awak. ” Selamat Hari Kita 7,” kata pelakon dan pengarah terkenal Yusry Abd Halim sempena meraikan ulang tahun perkahwinannya yang ketujuh bersama pelakon popular Lisa Surihani.

Yusry, 45, menerusi Instagram berkata, dia bersyukur kerana mereka dapat melalui segala cabaran dan ikatan rumah tangga mereka semakin kukuh setiap hari. ” Sayang, we’ve been together for 7 years. Of course in any marriage there’ll be good times & bad. But looking back, I’m thankful that we went through it all together and came out stronger with every passing day. Thank you for being there for me & the kids. I love you so much Selamat Hari Kita 7″, itu kapsyen penuh yang ditulis Yusry.

“ Terima kasih kerana berada di sisi saya dan anak-anak kita,” tulisnya. Lisa, 32, juga memuat naik beberapa gambarnya dan Yusry mengimbau kenangan dalam perhubungan mereka dulu di akaun Instagram miliknya. “ Saya sangat berterima kasih kerana kita dapat mempelajari untuk mengukuhkan cinta dan nilai positif dalam perhubungan. Ia perjalanan cinta yang sangat menarik buat dua individu yang berbeza seperti kita.

“ 23 February 2019 : 7 tahun lalu dan seterusnya. Selamat Hari Kita, Yang.” tulisnya. Perkongsian Yusry dan Lisa itu turut mendapat perhatian daripada rakan artis dan peminat yang turut mendoakan perkahwinan pasangan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

Yusry dan Lisa berkahwin pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Yahaira Leanne dan Yusof Leonne. ” Yusri.. lisa tengah hot n single n sangat preety sewaktu decide u hubby dia.. now dh dpt sepasang anak.. bhgia nyer.. so please jaga lisa like a beauty princess in heaven.. alhamdulillah..”

” Semoga rumah tangga subur rasa cinta dalam sakinah mawaddah dan rahmah hingga jannah Nya. Aamiin..” ” Happy anniversary yang ke7 kak @lisasurihani & abg @yusryabdhalim ..moga masjid yang dibina berkekalan & bahagia selalu…” ” Happy anniversary Yusry n Lisa…semuga kekal bahagia hingga Syurga. Very loving couple. Nice to see U together..”

Pelakon Lisa Surihani mengimbau kenangan dan perasaannya sewaktu pihak keluarga Yusry Abdul Halim datang menghantar tanda melamarnya pada 21 Disember 2011. Menerusi perkongsian di akaun Instagram (IG) peribadinya, Lisa Surihani memuat naik foto mereka berdua ketika majlis tersebut.

Lisa Surihani menceritakan bagaimana dia bersetuju untuk menerima lamaran tersebut. “ 21 Disember 2017 – Hari Hantar Tanda. “ Ini ketika Yusry baru sahaja sampai selesai acara tersebut. “ Dia tunggu di luar masa pihak keluarganya melamar saya. “ Saya kenyit mata senyum tanda setuju. “ Perasaannya sangat gembira bila kami buat persiapan untuk majlis nikah dan resepsi yang berlangsung pada Februari 2012.

“ Puas ada. Teruja pun ada. “ Keluarga dan kawan rapat semua ada bersama ketika itu. “ Banyak kenangan manis pada hari itu,” tulisnya. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: hmetro & IG Yusry via Newsviral

Lisa berhijab bukan kerana suami
PELAKON popular Lisa Surihani menjelaskan dia berhijab bukan disebabkan permintaan, saranan atau mengikut kehendak suaminya, pengarah juga bekas anggota kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim. Bintang utama filem Istanbul Aku Datang itu sewaktu ditemui di sesi rakaman program Tanya Doktor Imelda menegaskan, keputusan diambil untuk memakai hijab tidak dipengaruhi oleh sesiapa.

“Begitupun saya dapat berasakan yang suami mahu saya membuat keputusan sendiri. Yusry juga mahu saya melakukannya (berhijab) atas sebab yang betul,” katanya. Ditanya apa kata Yusry sebaik melihat dia sudah berhijab, Lisa mengambil pendekatan untuk tidak memberi kenyataan mewakili suaminya sebaliknya menyarankan supaya ia ditanyakan sendiri kepada tuan punya badan.

Kata Lisa, dia juga tidak meletakkan pemakaian hijab sebagai sebahagian daripada fesyen mahupun gaya sebaliknya mahu tampil lebih baik berbanding sebelumnya. “Kalau hendak diikutkan saya belum bersedia untuk berkongsi foto terkini sekembali dari Tanah Suci. Bagaimanapun mengenangkan kepada komitmen dan kerjaya seni selepas ini membuatkan saya melakukannya juga demi kerjaya.

“Alhamdulillah saya menerima banyak komen positif mendoakan yang baik. Begitupun saya tidak mahu memikirkan komen pesimis yang dimuat naik pengikut di laman sosial,” katanya. Lisa membuat kejutan kepada peminat apabila

memuat naik gambarnya berhijab selepas menghadiri sidang media sebuah aplikasi sosial di ibu kota baru-baru ini. Spekulasi mengenai penghijrahan pelakon popular itu mulai diperkatakan apabila teman artis Intan Ladyana memuat baik foto bersama Lisa yang sudah berhijab beberapa hari lalu.

Hati Ibu Mana Tak Sakit Bila Bagi Amanah Kat Orang Untuk Jaga Ank Tapi Disiakan. Mengejutkan Bila Tiba Tiba Lisa Surihani Tampil Bersuara Lantang Dedahkan Sesuatu Tentang Ank.
Pelakon Lisa Surihani akui memahami perasaan ibu yang hatinya remuk bila amanah yang diberikan untuk menjaga anaknya dihncurkan. Mengulas mengenai drama Pelindung Seorang Puteri, Lisa terkesan melihat mata sayu pelakon Wan Norazlin yang memegang watak sebagai ibunya.

“Sebagai seorang mak, hati mana tidak remvk, berkecai bila dapat tahu amanah yang diberi kepada seseorang untuk dijaga, dibimbing dan disayangi , diperlaku sebegini. “Saya terkesan dengan mata Mak (Wan Norazlin) yang tajam memandang besan dia. Her message is loud and clear through her eyes,” katanya.

Lisa berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut, Lisa memuat naik sedutan babak dalam drama arahan Yusry Abdul Halim yang menghiasi slot Megadrama serta ditayangkan secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

Drama bersiri Pelindung Seorang Puteri merupakan sebuah lagi naskah adaptasi novel yang mengangkat genre romantik thriller terbitan pihak Astro Ria dengan kerjasama syarikat produksi Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.

Drama 16 episod itu turut menampilkan pelakon seperti Farid Kamil, Sharnaaz Ahmad, PU Riz , Zain Ruffedge, Jasmine Suraya dan ramai lagi. Drama Pelindung Seorang Puteri mengisahkan Rose lakonan Lisa Surihani yang membawa diri jauh daripada keluarga setelah difitnah kerana sering diekori oleh pengendap misteri walaupun dia sendiri sebenarnya tidak pasti akan identiti pengendap misteri tersebut.

Adakah Firdaus (lakonan Zain Hamid), bekas kekasihnya yang masih menggilinya, Saiful (lakonan Farid Kamil), rakan sepermainan yang menyukainya sejak kecil atau Hazril (lakonan Sharnaaz Ahmad), kawan baik abang kandung Rose yang dalam diam meminatinya dari jauh.

Siapakah yang akan menjadi pelindung Rose daripada terus diganggu oleh pengendap misteri tersebut? Saksikan Pelindung Seorang Puteri pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam menerusi slot Megadrama secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, drama bersiri ini turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : GEMPAK

Farid Kamil Lakonkan Babk Romantik Dengan Lisa Surihani Depan Yusry. Mengejutkan Sampai Macam Ni Sekali Reaksi Yusry Buat Warganet Terkedu.
Aktor Farid Kamil akui teruja apabila kembali digandingkan dengan Lisa Surihani sebagai heroin di dalam drama Pelindung Seorang Puteri. Menurut Farid gandingan kali ini dilihat lebih matang selepas 10 tahun mereka ‘bersatu’ kembali. “Digandingkan kembali dengan Lisa memang sesuatu yang ditunggu-tunggu. Saya cukup bertuah kerana dipilih untuk berlakon dalam drama ini.

“Banyak kelainan yang ditampilkan dalam gandingan kali ini kerana ia merupakan adaptasi dari novel terkenal. “Saya rasa lakonan kali ini lebih matang dan bermutu dari semua pelakon yang memberikan terbaik,” katanya. Farid dihubungi Astro Gempak mengenai drama arahan Yusry Abdul Halim itu yang bakal menghiasi slot Megadrama ini bermula hari ini, jam 10.00 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

Kali terakhir Farid dan Lisa ‘disatukan’ adalah menerusi filem Lagenda Budak Setn pada tahun 2010 dan turut bekerjasam dalam menjayakan filem lain seperti Semerah Cinta Stiletto, I’m Not Single serta banyak lagi. Apabila ditanya apakah perasaannya apabila perlu melakonkan babak romantik di hadapan suami Lisa yang juga pengarah drama tersebut, Farid dedah mereka professional.

“Satu pengalaman baru bagi saya apabila berlakon di bawah arah Yusry selalu kami hanya berlakon bersama. “Pada mulanya saya ingat ia sukar kerana perlu melakonkan aksi romantik di hadapan suami Lisa, rupanya lebih mudah.

“Malah Yusry sendiri yang akan guide dan fahamkan saya bagaimana untuk melakonan watak romantis itu supaya ia menjadi lebih baik. “Cuma aksi saya perlu pukl Lisa sahaja, nampak Yusry amat bimbang akan isterinya. Bagi saya itu normal lah kan,” katanya lagi.

Drama bersiri Pelindung Seorang Puteri merupakan sebuah lagi naskah adaptasi novel yang mengangkat genre romantik thriller terbitan pihak Astro Ria dengan kerjasama syarikat produksi Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Drama 16 episod itu turut menampilkan pelakon seperti Sharnaaz Ahmad, PU Riz , Zain Ruffedge, Jasmine Suraya dan ramai lagi.

Drama Pelindung Seorang Puteri mengisahkan Rose lakonan Lisa Surihani yang membawa diri jauh daripada keluarga setelah diftnah kerana sering diekori oleh pengendap misteri walaupun dia sendiri sebenarnya tidak pasti akan identiti pengendap misteri tersebut.

Adakah Firdaus (lakonan Zain Hamid), bekas kekasihnya yang masih menggilainya, Saiful (lakonan Farid Kamil), rakan sepermainan yang menyukainya sejak kecil atau Hazril (lakonan Sharnaaz Ahmad), kawan baik abang kandung Rose yang dalam diam meminatinya dari jauh.

Siapakah yang akan menjadi pelindung Rose daripada terus diganggu oleh pengendap misteri tersebut? Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Lisa berhijab selepas tunai umrah
“ALHAMDULILLAH, Allah SWT sudah membuka pintu hati untuk berhijab dan doakan saya terus istiqamah,” kata pelakon Lisa Surihani ketika mengulas perubahan dirinya yang sudah tampil berhijab ketika ini. Menurut Lisa, dia memutuskan untuk tampil berhijab sebaik saja kembali daripada mengerjakan ibadat umrah di Tanah Suci bersama suami, pelakon dan pengarah Yusry Abd Halim serta dua anaknya, baru-baru ini.

“Terus terang, saya juga mengambil masa bertahun untuk melakukan perubahan ini. “Malah, saya juga masih mencari hidayah daripada Allah sampai sekarang,” katanya kepada Harian Metro. Bagaimanapun, katanya, dia masih berusaha melakukan perubahan untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik dari semasa ke semasa.

“Doa daripada semua peminat sangat penting buat saya yang masih berusaha melakukan perubahan ini,” katanya. Sementara itu, penampilan baru Lisa berhijab turut jadi perhatian daripada ribuan pengikutnya di akaun Instagram miliknya. Rata-rata pengikutnya memuji perubahan dirinya itu sekali gus mendoakannya untuk terus kekal berhijab. Lisa berkahwin dengan Yusry pada tanggal 23 Februari 2012 serta dikurniakan dua anak, Yahaira Leanne dan Yusof Leonne.

Terima kasih, Lisa Surihani!
“TERIMA kasih kak Lisa, saya hargai pemberian itu dan hanya Allah SWT saja dapat membalasnya,” kata seorang gadis hanya mahu dikenali sebagai Huda, 24, selepas menerima hadiah telekung dipercayai pemberian pelakon popular, Lisa Surihani.

Huda yang menetap di Ayer Keroh, Melaka berkata, dia menerima kiriman mesej menerusi Instagram (IG) tengahari, semalam daripada sebuah jenama telekung terkenal memaklumkan seorang hamba Allah berhajat menghadiahkannya telekung.

Menurut Huda, dia yakin hadiah itu adalah pemberian Lisa Surihani kerana ada tinggalkan komen di ruangan Insta Story aktres terbabit, malam kelmarin. “Selepas pulang menunaikan umrah, saya kehilangan salah satu bagasi dan hanya menyedarinya ketika berada di lapangan terbang sebaik tiba di tanah air.

“Kebetulan, bagasi itu berisi telekung sama dipakai Lisa Surihani dalam gambar dimuat naiknya di Insta Story. “Gambarnya mengingatkan saya pada telekung yang hilang itu dan tanpa berfikir panjang, saya terus tinggalkan komen di ruangan berkenaan.

“Niat saya hanya untuk berkongsi perasaan sedih kehilangan telekung berkenaan selain memberitahunya yang kami menunaikan umrah pada waktu sama tetapi tidak berkesempatan untuk bertemu di Tanah Suci,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Huda berkata, dia tidak sangka komen itu mendapat perhatian hingga ditawarkan hadiah telekung daripada jenama sama. Lebih membuatkannya terharu apabila diberi peluang memilih jenis telekung diinginkan.

“Walaupun wakil jenama itu tidak menyebut nama Lisa Surihani secara khusus, saya percaya hadiah itu daripadanya. “Ini kerana saya hanya tinggalkan komen itu di Insta Story beliau, bukan orang lain. “Jujurnya, saya sedih selepas kehilangan telekung itu kerana ia dipakai ketika pertama kali menunaikan umrah bersama keluarga, jadi ada nilai sentimental di situ.

“Untuk membeli telekung jenama sama, saya tidak mampu buat masa ini tetapi rezeki saya agaknya apabila menerima hadiah berkenaan daripada Lisa yang juga pelakon kegemaran sejak dulu lagi,” katanya. Kisah Huda mendapat perhatian warganet selepas adiknya berkongsi mesej kirimannya kepada aktres di IG dan tawaran diterima daripada jenama telekung berkenaan.

Rata-rata warganet memuji tindakan Lisa Surihani dan menyatakan Huda sebagai gadis bertuah kerana menerima hadiah pemberian pelakon berkenaan. Sehingga kini, hantaran itu menerima lebih 12,300 ulang ciap dan hampir 10,000 tanda suka.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : Apam pink media

Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *