Hiburan Viral

Stop minta duit aku zarina anjoulie meluat penghutang ahlong dm nak pinjam duit

Tampil menempelak tindakan segelintir pengguna media sosial yang menghubunginya untuk meminjam wang dikala saat terpaksa menempuh kesulitan hidup, pelakon sensasi Zarina Anjoulie dedah perkara itu kepada umum di laman Instagramnya.

"Stop Minta Duit Aku!" - Zarina Anjoulie Meluat Penghutang Ah Long DM Nak Pinjam Duit

Ujarnya, beliau amat terkilan apabila wujud dalam kalangan pengikutnya yang mahu meminjam wang ekoran terjebak dengan pinjaman wang haram Ah Long.

Zarina Anjoulie Meluat Penghutang Ah Long DM Nak Pinjam Duit

“Stoplah minta aku duit macam aku ni ban kau. Ada kaki, ada tangan pergi cari kerja, ingat aku ni babu ke kena kerja untuk kasi orang aku tak kenal duit. Dah lah nak minta beribu-ribu. 90 peratus kat DM aku semua nak pinjam duit sebab terjebak dengan Ah Long. Padan muka tu je aku boleh cakap.”

Lebih mengecewakan, Zarina mendedahkan ada antara pengguna media sosial yang gah menayang kemewahan namun hakikatnya tidak seperti apa yang ditonjolkan kerana dihimpit masalah kewangan dan hidup susah.

"Stop Minta Duit Aku!" - Zarina Anjoulie Meluat Penghutang Ah Long DM Nak Pinjam Duit

“Bila tengok profile wah hidup gah. Wahai Melayu tolonglah sedar diri kalau dah miskin buat cara miskin.Gambar bukan main nak bawa 5 Series tapi nak pinjam duit aku yang bawa Satria buruk ni. Itu pilihan kau yang nak hidup macam have-have tapi akaun bank 30 sen.

Menurutnya lagi, ia kelihatan sangat menjengkelkan kerana ramai lagi insan yang wajar diberi pertolongan berbanding golongan seperti ini.

"Stop Minta Duit Aku!" - Zarina Anjoulie Meluat Penghutang Ah Long DM Nak Pinjam Duit

“Meluatnya masing-masing nak berangan. Yang menjengkelkan kenapa orang yang minta ni tak ada malu langsung dan apa yang mereka fikir aku akan beri? Baik aku bagi anak-anak yatim makan daripada aku kasi kau.”

Terdahulu, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, Zarina merupakan antara selebriti tempatan yang tidak lekang menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan. Malah namanya juga sekali lagi menjadi perhatian selepas dirinya tampil menyelar tindakan selebriti tanah air yang menyeru kerajaan supaya tidak meminggirkan golongan artis yang khabarnya “layak” mendapat bantuan “khas” atas sumbangan mereka dalam industri hiburan tempatan.

Sumber : beautifulnara

 

Zarina Anjoulie ‘Bantai’ Instafamous Gila ‘Fame’ – “Menjijikkan! Kau Pernah Tengok Neelofa Reviu Produk Dia Kat Kedai Orang?”

Pelakon Zarina Anjoulie meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir golongan ‘instafamous’, pengasas produk dan selebriti yang suka menarik perhatian orang lain dengan memviralkan sesuatu perkara yang tidak perlu.

Zarina menerusi posting di Instagram(IG)nya berkata, golongan seperti ini menjijikkan kerana berasakan diri mereka terlalu popular dan tunjuk bagus.

“Kau instafamous ke artis ke founder produk ke, nak jual barang…tak payah menggelabah boleh tak? Menjijikkan! Menggelupur nak maki orang sana sini, kau ingat kau cool?

“Kau nak viralkan tempat orang, malukan tempat orang mana yang kau pergi. Sedar tak orang-orang yang buat benda ni semua mesti youtubers, instafamous, founder tapi tak semua lah…Kenapa diaorang buat macam tu? Sebab untuk secebis fame!,” katanya.

Tidak menyebelahi mana-mana pihak, namun kata Zarina atau lebih mesra dipanggil Anjou ini, ada banyak cara lain sekiranya melakukan viral untuk mencari populariti.

“Ada caranya, kau kena ingat suatu hari nanti kau pula buka restoran atau ahli keluarga kau ke, lepas tu mereka pula kena viral…Apa perasaan kau?

“Korang tu low class, korok! Pergi tempat orang reviu barang. Yang kau menggelabah nak reviu kat tempat orang kenapa?

“Aku baca kau kata kena halaulah apa lah…Yang kau datang dengan kawan-kawan kau 10 orang  buat riuh kat situ. Comfirm-comfirm kau dengan kawan-kawan kau bising, acah-acah kau founder hebat.

“Kau nampak tak Neelofa buat macam tu? Kau pernah dengar tak Datuk Siti Nurhaliza buat reviu kat tempat orang?

“Lepas tu tak puas hati sikit nak saman. Obviously kau tak ada duit pun nak saman. Stop lah viralkan orang tanpa sebab.

“Lagi satu kalau reviu kat tempat orang, orang tu tak suka…Kau tak payah pun nak reviu. Kau nak reviu pun rileks-rileks je. Aku ni pun ramai orang tak suka, tak pernah pun kena halau, padahal aku ni kalau bercakap pun memang kuat suara aku,” katanya.

Bagaimanapun menerusi rakaman video tersebut, dapat dilihat pesanan Anjou ditujukan secara umum kepada founder produk dan instafamous yang suka mencari publisiti.

Menerusi video tersebut juga Anjou ada menyebut beberapa isu tular melibatkan pengasas produk, youtuber dan instafamous.

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *