ISU SEMASA

M3nteri KPT sila letak jwatan’ – Pelajar IPT bengang KPT umum keputusan last minute buat ramai yg rugi

Tindakan saat akhir Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengumumkan penangguhan semua sesi pendaftaran pelajar baharu dan lama secara fizikal dan kelas di institusi pengajian tinggi (IPT) diadakan secara dalam talian 100 peratus buat sementara waktu untuk semester akan datang, membuatkan ramai pelajar terkesan.

Ditambah pula, pengumuman itu dikeluarkan pada waktu ketika ribuan pelajar dari seluruh negara dalam perjalanan ke kampus masing-masing.

Berdasarkan kenyataan KPT yang dikeluarkan pada tengah hari Jumaat 2 Oktober 2020, pihaknya sedar akan pandangan dan kebimbangan pelajar dan ibu bapa serta masyarakat susulan peningkatan kes Covid-19 yang terlalu ketara, beberapa hair sebelum pengambilan pelajar baharu di universiti dan kolej.

“KPT mencadangkan kepada semua IP untuk menangguh dahulu pendaftaran secara fizikal/bersemuka pelajar-pelajar baharu dan lama ke kampus.

“Semua urusan pendaftaran pelajar boleh dilaksanakan secara dalam talian, begitu juga aspek pengajaran dan pembelajaran sehingga pengumuman baharu mengenainya dibuat.

“Bagi pelajar yang telah berada di kampus dan sedang mengikuti aktiviti akademik, mereka boleh kekal berada di kampus masing-masing. Pihak IPT diminta membantu segala keperluan yang diperlukan oleh kumpulan pelajar ini.

“KPT juga telah mengambil langkah profaktif berunding dengan syarikat-syarikat penerbangan bagi memohon mempertimbangkan penjadualan semula penerbangan pelajar-pelajar pulang ke kampus, khususnya bagi mereka yang telah membeli tiket penerbangan pulang ke IPT masing-masing.

“Hasil rundingan tersebut, syarikat-syarikat penerbangan telah bersetuju untuk menjadualkan semula penerbangan pelajar sehingga 31 Disember 2020,” kata kenyataan itu.

Pengumuman pada saat akhir KPT itu ternyata mengejutkan ribuan pelajar yang kini sedang meluahkan kemarahan mereka di media sosial. Lebih teruk lagi, tanda pagar (hashtag) #MenteriKPTsilaletakjawatan juga kini trending di laman Twitter sejak pengumuman itu dibuat.

Banyak pelajar yang terkesan memuat naik luahan ketidakpuasan hati mereka kerana terpaksa pulang semula dan ada yang terpaksa mencari penempatan sementara serta mencari pihak yang sudi menumpangkan mereka pulang ke rumah masing-masing.

Reaksi warganet.

Herni Suyanti – Sedih baca luahan hati pelajar2 yg kurang berkemampuan.. Semoga Allah permudahkn urusan adik2 student semua.

Kalau pelajar terkena jangkitan covid,marah kerajaan jugak,,kerajaan terpaksa buat macam ni ukt kebaikan depa jugak.

Beatriz R Triz – Kalau yg dekat2 masih boleh bawa bersabar. Kalau yg perlu fly,byr hotel sebelum nak mendaftar, book sewa rmh tu mmg bikin panas saja… tak semua parents budak2 tu org senang.

Fauzira She – Saman je blk mintak gantirugi yg ditanggung oleh pelajar..ingat semua pelajar tu org senang ke.

Hana Iramirna – Klim balik gnti rugi…igt senang ke nk carik duit..brg asrama..brg kampus..duit belanja..duit sewa..tu blom duit mkn..topup..dll.

Encik Bond – KPT buat tindakan btl. covid makin menjadi2. klau makin teruk bukan stakat pkp 2.0 tp 1 malaysia tak boleh gerak. untuk kebaikan bersama. mmg 1 kerugian. tp benda perlu dilakukan.

Haida – Yg ni x tahu juga.. Sbb kenaikan mendadak last2 minit.. Bukan boleh buat keputusan sendiri.. Semunya nk kena fikir baik buruk nya.

Wak Jat – Time mengundi kt sabah, org yg tgh kuarantin pon g memangkah undi…ni student da nk lapor belajar, dihalau balik…what a nonsense laa.

Dhiya Fara – Sapa je x marah? Member saya tong2 duit bayaq deposit rumah. Last2 x leh sambung. Bila minta balik depo dh burn sebab tuan rumah pun perlukan duit. Kalau nak bagi pun 50% saja.

Rasa2??? Budak yg dapat kolej x de masalah, yg duduk luaq? Nak pikiaq lagi makan mana nak carik. Sy pin terpaksa bekerja sambil belajar nak tampung yuran. Oh, please la… IPT dan sekolah better close sampai case reda.

FACEBOOK TWITTER Via The reporter.