ISU SEMASA

Rambut siapa berjurai kat belakang dia tadi. Takkan laju benar Ieda berguling ke dinding belah sana.

Aku Nur, nak bercerita mengenai rumah sewa masa study dekat Politeknik Shah Alam dulu.

Aku dan kawan-kawan seramai lapan orang menyewa di sebuah apartment di kawasan TTDI Jaya. Satu rumah ada tiga bilik. Aku duduk master bedroom bersama dua orang kawan. Bilik tengah dua orang, bilik hujung 3 orang. Sebelah tu bilik air.

Asalnya ni rumah junior kitorang. Tapi disebabkan diorang masing-masing balik kampung nak praktikal, kitorang duduk la untuk satu sem (last sem). Diorang sempat la pesan ‘baik-baik’ duduk rumah ni. At that time tak fikir apa-apalah.

Masa kami duduk kat rumah ni benda yang sering sangat berlaku ialah bunyi bunyian yang continuously dari unit atas. Everyday.

Tiga jenis bunyi iaitu bunyi orang tumbuk lesung batu, bunyi perabot diseret dan bunyi guli melantun. Yang dua bunyi tu tak kisah sangatlah sebab agak common sense.

Sebenarnya budak rumah pun ada perasan pasal bunyi ni sepanjang diorang kat rumah tu. Tapi masing-masing tak ambil berat sangat. Kiranya kalau dengar buat bodo je la.

Selain dari bunyi-bunyian, ada satu hari tu aku nak basuh baju. Bilik laundry ni terletak kat belakang dapur. So bila dah settle semua, aku tak jemur kat kat situ, tapi jemur kat ruang tamu.

Masa tengah separuh jemur tu aku tersedar, aku dengar bahagian dryer (mesin semi-auto) tu berpusing. Urm… macam peliklah, siapa pulak yang basuh baju. Sebab aku kat ruang tamu, tak nampak pulak bayang orang keluar masuk dapur.

Dah siap jemur semua, dengan rasa ingin tahu aku pun pergi kat mesin basuh nak tengok siapa punya kain ada dalam tu. Sampai kat mesin,

aku tengok punat bahagian dryer tu dah digerakkan dan masa aku sampai rotation dia dah separuh. Ok lah, lega… maknanya memang ada orang yang pusingkan mesin tu mungkin aku tak perasan.

Oh ya kami ni semua kat rumah tu tidur pakai tilam nipis and toto je. So masa dia tengah tidur, dia tersedar bila dia rasa rambut roommate dia, Ieda, menggelempai/berjurai (ada dalam kamus ke perkataan ni?) dekat belakang badan dia.

Rambut Ira ni pendek. Rambut Ieda ikal panjang. Ira pun pelik jugak, apa pasal menghimpit sangat Ieda tidur belakang dia ni sampai boleh rasa rambutnya?

Dan bila dia dah rasa tak selesa sangat, dengan mamai-mamai dia pun pusinglah badan nak suruh Ieda ni beralih sikit. Surprisingly, bila dah pusing dia tengok roommate dia tengah tidur kat dinding nun belah sana.

Rambut siapa menggelempai dekat belakang dia tadi? Takkan laju benar Ieda berguling ke dinding belah sana. Nasib baik masa tu tak sempat nak rasa takut lebih-lebih sebab dia mengantuk sangat dan terus sambung tidur.

Yang paling seram berlaku dekat bilik tengah. Masa tu dekat rumah tinggal 4 orang je. Yang lain balik kampung. Waktu tu maghrib.

Ok lah, lepas dah reda aku pun dah nak masuk bilik semula and masing-masing nak buat hal sendiri. Suddenly, Miz menjerit. Kali ni minah tu betul-betul gelabah, muka dia cam nak menangis pun ada.

Dia kata tadi lepas bercerita ngan kitorang tu dia pergi tandas. Bila keluar dia nak menuju ke ruang tamu (dari tandas nak ke ruang tamu mesti melalui bilik hujung (bilik Ira, Ieda) then bilik tengah, master bedroom, barulah ruang tamu).

Dan masa melalui bilik tengah tu dia nampak Ifa tengah sembahyang dan since Ifa ada dekat situ, dia pun nak masuklah.

Bila dia nak gerak masuk bilik, tiba-tiba dia dengar suara Ifa dekat ruang tamu dan time tu baru dia perasan orang yang tengah sembahyang dalam bilik tu membelakangkan dia dan sembahyang tak menghadap kiblat!

Apa lagi, berdesup dia lari pergi ruang tamu. Fuh! kali ni aku dengan Wan dah start rasa seram. Diorang buat keputusan balik rumah malam tu jugak.

Untunglah rumah diorang kat area KL ngan Selangor je. Aku dengan Wan jugak yang pisang (blur). Sebab, takkan kitorang nak naik bas balik Johor dengan Terengganu jugak malam tu!

Diorang offer stay rumah diorang, tapi kitorang tak ikut. Nasib baik malam tu takde apa-apa berlaku sampai ke pagi.

Nasihat aku, anak dara kalau boleh elakkan selalu balik lewat malam. Banyakkan solat, mengaji dalam rumah.

Sebab lepas kitorang habis study masing-masing sibuk tag sesame sendiri kat satu article kat fb pasal tiga bunyi tu.

Dari bacaan, basically itu memang gangguan dari jin/syaitan sebab kurangnya amal dalam rumah. Wallahu’alam. Sekian.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber :Kisah Rakyat
Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *