Infomaklumat

Ayah trpaksa jual motor nak byar yuran pngajian” – Pelajar Luah Rasa Kcewa Keputusan KPT buat ramai simpatii.

Belakangan ini, laman Twitter dan Facebook penuh dengan luahan rakyat Malaysia yang kecewa dengan peningkatan kes jangkitan Cvid-19.

Peningkatan ini berlaku selepas mereka yang mengundi semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pulang ke Semenanjung Malaysia tanpa mengamalkan kuarantin selama 14 hari.

Tidak cukup dengan itu, rakyat Malaysia terutamanya pelajar pengajian tinggi seolah-olah ‘mengamok’ selepas Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengeluarkan kenyataan penangguhan pendaftaran secara fizikal.

Berdasarkan arahan yang dikeluarkan, KPT meluahkan rasa prihatin dan khuatir dengan keselamatan para pelajar, maka Intitusi Pendidikan Tinggi (IPT) diarahkan untuk menjalankan pendaftaran secara talian sehingga pengumuman baharu dibuat.

Namun begitu, tinjauan penulis di laman Twitter dan Facebook mendapati arahan KPT ini dilihat tidak diterima baik oleh para pelajar dan ibu bapa.

Rata-ratanya menganggap keputusan ini adalah terlalu ‘last minute’ serta lebih merumitkan keadaan.

Banyak isu yang diutarakan oleh netizen, antaranya adalah berkenaan bil rumah sewa yang sudah dibayar dan kekurangan wang untuk pulang semula ke rumah meskipun baru sahaja tiba di pusat pengajian masing-masing.

Berikut adalah beberapa luahan para pelajar yang kecewa dengan keputusan mengejut KPT.

“Ayah dah takdok duit nak bagi kakak”

It hurts me so bad. sorry ayah. Kalau la kakak dok masuk belajor dulu.

— COUPLERINGRM35 (@wafanadira96) October 2, 2020.

Pelajar terpaksa jual telefon bimbit dan stethescope untuk perbelanjaan pengajian.

Trksan sjk IPT umum bukak sidang baru okt nnti,bru tahu last week,kena bayar yuran lebih untk dptkan kunci sem baru(Rm200) dan ada baki yuran yg perlu selesaikan untk dftar kos sem baru.

Kbetulan 2 blan dh tak prgi temujnji,sbb tk tahan sngt terpksa guna duit tu dlu.Jujur m4ti kutu.

— Nur Shahira (@ShahiraAhmad13) October 2, 2020

Turut mengalami masalah yang sama, Aiman Psik0logi juga meluahkan rasa kecewanya dengan keputusan KPT ini.

Saya baru lepas bayar yuran semester Master saya (yang mungkin ditangguh) hampir RM9,000 in cash, hasil tabungan 2 tahun di samping carian rezeki untuk keluarga.

Saya bukan harapkan bantuan, tapi mohon doa daripada sesiapa yang baca ini.

Hanya mahu seseorang tahu penderiitaan ini

— Talk From Home(@AimanPsikologi) October 2, 2020.

Lebih memilukan, seorang pelajar berkongsikan kisah bapanya yang terpaksa menjual motosikal dan menangguh pembayaran kereta kerana mahu menampung kos perbelanjaan pengajian miliknya.

Namun, segala usaha bapanya seolah-olah sia-sia apabila dia tidak dapat pulang ke pusat pengajian, ekoran arahan baru daripada Kementerian Pengajian Tinggi.

Luahan yang mendapat hampir dua ribu perkongsian itu berjaya menarik perhatian netizen, yang rata-ratanya mahu membantu pelajar itu dari segi kewangan.

Pada mulanya, pelajar itu berkongsikan nombor akaun bnk miliknya, namun dipadam tidak lama selepas itu selepas ditegur bapanya sendiri.

“Ayah kata dah cukup, jangan amik duit oang lagi”

Semoga semuanya baik-baik sahaja buat kita semua, terutamanya pelajar pengajian tinggi yang terkesan dengan arahan mengejutkan ini.

Buat para pelajar yang memerlukan bantuan dari segi kewangan, penginapan atau pengangkutan, ramai rakyat Malaysia yang sudi membantu anda.

Baca komen-komen di Tweet tersebut untuk penjelasan lebih lanjut.

Just wondering ada tak NGO or any persatuan untuk boleh offer any helps dan bantu students yang terkandas or ada kerugian perjalanan ke kampus?

Kalau ada boleh reply kat sini. Senang mana mana students boleh rujuk. Yang mana nak tolong secara personal, leklu. Sabar jap.

Sumber: lobakmerah

Pelajar IPT bengang KPT umum keputusan last minute buat ramai yg rugi

Tindakan saat akhir Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengumumkan penangguhan semua sesi pendaftaran pelajar baharu dan lama secara fizikal dan kelas di institusi pengajian tinggi (IPT) diadakan secara dalam talian 100 peratus buat sementara waktu untuk semester akan datang, membuatkan ramai pelajar terkesan.

Ditambah pula, pengumuman itu dikeluarkan pada waktu ketika ribuan pelajar dari seluruh negara dalam perjalanan ke kampus masing-masing.

Berdasarkan kenyataan KPT yang dikeluarkan pada tengah hari Jumaat 2 Oktober 2020, pihaknya sedar akan pandangan dan kebimbangan pelajar dan ibu bapa serta masyarakat susulan peningkatan kes Covid-19 yang terlalu ketara, beberapa hair sebelum pengambilan pelajar baharu di universiti dan kolej.

“KPT mencadangkan kepada semua IP untuk menangguh dahulu pendaftaran secara fizikal/bersemuka pelajar-pelajar baharu dan lama ke kampus.

“Semua urusan pendaftaran pelajar boleh dilaksanakan secara dalam talian, begitu juga aspek pengajaran dan pembelajaran sehingga pengumuman baharu mengenainya dibuat.

“Bagi pelajar yang telah berada di kampus dan sedang mengikuti aktiviti akademik, mereka boleh kekal berada di kampus masing-masing. Pihak IPT diminta membantu segala keperluan yang diperlukan oleh kumpulan pelajar ini.

“KPT juga telah mengambil langkah profaktif berunding dengan syarikat-syarikat penerbangan bagi memohon mempertimbangkan penjadualan semula penerbangan pelajar-pelajar pulang ke kampus, khususnya bagi mereka yang telah membeli tiket penerbangan pulang ke IPT masing-masing.

“Hasil rundingan tersebut, syarikat-syarikat penerbangan telah bersetuju untuk menjadualkan semula penerbangan pelajar sehingga 31 Disember 2020,” kata kenyataan itu.

Pengumuman pada saat akhir KPT itu ternyata mengejutkan ribuan pelajar yang kini sedang meluahkan kemarahan mereka di media sosial. Lebih teruk lagi, tanda pagar (hashtag) #MenteriKPTsilaletakjawatan juga kini trending di laman Twitter sejak pengumuman itu dibuat.

Banyak pelajar yang terkesan memuat naik luahan ketidakpuasan hati mereka kerana terpaksa pulang semula dan ada yang terpaksa mencari penempatan sementara serta mencari pihak yang sudi menumpangkan mereka pulang ke rumah masing-masing.

Reaksi warganet.

Herni Suyanti – Sedih baca luahan hati pelajar2 yg kurang berkemampuan.. Semoga Allah permudahkn urusan adik2 student semua.

Kalau pelajar terkena jangkitan covid,marah kerajaan jugak,,kerajaan terpaksa buat macam ni ukt kebaikan depa jugak.

Beatriz R Triz – Kalau yg dekat2 masih boleh bawa bersabar. Kalau yg perlu fly,byr hotel sebelum nak mendaftar, book sewa rmh tu mmg bikin panas saja… tak semua parents budak2 tu org senang.

Fauzira She – Saman je blk mintak gantirugi yg ditanggung oleh pelajar..ingat semua pelajar tu org senang ke.

Hana Iramirna – Klim balik gnti rugi…igt senang ke nk carik duit..brg asrama..brg kampus..duit belanja..duit sewa..tu blom duit mkn..topup..dll.

Encik Bond – KPT buat tindakan btl. covid makin menjadi2. klau makin teruk bukan stakat pkp 2.0 tp 1 malaysia tak boleh gerak. untuk kebaikan bersama. mmg 1 kerugian. tp benda perlu dilakukan.

Haida – Yg ni x tahu juga.. Sbb kenaikan mendadak last2 minit.. Bukan boleh buat keputusan sendiri.. Semunya nk kena fikir baik buruk nya.

Wak Jat – Time mengundi kt sabah, org yg tgh kuarantin pon g memangkah undi…ni student da nk lapor belajar, dihalau balik…what a nonsense laa.

Dhiya Fara – Sapa je x marah? Member saya tong2 duit bayaq deposit rumah. Last2 x leh sambung. Bila minta balik depo dh burn sebab tuan rumah pun perlukan duit. Kalau nak bagi pun 50% saja.

Rasa2??? Budak yg dapat kolej x de masalah, yg duduk luaq? Nak pikiaq lagi makan mana nak carik. Sy pin terpaksa bekerja sambil belajar nak tampung yuran. Oh, please la… IPT dan sekolah better close sampai case reda.

FACEBOOK TWITTER Via The reporter.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *