Hiburan

Keluarga Ashraf Sinclair Mendedahkan Sesuatu Perkara Mengenai BCL Selepas Khilangan Anaknya..

Penyanyi dan pelakon Bunga Citra Lestari (BCL) membuktikan perasaan kasih sayang dan hormat terhadap mentuanya tidak pernah berkurangan.

Biarpun terpisah oleh jarak jauh, BCL dan anaknya, Noah Sinclair tetap tidak ketinggalan untuk mengirimkan jambangan bunga kepada ibubapa Allahyarham suaminya, Ashraf Sinclair sempena ulangtahun perkahwinan mereka.
BCL dan Noah memberikan rangkaian bunga lily lengkap dengan surat.

Menerusi surat itu, BCL menyebut kedua mertuanya adalah pasangan yang sangat menginspirasinya.

Happy anniversary umi & daddy. Semoga cinta kalian selalu menginspirasi kita. Salam cinta, Bunga & Noah,” tulis BCL pada bunga yang dikirimnya.

Ibubapa Ashraf iaitu Khadijah Abdul Rahman dan Mohamed Anthony John Sinclair, baru saja meraikan hari ulang tahun perkahwinan mereka ke-44 pada 7 Oktober lalu.

Perkara ini didedahkan oleh Khadijah menerusi perkongsian hantaran di Instagramnya @dida_sinclair pada tarikh terbabit.

Dalam hantaran berkenaan, Khadijah juga menunjukkan hadiah bunga daripada suaminya.

“Hari yang sangat emosional, tapi begitu indah di ulang tahun ke-44 pernikahan kita.

Terima kasih cintaku, suamiku sayang atas 44 tahun kebersamaan kita, di mana kita telah dikurniakan 3 orang anak,” tulisnya.

Tidak ketinggalan, Khadijah memanjatkan rasa syukurnya dapat melihat anak-anaknya membesar sehingga dapat memiliki keluarga sendiri.

Dari sisi lainnya, Khadijah juga masih dalam proses untuk ‘move on’ dan meneruskan kehidupan selepas kem4tian anak sulung, Ashraf pada 18 Februari lalu.

Melihat mereka membesar dan memiliki keluarga sendiri, bagaimana kita juga ‘move on’, kita menerima keinginan Allah SWT yang telah memanggil salah satu anak kita,”

“Tapi, kita harus meneruskan hidup dengan anak-anak dan juga cucu-cucu kita, baik yang di Jakarta mahupun di Kuala Lumpur,” tulisnya.

Khadijah dan Mohamed Anthony turut merakamkan gambar bunga yang dikirim oleh BCL dan Noah serta mengucapkan terima kasih kepada kedua-duanya.

Thank you so much Bunga and Noah. Umi and Daddy love you to bits and we miss you both so much (emoticon love),” tulis Khadijah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber :rentas Asia

Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *