Infomaklumat ISU SEMASA

Orang Tua Di Kampung Jadi Mangs4”- PKPB Bermula Esok, Ramai Bersesak Hantar Anak Isteri Pulang Kampung

Gua Musang: Seakan musim perayaan apabila ramai warga kota berpusu-pusu melalui jalan utama Kuala Lipis-Gua Musang dan Kuala Krai untuk pulang ke kampung sejak petang semalam.
Kesempatan itu diambil sebelum penguatkvasaan Perlntah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) C0vid 19 di Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur mulai tengah malam ini.

Ketika ditemui, mereka mendkwa menghantar anak dan isteri ke kampung untuk mengelak sebarang kervmitan sepanjang tempoh PKPB.
Seorang penjawat awam di Kuala Lumpur, Zainal Abidin Sulaiman, 36, berkata, dia lebih selesa tinggal seorang diri dalam tempoh PKPB itu.

Gambar Hiasan

Tambahan pula, katanya, tempoh PKPB itu belum diketahui sama ada dilanjutkan atau sebaliknya.

“Kalau tinggal seorang diri di Kuala Lumpur, tidak bimbang sangat, malah saya boleh bergerak persendirian ke mana sahaja dengan mematuhi PKPB serta prosedur 0perasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya di sini, hari ini.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan penguatkvasaan PKPB di Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur mulai 12.01 tengah malam ini hingga 27 Oktober, dan rentass daerah tidak dlbenarkan.

Seorang lagi warga kota, Fauzi Yaacob, 41, pula berkata, dia memuji langkah kerajaan melaksanakan PKPB untuk memvtuskan rangkaian C0vid 19.

Bagaimanapun, katanya, dia terpksa mengambil keputusan menghantar anak dan isteri tinggal bersama keluarga di kampung di Pasir Mas.

“Dalam keadaan ini, saya bimbang dengan keslhatan serta keselamatanm anak dan isteri jika tinggal bersama saya di Kuala Lumpur.

“Adalah lebih selamat saya hantar mereka tinggal di kampung,” katanya.

Komen Dari Orang Ramai

Orag tua kt kampung yg jadi mngsa, kalau sehari dua takpa lagi, kalau dilanjutkan jd lama, menambah masalah pulak pada mak ayah yg dah sedia tua tu. Patutlah dikatakan akhlr zaman ni, zamn Ibu yg melahlrkan Tuan.

Kenapa la ada yg fikir macam ni..kalau pkpb ni lebih dari 14hari macam pkp sebelum ni mula la merayu2 plk nk ambik anak bini kat kampung tu..jangan la pentingkan diri sangat..kerajaan tu nk bendvng c0vid dari menular ke tempat lain..boleh plk ge hntr anak bini tu balik kampung..kalau kena jangkltan kat org kampung kan susah.

Lepas tu nnti mula la buat ayat cm ni,,p m tolong la buka laluan,,kesian saya x jumpa ank bini,, p m kesian ank sy kat kg bla bla,,sdgkn diri sdiri anta balik kg,,,please la kecik kecik da susahkn mak pak,,dah bsar ni ringankan la,,14 hr je pun bkn lama.
Sumber : HMetro

 

Tidak Selamat Lagi, Beratus-ratus Sekolah di Selangor Mula Di Tutup Serta Merta

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengenalpasti lima kluster baharu penularan virus Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pecahannya ialah tiga kluster dikesan di Sabah manakala masing-masing satu kluster di Selangor dan Labuan.

Beliau berkata, kluster yang membabitkan Sabah adalah Kluster Kasih di daerah Lahad Datu; Kluster Surat (daerah Sandakan) dan Kluster Khazanah juga dikesan di daerah Lahad Datu.

“Kluster Sungei Way pula membabitkan daerah Petaling dan Gombak, Selangor dan daerah Titiwangsa, Kuala Lumpur.

“Kes indeks bagi kluster baharu ini (iaitu kes ke-14,307) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala 7 Oktober lalu dan dimasukkan Hospital Sungai Buloh.

“Saringan kontak rapat mengenal pasti 17 lagi kes positif.

Sehingga 11 Oktober jam 12 tengah hari, sejumlah 149 individu disaring, di mana 18 kes dikesan positif Covid-19.

124 individu negatif dan tujuh individu masih menunggu keputusan,” katanya.

Katanya, kluster baharu membabitkan Labuan adalah Kluster Bah Bundle.

Dr Noor Hisham berkata, kes indeks bagi kluster itu adalah kes ke-11,771 dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi Sabah pada 2 Oktober lalu dan dimasukkan ke Hospital Labuan.

“Saringan kontak rapat mengenal pasti dua lagi kes positif Covid-19.

Sehingga hari ini, sejumlah 430 individu disaring, di mana tiga kes dikesan positif.

131 individu negatif dan 296 individu masih menunggu keputusan,” katanya.

Pekerja One Utama jalani ujian saringan

Pekerja pusat beli-belah One Utama, Bandar Utama, di sini, hari ini, menjalani ujian saringan Covid-19 susulan empat pekerja dan pengunjung premis berkenaan disahkan positif wabak itu.

One Utama menerusi kenyataan di Facebook rasmi berkata, ribuan pekerja dan penyewa akan menjalani ujian saringan itu selama dua hari sehingga esok.

“Segala kos ditanggung oleh pihak pengurusan One Utama.

Kita berusaha mendapatkan maklumat semua pekerja dan penyewa premis ini semalam dan meminta mereka menghadiri ujian saringan.

“Walaupun cuaca buruk pagi ini, tapi kami berusaha sebaik mungkin untuk memastikan kelancaran proses saringan terbabit,” katanya.

Selain itu, menurut kenyataan sama, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini sedang mengesan pengunjung premis.

Dan hanya mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan kes positif akan dipanggil menjalani ujian saringan.

Katanya, KKM melakukan pencarian kontak berdasarkan pendaftaran masuk premis di aplikasi MySejahtera dan menghubungi individu terbabit menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) serta panggilan telefon.

“Hanya mereka yang dihubungi perlu hadir ujian saringan secara percuma pada 14 dan 15 Oktober ini di One Utama.

Bagi mereka yang tidak menerima panggilan atau SMS dinasihatkan melakukan ujian saringan di fasiliti swasta.

“Kami juga memberikan data penjejakan hubungan dalaman berdasarkan rakaman QR Kesihatan 1 CC dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk membantu KKM menjalankan siasatan,” katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi hotline KKM di talian 03-78030106.

SOP paling asas pun susah patuh

Sudah lebih 200 hari negara berhadapan pandemik Covid-19 yang memaksa amalan norma baharu dibudayakan.

Namun hingga hari ini masih ada rakyat gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Lebih kesal apabila ada individu tidak patuh terhadap SOP paling asas iaitu memakai pelitup muka.

Mengamalkan penjarakan fizikal dan membasuh tangan dengan sabun atau menggunakan cecair pembasmi kuman.

“Frontliner (petugas barisan hadapan) semata-mata tidak mampu untuk menjaga setiap rakyat negara ini.

Kita sendirilah yang mampu untuk melindungi diri kita,” kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata demikian dalam sidang media secara virtual mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini.

Ismail Sabri berkata, Malaysia mengawal penularan Covid-19 dengan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu secara berfasa.

Ini disusuli Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan PKPP yang dinikmati ketika ini.

Menurutnya, rakyat sepatutnya tidak perlu menunggu sehingga ditahan pihak berkuasa atau dikenakan kompaun untuk mematuhi SOP mencegah penularan Covid-19.

Malah beliau juga mengingatkan rakyat bahawa negara masih berada dalam fasa PKPP dalam perang melawan pandemik itu sehingga Disember ini.

“Ramai yang sudah lupa kita masih dalam PKPP. Sekali lagi saya ingatkan kepada semua rakyat bahawa SOP asas masih lagi berkuat kuasa.

“Walaupun hampir kesemua sektor sudah dibuka, namun masih terdapat aktiviti dalam senarai tidak dibenarkan.

SOP asas ini sepatutnya menjadi amalan norma baharu kita,” katanya.

Lebih 40 Kes Positif COVlD, 298 Buah Sekolah Di Daerah Petaling, Selangor Mula Di Tutup

298 sekolah di daerah Petaling, Selangor ditutup bermula 12 Okt sehingga 25 Okt.

Ini selepas Kementerian Kesihatan mengesahkan daerah itu zon merah, kata Kementerian Pendidikan hari ini.

Ia merangkumi sekolah rendah dan menengah bawah Kementerian Pendidikan serta sekolah swasta yang berdaftar dengannya.

Sekolah yang mempunyai asrama termasuk kolej vokasional juga ditutup.

“Ibu bapa atau penjaga perlu mengambil murid yang tinggal di asrama tersebut untuk pulang,” katanya dalam kenyataan.

“Murid yang menunggu untuk diambil ibu bapa atau murid yang ingin terus kekal berada di asrama sekolah dan kolej vokasional sepanjang tempoh penutupan sekolah akan berada di bawah penjagaan warden asrama.”

Dalam tempoh penutupan sekolah ini, pengetua dan guru besar akan memastikan guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah mengikut kesesuaian.

Sekolah terlibat yang sedang melaksanakan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia boleh menjadualkan semula peperiksaan itu ke suatu tarikh yang bersesuaian kelak.

Sesebuah daerah akan dikelaskan sebagai zon merah selepas mencatatkan lebih 40 kes positif Covid-19.

Sumber : zox

 

PKPB Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sabah

Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula jam 12.01 tengah malam, 14 Oktober hingga 27 Oktober ini.

PKPB akan turut dilaksanakan di seluruh Sabah berkuat kuasa 12.01 tengah malam ini hingga 26 Oktober ini

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan dibuat selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mengambil kira peningkatan kes serta penularan yang berlaku seperti di Klang, Petaling dan Gombak.

“Antara aktiviti-aktiviti yang dilarang adalah seperti pergerakan keluar masuk atau merentas daerah. Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.

“Selain itu, hanya dua orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan, semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup.

“Masjid dan rumah ibadat bukan Islam lain adalah ditutup selain semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah tidak dibenarkan. Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan,” katanya dalam pada sidang media, di sini, hari ini.

Ismail Sabri bagaimanapun berkata semua kegiatan ekonomi di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa.

 

ISMAIL Sabri Yaakob. FOTO BERNAMA
ISMAIL Sabri Yaakob. FOTO BERNAMA

 

“Senarai prosedur Operasi Standard (SOP) lanjut dan lebih terperinci akan diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat,” katanya.

Sumber : BHonline

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *