ISU SEMASA Viral

Sidang Media Pak Long Mail Di Rumah Pula Jadi Buah Mulut Netizen Habis Semua Barang Nak Dibida!

BUKAN di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya seperti kebiasaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini mengadakan sidang media di kediamannya.

Hanya untuk sementara waktu, Menteri Kanan (Keselamatan) itu perlu berbuat demikian kerana beliau kini menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari.

Ia susulan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang turut berada di dalam mesyuarat yang dihadirinya sebelum ini, disahkan pos1tif Cov1d-19.

Mengadakan sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di rumah bermakna Ismail Sabri melakukannya menerusi video penstriman secara langsung tanpa dihadiri pihak media.

Rak yang mempamerkan sebahagian perhiasan yang disusun kemas di kediaman Ismail Sabri.

Digelar sebagai Pak Long Mail, kemunculan beliau di alam maya terus meraih perhatian netizen seperti baju batik berwarna-warni yang dipakai sehingga disamakan dengan pelbagai jenis makanan termasuk kek lapis.

Terbaharu, latar belakang sidang media di kediaman Ismail Sabri pula menjadi bualan netizen.

Pada sidang media pada petang Selasa, kelihatan sebuah rak yang tersusun kemas beberapa perhiasan termasuk topi keledar, tengkolok, keris, replika rumah kampung termasuk sekeping bingkai gambar.

“Wei… helmet ada, gambar anak-anak,” komen netizen.

“Lawa replika rumah kat belakang tu,” ujar yang lain.

“Lawa helmet, pinjam boleh?” tanya netizen.

“Datuk, boleh tepi sikit tak? Nak tengok belakang tu ada apa lagi,” komen netizen secara bergurau.

Antara reaksi dan gelagat netizen yang melucukan. Foto instagram Jmandagie

Malahan, beberapa netizen secara berseloroh cuba membida harga baju kemeja yang dipakai Ismail Sabri termasuk perhiasan lain yang terdapat di rak berkenaan.

“Up lock helmet RM550,” komen netizen.

Ramai juga ya yang nak bida baju Pak Long dan barang perhiasan di belakang seperti helmet, bola, tengkolok dan sebagainya. Apa-apa pun terima kasih dan stay safesemua

ISMAIL SABRI YAAKOB

“Up keris RM125,” ujar netizen yang lain.

“RM1,000 fast lock helmet,” bida seorang lagi.

Antara barang perhiasan dan nilai yang dibida netizen. Foto instagram Jmandagie

Komen-komen netizen yang mencuit hati itu nampaknya disedari oleh Ismail Sabri yang juga merupakan Ahli Parlimen Bera.

“Pak Long terbaca juga komen-komen kalian selepas sidang media perkembangan Cov1d-19 (Non-Health) tadi. Ramai juga ya yang nak bida baju Pak Long dan barang perhiasan di belakang seperti helmet, bola, tengkolok dan sebagainya.

“Apa-apa pun terima kasih dan stay safe semua,” tulis Ismail Sabri di halaman Facebook beliau.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan semua yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Jangan lupa kerap cuci tangan, pakai pelitup muka dan jaga penjarakkan sosial. Kita terus lawan dan bangkit kembali men3ntang penul4ran Cov1d-19,” tambah beliau.

Sama-sama kita tunggu apa pula yang netizen cari pada sidang media Ismail Sabri, petang Rabu.

Sumber:Mstar, mediaviral

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *