Infomaklumat ISU SEMASA Viral

Allahu kalau saya buat Macau Scam dah lama saya lari,” Alyaa Syuhaila Nafi Tuduhan Terlibat Sama

Beberapa hari lepas, sejak dit4han Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit dalam sndiket Mcau Scam dan perjvdian online, ramai netizen yang menerjah akaun media sosial individu berkenaan dan salah satunya ialah akaun Instagram Alyaa Syuhaila.

Menerusi laman Instagram, Alyaa telah memuat naik beberapa kenyataan yang men4fikan dkwaan tersebut menegur tindakan netizen yang melmparkan kata-kata kes4t di ruangan komen termasuk menghantar mesej (DM) kepadanya.

“Allahu, kalau saya menpu, buat Mcau Scam, dah lama saya lari dan deactivate account ni. Untuk apa saya masih dekat laman sosial ini? Untuk dimki hmun?

“Sebab kami tak buat Mcau Scam tipv duit orang-orang tua atau siapa yang kena Mcau Scam ni. Kalau dah ada bukti dan kami buat scam, saya rela dim4ki hamun.

“Saya doakan netizen yang mki hmun saya, semoga Allah sentiasa merahmati anda semua. Amin..” tulis Alyaa di Instastorynya.
Sebelum ini, akaun Instagram Alyaa difahamkan boleh dilayari oleh mana-mana pihak namun akaunnya itu kini hanya dibuka kepada followers sahaja.

Alyaa melalui kenyataannya di Instastory turut menjelaskan dia dan suaminya telah difitn4h di mana ada pihak yang memetik nama suaminya itu.

“Mcau Scam je, kami ditduh. Orang buat panggilan plsu, siap boleh borak-borak petik nama Eddy Kana. Kami ditdvh. Bnduan lari pun kami ditdvh. Lepas ni fitn4h apa lagi?”

Dlam masa yang sama, Alyaa turut meny3lar tndakan sgelintir individu yang mengambil ksempatan utuk mmbuat akaun baharu menggunakan nama dan gmbarnya bagi meraih followers.

“Ramai sangat buat fake account, semua ambil kesempatan cari followers atas kesengs4raan orang lain. Up semua gambar family saya untuk dimki hmun.

“K3s masih dalam sias4tan, jangan terus menghkum tanpa bukti. Sekarang banyak media buat spekulasi. Jangan menuduh tanpa bukti. K3s pun masih dalam sias4tan.

“Saya dengan suami tak terlibat dengan Mcau Scammer. Kalau tak percaya, itu terpulang. Apa-apa (perkembangan) saya akan update di account ini sahaja. Yang lain itu fake. Facebook saya tutup buat sementara waktu untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan,” tulisnya.

sumber : yoynetwork, seleksinerwork

Tiga individu terbabit Macau Scam ditahan polis bantu siasatan

KUALA LUMPUR: Mahkamah menolak permohonan reman oleh polis ke atas tiga individu yang sebelum ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kegiatan pengubahan haram didalangi sindiket penipuan Macau Scam dan judi dalam talian, hari ini.

Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka ditahan semula bagi membantu siasatan berhubung satu lagi kes perjudian haram yang dilaporkan berlaku di Cheras.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata proses permohonan reman ke atas mereka dilakukan hari ini, namun permohonan itu ditolak mahkamah.

“Bagaimanapun, mereka ditahan semula bagi membantu siasatan membabitkan satu lagi kegiatan perjudian di Cheras membabitkan mereka.

“Permohonan reman baharu akan dibuat dalam masa terdekat bagi membolehkan kita menjalankan siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Difahamkan, proses permohonan reman ke atas tiga individu yang dibuat hari ini, dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Pengarah Jabatan JSJ Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed dalam satu kenyataan, semalam mengesahkan polis memberkas semula tiga individu yang sebelum ini ditahan SPRM.

Terdahulu, BH melaporkan, baki sembilan tahanan reman bagi membantu kes siasatan pengubahan wang haram oleh SPRM, termasuk dalang Macau Scam, dibebaskan dengan jaminan, petang semalam.

Bagaimanapun, lapan daripada mereka kemudian ditahan semula oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman untuk membantu siasatan lanjut.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki, mengesahkan penahanan 20 individu, termasuk lapan pegawai polis dan seorang warga China, selain akan membuat beberapa siri tangkapan lain.

Setakat ini, SPRM sudah membekukan lebih RM80 juta daripada 730 akaun bank dan menyita wang tunai berjumlah RM5 juta.

Selain itu, SPRM merampas 23 kenderaan mewah pelbagai jenama serta motosikal berkuasa tinggi yang dipercayai dibeli hasil daripada aktiviti judi dalam talian tempatan.

Sindiket cuci wang itu dipercayai melaburkan wang daripada aktiviti kegiatan berkenaan ke dalam perniagaan dijalankan selebriti dan personaliti terkenal tanah air serta usahawan kosmetik tempatan.

sumber : BHonline

 

Datuk Seri Macau Scam Lari Panjat Pagar SPRM, Kini Diburu Polis

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila beberapa individu termasuk Datuk dan Datuk Seri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) selepas disyaki terlibat dalam sindiket penipuan ‘Macau Scam’.

Difahamkan, sidiket itu juga menggunakan populariti artis untuk menjalankan kegiatan ‘mencuci’ duit haram melalui pelbagai usaha sama dan perniagaan sah.

Ketika kejadian, pihak polis yang berada di hadapan bangunan SPRM hanya sempat menahan seorang suspek yang juga merupakan dalang utama sindiket itu bersama dua anggota polis bagi membantu siasatan kes itu.

Susulan itu, polis kini sedang giat mengesan suspek yang menghilangkan diri selepas dibebaskan.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pihaknya akan menahan semula tiga individu selepas mahkamah menolak perintah reman terhadap mereka semalam yang ditahan berhubung kes pusat panggilan membabitkan kegiatan judi dalam talian.

Tambahnya lagi, seorang lelaki dan dua anggota polis ditahan kelmarin selepas dibebaskan SPRM yang sebelum ini direman bagi membantu siasatan berkaitan kes pengubahan wang haram.

SUMBER: Harian Metro

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *