Infomaklumat ISU SEMASA

Sudah terjawap semuanya, Datuk Seri Macau Scam Berjaya Lari Dibantu Dua Pengawal Peribadi

Mutakhir ini semakin hangat dengan berita penangkapan ke atas tiga individu yang sebelum ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ini berhubung kegiatan pengubahan haram didalangi sindiket penipuan Macau Scam dan judi dalam talian.

Namun, menurut Harian Metro, lelaki bergelar Datuk Seri yang juga suspek utama sindiket pengubahan wang haram.

Ini selepas berjaya melarikan daripada bangunan SPRM tempoh hari.

“Bagaimanapun, suspek difahamkan bertindak memanjat pagar di belakang bangunan SPRM sebelum melarikan diri.

Polis yang ketika itu berada di hadapan bangunan SPRM hanya sempat menahan seorang lagi suspek.

Dia juga dalang utama sindiket itu bersama dua anggota polis bagi membantu siasatan kes terbabit,” katanya

Video: Bagaimana Datuk Seri ini boleh Lompat Pagar Akhirnya Didedahkan, Paling Mengejutkan Bila Ada yg Membantu dia Melarikan Diri

Susulan itu, kes ini menjadi persoalan dalam kalangan netizen.

Bagaimana ‘kepala’ macau scam boleh terlepas dengan hanya memanjat pagar belakang banggunan?

Tidakkah di sana terdapat pengawal yang terlatih atau apa-apa senjata ringan untuk melumpuhkan suspek yang melarikan diri?

Kronologi ini dirungkaikan satu persatu dari salah seorang pengguna Facebook.

Video: Bagaimana Datuk Seri ini boleh Lompat Pagar Akhirnya Didedahkan, Paling Mengejutkan Bila Ada yg Membantu dia Melarikan Diri

Tidak cukup dengan itu, dengarkan perbualan yang cukup jujur daripada salah seorang pekerja Macau Scam yang kebetulan kantoi melakukan kerja ‘busuk’ dengan seorang lelaki.

Perbualan ini dirakam sebelum ketua Macau Scam berjaya meloloskan diri lagi dan terbukti.

Jalan penceritaannya benar di mana ketua mereka berjaya keluar dari tangkapan SPRM.

Ini kerana dikatakan mempunyai ‘orang dalam’ yang membantu ketua mereka melepaskan diri sekaligus membantu menjalankan operasi ini.


Suspek Melarikan Diri

Seorang suspek yang disiasat berkaitan kes pengubahan wang haram dikatakan melarikan diri sebaik dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kelmarin.

Suspek dikatakan berjaya meloloskan diri dengan memanjat pagar belakang bangunan SPRM di Putrajaya sebelum melarikan diri dengan sebuah kenderaan yang menunggunya di luar pagar.

Ketika kejadian, lelaki itu bersama tiga lagi suspek terdiri daripada dalang utama serta dua pegawai polis dalam proses diserahkan kepada pihak polis.

Ini untuk siasatan berhubung kegiatan judi dalam talian dan penipuan Macau Scam.

Sumber memaklumkan, polis sedang giat menjalankan usaha memburunya.

Buat masa ini, BH masih menunggu pengesahan daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SPRM berhubung kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata tiga lagi suspek yang turut dibebaskan SPRM itu ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

“Hari ini kita akan buat tangkapan ke atas mereka bersabit dengan Akta Pencegahan Jenayah.

“Siasatan ke atas mereka menjurus kepada pembabitan dalam kegiatan judi dalam talian haram,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Dalam pada itu, katanya pihaknya turut memburu beberapa individu lain berhubung siasatan kes itu.

Semalam, beliau memaklumkan polis akan menahan semula tiga suspek itu selepas mahkamah menolak permohonan reman ke atas mereka berhubung kes pusat panggilan berkaitan kegiatan judi dalam talian.

Nik Ros Azhan berkata mereka ditahan semula bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan berhubung satu laporan berkaitan kegiatan perjudian di Cheras, di sini

Bagaimana Datuk Seri ini boleh Lompat Pagar Akhirnya Didedahkan, Paling Mengejutkan Bila Ada yg Membantu dia Melarikan Diri

Bukan melarikan diri bersendirian sebaliknya Datuk Seri yang dikaitkan dengan sindiket Macau Sc4m.

Dia didapati dibantu dua pengawal peribadi ketika memanjat pagar belakang bangunan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Sumber SPRM berkata, pada 11 Oktober lalu, seramai sembilan saspek yang dilepas reman, dibawa balik ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasu4h Malaysia (SPRM) untuk proses dokumentasi jaminan.

Sumber itu berkata, sesampai sahaja di pejabat SPRM, kelihatan ramai pegawai polis berkumpul di lobi utama.

“Ini menyebabkan kesemua saspek tidak mahu keluar dari kenderaan masing-masing.

Ada dikalangan ahli keluarga saspek juga hadir untuk proses jaminan.

” Terdapat kekecohan berlaku di lobi utama bangunan SPRM bila kesemua OKT (orang kena tahan).

Mereka enggan turun dari kenderaan kerana kehadiran anggota polis yang ramai di lobi Ibu Pejabat SPRM,”katanya.

Menurutnya, hasil perbincangan antara SPRM, polis dan peguam yang hadir, pihak polis akur dan bersetuju untuk menunggu di pintu utama luar pejabat SPRM.

” Selepas selesai proses dokumentasi jaminan, kesemua OKT dibebaskan dan menaiki kenderaan masing-masing keluar dari Ibu pejabat SPRM.

” Terdapat empat kenderaan model Velfire memasuki Ibu Pejabat SPRM bagi menjemput saspek yang melarikan diri itu.

“Setiap kenderaan yang melalui pintu pagar utama ditahan polis dan saspek-saspek ditangkap semula polis.

” Walau bagaimana pun salah seorang seorang saspek yang telah dibebaskan dengan jaminan, diserahkan SPRM kepada peguam beliau, “katanya.

Menurutnya, saspek terbabit kemudian masuk ke dalam kenderaan velfire bersama-sama peguam, pengawal peribadi dan pemandu.

” Saspek sememangnya telah masuk ke dalam kenderaan dan dilihat menuju ke pintu pagar utama.

“Walau bagaimanapun dalam pergerakan antara pintu lobi dan pagar utama.

Beliau dipercayai bertindak keluar dari kenderaan dan melarikan diri di pagar sisi (berdekatan pintu belakang bangunan SPRM).

Kemudian dibantu dua lagi pengawal peribadi yang bersedia untuk membantu beliau memanjat pagar dan meloloskan diri dari tangkapan polis.

“Apabila pihak polis menahan Velfire yang melalui pintu pagar utama, baru disedari suspek terbabir sudah melarikan diri.

“Hasil semakan CCTV mendapati suspek memanjat pagar dengan bantuan dua bodyguard.

Sebuah kereta Perodua Myvi dilihat menunggu di tepi jalan dan bertindak melarikan suspek,” katanya.

sumber : zox

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *