ISU SEMASA

Dilantik Sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM, Dato’ Rizalman Gantikan Vivy Yusoff

Setelah Vivy Yusoff ditamatkan kontrak pada penghujung September lalu, timbul teka teki siapakah yang bakal dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Uitm yang baharu.

Akhirnya segalanya tamat sudah dan terjawab apabila Dato’ Rizalman Ibrahim telah dilantik sebagai ahli Pengarah UiTM bagi menggantikan Vivy Yusoff hari ini.

Dato’ Rizalman Dilantik Sebagai Ahli Lembaga Pengarah

Pereka fesyen tersohor, Dato’ Haji Rizalman Ibrahim dilantik oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Beliau yang juga Pengarah Eksekutif dan juga Pengerusi Kumpulan Syarikat Rizalman Ibrahim telah menandatangani surat pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM pada hari ini, Jumaat, 16 Oktober di Pejabat Menteri Pengajian Tinggi, Putrajaya.

Perkara tersebut diumumkan menerusi sebuah kenyataan daripada Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Syarikat Rizalman Ibrahim, Mohd Faizul Surani, sebentar tadi.

Dato’ Rizalman Alumni UiTM

Rizalman juga merupakan alumni UiTM, adalah graduan daripada Diploma Seni Lukis dan Seni Reka dalam jurusan fesyen bermula pada tahun 1989-1993.

Pencapaian terbaik beliau yang pernah disandang ketika menuntut di ITM (kini UiTM) adalah Pelajar Terbaik Kajian (Jurusan dan Fakulti) serta Pelajar Terbaik Diploma Seni Lukis dan Seni Reka (Seni Reka Fesyen).

Semoga dengan pelantikan tersebut akan memacu UiTM ke arah kecemerlangan serta mencapai tahap terbaik sebagai sebuah universiti awam berkualiti di negara ini.

Pengganti Vivy Yusoff

Jawatan disandang Rizalman kini pernah dipegang usahawan muda Vivy Yusoff yang juga Pengasas FashionValet dan dUCK Group yang dilantik pada 26 Mei 2019.

Walau bagaimanapun, pada 28 September lalu, UiTM telah membuat pengumuman menerusi posting di laman sosial rasmi Instagram mereka mengenai penamatan kontrak Vivy sebagai Ahli Lembaga Pengarah.

Dalam masa yang sama, menerusi perkongsian Dato’ Rizalman di akaun Instagramnya:

Beliau berjanji selagi hayat dikandung badan, dirinya pasti berkhidmat selagi mana diperlukan bakat dan kudrat. Rata-rata netizen mengucapkan tahniah atas perlantikan jawatan ini.

MW: Tahniah Dato’ Rizalman Ibrahim, selamat maju jaya dan pastinya inilah pilihan yang terbaik.

Sumber: Astrogempak,rizalman71, mingguanwanita

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *