Viral

Okay Fine Nak Merajuk. Heboh Lagi Bila Mira Filzah Merajuk Disebabkan Sesuatu Ini Sehingga Meraih Tumpuan Warganet. Ini Reaksi Warganet Dengan Postingnya Baru Baru Ini.

Siapa Tak Mahu, lagu yang dinyanyikan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza ini antara yang diselitkan dalam album Manifesta Siti. Berentak Pop, muzik video ‘Siapa Tak mahu’ bakal menemui penonton jam 9 malam di saluran Youtube. Semalam penyanyi nombor satu negara ini sendiri berkongsikan teaser MV ‘Siapa Tak Mahu’ ini.

Dalam teaser muzik video tersebut kelihatan Dato’ Sri Siti Nurhaliza berlakon menjadi penjual tiket di Muzium Manifesta Siti. Turut kelihatan figura pelakon yang sedang semakin meningkat naik namanya iaitu Hun Haqeem bersama seorang wanita. Wanita tersebut adalah Mira Filzah yang turut sama berlakon dan menceriakan muzik video tersebut. Selain itu pelakon dan pengacara cantik ini juga berkongsikan sedikit teaser kemunculan Mira Filzah dalam MV ‘Siapa Tak Mahu’ itu seperti berikut:

“Okay fine, nak merajuk! Hmph! Kita dah siap cantik cantik, dia datang lambat pula. Kacau mood kita! Lepas tu nak pujuk. ‘Kata bulat air kerana pembentung, bulat sayang kerana disanjung’? Jom kita jalan jalan dlm Muzium ManifestaSITI ni! Agak agak, boleh cair ke kita dengan pujukan si dia? Kalau nak tahu, saksikan Siapa Tak Mahu, esok jam 9 malam di Youtube Siti Nurhaliza! ”

Lakonan kedua pelakon ini biarpun hanya dapat dilihat sedikit sahaja sudah membuatkan penonton tidak sabar menantikannya. Video pendek ini telah meraih lebih 411 ribu tontonan dan 89 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai Mira Filzah dalam MV ‘Siapa Tak Mahu’ ini di ruangan komen seperti berikut: “Eee muncung tuuuuu! Nak kena sangkut hanger ke?!”. “Wow nak pi jugak muzium tu boleh…Dekat mana tu”. “Merajuk pun cantik”

Sumber: HCL

Kehidupan lepas kahwin jadi tumpuan buat ramai yang tak senang duduk. Sampai ada yang sound setepek pada Mira Filzah. Sekali ini respon Mira Filzah buat orang ramai terkedu.

Memiliki rupa paras manis dan berbakat besar, Mira Filzah diakui merupakan salah seorang pelakon wanita yang digemari ramai. Selain berlakon, dia juga aktif dalam mengacara program-program di kaca televisyen. Walau bagaimanapun, ada yang tidak berpuas hati apabila kehidupannya selepas berkahwin sering menjadi tumpuan peminat dan media tempatan.

Di Instagram Story, Mira Filzah memuat naik mesej kritikan yang diterimanya daripada seorang individu. Individu tersebut meluahkan rasa kurang senang apabila berita mengenai perkahwinan dan kehidupan selepas berumah tangga artis berkenaan tersebar meluas. Malah, individu ini turut mengkritik mutu lakonan Mira Filzah yang dianggap biasa-biasa sahaja.

Jelas Mira Filzah, apa yang dikongsikannya menerusi ‘Ask Me Questions’ adalah cara dia berhubung dan berkongsi pendapat dengan para peminat. Dia juga tidak pernah ditemu bual berkenaan soalan-soalan tersebut. Tambahnya, dia merasakan tidak adil apabila ada yang menghkm mereka berdasarkan artikel-artikel yang dibaca sedangkan jawapan berkenaan diberi berdasarkan soalan yang ditanya para peminat di ruang peribadinya sendiri.

Ujar Mira Filzah, jika selepas ini ada lagi artikel berkenaannya diambil daripada Instagram Stories, dia menyarankan agar orang ramai tidak mempedulikan berita tersebut. Pelakon ini sendiri tidak pernah minta artikel berkenaan dirinya diterbitkan namun tidak sesekali menyalahkan media kerana itu adalah kerja mereka.

Sumber: Mira Filzah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : OHBULAN

Video Mira Filzah Karaoke Disunting Bikin Terhibur!

Boleh dikatakan apa sahaja yang dilakukan oleh selebriti ini pasti akan menjadi bahan bualan di media sosial. Malah majlis perkahwinannya baru-baru ini menjadi tular setelah beberapa hari berlangsung. Itulah penangan insan bernama Mira Filzah.

Berbakat dalam lakonan dan pengacaraan, Mira Filzah memiliki pakej lengkap sebagai seorang muslimah membuatkan peminatnya suka melihat cara wanita ini bercakap dan membawa diri. Biarpun sudah mendirikan rumahtangga, namun peminatnya masih setia menyokong selebriti ini.

Sebelum ini, satu video Mira Filzah karaoke telah tular disosial media. Dalam rakaman itu Mira Filzah menyanyikan lagu dari Ella. Tidak pernah rasanya mendengarkan suara nyanyian pelakon dan pengacara ini membuatkan peminatnya teruja. Namun begitu, terbaharu satu video Mira Filzah karaoke disunting pula meraih perhatian ramai. Video tersebut telah disunting oleh pemilik akaun Instagram Faradyable yang cukup terkenal dengan hasil kreatifnya itu. Video tersebut telah meriah lebih 300 ribu tontonan dan 67 ribu likes.

Sumber: HCL

Akhirnya Mira Filzah menjawab persoalan warganet tentang nama bakal anaknya nanti. Rupanya Mira Filzah mahu menamakan anaknya dengan nama ini.

PeIakon Mira Filzah mendedahkan dia merancang untuk menamakan anaknya dengan pangkal W. Perkara itu dijawab pemilik nama penuh, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 27, kepada peminatnya menerusi lnstagram Story­nya semalam. Dalam perk0ngsian itu, seorang pengguna lnstagram bertanyakan pangkaI huruf yang akan diberikan kepada bakaI anak pelakon itu kelak.

“Sudah pastinya nama bayi kami akan bermula dengan huruf ‘W’. “Insya-Allah, semua nama anak saya dan Wan Emir (Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar) akan bermula dengan huruf ‘W’,” kata peIakon Bidadari Kiriman Tuhan itu. Dalam pada itu, isteri kepada arkitek berusia 30 tersebut turut menyenaraikan beberapa nama pilihannya untuk bayi mereka. “Wan Namiera, Wan Naiela, Wan itu dan Wan ini,” katanya.

Rata-rata warganet berpendapat Mira Filzah seperti memberi bayangan bakaI menimang cahaya mata perempuan. Pelakon yang terkenal menerusi drama Pujaan Hati Kanda itu bagaimanapun setakat ini belum menunjukkan tnda-tnda dia hamiI. Mira dan Wan Emir yang juga anak kepada TimbaIan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd. Yazid bernikah pada 3 September lalu selepas hampir setahun berkenalan.

Sumber : K! ONLINE

Baru Je Kahwin Mira Filzah Dah Banyak Berubah. Mengejutkan Rupa Rupanya Sampai Macam Ni Sekali Dia Berubah Bila Lepas Kahwin.

PELAKON dan pengacara Mira Filzah, 27, yang mendirikan rumah tangga bersama Wan Emir Astar Wan Mohamad Khair-il Anuar atau Emir, 30, baru-baru ini mengakui secara automatik rajin memasak disebabkan suaminya seorang yang kuat makan.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman berkata, dia bukanlah handal memasak, tetapi mahu memikul tanggungjawab menjaga suaminya serta rumah tangga sebaiknya. “Saya secara automatik jadi sangat rajin (selepas kahwin). Rajin ini dan rajin itu. Tanggungjawab diri sendirilah. Saya kena lakukannya kerana ia tanggungjawab saya sekarang untuk menjaga rumah dan suami.

“Selalu masak sebab Emir suka makan. Taklah handal sangat masak, tapi masak itu senang, cari di Google dan YouTube saja, insya- Allah jadi. Selain itu buat panggilan video dengan emak untuk resipi ringkas. “Sebelum ini jarang masak. Sibuk dan duduk rumah sendiri tak berbaloi masak untuk satu orang. Adalah masak sekali-sekala,” katanya.

Pelakon Bidadari Kiriman Tuhan itu turut mengakui dia banyak memanfaatkan masanya meningkatkan kemahiran memasak sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini. “Sewaktu PKP, saya kerap memasak. Saya rasa PKP benar-benar membantu saya untuk meningkatkan kemahiran memasak saya,” katanya.

Pada 3 September lalu, Emir dan Mira sah bergelar suami isteri di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur, jam 8.58 malam. Pasangan itu dinikahkan bapa Mira, Badioezaman Ab Khalik.

Sumber : HM, Erakini

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *