ISU SEMASA OH HIBURAN

Kali Ni Giliran Pu Riz Pula Tampil Bersuara Komen Tentang Penampilan Terkini Neelofa Yang Dah Berniqab. Tergamam Ini Komen Dari Pu Riz.

Nikmat yang Neelofa perlu tahu. Kuala Lumpur: Pendakwah dan pelakon PU Riz menganggap penampilan pengacara Neelofa yang kini tampil berpurdah atau berniqab sebagai satu perintah baik. Riz, 25, atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail berkata, bagi memastikan pengacara itu terus istiqamah dalam keputusan yang dibuat, Neelofa perlu tahu mengenai nikmat yang diperoleh.

“Kalau nak istiqamah dalam sesuatu perkara, kita kena tahu janji Allah dalam perkara terbabit. Maksudnya kejayaan yang bakal kita peroleh dalam sesuatu keputusan itu. “Walaupun ada khilaf dalam pemakaian niqab tapi ia tetap perintah yang baik. Memetik satu ayat al-Quran ini ada menyebut, sesiapa yang taat kepada perintah Allah dan Rasul, bersamanya adalah nikmat Allah.

“Jadi, siapa yang taat kepada perintah, satu kenikmatan yang sama dengan kenikmatan nabi, al-siddiqin, syuhada dan orang beramal soleh,” katanya menerusi satu video Instagram Live yang dikendalikan oleh rakan baik Neelofa iaitu Rosix Omar, semalam.

Sementara itu, Neelofa turut menzahirkan rasa terima kasih kepada orang sekeliling yang banyak membantu dirinya mendalami ilmu agama. “Terima kasih kepada ustaz dan ustazah. Haris pun banyak bantu sangat-sangat dalam memberi pencerahan mengenai ilmu agama ini.

“Sepanjang saya cuba faham dan mendalami mengenai ilmu agama dengan insan-insan ini, secara tak langsung hal-hal dunia ini saya makin gembira sikit-sikit saja. “Jadi, untuk saya terus ke depan dengan berniqab, ia tidak lagi satu beban yang saya fikir dulu.

“Beberapa bulan lalu, saya melihat niqab sebagai satu perkara yang besar dan mustahil untuk dibuat. Tapi sekarang dengan hal dunia yang makin kurang dalam hati, saya jadi lebih mudah nak buat,” katanya. Terdahulu, Harian Metro melaporkan bekas pengacara program MeleTOP itu mengesahkan dirinya kini sudah berpurdah. Dalam satu kenyataan, Neelofa memohon semua pihak mendoakan perjalanan baharunya itu sentiasa dalam rahmat dan reda Allah.

sumber: Hmetro

Baru Semalam Neelofa Tular Tentang Berniqab Tiba Tiba Ibu Ulas Pasal Jodoh Pulak. Mengejutkan Sampai Macam Ni Sekali Ibu Neelofa Dedahkan.
SERING terpalit dengan gosip cinta, ibu kepada pengacara Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed berkata dia sudah lali dan terbiasa dengan kontroversi membabitkan anaknya itu. Kata Noor Kartini, sebagai ibu dia tahu apa yang dilakukan oleh anaknya itu dan sentiasa memberi sokongan terhadap perjalanan hidup Neelofa.

“Neelofa dalam dunia seni dah 10 tahun, waktu mula-mula tu kita pun pelik… tapi sekarang ni dah tak kisah dah asalkan kita tahu siapa kita. “Tak ada orang umur dah 30an tak nak kahwin, anak-anak buah saya umur 26 tahun pun dah risau!, ” katanya.

Neelofa kini berniqab
KUALA LUMPUR: Pengacara, Neelofa, 31, mengesahkan dirinya berniqab selepas memuat naik foto dengan penampilan terbaru di Instagram (IG), kira-kira dua jam lalu. Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya

“Assalamualaikum, doakan saya, insan yang penuh dengan kekhilafan ini agar sentiasa istiqamah dalam memperbaiki diri dan ampuh melalui datangnya hari. “Kirimkan juga doa buat perjalanan baharu saya nanti agar sentiasa dalam rahmat dan reda Ilahi.

“Insya-Allah, semoga kita sentiasa dilindungi Allah dan selalu berada dalam rahmat dan ehsannya,” katanya kepada BH Online. Neelofa turut bersyukur keputusannya berniqab mendapat sokongan penuh ibu, Noor Kartini. “Insan teragung yang sentiasa berada di sisiku di setiap langkah… I love you so much Mama,” tulisnya di IG.

Selain itu, pengasas empayar perniagaan, Naelofar turut meluahkan terima kasih dan penghargaan atas doa dan sokongan orang ramai. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Mstar

Tular Tentang Neelofa Berpurdah. Akhirnya Neelofa Tampil Buka Mulut Dedahkan Sesuatu. Akhirnya Terjawab Segala Persoalan Tentang Neelofa Bila Dia Keluarkan Kenyataan Ini.
Penampilan hos dan usahawan, Neelofa yang tampil mengenakan niqab hari ini sebagaimana yang dikongsi ramai nyata jadi perhatian ramai pihak. Malah, perkongsian sepotong video pendek menerusi Instagram ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed yang mendakap serta mencium anaknya itu seolah-olah memberi bayangan ramai bahawa figura asal Kelantan itu sudah pun sopan mengenakan niqab.

Bagaimanapun, Neelofa menerusi satu kenyataan hari ini meminta ramai mendoakan dirinya agar sentiasa istiqamah dalam menjadi insan yang lebih baik. “Doakan saya, insan yang penuh dengan kehilafan ini agar sentiasa istiqamah dalam memperbaiki diri dan ampuh melalui datangnya hari.

“Kirimkan juga doa buat perjalanan baharu saya nanti agar sentiasa dalam rahmat dan reda Illahi. “Insya-Allah, semoga kita sentiasa dilindungi Allah dan selalu berada dalam rahmat dan ehsanNya,” kata Neelofa. Terdahulu, perkongian dua keping fotonya yang mengenakan purdah atau niqab di Instagram turut mendapat reaksi positif dari peminat dan rakan selebriti. Rata-rata mendoakan yang terbaik atas apa sahaja niat murni yang dilakukannya.

Sumber: Media Hiburan

Dah Mula Pakai Stokin Tangan Dan Kaki. Penampilan Terkini Neelofa Jadi Buah Mulut Orang Ramai. Akhirnya Neelofa Tampil Bersuara Luahkan Susuatu Buat Warganet Terkedu.
Pengacara dan usahawan terkenal Neelofa menegaskan bahawa penampilannya terkini mengenakan stokin kaki dan tangan adalah pilihan sendiri, bukan atas paksaan sesiapa. “Mengenai aurat kaki… ada sesetengah pendapat orang berbeza-beza. Kalau saya memilih untuk mengenakan stokin, itu adalah pemahaman saya dan buat pilihan apa yang nak saya lakukan.

“Kenapa saya pilih untuk buat sedemikian? Saya seorang yang kalau lakukan sesuatu, ia bukan atas paksaan atau pun mahu ikut orang.

“Bila saya sudah faham mengenai sesuatu, saya akan lakukan,” katanya kepada Harian Metro. Bersyukur penampilannya menerima respons positif daripada orang ramai, Neelofa berharap agar dirinya terus istiqamah. “Macam dulu, kelalaian lalu berlaku atas keburukan diri saya sebelum ini. Jadi bila saya pilih nak pakai stokin kaki, tangan dan sebagainya, saya harap Allah tetapkan iman agar terus istiqamah.

“Malah, saya dapat tahu ramai gadis di luar sana yang mesej saya kerana turut terinspirasi untuk mengenakan stokin dan sebagainya, Alhamdulillah,” ujarnya. Bagaimanapun, Neelofa tidak kisah jika ada pihak berpendapat sebaliknya. Semoga Neelofa terus istiqamah, ya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: cari

Bila Ada Masalah Sampai Ada Yang Keluar Dari Group. Mengejutkan Neelofa Bongkarkan Sesuatu Bila Urus Bisnes Bersama Keluarga. Rupa Rupanya Dalam Diam Ini Yang Terjadi.
Pengacara dan usahawan terkenal Neelofa menyatakan dia dan adik beradiknya saling mempercayai dalam menguruskan perniagaan keluarga, Naelofar yang dibina sejak tahun 2014. Walaubagaimanapun, menurut Neelofa, 31, dia mengakui perselisihan faham sesama mereka sering terjadi terutamanya pada awal permulaan sehinggakan ada yang leave group.

“Isu kepercayaan bukan masalah utama kerana kami percaya antara satu sama lain cumanya cabaran perlu bermain dengan emosi. “Berselisih pendapat setiap kali nak buat sesuatu, itu biasa! Tiga tahun pertama tu, leave group itu selalu.

“Dekat pejabat kita bekerja, di rumah masih bercerita mengenai bisnes. Tapi Alhamdulillah apa kita lalui semakin mematangkan kita untuk menjadi lebih profesional walaupun kita bekerja sesama adik beradik,” katanya kepada Gempak.

Neelofa ditemui ketika majlis pelancaran butik terbaharu Naelofar di One Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini. Tambah Neelofa, dia juga tidak terlepas menghadapi cabaran menguruskan pekerja yang bersikap tidak jujur dan amanah dalam bekerja.

Namun begitu, pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu bersyukur kerana setiap perjalanan yang dilaluinya itu membuahkan hasil. “Saya masih ingat lagi, kami bermula pada tahun 2014 dengan hanya tiga orang pekerja. Tahun pertama itu memang banyak dugaan antaranya pekerja tak amanah, ambil kesempatan, mencri, dikhanati dan sebagainya.

“Kalau nak ikutkan terlalu banyak, semua cabaran kita dah lalui dan hadapi tapi saya bersyukur sebab daripada situlah kita belajar banyak benda. “Saya percaya setiap keburukan pasti ada kebaikan. Saya sentiasa berdoa supaya dapat team yang terbaik. “Alhamdulillah.. Allah makbulkan doa saya dan hari ini saya memiliki team terbaik yang membantu menjalankan jenama ini,” katanya lagi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : GEMPAK

Noor Nabila Serba Salah Ramai Salah Anggap Lepas Video Neelofa Dan Pu Riz Jadi Tular Sebab Dia. Akhirnya Noor Nabila Tampil Dedahkan Sebab Pu Riz Ada Masa Majlis Nikah Tu.
TINDAKAN Noor Nabila memuat naik video di Instastory memperlihatkan adiknya pelakon Neelofa dan Pencetus Ummah (PU) Riz sedang berbual disertai emoji hati mencetus spekulasi dalam kalangan warganet. Mengakui perkongsiannya itu tidak disengajakan, Nabila, 36, berkata, dia berasa serba salah apabila pengacara popular itu terpaksa berdepan pelbagai persoalan daripada peminat.

“Emoji cinta yang saya kongsikan di Instastory hanyalah sekadar berkongsi rasa teruja pada majlis perkahwinan adik saya. Tak sangka viral dan saya rasa serba salah pula… nak padam pun benda dah tular. “Sejujurnya emoji itu tidak bermaksud apa-apa pun, tapi orang luar sudah menyalah tafsir perkara itu. Pada majlis pernikahan itu, PU Riz hanya diundang untuk membaca doa.

“Semua tetamu mengenakan baju berwarna biru… keluarga, kawan, semua kecuali dulang boys!, ” katanya kepada mStar.Sementara itu, bekas isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad ini berkata dia menerima sesiapa sahaja lelaki yang bakal menjadi pilihan adiknya.

Dia turut mengakui selesa sepanjang mengenali PU Riz dan mengagumi ilmu agama yang dimiliki aktor filem Ada Apa Dengan Dosa itu. “Tak kisahlah sama ada PU Riz atau sesiapa sahaja. Apa yang penting, saya nak lihat Neelofa gembira dulu. Selain bahagia yang diperlukan, lelaki itu perlu bersama susah senang dengannya. Ilmu agama itu penting, dapat mendidik.

“Kami memang seronok belajar agama dengannya. Dia seorang ustaz (panggilan kepada PU Riz) yang kami boleh bergurau dan bertanya apa saja soalan. “Kami senang dengan PU Riz dan secara tidak langsung saya yang kurang ilmu ini dapat belajar sesuatu daripadanya. Keluarga kami mula rapat dengan PU Riz sejak dia menjadi imam terawih Ramadan lalu, ” ujarnya.

Pada 20 September lalu, kehadiran pendakwah selebriti PU Riz di majlis pernikahan adik Neelofa iaitu Mohd Aqief menarik perhatian warganet. Menerusi perkongsian foto dan video yang dimuat naik adik-beradik pengacara ini, Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, kelihatan memakai baju berwarna biru muda sedondon dengan pihak keluarga pengantin lelaki. Malah, Noor Nabila turut berkongsi video di Instastory miliknya meletakkan emoji berbentuk hati ketika pasangan ini sedang berbual.

Neelofa Terima Surat Terbuka Dari Bekas Kekasih PU Riz. Mengejutkan Bekas Kekasih PU Riz Bongkarkan Sesuatu. Ini Reaksi Neelofa Saat Terima Surat Terbuka Itu.
Tak sampai sebulan berita tentang pelakon, pengacara dan usahawan Neelofa bersama dengan PU Riz yang sebelum ini hangat diperkatakan di laman sosial, timbul pula cerita lain. Baru-baru ini, seorang gadis yang dikatakan bekas kekasih kepada PU Riz bernama Amal Syahmina telah memuat naik satu foto menerusi ruangan Instagram Story miliknya mengatakan:-

Secara kebetulan, Neelofa sebelum itu turut memuat naik foto atau video menunjukkan stokin yang baru dibeli.

Namun, pada 24 September Amal telah tampil menulis sepucuk surat terbuka untuk dirinya dan orang awam yang mengambil berat tentangnya. Menurutnya, surat berkenaan ditulis supaya dirinya dapat meneruskan hidup seperti biasa selepas banyak perkara yang tidak benar telah berlegar di ruangan sosial. Selain itu, Amal menyatakan ia adalah kali terakhir dirinya memberi kenyataan selain mahu membersihkan namanya.

Menerusi surat tersebut, Amal mengakui bahawa dia bersalah kerana menuduh seseorang yang berniat untuk berubah menjadi lebih baik. Namun, menjadi seorang manusia biasa itu, dia berhak untuk berasa sedih. “Some of you are coming at me and dissing me, telling me I am not good enough. This, this is where it has to stop. You weren’t the one in a relationship with him for 5 years, you weren’t the one who grew so close to my family, and most importantly, it wasn’t you who had promised my family and me that you would marry me.”

“What is meant to you will find its way to you. I only want to wish everyone well from now on. I want a fresh start, for my own good. I am going to be happy for myself, for them. I don’t regret knowing him. He was a part of my life that made me who I am. But now, it’s time to let go. I deserve my best, he deserves his best. We’re just not each other’s best. Redha.”

Bagaimanapun, ruangan komen pada gambar berkenaan telah ditutup namun menerusi laman Twitter, ramai yang memberi sokongan terhadap gadis itu dan tidak kurang juga terdapat individu yang memuji kecantikan dan kebijaksanaan yang dimiliki.

Sumber :HotFM

Ummi Aida pun menangis..

Keputusan Neelofa untuk berniqab nampaknya mendapat reaksi positif.

Antara yang memujinya termasuk Datin Seri Umie Aida yang mendoakan urusan Neelofa itu dipermudahkan.

Berkongsi kisah pertemuannya dengan Neelofa baru-baru ini, Umie sebak sampai menitis air mata mendengar luahan hati selebriti cantik itu,


“Ayat yang selalu keluar dari mulut Me setiap kali jumpa Lofa, adalah Allah sayang kamu dik. Sungguh indah perjalanan hidupmu.

Baru-baru ni Me jumpa Lofa, Me menangis apabila dengar cerita indah daripadanya, sangat indah!”

Khamis lepas, Neelofa membuat keputusan untuk berniqab dalam usaha untuk memperbaiki keperibadiannya.

Paling gembira adalah ibu Neelofa, Datin Noor Kartini yang meluahkan rasa syukurnya di Instagram

Selain itu, rakan artis yang turut menyokong Neelofa adalah Yatt Hamzah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : Apam pink media Dan Cari.com

Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *