Uncategorized

Suhu Anak Cecah Hampir 40 Selsius. Anzalna Ulas Lebih Lanjut Mengenai Anaknya Yang Terpaksa Dikejarkan Ke Hospital Sehinggakan Raih Tumpuan Orang Ramai

Sejak beberapa hari lalu,pelakon Anzalna Nasir memaklumkan bahawa anaknya,Mohamad Eidrees yang baru sahaja berusia setahun mengalami demam panas. Ulas Anzalna atau nama sebenarnya,Nur Anzalna Md Nasir,32,anaknya itu kemudian dikejarkan ke hospital setelah suhu badan anaknya mencecah hampir 40 darjah selsius.

 

“Sejak beberapa hari lalu, Eidress tidak sihat. Dia demam. Suhu badannya, cecah 39.5 darjah selsius. Bawa ke emergency (jabatan kecemasan) terus! “Nak ikutkan hati, nak admit (masuk wad), tetapi macam-macam dalam kepala dengan keadaan sekarang ini,” kata Anzalna menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

Walaupbagaimanapun,menurut nasihat doktor,dia kemudia membawa pulang Eidrees untuk dipantau keadaan kesihatannya di rumah sahaja. “Jadi doktor nasihatkan suruh pantau dan bagi ubat dulu. Saya Bersyukur kami buat kepututsan yang betul untuk membawanya pulang ke rumah. Di ruangan komen pula, rata rata mendoakan anaknya itu segera sembuh dari sakit. Untuk pengetahuan,Anzalna mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan iaitu Mohamad Hanif Mohamad Zaki,32 pada 21 Februari 2016. Dan selepas 3 tahun berkahwin,pasanga itu kembali dikurniakan cahaya mata sulung iaitu Mohamad Eidrees pada 31 Mei 2019

Warganet Kagum Dengan Kebijaksanaan Adik Kepada Anzalna. Perkongsian Anzalna Ini Raih Tumpuan Warganet Selepas Keputusan Luar Biasa Adiknya Dalam Peperiksaan

Sangat mengagumkan keputusan peperiksaan adiknya,Anzalna Nasir teruja berkongsi keputusan cemerlang adiknya iaitu Nazirah Nasir yang lulus dengan purata nilai Gred Kumulatif ( CGPA ) 4.0 untuk setiap semester. Melalui laman sosial Instagram,Anzalna memuat naik foto keputusan peperiksaan terbaik untuk tatapan umum.

“Adik perempuan saya @nazirahnasir97 tamatkan pengajian sarjana mudanya dengan empat pointer 4.0 berturut-turut. Road to PhD dia skip Master. Nanti saya suruh dia buat video macam mana dia boleh dapat keputusan macam ni,” tulis Anzalna di ruangan komen.

Dikatakan Nazirah, 23, atau panggilan manjanya, Maggie merupakan penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan.Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya berkongsi kegembiraan melihat keputusan peperiksaan yang Nazirah perolehi serta memuji kebijaksanaannya dalam pengajian.

“Dia ni betul ke manusia? Saya rasa dia robotlah. Congrats Nazirah,” usik seorang wargamaya.“Pergh, ini betul-betul minum air rebusan kertas nota ni. So brilliant,” puji seorang wargamaya.“Tamat pengajian dengan pointer 4.0 memang rezeki jalan pintas untuk sambung PhD. Tahniah Nazirah Nasir, awak memang layak,” kata seorang wargamaya.

“Eh empat beradik ni memang dilahirkan dengan brain la. Dah la pandai, cantik pula tu. Combo terbaik,” komen seorang wargamaya.“Memang tak silap pun dia kahwin awal. Kahwin awal pun keputusan tip top ye,” ujar seorang wargamaya.“Bapa awak profesor kan? Kemana tumpahnya kuah kalah tidak ke nasi. Tahniah!” tulis seorang wargamaya lagi.

September lalu, Nazirah memilih untuk berkahwin pada usia yang awal bersama pasangannya, Umar Annuaar di sebuah hotel ternama di ibu kota.Selain Anzalna dan Nazirah, adik-beradik mereka yang lain adalah Diana Nasir, Mia Nasir dan Afifah Nasir.-gmpk

Sanggup Buang Baju Anak Sulungnya. Anzalna Dedahkan Sebab Dia Nekad Berbuat Sebegitu Di Ruangan Komen Dan Ternyata Perkongsiannya Itu Meraih Perhatian Pengikutnya

Kebelakangan ini,Pelakon Anzalna Nasir memberi bayangan bahawa dirinya tidak mempunyai perancangan untuk menimang anak lagi dalam masa terdekat. Sebaliknya, Anzalna memberitahu, kemungkinan dia hanya akan memikirkan soal pertambahan cahaya mata kira-kira dua tahun lagi. Perkara itu dikongsikannya menerusi satu ruangan komen ketika menjelaskan punca dirinya mahu ‘membuang’ segala baju anak sulungnya, Mohamad Eidrees yang sudah tidak muat lagi.

“Hahaha, adik (kepada Eidrees) lagi dua tahun. Takut kain reput,” katanya ketika menjawab soalan salah seorang pengikutnya.Terdahulu, pengikut berkenaan mempersoalkan tindakannya yang tidak mahu menyimpan untuk kegunaan anak lain di kemudian hari.Sebelum itu, menerusi entri tersebut, Anzalna memaklumkan bahawa dirinya terpaksa membuang sebahagian baju yang sudah tidak ada tempat untuk disimpan lagi.

“Saya nak let go baju-baju Eidrees yang dah tak muat sebab nak masuk baju-baju baru. Almari dah penuh mommy terlebih berbelanja!”Ini baju-baju keluar rumah, baju-baju duduk rumah pun penuh juga! Pening tak ada tempat nak simpan. Nak suruh Hanif buatkan almari baru takut kena bising!,” katanya.Anzalna mendirikan rumah tangga dengan usahawan Hanif Zaki pada pada 21 Februari 2016.Hasil perkongsian hidup pasangan tersebut dikurniakan cahaya mata pertama, Mohamad Eidrees yang kini sudah berusia setahun.-mstar

Takut anak berdepan risiko Covid-19, Anzalna Nasir tolak tawaran berlakon – “Keadaan tak sesuai, saya rela duduk rumah”

Anzalna enggan bekerja selagi Covid-19 belum berakhir.MESKIPUN sudah dibenarkan untuk menjalani penggambaran bermula Rabu depan, pelakon Anzalna Nasir lebih memilih untuk terus duduk di rumah menjaga anak sulungnya, Mohamad Eidrees.Menurut Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir, 32, dia tidak mahu mengambil risiko memandangkan anaknya masih kecil dan mudah dijangkiti wabak Covid -19.

“Sebenarnya saya ada terima tawaran berlakon dan sepatutnya penggambaran dijalankan selepas Hari Raya Aidilfitri. Tapi saya tolak sebab keadaan sekarang pun tidak mengizinkan. Anzalna seronok menjaga anaknya di rumah.“Wabak Covid-19 masih ada lagi dan saya tidak mahu pentingkan diri sebab saya ada anak kecil di rumah yang mempunyai risiko tinggi untuk terkena jangkitan tersebut.

“Jadi, saya lebih rela duduk rumah saja untuk menjaga Eidrees. Selagi Covid-19 belum betul-betul dah berakhir, saya tak akan ambil tawaran berlakon,” kata Anzalna kepada mStar.Krisis penularan wabak Covid-19 yang melanda di Malaysia dilihat semakin pulih sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac lalu dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun.

Sejak menjadi ibu ini, saya menjadi semakin matang dan banyak bersabar.

Dalam pada itu, pelakon drama popular Dendam Aurora ini mengakui sejak menjadi seorang ibu dia banyak mempelajari perkara baharu selain menyedari dirinya semakin matang.”Alhamdulillh usia Eidrees dah masuk satu tahun pada 31 Mei lalu dan saya sangat bersyukur serta gembira dapat melihat dia membesar depan mata sendiri.

“Banyak yang saya belajar sepanjang bergelar ibu ini. Kalau masa permulaan menjaga anak itu memang penat dan bukan sesuatu yang mudah tapi sekarang Alhamdulillah Eidrees seorang bayi yang tidak banyak meragam.Anak lelaki Anzalna kini berusia satu tahun.“Sejak menjadi ibu ini, saya menjadi semakin matang dan banyak bersabar. Jadi ibu ini dah tak boleh nak marah dan apa-apa pun saya sentiasa nak yang terbaik untuk anak saya,” ujarnya.

Anzalna dan Mohamad Hanif mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 selepas beberapa tahun menjalin hubungan cinta.Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Mohamad Eidree pada 31 Mei tahun lalu.-mstar

Anzalna terkejut ramai menteri di lokasi majlis akikah anaknya – “Mereka tiba-tiba hilang, tak sempat ajak makan!”

Majlis aqiqah anak Anzalna berlangsung serentak dengan majlis makan malam ahli parlimen di Hotel Sheraton pada malam Ahad.MAJLIS akikah anak Anzalna Nasir, Mohamad Eidress dan sambutan ulang tahun perkahwinan aktres itu yang berlangsung secara meriah di Hotel Sheraton, Petaling Jaya pada malam, Ahad.

Namun apa yang menarik perhatian, majlis tersebut bertembung dengan Majlis Makan Malam Muafakat Ahli Parlimen yang dihadiri ahli parlimen dari enam parti di lokasi yang sama.”Nak dengar cerita kelakar? Semalam, boleh pula majlis akikah Eidrees dan sambutan ulang tahun perkahwinan kami bertembung dengan majlis tergempar menteri-menteri.

Anzalna berkongsi mengenai perkara itu di Instagram.“Terkejut juga nampak menteri-menteri sebab setahu kita cuma jemput anak-anak yatim, asnaf, tahfiz, teman terdekat dan keluarga tersayang saja ke majlis kami.”Lepas tu tiba-tiba mereka hilang! Tak sempat nak ajak makan!” kata Anzalna.

Menerusi Instagram, Anzalna atau nama sebenar Nur Anzalna Md Nasir, 32, berkongsi beberapa keping foto suasana di majlis istimewa itu.Pada malam majlis tersebut, Anzalna dan suaminya iaitu Hanif Zaki yang kelihatan seperti pengantin turut meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang keempat.

Boleh pula majlis akikah Eidrees dan sambutan ulang tahun perkahwinan kami bertembung dengan majlis tergmpar menteri-menteri.

Manakala majlis makan malam yang berlangsung selama kira-kira dua jam itu dihadiri ahli Parlimen dari enam parti iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), PKR, Warisan, Gabungan Parti Sarawak, Umno dan PAS.Dalam pada itu, menerusi laporanAstro Gempak, Anzalna memberitahu dia dimasukkan ke hospital selama lima hari akibat mengalami luka di bahagian otot.

Menurutnya, dia terjtuh terlntang ketika berlari untuk mendapatkan anaknya yang sedang menangis di rumahnya.”Kejadian berlaku ketika saya sedang bersiap untuk menghadiri sebuah majlis dan pada masa yang sama Eidrees menangis.Anzalna terjatuh ketika berlari mahu mendapatkan anaknya.

“Saya pula sejenis yang tidak suka membiarkan anak menangis lama dan perlu cepat untuk tenangkan dia.”Sewaktu mahu berkejar mendapatkan Eidrees, saya jtuh terlntang. Namun, pada masa itu saya terus bangun, dukung dan sempat beri dia makan.”Tapi selepas masuk ke dalam kereta, badan saya tidak dapat bergerak. Suami terus bawa ke hospital dan doktor sahkan otot saya bngkak,” ujarnya.Anzalna dan suami berkahwin pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamad Eidress pada 31 Mei tahun lalu.-mstar

Anzalna Menyesal Bersikap Kedekut

PELAKON Anzalna Nasir meluahkan rasa kesal terhadap diri sendiri kerana bersikap kedekut untuk berbelanja dalam hal penjagaan kulit wajahnya sehingga menjadi tidak sempurna.Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir, 29, berkata kulit wajahnya dipenuhi jerawat dan menjadi semakin serius sejak pulang bercuti di London pada April lalu selama beberapa bulan.

“Bab penjagaan kulit muka saya memang kedekut. Saya hanya cuci muka dengan produk bawah RM50 sahaja sebab rasa tak ada masalah.“Tapi sebab tak cuci dan jaga dengan cara yang betul, muka saya naik jerawat yang banyak. Boleh dikatakan sangat teruk sejak balik dari London pada bulan April lalu.

“Saya jenis bersolek dan kadang-kadang tidur tak basuh sehingga ruang pori tersumbat. Bila dah teruk baru menyesal dengan diri sendiri,” kata Anzalna kepada mStar Online. Anzalna ditemui ketika majlis pelancaran produk wajah keluarannya bersama anak produser drama, Datin Zaiton Mohamad Jiwa iaitu Adila Ramly. , Bye Bye Zits di M City, Ampang pada Rabu.“Macam-macam produk saya cuba dan saya ada bertemu dengan doktor pakar kulit tapi semuanya tak berkesan,” ujarnya.-mstar

Sanggup Kena Lumur.Afifah Nasir Bongkarkan Dia Tidak Hirau Rupa Paras Dia Ketika Melakukan Sesuatu Ini Malah Mementingkan Satu Impak Yang Membuatkan Orang Ramai Mengenali Dirinya

Pelakon yang namanya semakin meningkat naik, Afifah Nasir berkata dia tidak hirau akan rupa parasnya di televisyen ketika melakonkan watak dalam sesebuah naskah lakonan.Menurutnya, dia lebih mementingkan penghayatan watak dalam memastikan lakonannya memberi impak dan kesan kepada penonton yang menonton di luar sana.

“Saya tak kisah bagaimana wajah atau penampilan saya bakal kelihatan di skrin selagi saya boleh menghayati karakter dengan baik kepada penonton,”Dalam pada itu, Afifah mengakui tidak kisah jika terpaksa melakukan sesuatu di luar kebiasaan jika ianya diperlukan dalam sesebuah lakonan.

“Letaklah air tanah ke, minyak ke atau apa-apa saja ke wajah atau rambut, saya tak merungut. Saya sangat enjoy sepanjang penggambaran #natijahkasihabah! Drama yang tak payah bersolek sangat dan pakai baju kurung all the way bersama pelakon lagenda @zamarulhisham93,” Perkembangan terkini, Afifah Nasir kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama terbaru Natijah Kasih Abah dan turut berlakon dalam drama Pengantin Satu Malam yang sedang ditayangkan di slot Akasia, TV3.-beautifulnara

Masih simpan foto Afifah Nasir biarpun sudah berpisah, ini penjelasan Wan Ariff – “Tiada sebab kenapa perlu padam”

Wan Ariff memberitahu tiada keperluan untuk dia memadam foto bersama Afifah.STATUS hubungan cinta Afifah Nasir dan Wan Ariff mula menjadi tanda tanya apabila akres tersebut berkongsi foto dengan seorang jejaka berserta kapsyen romantik sekitar Februari lalu.Malah, menerusi tinjaun mStar ketika itu, Afifah sudah memadam foto bersama Wan Ariff manakala bekas kekasihnya itu masih menyimpan gambar-gambar kenangan mereka di Instagram.

Selepas lama mendiam diri, Wan Ariff menjawab pertanyaan daripada warganet di Instastory mengenai tindakannya tidak memadam foto kenangan manis mereka.Foto Afifah dengan seorang jejaka timbul pertanyaan dalam kalangan warganet mengenai hubungannya dengan Wan Ariff.Menurut Wan Ariff, dia tidak melihat sebab tertentu untuk memadam foto-foto tersebut dan tiada keperluan berbuat demikian.

“Secara peribadi saya tidak melihat kenapa perlu memadamnya. Tak pasti apa yang akan dapat daripada melakukannya (padam),” tulisnya.Menerusi laporan mStar pada 17 Februari lalu, perkongsian foto terbaharu Afifah dengan seorang jejaka menarik perhatian warganet di laman Instagramnya.Menerusi kapsyen di foto tersebut, Afifah atau nama sebenarnya Nur Afifah Md Nasir, 27, mengucapkan terima kasih kepada jejaka kerana meluangkan masa menyambut ulang tahun kelahirannya.

Antara soalan yang diberikan warganet kepada Wan Ariff.Dalam pada itu, Wan Ariff juga membalas salah satu pertanyaan daripada warganet yang ingin mengetahui alasannya masih mengikuti laman Instagram Afifah sedangkan mereka sudah berpisah.Jelasnya, dia dengan adik kepada pelakon Anzalna Nasir itu sudah matang dalam setiap keputusan yang mereka lakukan dan tiada masalah untuk dirinya mengikuti perkembangan Afifah.”Kami berdua adalah orang yang sudah matang dan kenapa tidak?” ujarnya.Nama Wan Ariff mula dikenali sejak dia tampil mempertahankan Afifah yang dikatakan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga pasangan Aliff Aziz dan Bella Astillah sekitar 2017.-mstar

Afifah Nasir tayang kekasih baharu, warganet tanya mana Wan Ariff?

Afifah temui cinta baharu selepas putus dengan Wan Ariff (kiri).PERKONGSIAN foto terbaharu pelakon Afifah Nasir dengan seorang jejaka berserta kapsyen romantik menarik perhatian warganet di laman sosial.Menerusi kapsyen di foto tersebut, pemilik nama Nur Afifah Md Nasir, 27, mengucapkan terima kasih kepada jejaka itu kerana meluangkan masa menyambut hari lahirnya.

“Hanya dengan satu pandangan, itu saja yang diperlukan untuk berada di tempat kita sekarang.Antara komen warganet di foto Afifah dan kekasih baharunya.“Terima kasih kerana buang segala-galanya untuk memastikan awak dapat menghabiskan sepanjang hari pada hari lahir saya, memanjakan saya,” tulisnya.

Biarpun rata-rata warganet mengucapkan selamat hari lahir namun ada segelintir terkejut Afifah sudah bertukar kekasih dan tidak lagi bersama kekasihnya yang dikenali sebagai Wan Ariff.”Wow pakwe baru… mana pakwe lama.”Dah tak bercinta dengan Wan Ariff ke?

Hanya dengan satu pandangan, itu saja yang diperlukan untuk berada di tempat kita sekarang.

“Aik? Dah tukar dah? Hmmm,” tulis beberapa warganet di ruang komen foto tersebut.Menerusi tinjauan mStar, Afifah sudah memadam foto bersama Wan Ariff manakala bekas kekasihnya itu masih menyimpan gambar-gambar mereka di Instagram.Nama Wan Ariff mula dikenali sejak dia tampil mempertahankan aktres itu yang dikatakan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga pasangan Aliff Aziz dan Bella Astillah sekitar 2017.

Nama Afifah pernah terpalit dalam kontroversi rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah.Kontroversi tercetus apabila Aliff dithan polis selepas melukakan bekas isterinya, Bella dalam sebuah kelab karaoke di Taman Shamelin pada 27 Julai 2017.Dalam kejadian itu, Bella yang ditemani ibunya dikatakan mencari Aliff dan mendapati aktor itu bersama seorang pelakon baharu iaitu Afifah Nasir.Menerusi laporan mStar pada 1 Januari 2018, Afifah memberitahu dia tidak akan memperoleh pasangan yang lebih baik daripada Wan Arif.Manakala Wan Ariff pula menyifatkan aktres itu sebagai satu dalam sejuta wanita yang ditemui dalam hidupnya.-mstar

Kekasih Afifah Nasir tetap setia

KUALA LUMPUR: Ketika hampir seluruh warganet di Malaysia menghntam teruk Afifah Nasir susulan kontroversi mengaitkan dirinya bersama Aliff Aziz, kekasih pelakon baharu itu yang dikenali sebagai Wan Ariff kekal setia di sisi.Wan Ariff berkata, meskipun ada bukti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki dan wanita, masing-masing menyerupai Aliff dan Afifah berpegangan tangan, beliau yakin kejadian itu ada alasannya.

Ya, saya dah tengok rakaman CCTV, malah sebelum artikel dan video dikeluarkan kepada umum.”Bagaimanapun, saya masih bersama dia (Afifah). Semua itu pasti ada alasan. Sabar,” katanya.Wan Ariff tampil dengan kenyataan berkenaan menerusi Instagram Story di laman sosial bergambar itu.

Malah, beliau dilihat turut memuat naik video Instagram Story menunjukkan dirinya menjamu selera dengan artis baharu terbabit.Kenyataan itu membuatkan rata-rata warganet tidak berpuas hati dengan Wan Ariff, yang menyifatkan Afifah tidak sepatutnya diberi peluang, apatah lagi apabila adanya bukti kukuh.

Wan Ariff turut menjadi sasaran ‘persinggahan’ komen berbentuk serangan daripada warganet memandangkan Afifah dan kakaknya, Anzalna, juga seorang pelakon, menutup ruangan komen Instagram masing-masing.Kelmarin, Aliff dilaporkan direman kerana dikatakan melukakan isterinya, Bella Astilah, 23, di sebuah pusat hiburan di Cheras, petang Khamis lalu.

Dalam kejadian itu, Bella, yang masih berpantang anak pertama, bersama ibunya mencari Aliff di premis terbabit kira-kira jam 4.30 petang. Mereka mendapati aktor yang juga seorang penyanyi itu sedang bersama dengan Afifah.Aliff dibebaskan dengan jaminan polis, tengah hari semalam.-bh

Result ‘4 Flat’ Tiap Semester, Bijaknya 2 Adik Perempuan ANZALNA NASIR Ni!

Wow, terpegun tengok slip keputusan peperiksaan dua adik perempuan kepada selebriti cantik, Anzalna Nasir. Mana tidaknya, tiap semester Nur Afifah Md Nasir dan Nur Nazirah Md Nasir berjaya mengekalkan keputusan cemerlang. Belajar jurusan Sains pula tu!Sebagai kakak.. sudah tentu Anzalna bangga dengan kecemerlangan akademik Afifah dan Nazirah. Afifah yang juga dikenali sebagai pelakon kini berusia 26 tahun manakala Nazirah pula berumur 22 tahun dan merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Bioperubatan.

Anzalna yang berkongsi berita gembira mengenai keputusan ‘4 Flat’ Nazirah atau panggilan manjanya, Maggie di media sosial baru-baru ini nyata telah menarik perhatian warganet.Jelasnya, “Regardless of how pretty or rich you are, education is very important. My parents tak pernah paksa us sisters to study hard, it all comes from within and alhamdulillah you nailed it again Nazirah.”

Awal Februari lepas, Anzalna pernah memuat naik keputusan kedua-dua adiknya itu di Instagram. Dia yang teruja dan bersyukur melihat kejayaan akademik Afifah dan Nazirah turut menitipkan pesan kedua ibu bapanya yang menegaskan tentang kepentingan pendidikan selain kekal merendah diri walau setinggi mana pun kejayaan yang dikecapi.

“During Afifah’s uni life, she did me proud being her sister with her flying colors results until she finally graduated with honors. I remember seeing she study from am to pm!Sampai makan pun tolak tepi just to focus on studying and now Maggie is going through the same phase. Proud sister I am and no doubt they got it all from my dad.”

Anzalna yang juga isteri kepada Hanif Zaki mempunyai dua lagi adik-beradik perempuan iaitu Diana Nasir dan Mia Nasir. Kelima-lima mereka sangat akrab dan menariknya, Afifah dan Mia turut mengikut jejak langkah Anzalna dalam dunia lakonan.Foto kredit : Instagram Anzalna Nasir & Hafiz Baharuddin

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *