ISU SEMASA

PoIis Tampil Dedahkan Addy Kana Sebenarnya Bukan Bos Mcau Scam, Tetapi Ini Kegiatan Sebenar Addy Kana

Penahanan individu bernama Addy Kana oleh pihak SPRM beberapa minggu lalu mendapat perhatian meluas pihak media.

Malah orang ramai juga yakin Addy Kana adalah individu yang terbabit secara langsung dengan kegiatan Mcau Scam seperti yang didakwa.

Kemudian tular pula video seorang lelaku yang dikatakan scammer mengaku bahawa bos dia adalah Addy Kana.

Susulan itu, pihak poIis menafikan video mengenai perbualan telefon antara dua lelaki yang kononnya mngsa dan dalang peniipuan tular sejak minggu lalu ada kaitan dengan dua individu terbabit dalam sindiket ‘cuci duit’.

Pengarah Jabatan Siasatan Jnayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, segala butiran perbualan dua lelaki terbabit dianggap boleh mencetuskan suasana tidak aman di negara ini.

” Tangkapan ke atas lelaki yang dikenali sebagai Addy Kanna dan seorang lelaki dikenali sebagai Goh Leong Yeong aka Alvin yang melarikan diri dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, 11 Oktober lalu tidak terbabit dalam kegiatan peniipuan atau Mcau Scam di negara ini.

Bukan bos Mcau Scam, tapi bertindak sebagai agen sindiket peniipuan antarabangsa

” Sebaliknya kedua-dua mereka adalah koordinator atau agen untuk menyediakan kemudahan kediaman, pusat panggilan dilengkapi peralatan komputer dan telekomunikasi serta kemudahan internet kepada warga negara China yang diupah oleh sindiket peniipuan antarabangsa didalangi oleh rakyat China,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Huzir berkata, pusat panggilan yang beroperasi dari unit kediaman mewah dan pejabat ini akan menjalankan operasi harian dengan mensasarkan rakyat di negara China sebagai mngsa aktiviti perjvdian, peniipuan pelaburan mata wang asing (Forex) dan peniipuan pembelian barang, terbabit kes, tuntutan barang seperti Scam.

Beliau berkata, adalah tidak tepat apabila ada pihak tertentu yang menyatakan kegiatan peniipuan dalam talian yang berlaku di negara ini dengan dua individu terbabit kerana kegiatan peniipuan dalam negara dilakukan oleh sindiket peniipuan lain.

” Malah dakwaan perbualan telefon yang tular menyatakan Addy akan dibebaskan juga tidak tepat apabila dia kini ditahan di bawah Akta Pencegahan Jnayah (POCA) bersama dua lagi individu selain usaha mengesan Alvin masih giat dijalankan,” katanya.

Huzir, berkata beliau akan mendedahkan butiran kegiatan peniipuan oleh Alvin dan Addy Kanna ini dalam masa terdekat bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan rakyat tempatan.

Terdahulu, perbualan selama 13 minit 34 saat itu, mngsa kononnya dapat menghidu taktik lelaki yang meniipunya dengan memberikan butiran peribadi yang tidak tepat selepas dikaitkan dengan penghantaran barang ke sebuah pejabat pos di Sabah.

Lelaki yang memperkenalkan diri sebagai ahli kepada rangkaian kumpulan Addy Kanna akhirnya mengakui aktiviti peniipuannya selepas sebelum itu memperkenalkan diri sebagai pegawai poIis di Ibu Pejabat PoIis Kontinjen (IPK) Sabah.

Kedua-dua mereka kemudian berbual secara baik selepas mngsa berulang kali meminta maaf kerana memarahi lelaki yang cuba meniipunya secara dalam talian atau Mcau Scam.

Semasa mereka berbual, suspek dalam keadaan yang amat yakin menyatakan berulang kali bahawa Addy Kanna akan dilepaskan secara mudah disebabkan jaringan hubungan dengan pemimpin politik.

Malah, dia turut menjelaskan bahawa kegiatan peniipuan dijalankan oleh rangkaian mereka dapat menjana pendapatan lumayan hingga puluhan juta ringgit disebabkan sikap sebahagian mngsa yang tidak pernah berhati-hati.

Sumber:hmetro

 

Kisah Keberanian Koperal Togom Menangkap 40 Ribu Ekor Buaya Tanpa Guna Senjata Hingga Diiktiraf British

Daerah Batu Pahat terkenal sejak dahulu disebabkan kemasyhuran penempatan di pesisir sungai.

Ia seperti tercatat dalam peta kelasi kapal Portugis kurun ke-16 sebagai “Rio Fermoso” dan penemuan Batu Aceh di pesisir Sungai Simpang Kiri – pemakaman Batu Aceh Bukit Inas yang sedang dijenamakan semula oleh Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Batu Pahat.

Sementara kisah buaya Sungai Batu Pahat bukanlah asing di kalangan orang tempatan.

Namun kemunculan Togom menjadi “penyelamat” kerana kebolehannya memburu buaya tanpa senjata bukan sahaja di Peserai (bertentang dengan Bandar Penggaram), malah di seluruh negara.

Tangkap buaya tanpa senjata, Togom dapat pengiktirafan British

Menurut Berita Harian pada 26 Julai 1983, “Raja Buaya” yang memburu tanpa senjata, Togom Janang mula menangkap buaya seawal usia 17 tahun.

Dia pernah menerima Queen’s Commendation for Brave Conduct pada zaman pemerintahan British semasa menyertai polis Persekutuan Tanah Melayu.

Anak kelahiran Peserai, Batu Pahat ini terkenal sebagai penangkap buaya sehingga dicatat namanya dalam penyata rasmi Parlimen Dewan Negara pada 17 Disember 1987 apabila Senator Shaharudin Maasom membangkitkan namanya.

Shaharudin berkata Togom ketika itu telah menangkap 40,000 ekor buaya.

Keberanian Togom bukan sahaja “menumbangkan” buaya malah menumbangkan pengg4nas sehingga tercatat namanya dalam The London Gazette bertarikh 12 Januari 1954.

Harimau m4ti meninggalkan belang, manusia m4ti meninggalkan nama.

Namun, penghargaan queen terhadap Togom tidak ramai yang mengetahuinya.

Dan tidak diketahui bahawa di hujung hayatnya, sama ada dia pernah menerima penghargaan daripada Negeri Johor atau kerajaan persekutuan.

Saya agak terkesan apabila merujuk Berita Harian, 2 November 1987 bertajuk “Togom mula dikenali ramai” berbunyi:

” …Encik Togom berjaya menewaskan raja sungai itu dan beberapa ekor buaya lagi di Sungai Kesang, Muar. Namanya serta merta menjadi sebutan penduduk kampung. Kegagahannya menjadi bualan.

” Tetapi peristiwa itu berlaku 30 tahun lalu. Kini, Encik Togom, 64 tahun, uzur dan tidak lagi berdaya menghalau buaya apatah lagi membunvhnya.

” Beliau terlantar sakit di rumahnya di Peserai tiga kilometer dari Batu Pahat.”

Kerajaan Johor perlu perlu beri penghargaan

Kesimpulannya, jasa Togom perlu dikenang kerajaan Johor dan bintang penghargaan sesuai perlu dikurniakan walaupun beliau telah lama meninggal dunia.

Kerajaan Johor, Yayasan Warisan Johor dan Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Batu Pahat perlu menyiasat dan merekodkan hasil tinggalan arwh Togom.

Waris beliau masih hidup termasuk Wahid Togom, 65 tahun yang tinggal di Peserai. Ia boleh dijadikan antara koleksi utama Muzium Batu Pahat nanti.

Sewajarnya nama Togom Janang diabadikan di mana-mana jalan di dalam Peserai, Batu Pahat bagi mengenang jasanya dan diketahui oleh generasi muda .

Alfatihah buat arwh Koperal Togom Bin Janang.

Sumber:MaIaysiakini

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *