ISU SEMASA Viral

Tular Nasi Lemak Janda, Sekali Peguam Ni Tegur “Berniaga Biar Bermaruah”

Kalau tanya sayalah, berniaga itu biarlah ada intergriti. Biar jenis yang bermaruah.

Apabila ditanya tentang isu marketing yang ‘double meaning’ ini, semestinya saya tidak berkenan.

Kalau ada slogan seperti “Nasi Lemak Janda, lain janda lain rasa”, mestilah saya tidak setuju. Niatnya untuk berniaga saya setuju tetapi cara pemasaran itu tidak kena.

Mesej yang disampaikan juga tidak betul. Kalau katanya, dia maksudkan ‘lain janda, lain rasa’, masakan orang lain, lain sedapnya tetapi kenapa daripada 100% yang membaca, majoriti faham bahawa perkataan itu yang berbentuk ‘double meaning’.

Perkataan lucah ini tidak semestinya jelas dan terus. Saya rasa, kita faham apa yang cuba disampaikan secara berkias-kias.

Dalam tindakan fitnah di mahkamah, perkataan tidak semestinya jelas. Ianya boleh juga secara berkias-kias. Sebab itu mahkamah membenarkan tuntutan secara‘Innuendo’ (bahasa kiasan).

Innuendo berasal dari perkataan Latin iaitu innuere, “to nod toward.” Di mahkamah pun bersetuju bahawa manusia ini ada yang berkias-kias. Berkias atau tidak, fitnah tetap fitnah.

Sekarang ini banyak gaya pengiklanan yang berbentuk begini. Kalau dahulu, gaya pengiklanan begini banyak digunapakai pada produk-produk yang melibatkan hubungan suami isteri dan seks.

Tetapi kini ada banyak produk yang tiada kena mengena pun, banyak yang mengiklankan secara ‘double meaning’.

Saya juga dimaklumkan bahawa iklan Astro bertajuk ‘Turn me on’, dalam video tersebut turut ditayangkan dengan lirik dan seni kata seperti ‘klimaks’, ‘action in the car’ yang tidak patut disertakan pula dengan air terpancut, adegan kereta bergoyang, tangan mengenggam selimut dan lain-lain lagi.

Saya dikhabarkan iklan ini telah dipadamkan. Saya ini tidak gemar kalau mendengar lawak-lawak ‘double meaning’ atau lucah sekalipun.

Tak kisahlah kalau hendak kata saya ini kolot atau konservatif sebab saya rasa melawak begitu, jenis tidak manis dan tidak sopan.

Gaya sembang begini juga menggambarkan, keperibadian kita yang bagaimana. Pernah tempoh hari, saya bertemu dengan sahabat handai. Salah seorang daripada kami mengandung, kemudian seorang lelaki mencelah “Mengandung lagi? Takde kerja lain ke? Projek je kerja!”

Ada beberapa orang di meja itu. Hmm. Anak saya pun ada. Mujurlah dia masih kecil dan tidak faham. Kalau besar sedikit anak saya itu, pasti dihadapan orang itu juga saya tutup telinganya. Sahaja hendak beri isyarat tidak setuju.

Kalau sudah guna slogan begini, sewaktu menjual nasi lemak. Datang pelanggan yang jenis ‘double meaning’ juga, contoh soalannya berkenaan rasa atau berkenaan saiz nasi lemak. Apa perasaan penjual ini?

Adakah dia akan merasa tersinggung? Adakah dia terpaksa melayan juga sembang-sembang ‘double meaning’ begini, sebab dia yang mulakan tagline begini. Jadi bagaimana? Salah siapa?

Hendak dihormati, kita sendiri perlu memastikan diri ini layak dihormati. Ramai sungguh manusia tergila-gila buat marketing cara begini dan katanya ‘good marketing’ sebab jadi viral dan orang hendak membeli.

Hmmm. Saya tanya juga, bagaimana pula jenis ‘crowd’ yang ditarik dengan gaya pengiklanan begini? Yang jenis tulen hendak membeli atau yang jenis…faham-fahamlah sendiri.

Nilai seorang wanita itu terletak pada harga dirinya dan hormatnya orang itu pada kita, berdasarkan bagaimana kita mencerminkan diri kita.

Sekian Nor Zabetha

Baru baru ini tular di media sosial tentang sebuah gerai Nasi Lemak. Yang uniknya adalah nama gerai tersebut dan tagline gerai itu.

Nasi Lemak Janda – Lain Janda Lain Rasa

Menarik bukan nama gerai ini, admin pun tertarik. Sudah semestinya nama Janda ini pasti akan buat ramai lelaki tertanya tanya, janda mana ni?

Pemilik gerai Nasi Lemak Janda yang bernama Fara Ain memberitahu dia terima banyak kecaman kerana nama dan tagline untuk gerai nasi lemak beliau.

Beliau tampil muat naik  status tentang kecaman yang dia terima.

“Kalau nak bagi komen yang buruk² sis okey je…Kalau hati tu hitam Kotor.. semua tu selalunya berfikiran pun Kotor je jadinya… Cuba niat tu baik Dan prasangka baik,jadinya baik la kan… Tq atas Viral² ini semua… Semoga Tuhan memaafkan kepada orang² yang prasangka buruk tu… Saya maaf kan. Terima kasih”

Beliau juga ada menyelitkan sepotong ayat dari dalam hadith tentang janda haruslah dibantu.

Fara Ain juga tidak ambil peduli dengan k3caman oleh netizan, sebaliknya mengambil perkara tersebut sebagai pemangkin semaangat untuk beliau lebih berjaya

“Ada yang boleh Terima Dan Ada yang Tak Boleh Terima.. Meh sini sis nak share…Tak apa… Sis okey je.. Apa² pun Terima kasih atas Nasihat you All… Moga Murah Rezeki buat Kalian semua.. Amin”

Melihat pelbagai juadah yang menyelerakan, sudah pasti ramai yang datang mahu mencuba selain harga nasi juga sabgat berpatutan

Berikut senarai menu, lokasi dan masa gerai tersebut buka

Tengok senarai menu pun membangkitkan selera bukan, apa tunggu lagi, jom serbu gerai Nasi Lemak Janda

Dalam perkembangan semasa, Prestasi ekonomi Malaysia dijangka meningkat secara beransur-ansur selepas Jun 2020 dan mencatat pemulihan positif pada tahun 2021, disokong oleh langkah fiskal, monetari dan kewangan yang cukup besar dan kemajuan dalam projek infrastruktur awam yang berkaitan dengan pengangkutan.

Sama-sama kita berdoa agar negara kita keluar daripada krisis ekonomi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : Fara Ain, kecohape

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *