ISU SEMASA Viral

Cikgu Ini Hairan Murid Tidur Dalam Grab Siap Pegang Buku. Terkedu Terus Bila Pemandu Cerita Hal Sebenar

Oleh sebab lama tak naik grab, hari tu saya saje naik Grab nak ke bengkel kereta. Dah time balik sekolah dah masa tu.

Kereta saya pagi-pagi, ada orang bengkel ambil kat sekolah, jadi tadi akak cashier call dah boleh ambil.

Lepas order sampailah abang grab kat tempat saya tunggu. Saya nak masuk duduk depan sebelah dia.

Tapi itulah bila saya nak masuk saya perasan ada orang. Brader pemandu bagi isyarat mintak saya duduk belakang.

Masuk-masuk saya perasan rupanya yang duduk sebelah brader tu budak sekolah. Masih pakai baju sekolah. Siap ada buku kat tangan. Tapi budak tu tidur. Mungkin penat sangat seharian kat sekolah.

” Nak pergi mana cikgu?’. Brader tu tanya. Mungkin muka saya nampak macam cikgu.

” Bengkel bang..’ saya jawab. Lepas tu suasana sepi. Dia senyap, saya pun senyap.

” Lama dah bawak grab bang?’ saje saya tanya.

Dia senyap kejap. Lepas tu dia jawab: ” Sejak saya kena buang kerja cikgu..”

Allah, Allah, saya rasa saya dah tersalah tanya soalan ni. Lepas tu saya mintak maaf kat dia. Dia kata takpe.

Dia terus buka cerita masa lockdown hari tu dia kena berhenti kerja.

Lepas tu dengan simpanan yang ada dia try berniaga pasar malam. Tapi tak jalan jugak. Lepas tu dia bawak grab. Sampailah sekarang.

Bolehlah tampung-tampung mana yang patut, dia kata.

” Anak ke bang?’ saya tanya siapa budak sebelah dia.

” Ya cikgu, penat sangat kot. Saya tak mampu nak sewa van cikgu, jadi sambil saya buat grab ni bolehlah saya hantar dia pergi dan balik.

” Kesian jugak dia pagi-pagi dah kena bangun nak ikut jadual saya..”

Budak tadi masih tidur. Penat sangat agaknya kat sekolah.

Tapi itulah yang buat saya kagum penat-penat dia, buku masih ada kat tangan. Maksudnya sambil-sambil dia naik kereta tu, dia masih nak baca buku.

Bagusnya budak tu.

Sampai kat bengkel. Saya tengok harga RM6.00. Saya bayar RM20. Brader tu nak pulang baki. Saya kata takpe bagi kat anak abang. Dia ucap terima kasih banyak kat saya.

Bagus brader tu didik anak dia. Walaupun mungkin PKP ni menjejaskan periuk nasi dia sekeluarga tapi dia tak abai tanggungjawab untuk didik anak dia. Dan, paling penting pelajaran anak dia, dia tak lupa.

Kita yang masih cukup makan, cukup pakai, boleh bayar ansuran rumah, bersyukurlah banyak-banyak sebab kat luar sana masih ramai yang tengah struggle nak cari sesuap nasi.

Doa saya moga dipermudahkan buat brader ni sekeluarga dan moga cepatlah musim Covid ni berlalu daripada kehidupan kita semua

Sumber:FB Muhammad Yusof

 

Wanita Bertudung Selamba Ambil Telefon Orang. Selepas Kantoi, Ini Alasan Pelik Dia Bagi Kenapa Dia Ambil

Tndakan seorang wanita bertudung yang mengambil sebuah telefon pintar milik pelanggan yang tertinggal di sebuah kedai roti di Kubang Kerian semalam mempamerkan sikap warganegara yang tidak bertanggungjawab.

Kjadian telefon tertinggal di meja saringan suhu badan di pintu masuk yang berlaku pada jam 5.55 petang tersebut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan.

Mngsa yang juga penjual madu, Siti Suhaila Che Razali, 28, berkata, dia bersama anak lelaki berusia empat tahun masuk ke kedai roti tersebut sementara menanti pelanggan yang mahu mengambil madu di lokasi itu.

Menurut Suhaila, dia meletakkan telefon model Phone Google Pixel 2 xl di meja itu untuk mencatat nama dan mengesan suhu bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan sebelum masuk ke kedai.

” Pada masa sama, anak menangis menyebabkan keadaan kelam kabut dan saya terlupa telefon.

” Saya hanya menyedarinya ketika membuka beg duit dan teringat tertinggal telefon di meja pintu masuk kedai tetapi apabila dicari telefon sudah tidak ada,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Wanita ini kemudian dilihat mengambil telefon berkenaan dan berlalu dari kawasan kedai sementara mngsa, Siti Suhaila sedang membuat bayaran kek untuk anak lelakinya yang berusia empat tahun.

Katanya, dia segera meminta bantuan pemilik kedai yang kemudian memeriksa CCTV dan melihat rakaman seorang wanita mengambil telefon bimbit berkenaan sebelum berlalu meninggalkan kedai itu.

” Suami saya kemudian menghubungi telefon saya beberapa kali namun tidak dijawab dan meninggalkan pesanan supaya wanita tersebut memulangkan telefon bimbit berkenaan.

Ini alasan diberikan pelaku

” Selepas rakaman CCTV ini tular, seorang individu mengaku adik pelaku mengirimkan pesanan ringkas pada jam 9 pagi hari ini.

” Dia memaklumkan kakaknya tidak berniat untuk mengambil telefon bimbit berkenaan sebaliknya tergesa-gesa meninggalkan kedai kerana hendak menghadiri majlis hari jadi anaknya.

” Malah dia berjanji untuk memulangkan telefon bimbit berkenaan,” katanya.

Siti Suhaila berkata, dia tidak memarahi wanita itu, namun memintanya supaya memulangkan telefon bimbit tersebut berikutan segala urusan dengan pelanggan dan maklumat perniagaan madu serta kerjaya sebagai jurusolek tersimpan dalam telefon itu.

” Dia meminta maaf kepada saya dan berkata tidak patut saya tularkan rakaman perbuatannya itu. Saya maafkan kesilapan dia.

” Semoga menjadi pengajaran juga kepada orang lain supaya lebih berhati-hati serta tidak mengambil barangan orang lain,” katanya.

Setakat tengah hari semalam, pelaku memberitahu mngsa dia dalam proses untuk memulangkan telefon bimbit tersebut dengan meninggalkannya semula di kedai roti berkenaan.

sumber : limauais

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *