Infomaklumat ISU SEMASA Viral

Dengar je Najib nak sokong Anwar, Ini nasihat padu Nik Abduh

KUALA LUMPUR – Seluruh ahli dan penyokong Pas serta UMNO akan menolak serta membuang mana-mana pemimpin yang cuba merosakkan hubungan Muafakat Nasional (MN) yang telah diikat kukuh dengan nama Allah.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, sejak MN termeterai setahun lalu, hubungan kedua parti terbesar orang Melayu itu berada dalam keadaan muhibah dan baik.

“Namun, jika ada pemimpin yang cuba merosakkannya, saya yakin, seluruh ahli dan penyokong Pas serta UMNO akan segera menolak, bahkan membuangnya,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Kenyataannya itu dipercayai merujuk kepada tindakan seorang pemimpin UMNO yang menyatakan sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi pada masa sama menolak kerjasama dengan DAP.

Ahli Parlimen Bachok itu menyatakan dengan tegas bahawa kekeliruan yang berlaku tidak boleh menjadi punca dan alasan kepada kepanasan, kemarahan dan kebencian.

Ia katanya, adalah ujian daripada Allah yang bertujuan menguji kekuatan dan kesabaran para hamba-Nya yang dirahmati.

“Tumpu kepada penyatuan, pemurnian dan kesepakatan. Hindari wasangka dan keraguan sesama sendiri. Kenali tipu daya musuh,” katanya memberi peringatan.

Jelas beliau lagi, negara memerlukan MN demi kesejahteraan bersama kerana tanpanya, tiadalah Perikatan Nasional (PN).

“Tuhanku, aku berlindung dengan-Mu daripada hilangnya nikmat-Mu, bertukarnya afiat-Mu, kejutan kecelakaan daripada-Mu dan segala kemurkaan-Mu,” katanya.

Semalam Penasihat Barisan Nasional merangkap ahi parlimen UMNO Pekan mengesahkan beliau memberikan cadangan supaya UMNO bekerjasama dengan parti PKR pimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim jika UMNO masih tak berpuas hati dengan layanan dalam kerajaan PN selepas apa yang berlaku di Sabah, dengan syarat tanpa melibatkan parti DAP.

“UMNO perlu terbuka kepada rundingan dengan parti-parti politik lain termasuk parti Anwar jika UMNO masih tak berpuas hati dengan layanan dalam kerajaan PN selepas apa yang berlaku di Sabah. Namun, cadangan saya ada syarat bahawa kerjasama dengan Anwar tidak akan melibatkan parti DAP. Ini ditegas beberapa kali dalam mesyuarat hari ini” ulas Najib

“Kenapa UMNO Tak Boleh Kerjasama Dengan Anwar” – Najib

Beliau turut mempersoalkan mengapa UMNO tidak boleh menjalankan kerjasama dengan Anwar kerana sebelum ini parti tersebut boleh menjalin kerjasama dengan Muhyiddin dan Azmin pada bulan Februari lalu,walaupun pada masa itu PPBM merupakan musuh UMNO.

Walau bagaimanapun, katanya perkara itu itu merupakan cadangan kedua beliau jika cadangan pertamanya, iaitu “mendesak satu tarikh yang tetap untuk Pilihanraya Umum pada masa hadapan selepas Covid terkawal

sumber : trandingsangat

 

Kita Boleh Bekerjasama Dengan Muhyiddin Dan Azmin, Kenapa Tidak Dengan Anwar? – Najib

Ada media portal yang laporkan seolah-olah saya mendesak semua ahli parlimen UMN0 untuk sokong Anwar jadi PM.

Ini kurang tepat.

Mesyuarat hari ini adalah untuk semua ahli parlimen membincang halatuju parti dalam krisis COVlD hari ini dan kita diberi peluang untuk mengeluarkan pandangan masing-masing.

Cadangan pertama saya adalah untuk UMN0 mendesak satu tarikh yang tetap untuk Pilihanraya Umum pada masa hadapan selepas COVlD terkawal.

 

Membubar parlimen untuk mengembalikan kuasa kepada Rakyat untuk memilih semula juga pilihan parti semasa PM7 letak jawatan pada bulan Februari lalu.

Saya berpendapat ini adalah pilihan terbaik untuk negara sebab majoriti yang tipis kerajaan PN adalah punca politik tak stabil pada ketika ini dan ini juga akan menyebabkan pelabur tak yakin dengan negara sebab mereka akan bimbang untuk melabur jika kerajaan akan tumbang pada bila-bila masa.

Saya juga berpendapat bahawa PM8 telah mencorak langkah yang salah untuk meminta darurat dalam usaha kekalkan kuasa dan saya bimbang bahawa permintaan dia yang ditolak YDP Agong dan Raja-raja Melayu boleh menyebabkan UMN0 disalahkan pengundi.

Cadangan kedua saya ialah jika cadangan pertama ditolak PN maka UMN0 perlu terbuka kepada rundingan dengan parti-parti politik lain termasuk parti Anwar jika UMN0 masih tak berpuas hati dengan layanan dalam kerajaan PN selepas apa yang berlaku di Sabah.

Namun, cadangan saya ada syarat bahawa kerjasama dengan Anwar tidak akan melibatkan parti DAP. Ini ditegas beberapa kali dalam mesyuarat hari ini.

Kenapa kita tidak boleh runding dengan Anwar?

Saya lihat kita boleh bekerjasama dengan Muhyiddin dan Azmin pada bulan Februari lalu walaupun pada masa itu PPBM merupakan musuh kita yang banyak mengambil ahli-ahli parlimen UMN0, kenapa kita tidak boleh runding dengan Anwar untuk bekerjasama bersyarat sehingga PRU15?

Syarat-syarat ini termasuk membuka jalan untuk UMN0 mengambil peranan dalam hala tuju kewangan dan ekonomi melihat pada masa kini PPBM memonopoli jawatan PM, Menteri kanan yang paling kanan, menteri kewangan, menteri ekonomi dan Majlis Tindakan Ekonomi tanpa sebarang wakil dari parti UMN0, PAS atau mana-mana parti lain.

Dengan ini kita boleh merangka pelan bantuan dan rangsangan ekonomi yang lebih effektif seperti melanjutkan moratorium pinjaman serta mempercepatkan pakej bantuan khusus untuk Sabah yang amat diperlukan segera tetapi gagal dikeluarkan sejak sebulan dahulu walaupun impak kepada Sabah pada masa kini adalah amat parah.

Follower FB saya juga faham bahawa saya sudah beberapa kali sudah meluahkan kekecewaan saya dengan pengendalian COVlD kerajaan PN terutamanya untuk kluster-kluster penjara yang menyumbang bahagian paling besar kes COVlD dalam gelombang ketiga ini.

Walaupun UMN0 tak terlibat dalam kementerian tersebut, UMN0 tentu akan disalahkan. Dan jika kita diberikan peranan lebih besar, kita boleh menyumbang kepada usaha untuk menyelesaikan kelemahan ini.

Saya juga terbuka kepada pilihan untuk teruskan sokongan bersyarat kita kepada kerajaan PN sehingga PRU15 tetapi kita perlu berunding semula syarat-syarat supaya UMN0 dan BN diberi peranan lebih besar terutamanya dalam hal-ehwal berhubung rancangan ekonomi.

Apapun, itu antara cadangan dan pendapat saya dalam mesyuarat hari ini. Terpulang kepada parti untuk menilai dan membincang cadangan-cadangan ini.

Sebagai orang parti, saya akan terus menyokong keputusan Majlis Tertinggi UMN0 yang sedang bermesyuarat malam ini.

NOTA: Entah siapa portal MalaysiaNow yang diurus adik Latheefa Koya ini? Lapor yang bukan-bukan.
Tiada sesiapapun yang serang saya dalam mesyuarat hari ini. Noh Omar tak ser4ng saya dan Nazri tak ser4ng saya. Nazri tak hadir dalam mesyuarat hari ini pun sebab dia ada di Kelantan.

Sumber:FB Najib Razak

Pertemuan ahli-hali parlimen BN di Kuala Lumpur petang tadi dikejutkan dengan cadangan bekas perdana menteri, Najib Razak, agar parti itu menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Cadangan itu dibuat Najib dengan alasan perlunya keseimbangan dalam jawatan dalam kerajaan kini.

Bagaimanapun menurut sumber cadangan dibawa ahli parlimen Pekan itu tidak dapat diterima sebahagian besar tokoh yang hadir.

Seorang ahli parlimen BN yang enggan didedahkan identitinya berkata, cadangan Najib itu tidak dapat diterima akal kerana mereka berpendapat, menyokong Anwar bermakna menerima DAP sebagai kerajaan.

“Masakan cadangan yang seperti tidak masuk akal mampu untuk diterima oleh akar umbi Umno kerana ahli-ahli Umno diberitahu sebelum ini bahawa Umno menyokong penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana tidak mahu DAP menjadi sebahagian kerajaan.

“Takkanlah BN – terutama Umno – mahu untuk bersama dengan DAP dalam kerajaan, kerana bukan saja ideologi perjuangan kedua-dua parti berbeza, malah ahli-ahli antara kedua-dua parti akan bercelaru,” katanya kepada Malaysiakini.

Jelas sumber itu lagi, pertemuan petang tadi hampir tergendala ekoran cadangan yang dikemukakan bekas pengerusi BN itu.

Mesyuarat ahli parlimen BN yang berlangsung hampir tiga jam bermula jam 1 petang tidak membuat sebarang keputusan sama ada Muhyiddin Yassin perlu mencadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong agar Dewan parlimen dibubarkan atau tidak.

Sebaliknya, kata Najib, mesyuarat itu mendengar pelbagai pandangan daripada mereka yang hadir.

“Tak ada keputusan, macam-macam pandangan tapi pandangan ini tak boleh ambil kira, yang penting sekali keputusan.

“Kita cuma mendapatkan pandangan-pandangan daripada wakil rakyat BN tentang pendirian kita dan halatuju yang patut dijadikan ketetapan parti,” kata Najib.

Sementara itu seorang lagi sumber BN berkata, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, kelihatan lebih tenang dan berpegang teguh atas keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno sebelum ini yang menolak sebarang kerjasama dengan Anwar mahupun DAP.

“Zahid mendengar pelbagai pandangan dan cadangan termasuk daripada Najib dengan tenang kerana pastinya beliau mahu masa depan BN terutama Umno terus cerah dan lebih menyinar di mata rakyat,” katanya ketika dihubungi.Jelasnya, drama politik negara belum berakhir dan sebarang tindakan sama ada Muhyiddin mahu meletak jawatan atau membubarkan Dewan Rakyat, pastinya akan didorong oleh keputusan yang diambil oleh BN dan Umno selepas ini

Jika di teliti balik, Najib pernah Hubungi anwar 2 Kali Pada Malam Pilihan Raya PRU 14

Najib Hubungi Anwar selepas BN Kalah PRU 14

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan sangat kecewa pada malam PRU14 dan terpaksa menghubungi DS Anwar Ibrahim bagi mendapatkan nasihat

Ia marupakan satu kejutan besar buat Najib apabila mereka kalah dalam pilihan raya tahun ini, memandangkan Barisan Nasional telah memerintah Malaysia selama enam dekad.

Anwar, yang telah diampunkan dan dibebaskan dari hukuman penjara lima tahun untuk kes liwat pada Rabu, memberitahu Reuters dalam satu temu bual bahawa beliau menerima dua panggilan telefon daripada Najib malam itu.

“Apabila beliau menelefon pada malam pilihan raya lalu, saya sebagai sahabat menasihatkannya supaya terima kekalahan dan teruskan hidup,” katanya.

Anwar berkata, beliau meminta Najib supaya segera membuat kenyataan bagi mengelak dilihat cuba melengahkan proses peralihan kuasa.

Bagaimanapun, katanya, Najib tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan kemenangan PH pada malam itu.

Pada sidang media sehari selepas PRU-14, Najib berkata tiada parti yang memperoleh majoriti mudah dan beliau memberi kepercayaan kepada Yang di Pertuan Agong untuk menggunakan budi bicara baginda memilih Perdana Menteri baru.

Dalam panggilan tersebut, Anwar berkata, Najib cuba memikirkan apa yang boleh dilakukannya dan siapa yang boleh menasihatkannya

Namun begitu, beliau menegaskan bahawa bekas Perdana Menteri itu tidak pernah menawarkan sebarang perjanjian serius kepadanya.

Tahun lepas, Najib melawat Anwar di hospital ketika beliau sedang pulih dari kecederaan bahu. Khabar angin mengatakan bahawa Najib telah membuat perjanjian sampingan untuk bergabung dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Jika sekalipun beliau menawarkan perjanjian itu, saya hanya akan mengabaikannya… saya hanya mendengar apa yang beliau katakan,” tegas Anwar.

Anwar berkata, pada panggilan kedua, Najib “benar-benar hancur dan kecewa”

Menurut Reuters, Najib tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen lanjut tentang perkara itu.

Anwar juga mengingatkan penyokong agar tidak berdendam terhadap Najib.

Beliau turut menyeru penyokong Pakatan Harapan untuk membenarkan undang-undang membawa keadilan dan tidak dibutakan oleh kemarahan terhadap bekas Perdana Menteri

sumber: mkini, says/trendingsangat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *