Infomaklumat ISU SEMASA Viral

Frontliners cari kayu sambung titi patah jadi idea nama ‘Kluster Titian’ di Labuan

Semangat petugas kesihatan dalam memastikan semua pihak yang dijangkiti pandemik Coivid-19 menerima rawatan sewajarnya sangatlah dipuji.

Merentasi hutan dan juga kawasan perumahan atas air di sekitar Sabah dan Labuan bukanlah sesuatu yang mudah untuk mereka, lebih-lebih lagi terpaksa membawa peralatan madikal dan juga memakai sut PPE yang lengkap.

Cerita kisah Kluster Titian

Pelbagai cabaran mereka hadapi demi tugas untuk negara serta rakyat. Oleh itu, menerusi perkongsian seorang doktor dikenali sebagai Ismuni bin Bohari, dia telah memuat naik kisah bagaimana nama Kluster Titian diperoleh di Labuan.

Menyusuri sungai dan titian demi tugas

Menurut Dr Ismuni, dia dan anak buahnya dari Crisis Preparedness and Response Center (CPRC) Labuan telah menyusuri sungai dan titian untuk ke kawasan berpotensi jangkitan.

Jadi, mereka telah diminta untuk memberi cadangan berkaitan nama kluster di kawasan yang dikenal pasti itu. Namun, pihak mereka juga faham dan ingin menjaga sensitiviti tempatan kerana boleh mengguris hati warga menetap.

Titi hampir patah

Jadi, selepas beberapa jam menungg,. titi di kawasan penempatan atas air itu patah dan mereka terpaksa mencari kayu untuk menjadikan sambungan sementara bagi melalui titian tersebut.

Dari situ muncullah perkataan ‘titian’ yang terus digunakan untuk merujuk kepada Kluster Titian.

“Selepas 3 jam di lapangan, salah satu titian sejauh 5 meter patah. Terpaksa carik kayu untuk sambung sementara dan ketika termenung carik kayu.. nama ‘TITIAN ‘ muncul.. dan menjelma la Kluster TITIAN.”

“Terima kasih semua anak buah yang sangat tabah.” Tambah Dr Ismuni.

Terkasima & kagum atas semangat frontliners

Muat naik yang dibuat oleh frontlinerskita di Sabah dan Labuan itu telah mendapat perhatian warganet apabila memperoleh lebih daripada  dua ribu tanda suka di Facebook kurang daripada satu jam selepas dikongsikan.

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengucapkan terima kasih kepada barisan petugas kesihatan yang sanggup menempuh dugaan hebat ini demi negara.

Moga ada balasan setimpal untuk jasa & bakti

Semoga dipermudahkan hero2 sekalian

Sumber: Ismuni bin Bohari,Ohmymedia

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan berqtanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *