Hiburan

Dijangka Disatukan Sebagai Suami Isteri Pada Penghujung Mac 2021. Terkini Neelofa Sah Dirisik Oleh PU Riz

Selebriti dan usahawan ternama, Neelofa hari ini menerima kunjungan keluarga PU Riz pada Ahad.Astro AWANI difahamkan, kunjungan itu adalah bagi menyempurnakan acara merisik.Majlis yang diadakan secara sederhana itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat pasangan berkenaan.Sumber keluarga pasangan berkenaan memberitahu, Neelofa yang baru-baru ini membuat keputusan untuk berniqab menerima sebentuk cincin sebagai tanda dia sudah disunting.Neelofa dan PU Riz juga difahamkan bakal disatukan sebagai suami isteri pada penghujung Mac 2021.Sebelum majlis merisik diadakan di sebuah kediaman di Taman Tun Dr Ismail, di sini itu, seluruh anggota keluarga pasangan berkenaan terlebih dahulu menunaikan solat Asar yang diimamkan oleh PU Riz.

Sumber yang turut menghadiri majlis merisik itu memaklumkan, keluarga kedua-dua pihak juga menyerahkan kepada Neelofa dan PU Riz untuk menentukan perancangan perkahwinan mereka termasuk jumlah hantaran.Hubungan akrab Neelofa atau nama sebenarnya Neelofa Mohd Noor, 31, dan PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, dihidu oleh media sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Bagaimanapun, Neelofa yang juga pengasas syarikat Naelofar Hijab dan Nilofa Group dan PU Riz tidak pernah mengiaya atau menafikan hubungan akrab mereka.Kedua-dua mereka sering dilihat bekerjasama dalam pelbagai program keagamaan selain aktif dalam kerja-kerja kebajikan Pertubuhan Kasih Neelofa yang diasaskan selebriti wanita yang mempunyai lapan juta pengikut di akaun Instagram.PU Riz merupakan salah seorang peserta program Pencetus Ummah pada 2016 dan merupakan seorang pendakwah bebas serta pelakon.Astro AWANI sedang berusaha menghubungi pengurusan Neelofa dan PU Riz bagi mendapatkan maklum balas mereka.

Ramai Yang Beri Respon Positif Akan Penampilan Terbaru Neelofa. Baru Baru Ini Seorang Pelawak Tempatan Dikritik Teruk Oleh Warganet Lepas Dia Muatnaik Gambar Neelofa Yang Satu Ini

Seperti yang kita tahu, rata-rata memberi respon yang positif dan sambut baik penghirahan dari Neelofa. Namun baru-baru ini, seorang pelawak tempatan, bernama Kc Nazari, dilihat seperti tak hormati perubahan yang dibuat Neelofa.Mana tak nya, Kc Nazari telah upload sekeping foto menunjukkan Neelofa di zaman awal kemunculannya yang tak menutup aurat.

Caption yang ditulis ialah how it’s started merujuk gambar lama Neelofa itu dan how it’s going, merujuk gambar terkini Neelofa yang sudah pun memakai niqab.Ramai tampil meminta Kc Nazari untuk delete gambar berkenaan, dan memohon maaf kepada pelakon dan pengacara berkenaan.

Sudah lebih seminggu di muatnaik, tiada respon balas dari Kc Nazri dan gambar itu masih lagi ada di tayangkan . Warganet berpakat beramai-ramai agar semua orang untuk report sahaja akaun milik Kc Nazari itu. Malah ada yang menyarankan agar Neelofa saman sahaja pelawak berkenaan.Kemudian, ada juga warganet yang cuba mengkaji mentality Kc Nazari ini, dan mendapati bahawa pelawak ini memang pernah buat lawak yang tak sensitive.

Antaranya ialah lawak berkaitan kapal terbang MH370 sebelum ini, yang mana katanya, dia sedih tentang kisah MH370 itu, tetapi bukan sebab hilang, tetapi sebab kekasihnya tak naik kapal terbang berkenaan.Untuk info Kc Nazari pernah menyertai rancangan reality Lawak Solo terbitan Astro sebelum ini. Lawak Solo dimenangi oleh Danial, tempat kedua Mad Sabah dan tempat ketiga Fikry Ibrahim.Kredit: Budiey.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Lepas Jadi Buah Mulut Ramai Akhirnya Neelofa Tampil Buka Mulut Bongkarkan Punca Dia Berpurdah. Mengejutkan Rupa Rupanya Ini Punca.

KUALA LUMPUR: Selebriti dan pengacara popular, Neelofa, 31, mengakui lebih gembira selepas membuat keputusan untuk memakai niqab. Neelofa yang mengesahkan dirinya berniqab pada 15 Oktober lalu itu berkata, dia selesa berhadapan dengan orang ramai dengan imej terbaharunya itu.

“Di Malaysia, hanya minoriti yang memakai niqab, jadi untuk berada di kalangan yang tidak memakai adalah cabaran yang besar. Tetapi, Alhamdulillah, saya sukakannya. Saya lebih gembira apabila bangun pagi dan memakainya.

“Saya masih ingat pada hari kedua saya memakai niqab, saya pergi ke kelas dan ustazah bertanya apa yang dirasa? Saya rasa lebih ‘free’ sekarang. “Orang berpendapat memakai niqab seperti dipenjarakan sebab perlu menutup semuanya, tetapi sebaliknya saya rasa lebih ‘free’ untuk buat banyak benda, berhadapan dengan orang awam bukan muhrim dan mengadakan sesi live dalam laman sosial. Saya rasa kurang bersalah,” katanya.

Neelofa berkongsi luahannya apabila ditanya pengacara, Uyaina Arshad dalam siaran langsung menerusi laman Instagram (IG) Naelofar yang turut mempromosikan rekaan terbaru tudungnya, sekitar jam 4 petang tadi.Sebelum itu, Neelofa turut menerangkan mengapa tidak berkongsi keputusannya untuk berniqab. “Saya tak bersedia berkongsi kerana saya tak mahu orang ramai salah tafsir atau fikir bukan-bukan. Ia adalah keputusan peribadi yang saya buat. Tiada siapa tahu, hanya diri saya sahaja.

“Apa yang membawa kepada keputusan tekad ini selepas memperoleh ilmu dicari dan pemahaman diperoleh daripada semua kelas yang saya sertai. “Saya sudah faham dan tahu, tetapi patutkah saya tidak menghiraukan perkara ini atau amalkan? Jadi, saya ikhlas untuk mengamalkannya. Alhamdulillah, pakai niqab lebih mudah untuk dibiasakan,” katanya.

Pengacara Next To Neelofa itu berkata, pemakaian niqab ekoran izin Allah. Tanpa izin-Nya, mungkin dirinya tidak cukup kuat untuk membuat keputusan berkenaan. “Ia bukanlah daripada saya, tetapi ia dengan izin Allah. Ia juga bukan daripada kudrat atau kuasa saya. Tanpa izin Allah saya takkan pakai. Allah boleh tarik balik semua ini pada bila-bila masa sahaja

“Disebabkan itu, saya berdoa agar niat saya lurus dan terang. Ia bukan sesuatu yang mudah. Saya bersyukur, saya ada pilihan untuk memakai atau sebaliknya di Malaysia. Ini kerana sesetengah negara tidak membenarkan wanita memakai niqab,” katanya.

Neelofa mengakui, pemakaian niqab secara perlahan-lahan membentuk dirinya menjadi lebih baik. “Dalam situasi saya, perlu saya pakai bagi mengelakkan tabarruj, fitnah dan beberapa perkara lagi. Saya berharap ia boleh membentuk percakapan, akhlak dan cara saya melihat sesuatu.

“Tak bermakna saya memakai niqab kerana sudah cukup bagus, tetapi apabila saya pakai secara perlahan-lahan membuatkan saya menjadi insan lebih baik,” katanya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber : Berita Harian

Sorokkan Status Hubungan Dengan Pu Riz. Sekali Tiba Tiba Individu Ini Bongkarkan Kisah Cinta Antara Neelofa Dan Pu Riz. Akhirnya Terjawab Segala Teka Teka Tentang Perhubungan Mereka.

Sebelum ini, tercetus desas desus mengatakan selebriti dan usahawan popular, Neelofa menjalinkan hubungan cinta bersama pendakwah bebas, iaitu Haris Ismail atau PU Riz. Ini kerana banyak ‘hint-hint‘ kecil yang diberikan oleh kakaknya, Noor Nabila Mohd Noor dan kawan baiknya, Rosix menerusi IG Story dan laman Youtube mereka.

Bagaimanapun, Neelofa sekeras-kerasnya menafikan dirinya menjalinkan hubungan cinta bersama pendakwah bebas itu. “Tiada apa-apa hubungan istimewa. Jika ada, saya akan beritahu dengan siapa saya berkawan,” jawab Neelofa.Sebagai seorang selebriti yang terkenal dan menjadi inspirasi kepada ramai orang di luar sana, sudah tentu peminat dan warganet tertanya-tanya mengenai perhubungan mereka berdua meskipun Neelofa menafikan perkara itu.

Tidak berdiam diri, salah seorang pengguna di laman sosial Twitter @NamiwaAbameed turut memberikan ‘kronologi’ bahawa dia yakin pengacara dan pendakwah bebas itu menjalinkan hubungan cinta.Itu ciapan yang dimuat naik oleh @NamiwaAbameed. Bukan itu sahaja, pengguna Twitter ini juga turut mendedahkan ‘bukti-bukti’ yang mengukuhkan kenyataanya itu. Bermula dengan video ni, dari gerak tubuh neelofa, nampak yang dia ada something dengan PU tapi try untuk cover.

Bukan itu sahaja, Neelofa dilihat baru sahaja memuat naik gambar di Instagramnya, bersama kelibat seorang jejaka disebelahnya yang memakai baju sedondon putih coklat bersama. Adakah itu PU Riz aka kekasih hati Neelofa? Jeng jeng jeng….

Demikian ‘kronologi’ kisah percintaan Neelofa yang tidak pasti kesahihanya, tapi yang pasti, mereka berdua dilihat sangat sepadan! Ibarat kata pepatah ‘bagai pinang dibelah dua’. Mari lah sama-sama kita nantikan berita gembira yang mungkin akan diumumkan Neelofa tidak lama lagi.

Memetik temubual bersama Berita Harian terdahulu, Neelofa berkata, dia tidak akan menyembunyikan jika sudah menjumpai pilihan hatinya, sekali gus pasti akan berkongsi hari bahagia sekiranya sudah tiba jodoh. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Like Page Kami Juga Di Facebook @apam pink mediaSumber : Hot.FM

Baru Je Berniqab Tiba Tiba Ada Yang Kata Neelofa Cukur Kening. Akhirnya Neelofa Tampil Bersuara Lantang Kongsikan Sesuatu Buat Warganet Tergamam.

Itulah sepotong hadis yang dikongsi oleh pelakon, pengacara dan usahawan Neelofa setelah ditanya orang ramai. Menurutnya, selepas beliau berhijrah, ramai yang tanya sama ada dia mencukur bulu kening atau tidak. Neelofa dengan tenang menjawab:- “Saya dah lama tak cukur kening, dan biarkan dia begitu sahaja,”

Kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Instagram Story miliknya telah menarik perhatian admin untuk turut bersama berkongsi perkara baik itu. “Terima kasih kepada ustaz dan ustazah, Hariz pun banyak bantu sangat-sangat in terms of pencerahan ilmu agama ni,”

Itulah kata-kata Neelofa menerusi satu video Instagram Live yang dikendalikan oleh rakan baiknya iaitu Rosix Omar pada 15 Oktober. Neelofa menzahirkan penghargaan berkenaan terhadap orang di sekelilingnya yang telah banyak membantunya untuk mendalami ilmu agama.

Pada masa yang sama, video tersebut juga memperdengarkan suara Neelofa dan PU Riz ketika menjawab beberapa soalan. Pada 15 Oktober, pelakon, pengacara dan usahawan Neelofa telah memaklumkan dirinya bakal melakukan pembaharuan ataupun penghijrahan untuk berniqab.

Perkara berkenaan turut disokong oleh ibunya, Noor Kartini serta seluruh ahli kelurganya, rakan-rakan dan peminat Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Like Page Kami Juga Di Facebook @Apam Pink MediaSumber : HOT.FM

Lepas Je Tular Tentang Neelofa Berniqab Nabila Tiba Tiba Tanya Bila Nak Kahwin. Mengejutkan Ini Respon Dari Neelofa Buat Warganet Tergamam.

Pada 15 Oktober, dunia hiburan dihebohkan dengan kisah selebriti popular, Neelofa yang tampil dengan penampilan terbaharu dengan memakai niqab. Ramai selebriti dan peminat tumpang gembira dengan perubahan imej tersebut.

Pada malam hari yang sama juga, kenalan rapat kepada keluarga Neelofa iaitu Rosix Omar telah mengendalikan sebuah program live di laman Instagram miliknya, Rakaman live itu juga sempat dirakam dan telah dikongsikan oleh akaun Instagram @_utluvdrama_75.

Dalam rakaman live tersebut, Rosix menyampaikan soalan yang ditanya oleh Noor Nabila:- “Bila Neelofa nak kahwin?” Noor Nabila kemudiannya ditanya oleh pelakon dan pengacara itu:- “Bila hang nak adik hang berkahwin?” lalu Nabila terus menjawab, “esok!”

Lantas Rosix mengulas jawapan Neelofa dengan berkata:- “Dia akan usahakan insyaAllah. Kalau benda baik kita tak boleh lengahkan, kan.” Haa, nampaknya individu yang rapat dengan Neelofa pun tak sabar menunggu selebriti itu untuk mendirikan rumah tangga.

Mesti peminat pun tak sabar nak tengok Neelofa berkahwin. Walaupun desas-desus gosip Neelofa dengan PU Riz masih diperkatakan, namun Neelofa enggan menjelaskan berhubung isu tersebut. Sama-sama la kita doakan yang baik-baik untuk selebriti kesayangan ramai ni!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Apam Pink Media

Sumber : Hot Fm

Tular Tentang Neelofa Berniqab Semalam. Mengejutkan Bila Tiba Tiba Neelofa Bongkarkan Rupa Rupanya Individu Ini Yang Bantu Untuk Penghijrahannya.

“Terima kasih kepada ustaz dan ustazah, Hariz pun banyak bantu sangat-sangat in terms of pencerahan ilmu agama ni,” Itulah kata-kata Neelofa menerusi satu video Instagram Live yang dikendalikan oleh rakan baiknya iaitu Rosix Omar pada 15 Oktober.

Neelofa menzahirkan penghargaan berkenaan terhadap orang di sekelilingnya yang telah banyak membantunya untuk mendalami ilmu agama. Pada masa yang sama, video tersebut juga memperdengarkan suara Neelofa dan PU Riz ketika menjawab beberapa soalan.

Pada 15 Oktober, pelakon, pengacara dan usahawan Neelofa telah memaklumkan dirinya bakal melakukan pembaharuan ataupun penghijrahan untuk berniqab. Perkara berkenaan turut disokong oleh ibunya, Noor Kartini serta seluruh ahli kelurganya, rakan-rakan dan peminat. Tahniah Lofa! Sama-sama kita sokong dan doakan agar beliau terus istiqomah dalam setiap perkara yang dilakukan.Sumber: hotfm

Baru Semalam Neelofa Tular Tentang Berniqab Tiba Tiba Ibu Ulas Pasal Jodoh Pulak. Mengejutkan Sampai Macam Ni Sekali Ibu Neelofa Dedahkan.

SERING terpalit dengan gosip cinta, ibu kepada pengacara Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed berkata dia sudah lali dan terbiasa dengan kontroversi membabitkan anaknya itu. Kata Noor Kartini, sebagai ibu dia tahu apa yang dilakukan oleh anaknya itu dan sentiasa memberi sokongan terhadap perjalanan hidup Neelofa.

“Neelofa dalam dunia seni dah 10 tahun, waktu mula-mula tu kita pun pelik… tapi sekarang ni dah tak kisah dah asalkan kita tahu siapa kita. “Tak ada orang umur dah 30an tak nak kahwin, anak-anak buah saya umur 26 tahun pun dah risau!, ” katanya.

Neelofa kini berniqab

KUALA LUMPUR: Pengacara, Neelofa, 31, mengesahkan dirinya berniqab selepas memuat naik foto dengan penampilan terbaru di Instagram (IG), kira-kira dua jam lalu. Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya

“Assalamualaikum, doakan saya, insan yang penuh dengan kekhilafan ini agar sentiasa istiqamah dalam memperbaiki diri dan ampuh melalui datangnya hari. “Kirimkan juga doa buat perjalanan baharu saya nanti agar sentiasa dalam rahmat dan reda Ilahi.

“Insya-Allah, semoga kita sentiasa dilindungi Allah dan selalu berada dalam rahmat dan ehsannya,” katanya kepada BH Online. Neelofa turut bersyukur keputusannya berniqab mendapat sokongan penuh ibu, Noor Kartini. “Insan teragung yang sentiasa berada di sisiku di setiap langkah… I love you so much Mama,” tulisnya di IG.

Selain itu, pengasas empayar perniagaan, Naelofar turut meluahkan terima kasih dan penghargaan atas doa dan sokongan orang ramai. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Mstar

Tular Tentang Neelofa Berpurdah. Akhirnya Neelofa Tampil Buka Mulut Dedahkan Sesuatu. Akhirnya Terjawab Segala Persoalan Tentang Neelofa Bila Dia Keluarkan Kenyataan Ini.

Penampilan hos dan usahawan, Neelofa yang tampil mengenakan niqab hari ini sebagaimana yang dikongsi ramai nyata jadi perhatian ramai pihak. Malah, perkongsian sepotong video pendek menerusi Instagram ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed yang mendakap serta mencium anaknya itu seolah-olah memberi bayangan ramai bahawa figura asal Kelantan itu sudah pun sopan mengenakan niqab.

Bagaimanapun, Neelofa menerusi satu kenyataan hari ini meminta ramai mendoakan dirinya agar sentiasa istiqamah dalam menjadi insan yang lebih baik. “Doakan saya, insan yang penuh dengan kehilafan ini agar sentiasa istiqamah dalam memperbaiki diri dan ampuh melalui datangnya hari.

“Kirimkan juga doa buat perjalanan baharu saya nanti agar sentiasa dalam rahmat dan reda Illahi. “Insya-Allah, semoga kita sentiasa dilindungi Allah dan selalu berada dalam rahmat dan ehsanNya,” kata Neelofa. Terdahulu, perkongian dua keping fotonya yang mengenakan purdah atau niqab di Instagram turut mendapat reaksi positif dari peminat dan rakan selebriti. Rata-rata mendoakan yang terbaik atas apa sahaja niat murni yang dilakukannya.Sumber: Media Hiburan

Dah Mula Pakai Stokin Tangan Dan Kaki. Penampilan Terkini Neelofa Jadi Buah Mulut Orang Ramai. Akhirnya Neelofa Tampil Bersuara Luahkan Susuatu Buat Warganet Terkedu.

Pengacara dan usahawan terkenal Neelofa menegaskan bahawa penampilannya terkini mengenakan stokin kaki dan tangan adalah pilihan sendiri, bukan atas paksaan sesiapa. “Mengenai aurat kaki… ada sesetengah pendapat orang berbeza-beza. Kalau saya memilih untuk mengenakan stokin, itu adalah pemahaman saya dan buat pilihan apa yang nak saya lakukan.“Kenapa saya pilih untuk buat sedemikian? Saya seorang yang kalau lakukan sesuatu, ia bukan atas paksaan atau pun mahu ikut orang.

“Bila saya sudah faham mengenai sesuatu, saya akan lakukan,” katanya kepada Harian Metro. Bersyukur penampilannya menerima respons positif daripada orang ramai, Neelofa berharap agar dirinya terus istiqamah. “Macam dulu, kelalaian lalu berlaku atas keburukan diri saya sebelum ini. Jadi bila saya pilih nak pakai stokin kaki, tangan dan sebagainya, saya harap Allah tetapkan iman agar terus istiqamah.

“Malah, saya dapat tahu ramai gadis di luar sana yang mesej saya kerana turut terinspirasi untuk mengenakan stokin dan sebagainya, Alhamdulillah,” ujarnya. Bagaimanapun, Neelofa tidak kisah jika ada pihak berpendapat sebaliknya. Semoga Neelofa terus istiqamah, ya.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber: cari

Bila Ada Masalah Sampai Ada Yang Keluar Dari Group. Mengejutkan Neelofa Bongkarkan Sesuatu Bila Urus Bisnes Bersama Keluarga. Rupa Rupanya Dalam Diam Ini Yang Terjadi.

Pengacara dan usahawan terkenal Neelofa menyatakan dia dan adik beradiknya saling mempercayai dalam menguruskan perniagaan keluarga, Naelofar yang dibina sejak tahun 2014. Walaubagaimanapun, menurut Neelofa, 31, dia mengakui perselisihan faham sesama mereka sering terjadi terutamanya pada awal permulaan sehinggakan ada yang leave group.

“Isu kepercayaan bukan masalah utama kerana kami percaya antara satu sama lain cumanya cabaran perlu bermain dengan emosi. “Berselisih pendapat setiap kali nak buat sesuatu, itu biasa! Tiga tahun pertama tu, leave group itu selalu.

“Dekat pejabat kita bekerja, di rumah masih bercerita mengenai bisnes. Tapi Alhamdulillah apa kita lalui semakin mematangkan kita untuk menjadi lebih profesional walaupun kita bekerja sesama adik beradik,” katanya kepada Gempak.

Neelofa ditemui ketika majlis pelancaran butik terbaharu Naelofar di One Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini. Tambah Neelofa, dia juga tidak terlepas menghadapi cabaran menguruskan pekerja yang bersikap tidak jujur dan amanah dalam bekerja.

Namun begitu, pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu bersyukur kerana setiap perjalanan yang dilaluinya itu membuahkan hasil. “Saya masih ingat lagi, kami bermula pada tahun 2014 dengan hanya tiga orang pekerja. Tahun pertama itu memang banyak dugaan antaranya pekerja tak amanah, ambil kesempatan, mencri, dikhanati dan sebagainya.

“Kalau nak ikutkan terlalu banyak, semua cabaran kita dah lalui dan hadapi tapi saya bersyukur sebab daripada situlah kita belajar banyak benda. “Saya percaya setiap keburukan pasti ada kebaikan. Saya sentiasa berdoa supaya dapat team yang terbaik. “Alhamdulillah.. Allah makbulkan doa saya dan hari ini saya memiliki team terbaik yang membantu menjalankan jenama ini,” katanya lagi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *