ISU SEMASA Viral

Bekas Kekasih PU Rizz Tampil Menerangkan Hal Sebenar Selepas Netizen Mngecam Kerana Punca Utama Hubungan 5 Tahun Akhirnya Retak

Amal Syahmina tampil menerangkan hal sebenar selepas netizen mengecamnya kerana dikatakan cuba mempertikaikan tindakan seorang selebriti popular yang dipercayai mempunyai kaitan dengan bekas kekasihnya dalam laman sosial tempoh hari.

Empunya badan yang sememangnya dikenali dengan sifatnya yang suka merendah diri, Amal mengaku bahawa apa yang dilakukannya dulu merupakan satu kesilapan.

“Ya, saya mengaku salah kerana ‘bitter’. Sebagai seorang Muslim, kita tiada hak untuk menghukum niat seseorang apabila mereka sedang cuba memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Saya sepatutnya boleh memberikan reaksi yang lebih baik. Saya mempunyai alasan tersendiri untuk berasa sedih. Apapun, saya mengaku, ianya adalah kesilapan saya.”

Mengikut tulisan dari beautifulnara, dia mempunyai alasannya yang tersendiri kenapa dia dikatakan cuba bertindak ‘bitter’ sedemikian rupa. Hal Ini kerana, tiada seorang pun yang pernah tahu dan merasai akan kesakitan yang pernah dilaluinya selama ini.

“Sebahagian daripada anda cuba mengeluarkan kata-kata yang kurang senang didengar dengan memberitahu yang saya bukan yang terbaik. Anda bukanlah insan yang menjalin hubungan dengannya selama lima tahun. Anda bukanlah insan yang begitu rapat dengan keluarga saya, dan paling penting, bukan ada yang pernah berjanji dengan keluarga saya dan diri saya yang anda akan mengahwini saya.”

Ulasnya lagi, hubungannya dengan bekas kekasih mula retak dan tidak lagi mesra seperti dulu selepas adanya orang ketiga dalam perhubungan mereka. Dia sebolehnya mahu terus memulakan kehidupan baru atau orang putih cakap, move on daripada terus dibayangi kisah silam dukanya bersama si dia.

“Dia pernah menjadi sebahagian daripada hidup saya yang menjadikan siapa saya pada hari ini. Sekarang masa saya untuk lupakan. Saya berhak sesuatu yang lebih baik begitu juga dirinya. Mungkin kami bukan dijodohkan untuk bersama. Reda.”

Sumber artikel dari beautifulnara via seleksinetwork

Penangan berita Neelofa, Amal Syahmina sohor kini


PETALING JAYA- Berita selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa yang dirisik PU Riz semalam menyebabkan bekas kekasih pendakwah itu, Amal Syahmina kembali trending dengan lebih 17,000 ciapan.

Rata-rata netizen meminta gadis itu untuk tabah dan teruskan kehidupan.

Seorang pengguna Twitter, @Sarahhzackk mendoakan Amal dapat lelaki yang jauh lebih baik daripada PU Riz.

Seorang lagi netizen, @dhiraazmi96 berkata dia pernah berada di tempat Amal sebelum ini.

“Tiga tahun dalam hubungan, dan tiga tahun sengsara.

“Jodoh memang jodoh tapi nak “move on” bukan senang tambah-tambah bila kita dah merancang segalanya.

“Hampir 100 peratus perancangan hidup terkesan, tiba-tiba kita bersendirian dalam perjalanan,” katanya di sini tadi.

Seorang pengguna, @maimoyu berkata, dia berasa gembira dan tidak hormat kepada Neelofa pada masa yang sama.

“Saya boleh rasakan kesedihan Amal. PU Riz sepatutnya setia dalam hubungan. Tetapi apa yang telah ditakdirkan akan terjadi. Harap Amal dapat rezeki yang lebih baik dalam kehidupan,” menurut ciapannya.

Bagaimanapun, gadis itu dalam satu hantaran di Instagram pada bulan September lalu berharap cerita-cerita yang viral mengenai apa yang berlaku dapat dihentikan, malah dia juga ingin memulakan hidup baharu tanpa dibayangi kisah silam bersama bekas pendakwah muda itu.


.

.

Kosmo! semalam melaporkan, hubungan Neelofa dengan PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail kini memasuki fasa semakin serius.

Sumber : k online/rentasasia

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan berqtanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *