ISU SEMASA Keluarga

Ditalak Ketika HamiI, Wanita Ini Pernah Bungkus Anak Guna Plastik Dalam Hujan

Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga pastinya mahu bersama pasangan mereka sehingga ke akhir hayat.

Namun begitu, bukan semua dari kita bernasib baik. Ada pasangan yang digantung tak bertali dan ada juga yang putus di tengah jalan.

Begitu juga dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita yang diceraikan ketika sedang sarat mengandung.

Saya diceraikan dan ditinggalkan ketika sedang sarat mengandung

Mengharungi usia kehamilan selama sembilan bulan, bukan perjalanan yang mudah buat seorang wanita tanpa sokongan suami disisi.
“4 tahun lepas saya diceraikan dan ditinggalkan oleh suami ketika saya sedang sarat mengandung”.

Dunia saya gelap

“Dunia saya gelap, rasa diri tak berguna. Saya kecewa dan berputus harap untuk teruskan hidup”.

“Sehinggalah anak saya lahir ke dunia dan saya seperti dapat nafas baru dan kehidupan baru”.

Sewa bilik dan duduk dua beranak bersama

“Kami sewa bilik dan duduk dua beranak sama-sama. Syukur kenal housemate baik-baik dan baju anak pun beli bundle je”.

“Habis pantang saya dapat tawaran kerja jauh dari kampung. Saya tekad untuk terima dan bawa anak bersama”. 

Bila hujan saya bungkus anak saya dalam plastik baju hujan

“Saya janji susah atau senang saya takkan tinggalkan dia”.

“Saya pergi kerja bawa motor ayah saya pinjamkan kepada saya. Bila hujan saya bungkus anak saya dalam plastik baju hujan”.

Anak saya membesar dengan sihat dan disayangi

“Tapi semua itu adalah pengalaman hidup buat saya. Alhamdullillah anak saya membesar dengan sihat dan sangat disayangi oleh ramai orang”. 

 

Menerusi Instagram, wanita itu turut berkongsi momen indah si kecilnya membesar mengharungi kehidupan bersamanya ketika mereka susah suatu ketika dahulu.

Perkongsian beliau telah mendapat perhatian ramai. Rata-rata netizen turut mengagumi ketabahan dan kecekalan wanita ini melalui kehidupannya yang berliku.

Semoga kisah ini menjadi contoh dan pengajaran kepada kita semua untuk lebih mensyukuri nikmat yang diberikan dan berusaha memperbaiki kehidupan demi masa depan.

Sumber : yoy

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan berqtanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *