ISU SEMASA

Ribuan Pekerja Bangladesh Tunjuk Per4sa4n Di Dhaka, Des4k Mahu Pulang Ke Malaysia

Ribuan pekerja warga asing yang pulang ke Bangladesh untuk bercuti terk4ndas akibat w4b4k c0v1d-19, mereka dilaporkan berkumpul di hadapan kementerian luar negeri pada Isnin (2 Oktober 2020) bagi menuntut untuk pulang ke Malaysia, lapor New Age.

Para penunjuk perasaan mengatakan bahawa visa sebahagian besar pekerja migran telah tamat tempoh kerana penutupan sempadan. Dilaporkan bahawa terdapat lebih dari 25,000 pekerja warga asing yang terkandas di Bangladesh disebabkan c0v1d-19.

Tujuan mereka berkumpul di hadapan kementerian luar negeri untuk menuntut campur tangan kerajaan Bangladesh agar mereka segera dapat kembali ke Malaysia untuk bekerja.

Setiausaha Luar Negeri Masud Bin Momen yang bertemu dengan kumpulan penunjuk perasaan menyatakan bahawa kerajaan akan membincangkan masalah tersebut dengan kerajaan Malaysia bagi mencari jalan penyelesaian.

Salah seorang pekerja warga asing, Md Mohiuddin mengatakan bahawa dia telah pulang ke Bangladesh pada 28 Januari dan dijadualkan kembali ke Malaysia pada 6 Mei, namun tidak dapat berbuat demikian disebabkan faktor w4b4k c0v1d-19.

Dia menambah bahawa visanya telah tamat pada 6 Mei dan sekarang dia tidak pasti dengan nasibnya dan 20 orang lagi pekerja warga asing dari kampungnya di Taltali, Barguna – adakah mereka dapat pulang ke Malaysia atau tidak?

Nazrul Kabiraj pula mengatakan bahawa dia telah menghabiskan Tk 6 juta yang dikumpulkan oleh bapanya hasil dari jualan tanah dan perhiasan ibunya untuk bekerja di Malaysia, “Saya belum dapat membayar perbelanjaan tersebut. Saya akan rugi jika tidak dapat pulang [ke Malaysia],” katanya.

Dhaka tribune melaporkan bahawa kerajaan Malaysia memberi jaminan kepada Bangladesh untuk membenarkan pekerja mereka masuk ke Malaysia setelah mendapat persetujuan daripada majikan, walaupun visa mereka telah tamat, menurut Kementerian Luar Negeri di Dhaka.

Sumber : https://www.thevocket.com/

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

 

JERAT CINTA WARGA ASING

 

GUA MUSANG: Pernikahan ekspres tanpa dipersetujui ibu bapa bagi gadis Orang Asli dengan lelaki warga asing di sekitar Lojing, dekat sini sudah menjadi perkara biasa sejak lebih 10 tahun lalu.

 

Malah, dakwaan kebanyakan ibu bapa dalam kalangan Orang Asli, bahawa anak gadis mereka bercinta dan berkahwin dengan golongan itu tanpa pengetahuan mereka, namun akhirnya pasti akan pulang ke pangkuan keluarga.

Katanya, sebilangan gadis berkenaan berkahwin selepas bertemu dengan pekerja asing terbabit ketika bekerja di kebun sayur dan tidak mengambil masa lama berkenalan sebelum mengambil keputusan mendirikan rumah tangga.

 

Penghulu Orang Asli Kampung Sendrop, Andol Busu Jamin, berkata setakat ini lebih 100 gadis Orang Asli di kampung itu sudah berumah tangga dengan lelaki warga asing dan keadaan itu sukar disekat.

Katanya, ada gadis Orang Asli dibawa balik lelaki asing pulang ke negara mereka seperti ke Lombok, Indonesia selepas bernikah.

 

 

KAMPUNG Sendrop dikelilingi kebun sayur mengambil pekerja lelaki warga asing buru gadis Orang Asli untuk berkahwin.- Foto/Ramli Ibrahim

“Kahwin dengan lelaki Lombok dan di bawa balik ke sana.
Selepas lima bulan membawa semula ke kampung ini dan dibiarkan gantung tak bertali dibiarkan di sini manakala lelaki warga Indonesia itu pulang semula ke negaranya. Pada asalnya wanita Orang Asli ini dijanjikan untuk terus tinggal bersama di negara ini.

“Begitu juga bagi mereka yang memilih untuk berkahwin dengan warganegara Bangladesh dan Pakistan. Perkahwinan itu tanpa pengetahuan ibu bapa dan mereka bernikah secara sembunyi,” katanya ketika ditemui di sini.

Justeru, perkahwinan dengan warganegara asing akan menimbulkan pelbagai masalah lain seperti ditinggalkan atau digantung tidak bertali dan pasangannya menghilangkan diri.

Wanita Orang Asli yang menjadi mangsa gantung tidak bertali, Alawiah Sulong, 35, berkata, beliau yang berkahwin dengan warganegara Indonesia berhadapan dengan masalah.

Katanya, percintaannya dengan lelaki Lombok, Indonesia tidak lama, selepas berjumpa ketika sama-sama bekerja di kebun sayur di kampung berkenaan.

“Saya dijanjikan dengan pelbagai kesenangan apabila berumah tangga. Jadi saya percaya dan tanpa merujuk kepada ibu bapa terus bersetuju untuk berkahwin.

“Tetapi selepas akhirnya perkahwinan ini tak kekal. Mungkin jodoh saya tidak panjang apabila dia tinggalkan saya gantung tidak bertali selepas pulang ke negara asalnya,” katanya

Bagi seorang ibu Orang Asli, Leha Jali, 47, berkata anak perempuannya yang berusia 17 tahun juga pernah berkahwin dengan lelaki pendatang asing, tahun lalu.

Katanya, anak gadisnya hilang semalaman dibawa lari lelaki warga Indonesia tetapi dihantar balik keesokan hari selepas mengetahui dicari penduduk.

Beliau berkata, bermula dari situ, anak gadisnya diawasi setiap hari dan menghalang lelaki warga asing terbabit berkeliaran di kawasan kampung berkenaan.

“Saya juga mempunyai tiga anak gadis dan rasa bimbang jika berlaku suntikan cinta dengan lelaki warga asing hidung belang,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : Berita Harian
Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *