Infomaklumat ISU SEMASA Viral

“Itu Ayah, Ibu. Itu Ayah”, Anak Bongsu Pemandu Treler Belum Faham Ayah Sudah Tiada

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sebak ohmedia rasa bila baca tentang adik Adeeb Hud Hafize Nizam yang masih belum faham yang ayah dan dua abangnya yang terlibat dalam kem4langan treler muatan simen kelmarin, sudah tiada.

Menurut ibunya, Shamshira Mohd Norizin, tiap kali Adeeb nampak lori lalu depan rumahnya, dia akan sebut “Itu ayah, ibu. Itu ayah”. Ya Allah, sedih sangat rasa. Tapi demi anak bongsunya itu, Shamsira kuatkan semangat untuk hadapi ujian ni.

“Saya reda dan perlu terima hakikat. Buat masa ini saya tidak boleh tengok gambar terutamanya ins1den yang dikongsi dalam laman sosial kerana masih terbayang keadaan mereka. Bila rindu saya sesekali lihat gambar mereka tetapi tidak boleh lama. Begitu juga rumah sewa kami di Taman Pelangi, Langkap, saya tiada kekuatan untuk jejak kaki ke sana kerana terlampau banyak kenangan kami.” katanya.

 

Dalam laporan Sinar Harian juga, Shamsira sempat titipkan pesanan terima kasih pada semua pihak yang beri bantuan dan sokongan pada dirinya dan keluarga. Kem4l4ngan treler yang berlaku dua hari lepas telah meragvt ny4wa suami dan dua lagi anak Shamsira. Dalam kem4l4ngan tu, treler tersebut telah terb4bad dan terbalik di bahu jalan berdekatan Jalan Lama Kota Bharu.

Lebih meny4yat hati bila kami baca yang perginya dua anak Shamsira bagai dah tertulis sebab mereka beriya-iya nak ikut ayah mereka ke tempat kerja, sedangkan sebelum ni tak pernah macam tu. Semoga Shamsira diberikan kekuatan dan ketabahan dalam hadapi ujian ni. Amiin.

Sementara itu, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin yang menziarahi keluarga itu telah meluluskan Takaful Tabarru Khairat Kem4t1an dan Kad Perak Prihatin.

“Isteri arwh adalah suri rumah yang tidak bekerja dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedia membantu dari segi permohonan bantuan am negeri serta kaunseling bagi menstabilkan kembali keadaannya setelah kehilangan insan tersayang.

“Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) juga akan menyiasat terlebih dahulu ins1den ini sebelum bantuan benc4na kerja seperti khairat kem4t1an dan pencen diberikan,” katanya.

Sumber: Sinar harian via kaki jalan

Kredit:OhMedia

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan berqtanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *