Infomaklumat ISU SEMASA Viral

Scammer’ cabuk terciduk kena scam dengan founder rempah viral

Seakan menjadi trend pada masa kini apabila ada sesetengah pihak yang cuba menipu orang ramai untuk mendapatkan duit secara mudah hanya melalui panggilan telefon dan juga mesej.

Walaupun sudah ramai yang ditahan dan dihadapkan ke mahkamah kerana jenayah tersebut, masih ada lagi golongan tidak bertanggungjawab ‘mencuba nasib’ menjadi scammer.

Salah orang la budak tu nak scam

Menerusi perkongsian di Facebook usahawan dan pengasas rempah ODEN VIRAL CEKYANA, dia telah memuat naik beberapa paparan skrin perbualan WhatsApp ‘menyerang’ seorangscammer yang menyamar menjadi dirinya.

Siapa kita nak nilai orang, gituuu!

Cek Yana telah mempersoalkan mengapa individu tersebut menggunakan identitinya untuk melakukan penipuan. Selepas bertelagah panjang, akhirnya scammer tersebut mengakui kesilapannya.

Namun, apa yang melucukan apabila Cek Yana sempat ‘mentazkirahkan’ individu terbabit dan memberinya sedekah selepas meminta nombor akaun bank scammer itu.

Terus tak gangster bila kata nak bagi duit

Harap lepas kena tazkirah insaf lah

Menerusi kenyataan daripada Cek Yana, dia mengandaikan bahawa scammertersebut masih muda dan belum cukup bijak untuk menipu duit orang lain.

Usahawan itu juga mendoakan agarscammer terbabit insaf dan tidak melakukan lagi kegiatan haram itu semata-mata untuk mencari pendapatan yang tidak berkat.

“Rezeki ni bukan manusia tentukan Allah yng tentukan tapi kita da usaha? cari rezeki yang halal?”

Semoga scammer ni berubah Amin Ya Mujib” Kata Cek Yana.

Rakan baik pun hampir ditipuscammer

Tindakan usahawan ODEN VIRAL CEKYANA mendedahkan perbualan WhatsApp dengan scammer itu adalah selepas rakan baiknya turut hampir diperdaya dengan individu yang mengguna modus sama seperti scammeryang ingin menipunya.

Sempat berdakwah lagi, terbaik Cek Yana!

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan menzahirkan rasa kagum dengan Cek Yana yang sempat menasihati individu itu dan memberikannya sedekah.

Walau bagaimanapun, mereka tidak dapat menafikan perbualan tersebut sedikit lucu kerana lagak scammerterbabit yang kurang bijak dalam menipu.

Terdesak mungkin, semoga dia berubah lah

Budak2 lagi ni

Sumber : ohmymedia

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan berqtanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *