Hiburan

Masa Pkp Dah Tak Banyak Jemputan Nyanyian. Mengejutkan Ini Yang Terjadi Pada Jamal Abdillah Sekarang. Dalam Diam Rupa Rupanya Ini Yang Terjadi.

Di waktu yang amat sukar dan mencabar ini, dengan adanya perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan, memang ramai yang terkesan.

Business banyak yang tak jalan, dan ada yang dah terpaksa diberhentikan kerja, kerana kemerosotan ekonomi yang melanda.

Antara yang turut terkena tempias ialah penyanyi di Malaysia ini yang dah tak banyak jemputan nynayian, show tak seperti dulu.

Ini termasuklah penyanyi lagenda Datuk Jamal Abdillah.

Memaang benar, Datuk Jamal dah tak ada banyak jemputan nyanyian dan kini datuk banyak habiskan masanya di kolam.

Pemilik lagu Azura ini sebenarnya menceburi bidang penternakan ikan hiasan jenis arowana dan juga perniagaan membekal pasir.

Kerana kekurangan job di bidang seni, kini Jamal Abdillah berada di ladang kolam ikan dan menguruskan perniagaannya di Bukit Merah, Perak.

“Musim tak ada show ni, saya hanya ada lebih kurang 2 persembahan saja dalam masa sebulan, kalau bandingkan dengan dulu saya ada 8 sehingga 10 tawaran nyanyain dalam satu bulan”.

“Oleh itu, sekarang ni, saya lebih banyak luang masa dengan business saya di kolam ternakan ikan arowana ni”.

“Sebenarnya, saya dah ceburi bidang ni selama 10 tahun, dah lama buat kerja ni.

Dulu saya pajak, seakrang saya dah beli. Sekarang ada 10 kolam, dan tengah nak set up 20 buah kolam”.

“Minat ikan arowana ni sejak belasan tahun. Saya ikuti perkembangan ikan ni tengok kat youtube, dan pada tahun 2009 saya mula labur dengan kolam ikan, masa tu harga lebih kurang RM400 ribu” .

“Pada awal hanya ada dua buah kolam sehinggalah sekarang ada 10 kolam dan ada lebih 200 ikan”.

Tambahnya, sebagai selebriti, Dato Jamal Abdillah memang sudah bersedia untuk menjana income selain dari menyanyi sahaja.

“Sebagai seorang artis, tak boleh tumpu satu bidang sahaja. Selain ternak arowana, saya juga ada membekal pasir untuk construction.

Jadi kalau tak ada show kita tak perlu risau”.

Memang bagus betul inisiatif dari Dato Jamal Abdillah ini, patut jadi ikutan buat artis baru dan muda, kenalah cari income lain sebagai langkah persediaan di masa depan.

Semoga terus maju jaya buat Dato jamal Abdillah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Apam Pink Media

Sumber : http://transformasi.pw/2020/11/08/nego-la-pulokk/

Tersingkir Dari Big Stage 2020. Yamani Tekad Untuk Bertindak Untuk Ubah Sesuatu Ini Walaupun Dia Juga Sering Dikaitkan Dengan Bapanya

Yamani akui pada mulanya dia berasa tertekan kerap dibandingkan dengan bapanya.

ANAK kepada penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah iaitu Yamani Abdillah mengakui dia pernah berasa tertekan kerana kerap dibandingkan dengan bapanya.Yamani, 19, berkata, biarpun kini sudah lali dengan perkara itu, namun dia memilih untuk tidak lagi membawa nama ‘Abdillah’.

”Masa awal-awal tu, saya ada rasa tertekan dan s3rabut juga tapi lama-kelamaan saya sudah lali.

Orang tetap akan kaitkan juga selagi nama saya ada ‘Abdillah’.

“Insya-Allah kali ini, saya tidak akan gunakan nama itu lagi.

Saya akan gunakan nama Yamani saja.”Mungkin orang nak tengok saya berubah. Jadi, saya akan lakukan benda itu (tidak menggunakan nama bapa),” kata Yamani kepada mStar.

Yamani ditemui ketika sidang media selepas tamat konsert Big Stage 2020 minggu keempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad lalu.

Dah memang saya dari kecil sampai besar menyanyi macam ini.

Pada malam konsert mingguan tersebut, Yamani yang menyanyikan lagu Mimpi Laila mendapat markah paling rendah menyebabkan dia tersingkir.

Menurut juri tetap iaitu penyanyi Dayang Nurfaizah, Yamani perlu mencari identiti sendiri memandangkan segelintir pihak gemar membandingkan antara dia dan bapanya.

Dalam pada itu, Yamani memberitahu dia tetap akan menghasilkan lagu seperti bapanya namun membuat perubahan dari segi muzik yang lebih moden.

Tidak mempunyai identiti sendiri menyebabkan Yamani tersingkir pada konsert Big Stage 2020 minggu keempat.

“Saya dah cuba cari identiti sendiri… tak tahu nak cakap macam mana. Dah memang saya dari kecil sampai besar menyanyi macam ini.

”Tapi saya lebih kepada genre rock dan bermain gitar. Mungkin selepas ini saya akan hasilkan lagu seperti ayah saya tapi susunan muzik yang moden,” ujarnya.Untuk rekod, Yamani merupakan anak Jamal menerusi perkahwinan keduannya dengan Noraina Mohd. Yusof pada 2001 dan bercerai pada 2002.-mstar

“Dia Perlu Cari Identiti Tersendiri“ –

Walaupun Tersingkir, Jamal Abdillah Bangga Dengan Persembahan Yamani
Datuk Jamal Abdillah meluahkan rasa bangga apabila melihat anaknya, Yamani Abdillah berjaya bertahan sehingga konsert keempat sebelum namanya diumumkan tersingkir pada konsert Big Stage 2020 (BS2020) sebentar tadi.

Menurut Jamal, dia menasihati Yamani untuk mencari identiti tersendiri kerana orang ramai masih membandingkan persembahan anaknya itu dengan gaya nyanyiannya.

“Dia perlu mencari identiti tersendiri dan genre yang sesuai dengan dia, sesuatu yang sesuai dengan umur dia.

“Kalau dia ikut genre yang saya nyanyikan, orang tetap akan bandingkan sebab kayu pengukur dah ada depan mata,” ulas Jamal.

Jamal ditemui ketika hadir menyaksikan persembahan Yamani yang membawakan lagu Mimpi Laila nyanyian asal Yassin Sulaiman pada konsert keempat BS2020.

Bagi Yamani, dia tidak berpuas hati dengan persembahannya namun sudah bersedia apabila langkahnya dalam pertandingan BS2020 terhenti di konsert keempat.

“Pitching saya lari tadi sebab saya terlalu kawal diri daripada emosi apabila kawan kami, Sandra Dianne terlibat dalam kejadian yang tidak diingini

“Tapi saya tidak menyalahkan keadaan tersebut, saya akui salah dan cuba memeriahkan diri sendiri atas pentas sampai saya sendiri terlari pitching. “Saya dah cuba mencari identiti tersendiri cuma gaya nyanyian dari kecil sampai besar memang macam ni, orang tetap kaitkan selagi nama saya Yamani Abdillah. Lepas ni saya nak cuba tak gunakan nama Abdillah dan hanya guna nama Yamani sahaja,” jelasnya lagi.

Undi peserta kegemaran secara online menerusi laman rasmi di www.gempak.com/bigstage serta menerusi aplikasi SYOK. Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.Big Stage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Ogos 2020, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).Big Stage 2020 ditaja oleh Adabi dengan kerjasama Kinohimitsu selaku penaja bersama.-gmpk

Biodata Penyanyi Yamani Abdillah, Anak Jamal Abdillah (Abang Zaki Yamani) Siapa Osama Yamani? Beliau adalah seorang penyanyi remaja Malaysia yang merupakan anak kepada penyanyi lagenda negara, Datuk Jamal Abdillah dan juga abang kepada penyanyi remaja, Zaki Yamani.

Biodata Dan Latar Belakang.
Nama sebenarnya, Osama Yamani bin Jamal Ubaidillah. Menggunakan nama pentas, Osama Yamani. Berumur 19 tahun (2020). Lahir pada 23 November 2001. Kediamannya terletak di Ipoh, Perak (menetap bersama ibu). Mendapat pendidikan di Sekolah Seni Malaysia KL, Bukit Jelutong, Selangor.

Kini menyambung pengajian dalam pengkhususan gitar moden di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Anak sulung kepada penyanyi lagenda negara, Dato’ Jamal Abdillah, manakala ibunya, Noraina Mohd Yusof merupakan bekas isteri Jamal daripada perkahwinan keduanya.

Bergiat dalam bidang seni sebagai seorang penyanyi menerusi single solo sulung berjudul Bunga Seroja, selain lagu kolaborasi raya bersama Jamal berjudul Hari Raya Menjadi Saksi. Bernaung di bawah bumbung syarikat rakaman MVM Production. Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama akaun @yamaniabdillah sehingga kini mencatatkan lebih 31,000 pengikut.

Fakta Menarik

Mula meminati bidang seni suara sejak usia kecil, selepas sering mengikuti bapanya dalam menjayakan pelbagai tawaran persembahan. Pernah menyatakan minat untuk menyertai pertandingan realiti nyanyian seperti Ceria Pop Star, namun dihalang Jamal kerana bimbang pembabitannya akan dikaitkan dengan populariti beliau.

Beberapa konsert besar pernah dijayakan Osama termasuk Konsert Duo Lagenda di Istana Budaya.

Jamal asalnya ingin melihat beliau bergelar peguam, namun akur dengan minatnya yang lebih terarah kepada bidang muzik. Menyifatkan bapanya sebagai seorang yang bersikap serius dan tegas, serta kurang bersuara.

Mula menetap bersama Jamal ketika usia 10 tahun sebelum berenggang ketika memasuki asrama sekolah menengah. Mereka bagaimanapun kembali rapat selepas Osama menamatkan zaman persekolahannya.

Memanggil Jamal dengan nama samaran ‘Baba’. Selain menyanyi, beliau turut menanam impian untuk bergelar pengarah muzik. Adiknya, Zaki Yamani juga merupakan seorang penyanyi remaja. Zaki adalah anak daripada perkahwinan ketiga Jamal dengan bekas isterinya, Fatimatuzahra Samat.Jamal menyimpan impian untuk berkolaborasi bersama Osama dan Zaki menerusi sebuah lagu duet susulan single duet dihasilkan bersama Osama sebelum ini.

Jamal pilih nama El Isaac Yamani untuk anak

AZURA sudah ada, kini penyanyi legenda tanah air Datuk Jamal Abdillah, 61, menunggu kehadiran ‘Zack’ pula dalam keluarganya.

Menerusi perkongsian di aplikasi WhatsApp, Jamal tidak merahsiakan nama anak keduanya bersama isteri, Datin Zai Izzati Khiruddin, 25, yang akan lahir tidak lama lagi.

Menurut Jamal, dia bersama isteri sudah membuat keputusan memilih nama, El Isaac Yamani untuk bayi mereka yang dijangka jantinanya lelaki.

“Saya memang pilih ejaan, Isaac itu tetapi sebutan Melayunya ialah Ishak sempena nama nabi.

Pun begitu, banyak juga pendapat dilontarkan kepada saya.

“Apabila saya pilih nama El Isaac ini, ada yang kata El itu dari perkataan Yahudi, manakala Isaac (Ishak) dari Kristian.

“Kenapa saya pilih nama itu, kerana panggilan hari-hari nanti adalah ‘Zack’ sempena watak pernah saya lakonkan dalam filem Azura,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya lagi, pemilihan nama berkenaan tidak perlu dipertikai kerana ada banyak nama nabi dan tokoh Islam digunakan oleh masyarakat barat mengikut keperluan mereka. “Sebutannya sahaja yang lain.

Macam Isaac, nama ini ramai yang sedia maklum sebenarnya untuk Nabi Ishak, tapi orang barat sebut sebagai Isaac.

Begitu juga dengan nama lain seperti Daud yang jadi David, Yusuf (Joseph), Mariam (Merry) dan banyak lagi.

“Apa yang pasti, niat sebenar saya untuk pilih nama Nabi Ishak ini biarlah hanya Allah yang tahu.

Tak perlu saya perjelaskan panjang lebar. “Tujuan utama saya ialah nak cari nama yang sesuai dengan panggilan Zack.

Malah, saya dapati nama Isaac itu lebih dekat dan kena dengan panggilan Zack,” katanya.

Ujar Jamal, kenapa dia tidak memilih nama Zakaria kerana Ishak atau Isaac lebih dekat di hatinya.

Apatah lagi, dirasakan sangat sesuai.Jamal bernikah dengan Zai Izzati pada 1 April 2017 dan mereka dikurniakan anak perempuan, Nur Azura Yamani yang lahir pada 10 Oktober tahun lalu.

Kini, kandungan Zai Izzati sudah mencecah usia enam bulan.

Bagaimanapun, Jamal memiliki dua anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13.-mymetro

Yamani ‘buang’ nama Abdillah
Kuala Lumpur: “Ada apa pada nama. Yang penting adalah bakat dan kebolehan.”

Itu luahan penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah mengenai keputusan anaknya, Yamani Abdillah yang tidak mahu lagi dibayangi namanya.

Tambah penyanyi lagu Penghujung Rindu itu, dia tidak menafikan bahawa posisi Yamani sebagai anaknya sentiasa menjadi kayu pengukur buat orang awam.

“Saya tak nafikan hakikat bahawa kemampuan dan bakatnya akan sentiasa diukur kerana dia adalah anak saya. Mahu atau tidak, dia kena berdepan dengan hakikat itu,” katanya.

Jamal juga sentiasa mengingatkan anaknya supaya menggunakan bakat bermain alat muzik kerana itu adalah kelebihan dimiliki. “Saya tak ada bakat bermain alat muzik, jadi apabila anak saya berbakat bermain alat muzik, saya nak dia gunakan kemampuan itu sebaik mungkin dalam mencorak kerjaya seni.

“Nama itu bukan keutamaan kerana orang nak tengok bakat dulu.

Orang yang tak ada nama pun, kalau bakatnya besar, orang akan nampak,” katanya. Bagi membantu menaikkan lagi nama anaknya, Jamal bakal muncul dengan single duet bersama Yamani hasil ciptaan Ezra Kong.

Sementara itu, Yamani Abdillah yang juga bekas peserta Big Stage 2020 mengakui berhasrat untuk menggunakan nama Yamani sahaja. Menurutnya, nama yang digunakan lebih pendek dan ringkas adalah lebih mudah untuk disebut.

“Saya tak kisah pun mengenai nama sebab Abdillah itu pun nama ayah saya. Cumanya, ia sedikit panjang dan ada yang keliru sama ada saya anak atau adik kepada Jamal Abdillah.

“Jadi, pada pendapat saya kalau nak gunakan nama Yamani sahaja pun tak ada masalah sebab dapat juga menjadi pembaharuan untuk nama saya sebagai penyanyi,” katanya.

Yamani berkata, dia sebelum ini sudah mendapatkan persetujuan daripada ayahnya mengenai penggunaan nama Abdillah. “Saya pun dapatkan persetujuan ayah untuk gunakan nama Abdillah sebelum ini. Jadi, tak timbul sebarang masalah,” katanya.

Bagi sama rata kepada semua penggiat seni tanah air

Kuala Lumpur: Penggiat seni tanah air berharap peruntukan sebanyak RM15 juta terhadap penggiat seni dan petugas produksi belakang tabir sempena Belanjawan 2021, hari ini, dapat agihkan secara menyeluruh kepada semua yang berhak.

Peruntukan kepada Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya atau Cendana untuk melaksanakan pelbagai program kesenian dan kebudayaan itu bakal memanfaatkan lebih 5,000 penggiat seni dan petugas produksi belakang tabir.

Penyanyi popular Datuk Jamal Abdillah berkata, keputusan ini wajar dihargai dan penggiat seni perlu bijak memanfaatkan peruntukan ini untuk kelangsungan kerjaya mereka. “Dulu kerajaan bagi peruntukan sebanyak RM200 juta menerusi Cendana, tapi tak ramai penggiat seni yang minta. Kini, jumlah RM15 juta adalah kecil tapi dalam keadaan sekarang sudah dikira memadai.

“Hakikatnya kita ada ramai penganjur acara dan dicampurkan semua melebihi 5,000 produksi. Rasanya jumlah ini tak cukup tapi Insya-Allah jika kerajaan prihatin, mereka akan agihkan secara menyeluruh kepada semua.

“Ia cukup untuk menganjurkan program. Jika saya berhajat mengadakan konsert untuk barisan hadapan di Istana Budaya dan mereka boleh beri sekitar RM300,000 hingga RM500,000, okaylah. Seeloknya beri kepada mereka yang mempunyai rekod yang bagus dan bukan kepada yang baru nak mencuba,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima), Kapten Khir Mohd Noor melihat peruntukan sepatutnya diberikan kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan mereka yang agihkan. “Saya bimbang kerana kerajaan bagi geran tapi sebaliknya dijadikan pinjaman. Cendana pula lebih kepada penganjuran konsert.

“Saya amat setuju dan berterima kasih terhadap kerajaan yang masih ambil berat nasib penggiat seni. Namun, saluran yang diberikan tak kena pada tempatnya. Saya harap selepas ini Cendana perlu turun padang berbincang dengan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan lain-lain persatuan untuk mendapatkan perkembangan lanjut situasi sebenar industri seni tanah air,” katanya.

Sementara itu, Penganjur Konsert Cinta Buatan Malaysia Search & Awie #Apologia, Mubarak Akhtar dari HS Shazlicious Trading berharap peruntukan ini dapat membantu penganjur sepertinya yang berada dalam keadaan tersepit akibat pandemik Covid-19.

Mubarak berkata, konsert berkenaan yang ditangguh ke 12 Disember dilihat seakan sukar diteruskan kerana bimbang akan mencetuskan kemarahan orang ramai ketika virus Covid-19 masih menular. “Saya insan kerdil yang mengharapkan bantuan. Untuk teruskan konsert seakan sukar kerana nanti orang marah. Untuk buat secara maya, orang kita bukanlah biasa sangat dan tiada penaja. Jadi saya terpaksa tunda sehingga tahun depan.

“Manakala Konsert Romantika Awie yang dijadualkan pada Februari tahun depan di Sabah pun terpaksa ditunda kerana wabak Covid-19 yang tinggi di sana. “Diharapkan ada bantuan diberikan menerusi Cendana kepada penganjur seperti saya,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *