Hiburan ISU SEMASA Viral

INSTAFEMES INI MENAFIKAN DIA LAKUKAN PEMBEDAHAN PLASTIK, SEKALI ERRY PUTRA MASUK KOMEN BAGI KATA-KATA WIN YANG MENARIK PERHATIAN RAMAI

Tuhan telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik penciptaan.Manusia mempunyai bentuk fizikal yang terbaik berbanding dengan bentuk fizikal makhluk Tuhan yang lain. Tetapi terdapat manusia yang tidak berpuashati dengan rupa dan bentuk yang telah Tuhan ciptakan untuknya. Masyarakat kini dilihat gemar malah ada juga segelintir golongan boleh digelar sebagai taksub untuk melakukan apa sahaja untuk kelihatan cantik dan sempurna pada pandangan manusia. Mereka mengambil pelbagai alternatif untuk hal yang tersebut antaranya ialah melakukan pembedahan plastik.

Baru-baru seorang InstaFamous menjawab pertanyaan pengikutnya bahawa adakah dia melakukan pembedahan plastik kepada wajahnya terutama bahagian dagu yang kelihatan runcing. Lelaki itu menjawab bahawa dia tidak melakukan sebarang pembedahan plastik kerana proses itu menyakitkan dan salah disisi agama Islam.

Video Penjelasan

Dalam banyak-banyak komen video penjelasan dari Instafamous itu, yang menarik perhatian adalah komen dari artis bernama Erry Putra atau nama sebenarnya, Mohd Razlan bin Hamzah @ Ahmad. Erry secara berjenaka komen tanyakan adakah Instafamous itu salah satu watak dalam filem Marvel The Avengers yang dia tidak tahu. Komen tersebut mendapat like dan mencuit hati orang ramai. Niat Erry hanya sekadar bergurau bukan sebab lain.

Adalah haram dalam Islam mengubah ciptaan ALLAH SWT seperti menukar alatkelamin, warna kulit, bentuk wajah dan sebagainya.

Islam mengharamkan pembedahan plastik bertujuan selain kesihatan adalah berdasarkan firman ALLAH SWT:”Apa yang mereka sembah selain dari ALLAH itu, hanyalah berhalaberhala dan mereka tidak menyembah melainkan syaitan, yang dilaknat ALLAH dan yang telah mengatakan:

“Demi sesungguhnya, aku akan mengambil dari kalangan hamba-hambaMu, bahagian tertentu (untuk menjadi pengikutku).Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka dan sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan ALLAH”.Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari ALLAH, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata.” (Surah Al-Nisa, Ayat 117 hingga 119).

Terdapat juga hadis menyebut:
“Rasulullah melaknat perempuan yang mentatu dan minta ditatu, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya.” (Hadis Riwayat al-Tabrani).

KreditVideo: IG MstarOnline/awatsyeikh

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *