Uncategorized

4 Tahun Jadi ‘Bank’ Tanggung Mkwe Sambung Degree, Pemandu Lori SEDlH Iamaran Dit0lak Family

Bila tdak bekerja dalam sektor kerajaan, ramai yang memandang kononnya seseorang lelaki itu tidak mempunyai masa depan. Meskipun sukar dipercayai, namun kisah seorang pemuda ini mungkin bakal mengusik em0si anda. Hanya kerana bekerja sebagai pemandu lori biasa, siapa sangka j0dohnya bersama si cinta hati tamat begitu sahaja.

4 tahun susah payah tanggung teman wanita sambung degree sampai habis

 

 

Pemuda yang enggan dikenali namanya itu sempat berk0ngsi kisah sed1hnya apabila sudah 4 tahun bercinta dengan seorang gadis tapi terpksa berp1sah. Malah sepanjang bekas teman wanitanya itu menyambung degree di sebuah universiti awam, lelaki itulah yang sering menanggung segala perbelanjaannya.

Bila ajak nikah kena toIak sebab cuma kerja pandu lori

 

 

 

Saat sudah bersedia meIamar, siapa sangka hasrat itu ditoIak oleh gadis tersebut dan juga keluarga dengan alasan dia hanya seorang pemandu lori. Tambahan pula, bekas teman wanitanya itu sudah pun berjaya bergelar seorang guru manakala buah hati barunya pula bertugas di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Siap buat dua kerja, pandu lori belah siang dan jual burger waktu malam

Mengenangkan segala peng0rbanan yang sudah dibuat selama ini, lelaki berkenaan begitu terkiIan kerana merasakan dirinya ibarat dikh1anati begitu sahaja. Walaupun pasrah dengan apa yang berlaku, dia mengakui kejadian itu turut memberi kesan mendalam kepadanya.

Sumber: Facebook Zikry Adam via Group Gabungan Anak Terengganu

Kredit: ES

 

Kantoi Suami Banyak Kali Pegi Hotel Dengan Nak Murid Isteri. Terkedu Bila Isteri Tanya Benda Ni Kat Ank Murid Dia Sampai Tak Terjawab Budak Tu. Akhirnya Ini Yang Berlaku.

 

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum.

Tajuk yang aku sendiri keliru. Masih keliru.

Bila difikir, apa yang terjadi mungkin ada hikmah, ataupun mungkin teguran dan ujian dalam mematangkan rumahtangga.

Allahu. Kekadang rasa seperti membaca novel sedih, tapi kisah sendiri yang entah sekuat mana untuk kita sebagai hamba untuk redha.

Aku wanita bekerjaya, pensyarah di sebuah kolej swasta.

Sudah berkahwin dan memiliki sepasang cahaya mata.

Alhamdulilah.

Suami pun seorang yang berkerjaya sebagai engineer di syarikat konsultan.

It was a perfect marriage. 7 years of ups and down.

Dari gaji sekadar cukup sehinggalah mampu untuk memiliki rumah sendiri, percutian dengan anak anak dan semua yang dihajati. Alhamdulillah.

Suami yang penyayang, yang melengkapi segala keperluan zahir dan batin.

Ayah yang bertanggungjawab dan sentiasa melaksanakan kerja kerja rumah bersama.

Namun, naluri isteri memang adalah kurniaan Allah yang ajaib.

Wahai suami, bila mana kamu rasa kamu mampu, kewangan stabil, jangan pernah rasa hebat sendiri kerana itu semua adalah dari berkat doa isteri dan rezeki anak.

Naluri isteri, isteri akan tahu sekecil kecil perubahan bila kamu sudah mula khianat, tidak setia dibelakang. Hatta cara berpakaian, gerak muka, fesyen rambut, kesibukan yang dibuat buat.

Isteri tahu. Mana tidak, sehebat mana kamu berlakon, meyakinkan isteri, kamu tidak akan mampu memadamkan naluri yang dianugerahi Allah ini.

Aku mulai ragu, tapi aku tidak mahu bertanya. Pasti bila ditanya, dia tidak akan mengaku. Walaupun ada rakan yang sudah memberi hint. Tapi aku hanya mampu berdoa. Ya Allah, hanya engkau yang maha mengetahui.

Sekiranya apa yang aku ragui ini betul, Allah engkau tunjukkanlah kebenaran. Itulah doaku setiap sujud. Allah maha mengetahui.

Malam kejadian ketika aku dan suami sedang beristirehat dibilik tidur, entah macam mana, mata ku terlihat mesej whatsapp masuk yang dengan emotikon love love.

Aku lantas merebut hp suami dan membaca mesej tersebut. Allahu.. terasa dunia gelap, seluruh badan mengigil.

Nama yang terpampang adalah nama yang aku jumpa setiap hari dalam kelas.

Yang aku percaya sangat naif dan tidak pernah terlintas dalam fikiran selama ini, anak murid ku sendiri sanggup buat macam ni pada gurunya sendiri.

Ujian apakah ini Ya Allah. Aku tidak sekuat ini. Namun aku berterima kasih Allah, engkau tunjukkan tanpa perlu aku mencari. Jangan ditanya macam mana mereka berkenal.

Aku syak mungkin ketika pelajar ku menghadiri open house dirumah ku, atau pun di media sosial. Aku tidak mahu tahu.

Aku cuba untuk bertenang.

Namun air mata aku tidak berhenti mengalir. Mengapa kamu, suami yang begitu baik, dan anak murid yang aku selalu bimbing, yang setiap hari datang ke meja ku, sanggup mengkhianatiku seolah aku ini bdoh dan tunggul??

Aku rasa seperti mahu berlari tinggalkan semua. Tapi aku perlu tenang. Aku perlu kawal emosi.

Setelah puas merintih menangis dengan soalan yang bertalu talu kepada suami, aku akhirnya diam. Permintaan ku pada suami, agar merahsiakan perkara ini dari anak murid ini.

Aku malu.

Aku perlu tenang. Aku tidak mahu pelajar ini tahu yang aku sudah kedapatan hubungan sulit diantara dia dan suamiku.

Suami ku? Dia malah menyalahkan aku. .Dia kata aku selalu cemburu bta, aku tidak faham kerja dia, dan selalu marah marah. Dengan semua alasan itu, maka dia tidak setia.

Aku tanya sejauh mana hubungan ini, suami hanya membalas, “sekadar chat suka suka saja”. Well played. I am not stupid. I know what should I do.

Next day, semalaman berfikir apa yang perlu aku buat. Aku buat keputusan untuk berjumpa dengan pelajar ini.

Aku namakan dia S (read:sun**l). Sebelum bertemu, aku berdoa lama dalam sujud subuh, permudahkan dan persiapkan hatiku Ya Allah.

Aku memanggil S berjumpaku selepas masa kuliah. Dengan alasan untuk mengambil kerja dan nota dimeja.

Dia datang seperti biasa dengan ucapan ceria good morning. Aku? How well you played.

Aku tutup pintu dan duduk disebelah dia. Aku tenang dan genggam tangan S. Dia mula mengigil.

My first question, “How long you have been with my husband?”.

Dia tunduk dan nangis.

Dan memejam mata. Dia jawab, dia pun tidak sangka jadi seperti ini. Well, you know, we are teachers and we are trained to ask questions.

My second questions, “Tell me, how many times did you two checked in together? My husband told me everything. Everything”.

I did not expect this will come out from my mouth. It just came out.

Allah is great. Guess what? S tunduk dan menangis, dan mengiyakan semua. Aku rasa seperti nak pergi.

Muka dua anak aku terbayang bayang di kepala. Aku mula membayangkan aku terpaksa membesarkan mereka sendiri.

 

Maafkan mama sayang.

Benda ini terlalu berat untuk mama.

Okay, that’s it. Dengan semua rakaman pengakuan, I decided to end everything. I confronted my husband, he did not admit about the check in thingy. It was only lame chats and suka suka.

Go to hll. When I showed him the recording, he became silent.

Started to say sorry and asking for second chance. He cannot live without me and the kids. Oh how easy? That easy?

It happened week before the PKP order. .

Aku mengambil beberapa hari untuk berfikir sama ada untuk meneruskan atau tidak perkahwinan yang penuh penipuan ini. Aku tidak mampu.

Kepada Allah aku berserah. Suami? Serupa orang tak betul, merayu siang malam, menyesal dan taubat.

Bila aku sudah buat keputusan untuk membawa ke pejabat agama dan mahkamah syariah, proses tertangguh dek kerana PKP.

Tinggallah aku berdepan dengan suami dirumah setiap hari. Airmata peneman hati dan sejadah. Serius, sehingga ke saat ini, aku masih lagi melayan suami seperti biasa. Tapi, dalam hati Allah saja yang tahu. Aku tahu suami sungguh menyesali apa yang terjadi. mungkin apa yang terjadi adalah ujian untuk rumahtangga ini.

Namun, hati isteri hanya hamba yang lemah, parut dan kesan akan kekal sampai bila bila. the saddest thing about betrayal, it’s never comes from your enemies.

Doakan aku kuat. Aku masih keliru. Aku memikirkan tentang anak anak. Aku tidak mahu mereka membesar tanpa ayah. Ayah yang sungguh rapat dengan anak dan penyayang.

Tapi aku? Dengan semua perasaan yang ada, marah, keliru, tidak percaya…

Di setiap doa ku, aku tidak berhenti untuk meminta petunjuk, aku serahkan segalanya kepada Allah. Jika aku teruskan, apakah suami ku akan betul berubah? Sekiranya dia tidak setia lagi? Apa yang aku harus lakukan? Meneruskan atau tetapkan pendirian, sekali ditipu, damage done. Things will never be same again.

Kepada suami diluar sana, berusahalah elakkan perkara macam ni. Apa sahaja masalah dalam rumahtangga, isteri akan sentiasa boleh menerima dan berusaha untuk bertahan. Tapi tidak setia? Bukan semua isteri boleh menerima, tidak akan sama. Kepada isteri yang pernah menghadapi ini, aku doakan semoga kita semua diberikan kekuatan. Doakan aku. Semoga Allah tunjukkan jalan penyelesaian yang terbaik untuk aku dan anak anak, sehingga akhir PKP ogos ini. Wassalam…

Reaksi warganet

Marina Ibrahim – Ada kalanya perampas hak orang ni kurang ajar. 3 sem aku duduk dengan roommate yang berbeza yang masing masing kaki himpit laki orang. Pernah duduk dengan roommate yang ada affair dengan suami seorang lecturer. Laki tu pun sama je lecturer juga. Muka tak malu siap nak pergi faculti isteri lecturer tu. Nak tengok antara dia dengan bini lecturer tu siapa lagi lawa.

Balik bilik siap gelak gelak cerita dia lagi lawa dari bini orang tu. Akhlak tak sepadan dengan pakaian. Siap tolong jadi babysitter anak orang tu lagi. Kesian isteri tak tahu. Yang sorang lagi pun macamtu, sampai lecturer perempuan ni panggil semua pelajar perempuan nasihat. Jangan menggatal sangat.

Ingat lagi sorang lecturer ni cakap “awak tak kawin lagi memang sedap sibuk nak kacau laki orang, dah kawin ada anak kerjaya lagi tak terlayan laki tu kadangkala” Yang sorang lagi praktikal, jatuh hati dengan engineer. Punya biadap si laki ni call tengah makan bini masak, boleh dia jerit, “i ni makan maggi je tau tak. U makan apa isteri u masak, jangan jumpa i lagi”

Para wanita. Stop jadi haiwan menyondol laki orang. Jangan cakap tak boleh elak, antara korang nak atau tidak. My mom adalah ibu tunggal akibat haiwan menyondol dan aku tak pernah jumpa ayah sendiri, sebab mak aku sendiri pun lahirkan aku naik bus.

Wan Izzaty – Kalau suami jahat ni lain. Kalau suami yang tak abai tanggungjawab, semua okay di rumah, tiba tiba caught cheating, Allahu remuk redam rasa hati. Ditipu hidup hidup. Yang perempuan pulak anak murid. Lari bawak diri, bawak anak. The price he has to pay for the rest for his life.

Nurul Shida Zulkifli – Semoga puan tabah. Kalau saya, memang tak nak dan tak mampu la nak terima balik sebab tidak setia sampai tahap atas katil memang kenyataan yang sangat pedih. Dosa tu dah tentu tentu. Kalau dapat terima balik, takkan rasa cinta yang sama macam sebelum itu sebab confirm akan teringat ingat macam mana lelaki yang kita trust boleh buat hubungan terkutuk dengan perempuan lain.

Suri Norifa Bt Saidin – Terluka hati si isteri yang diduakan, kesian lahai. Semoga Allah memberi petunjuk, ketenangan untuk si isteri. Pelaku, usah ditagih kepercayaan lagi. Sampai bila bila kau tidak akan dapat. Curiga dan was was akan sentiasa menemani sang isteri. Peringatan juga pada suami yang buat hal yang isteri tak tahu lagi. Bina mahligai di dunia, binalah juga mahligai di syurga Abadi.

Sayangkan rumahtangga, jangan la ikut sangat kebdhan yang bersarang dalam kepala otak, macam hilang kewarasan akal fikiran. Semoga Allah memberi kebahagiaan kepada pasangan suami isteri di dunia ini… Aamiinn..

Nur Ain Yasak – Husband menyesal sebab da kantoi check in. Sebelum tu takda rasa bersalah pun dalam diri dia. Husband menangis sebab dia tahu.. Semua harta dan kekayaan ni takkan ada tanpa si isteri. Once isteri tinggalkan dia. Dia takkan ada apa apa.. Dia buat perkara tak senonoh dengan student tu? Dia ada niat nak peristerikan student tu ke? Macam mana dengan maruah dengan masa depan budak tu?

Entahla. Kita ni bila dah jadi isteri, lebih lebih lagi da ada anak tu. Buruk busuk suami kita redha ja. Tapi suami tu, fikir keinginan ja. Macam budak baru dapat mainan. Seronok? Bila da rosak, buang.. Ha macam tu la perumpamaanya.. Papepun, saya harap confessor mampu menghadapi ujian ini dengan baik.

Zaitun Ujang – Tak nak mcurah cuka pada luka. Cuma satu je nak kita renung bersama sama. Tanya diri, kenapa Allah bongkar perkara ini. Petunjuk Allah bagi, keputusan pada kita. Nak teruskan boleh, tetapi bkorban rasa. Sampai bila bila, pemikiran mu membayangkan ketidaksetiaan dia. Kepercayaan is zero..

Nak berhenti? terpulang. Kalau anak dijadikan alasan tak kan putus sebuah ikatan. Yang putus ikatan suami isteri sahaja. Puan kena stabilkan prasaan dan fikiran. Istikharah, minta Allah beri lagi petunjuk. Apa yang perlu di putuskan. Ingat, orang yang baik, akan pulang pada yang baik. Yang pendosa bukan diharmkan masuk syurga kalau dia sempat bertaubat nasuha. Wallahuakhlam..Turut simpati..

Sumber – Masih keliru (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *