ISU SEMASA Viral

2KM P0LIS KEJAR KERETA PROTON ISWARA INI SEBAB LARI DARI ‘R0ADBLOCK’. INI SEBAB KENAPA PEMANDU ISWARA INI SANGGUP LARI

Seorang lelaki ditahan polis semalam, selepas memandu secara melulu hingga mengakibatkan kecederaan dan kerosakan kepada pengguna jalan raya lain dalam cubaan melarikan diri dari sekatan jalan raya (SJR).

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, dalam kejadian 7 malam itu, suspek berusia 37 tahun yang memandu Proton Saga Iswara ditahan selepas usaha mengejarnya sejauh kira-kira dua kilometer berhasil.

Katanya, kejadian berlaku sewaktu suspek yang memandu dari arah Manong menghala Kuala Kangsar berhenti di bahu jalan berdekatan SJR yang dibuat susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berdekatan simpang kawasan perumahan Highland Park, di sini.

Beliau berkata, suspek kemudiannya memecut masuk ke kawasan perumahan itu sewaktu polis cuba menghampirinya menyebabkan beberapa kereta peronda polis mengejarnya.

“Suspek merempuh motosikal ditunggang wanita berusia 25 tahun namun masih enggan menghentikan keretanya. Bahkan dalam cubaannya meloloskan diri, suspek bertindak melanggar bahagian belakang sebuah kereta peronda polis yang memotong laluannya.

“Sejurus melanggar kereta peronda itu, suspek mengundurkan dan cuba merempuh sebuah lagi kereta peronda yang berada di belakang namun sempat dielak, justeru menyebabkan kereta suspek terbabas ke longkang di bahu jalan.

“Bagaimanapun suspek bertindak memecut kenderaannya hingga dia akhirnya berjaya ditangkap di Kampung Sungai Siput Hulu berdekatan kawasan perumahan Chandan Putri, di sini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Omar Bakhtiar berkata, pemeriksaan ke atas suspek yang berasal dari Sungai Siput mendapati dia peniaga secara kecil-kecilan dan tiada sebarang bahan salah dijumpai dalam kereta selain saringan air kencing mendapati dia bebas dari pengaruh dad4h.

tamat tempoh. Semakan juga mendapati suspek mempunyai satu rekod tangkapan mengikut Seksyen 30(3) Akta R4cun 1952, selain lapan saman atas pelbagai kesalahan.

“Penunggang motosikal yang dilanggar suspek patah pergelangan tangan kanan dan luka kecil di badan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membu-nuh.

Sumber: Harian Metro/inforoadblock/awatsheikh

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *