Viral

Ini badi myat. Balik uruskan myat, aku tertidur tp lupa mandi. Esoknya, post m0rtem. Sejak itu aku rasa lain mcm.

Baca perlahan-lahan dan ambillah Pengajaran apa yg pernah berlaku kepada saya ini. Jadikan ini sebagai panduan.

Foto sekadar hiasan.Sambutan cerita UiTM Lendu agak menarik, aku rasa macam dibawa kembali ke zaman 2011 dulu.

Zaman kejatuhan orang kata. Zaman yang tak gemilang, zaman rasa macam ah bosannya dunia masa tu. Rupanya 2020 lagi teruk!

Okay sebelum aku sambung kisah yang paling korang semua nantikan kisah nenek tua Tun Ali.

Aku rasa ada eloknya aku ceritakan kisah sebelum 2012 tu. Kisah yang aku kira cerita yang memulakan kisah kisah gelap hidup aku.

Cerita ni memang cerita yang aku katup rapat tak pernah aku hebahkan.

Disebabkan cerita yang tak aku umumkan ni lah orang selalu bercakap atas dasar apa gangguan gangguan ni kena pada aku.

Ada yang kata sebab aku tak solat. Ada juga yang kata aku tak jaga kebersihan. Tak kurang juga yang kata keturunan aku datuk moyang turunkan saka pada aku.

Macam macam sampai aku kadang kadang hanya angguk dan blah. Malas nak ulas, sebab sakitnya aku yang tanggung yang bercakap hanya mampu bercakap.

Yang sakit badan aku. Yang badan berbirat birat aku. Yang hilang suara aku. Yang dipandang serong aku. Yang hampir kena buang fakulti aku juga.

Jadi bagi aku simple kau tak tahu kau boleh cakap, aku pun boleh cakap cuma satu je aku tak boleh buat, buat orang lain diam.

Panjang pula mukadimah okay lah jom! So sekarang aku akan bawa korang ke tahun 2011, yang aku gelar Tahun Mayat.

2011, aku masih pelajar kejururawatan. Haah betul! Dulu aku student nurse dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Batch aku time tu dihantar ke kolej swasta; Kolej Kejururawatan dan Kesihatan Nilam. (Korang boleh search kolej ni, kolej ni dia nampak macam apartment tinggal, try lah search!)

Macam macam cerita jadi dekat kolej yang aku rasa tak berapa penting, tapi Tahun Mayat bermula waktu aku praktikal dekat Hospital Teluk Intan, Perak.

Wad 6A. Aku masuk kerja shift petang maksudnya jam 2 petang sampai 9 malam. (Ingat tau part ni!)

Aku ditugaskan untuk jaga sorang pesakit lelaki dari India, tahanan ISA. Dia terkena jangkitan kencing tikus waktu tu. Pesakit tu badan dia sebesar katil hospital.

Korang mesti pernah pergi hospital, mesti boleh bayangkan betapa besarnya lelaki tu. Hari hari bagi makan, minum, gerakkan position patient tu sebab tak nak kena blister, dan sebagainya.

Waktu aku baru je sampai ward, akak senior staff nurses semua tengah kelam kabut berulang alik masuk bilik patient aku tu.

Aku apa lagi campak bag tepi pintu masuk bilik tu terus menyelinap masuk bilik tu. Tak sempat lapor diri lagi pun, pantas.

Kalau student nurse mesti tahu, setiap kali praktikal akan ada buku log yang akan ditanda oleh CI (Clinical Instructor)

Setiap kali satu proses atau aktiviti kau berjaya selesaikan korang akan dapat tick dan waktu semester tu ada satu proses paling crucial yang memang jarang jarang ada student nurse dapat buat. Bab LO; Last Office.

Okay berbalik pada kes patient lelaki India tu.

Aku memang betul betul dekat hujung katil, betul betul dekat kaki patient tu. Aku yang tercunggap cunggap tengok staff staff nurses tengah buat CPR.

Sebab patient tu dah tak sedarkan diri. Nurses, dan pegawai pnjara IS4 bertukar ganti buat CPR.

Aku dapat peluang juga buat cpr sekali tekan dada patient tu, aku siap kena panjat katil buat cpr sebab memerlukan force yang sangat kuat, tiga empat kali pam aku give up aku pass baton dekat pegawai penjara tu. Bapak penat!

Aku berdiri balik dekat hujung katil. Part ni aku rasa kejam sikit. Aku tenung je patient yang aku jaga tu, dalam hati, “Tolonglah m4ti, aku nak buat LO”. Sumpah wei itulah benda yang terdetik dalam hati aku. (Astaghfirullah, sampai harini aku rasa berd0sa)

Tak sampai beberapa minit, heart beat patient tu memang drop dan akhirnya out terus. Staff nurses, pegawai penjara ISA semua dah ketepi.

Doktor terus umumkan masa kematian dia. CI aku dekat sebelah aku time terus keluar arahan, “Start LO”

Aku ingat aku balut dia, selesaikan semua dokumen, call bilik myat dan tolak myat ke bilik myat pun aku buat.

Selesai semua benda aku blah naik atas wad, dan sambung kerja macam biasa. Sampailah habis shift aku balik rumah, otw tengah berjalan kaki ke rumah tu dapat call dari bilik myat.

Dang! Abang bilik mayat nak ajak siapa siapa nak join buat post mortem patient India tu esok.

Ceh! itu je tak ada apa pun. Aku pun tanya kawan kawan lain dan ramai pun okay nak join post-mortem esok pagi.

Ingat lagi tak, aku balik kerja jam 9 malam? Ingatkan?

Okay, aku balik tu kerana kepenatan yang luar biasa aku tertidur dengan baju nurse yang aku pakai tu.

Aku time tu cuti (perempuan cuti), aku tidur dalam baju yang aku uruskan patient India aku yang meninggal dunia! Aku tak bersihkan diri langsung sampai esok subuh. Kau rasa?

Korang sabar jap belum sampai lagi akhir lagi cerita ni.

Esoknya post mortem jadi. Kitaorang student nurses excited lah ke bilik myat Hospital Teluk Intan. Memang macam tak ada perasaan takut ke apa ke, memasing siap selfie.

Krak! Krak! Bunyi abang bilik myat tengah kerat rib cage patient aku.

(Time aku tulis ni, aku tiba tiba teringat ingat bau dalam milik myat tu. Dan aku sekarang dah ubah location menaip, ke bilik kakak aku, meja aku kebetulan sebelah dia tingkap rasa macam ada yang memerhati pula, seram siot!)

Time dah belah rib cage patient tu, dorang keluarkan jantung patient tu, dibelah.

Dapatlah ktorang student nurses tengok secara real oh begitu bentuk aortic valve, left right atrium dan segala mak nenek aku dah lupa.

Last aku tengok, selepas digodek godek berapa orang student nurses, jantung tu dah memang tak berupa jantong dah.

Akhirnya abang bilik myat tu ambil dan masukkan balik dalam ruang dada patient tu dan nak jahit balik.

“Ada sesiapa nak try jahit balik?”. Abang bilik myat tu offer sambil hulur jarum yang sebesar jari manis aku.

Aku dengan pantas ambil jarum tu dan start cantumkan badan yang terbelah tu dan jahit.

Aku punya perasaan takut masa tu entah pergi mana tah. Tak takut langsung sebaliknya aku macam enjoy jahit orang. Jahit orang wei, bukan jahit baju.

Kitaorang semua balik dan buat macam tak ada apa apa yang berlaku. Balik rumah sewa makan dan tidur.

Dan dari situlah bermulanya episod episod aku boleh hidu, Boleh nampak kelibat. Boleh dengar sesuatu berbisik dekat telinga aku “takut yeee”. Dan akhirnya hampir terjun dari tingkat 13 (dalam keadaan tidak sedar).

Mungkin bagi orang lain benda ni cliche ke apa benda semua, tapi tak bagi aku. Sebab sampai sekarang aku ingat apa seorang ustazz tu cakap pada aku. Ini B4di myat!

Ada juga yang sarankan aku mandi air yang mandikan myat tu untuk buang badi. Apa ke gila patient tu pun dah dihantar balik ke India. Mana pula nak cari.

Setelah beberapa episod kejadian kejadian aneh, mak aku akhirnya decide untuk berhentikan aku dari teruskan nursing. Jadi sebab tu lah aku seterusnya masuk UiTM Lendu.

Reaksi Warganet

Haida Hamzah –Rasanya masa zaman studen nurse lah bila kita buat LO, macam satu wad tu berpesan, “nanti balik kolej mandi terus ya dik, nanti balik kolej mandi terus ya dik, nanti balik kolej mandi terus ya dik”. Didarabkan 40x hahaha.

Ya memang, balik kolej terus pergi toilet mandi terus. Bilik pun tak masuk. Takott woooo dah la duduk asrama sebab tu kot akak akak misi caring masa zaman studen dulu. Huhu

SH Norhasshikin –Teringat pulak kisah jiran sebelah. Seorang SM P0lis. Balik rumah dalam pukul 1 pagi lepas urus myat Indon.

Guna jalan belakang untuk masuk rumah (rumah teres). Baju seluar dia tinggal dekat luar je. Esok nya dia lupa nak cuci.

Malam tu anak bujang saya nampak ada orang berbulu macam mawas duduk mencangkung dekat belakang rumah dia.

Saya cerita balik dekat jiran, baru dia teringat baju yang dia tinggal dalam baldi belakang rumahh. lepas cuci, dia pagar rumah dengan ayat suci dan garam lada hitam.

Ruziah Othman –Teringat masa dulu, aruwah abah nak sangat saya jadi nurse. Tapi dalam hati tobat la nak jadi nurse bila saya dengar cerita, nak jadi nurse kena tengok myat. Jadi saya berusaha cari kerjaya lain.

Saya memang takut dengar perkataan myat sebab ada pengalaman menakutkan masa kecik berkaitan myat.

Tapi bila abah meningal, sikit pun saya tak takut. Bacakan yasin sebelah myat abah. Tapi ketakutan saya pada myat lain sampai sekarang tetap ada….

Dah masuk kerja, kawan kawan selalu ajak pergi berziarah bila ada orang meninggal. Seboleh mungkin saya mengelak untuk pergi.

Hinggalah sekarang sorang member tu dah faham dan tidak mengajak saya lagi untuk pergi berziarah.

Saya bukan sengaja taknak pergi tapi saya tahu saya lemah semangat. Pengalaman saya tngok myat masa kecik buat saya trauma sampai sekarang..

Siti Rahmah –Mekanik kereta saya, bawak saya tengok sparepart untuk masuk keta saya. Otw nak pegi tu dia ada bagitau pagi tu dia baru balik dari melawat orang meningal. Siap masuk Liang lahad turunkan myat.

Akak tanya dah mandi semua? Dia kata mana ada, terus balik bengkel buat kerja. Perghhh.

Dalam hati cakap, kental ati ko Roy. Eh, tiba tiba dia rasa nak demam, otw nak balik pulak, dia memang betul betul demam siap mengigil. Pakej tak boleh bawak keta.

Saya suruh dia Park kereta kat Station minyak. Belikan air mineral, baca kan selawat dan minta dia minum.

Sambil tu saya suruh dia baca surah al-ikhlas tanpa henti. Alhamdulillah, dalam 10 min dia OK sikit. Last last akak yang drive keta balik. Chiss..

Mungkin kebetulan, tapi kalau balik menguruskan myat ni, elok la bersih kan dulu sebelum buat apa apa.

Cik Infinity –Masa aku student, first time aku buat post mortem body seorang b4nduan.

Dah settel semua keje otw nak tukar baju dan buang PPE, sorang PPK bilik myat ni pesan “nanti balik mandi terus, jangan naik tido atas katil. Kotor.”

Otw naik ward, sorang staff nurse ni pesan lagi dekat aku “Dik, balik nanti mandi terus tau.”

Dan bila dah sampai ward nak buat report, ada sorang doc Chinese (lect aku) tegur “macam mana case? Ok? You balik kolej nanti mandi terus, kotor.”

Aku balik kolej tak masuk bilik pun lagi terus mandi dekat toilet basuh semua baju baju yang dipakai lepas 3x kena warning. Haha

Tapi partner aku dia letih sangat kot, balik kolej terus dia tido. Malam tu dia meracau sampai guard naik pegang dia dalam bilik sementara tunggu ustazz datang. Seram

Norizan Mamat –Salam.Anak makcik dok buat latihan jururawat sekarang. Dah ujung sem 1. Dia praktikum/latihan kat klinik/hospital sana sini.

Kelmarin, dia wasap, katanya ada dua orang meninggal. Sakit jantung. Dia bantu uruskan bla bla bla.

Malam tu, abah dia tak boleh tido. Dok str3ss. Makcik rasa panik etek dia.

Makcik pun pesan kat anak, jangan dok tulis dalam wasap dah untuk takutkan abah dia. Hahaha

Abah dia ada masalah dengan jantung. Tapi masih berkira kira untuk buat test detail.

Saja dia nak takutkan abah dia. Hehe

Ada saja pengalaman anak nak yang jadi nurse ni. Macam macam yang ngeri dan eeee… Harap dia tabah utk jadi nurse nanti

Sumber – NS (Bukan nama sebenar) via IIUMC./Seleksimedia

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *