ISU SEMASA

Sebab Tunang Aku Hensem Dan Aku Pulak Gmuk.. Aku Nekad Nak Kurus..Tak Sangka Ini Pula Terjadi.

Foto sekadar hiasan
Badan aku agak gemuk sikit,tiba2 ada laki2 bagi kertas kecil,menjerit aku,tunang aku buat muka masam je

Aku kenalkan diri aku sebagai Eka (bukan nama sebenar). Berumur pertengahan 20 an dan sudah bekerja. Mesti korang pelikkan dengan tajuk kisah aku ni…

Okay macam ni. Aku gemuk sejak dari sekolah rendah sehinggalah aku habis study.

Berat aku dulu mencecah 80kg dan tinggi aku cuma 159cm. Memang kategori obesiti lah orang kata.

Walaupun aku gemuk, Alhamdulillah aku tak pernah ada masalah kesihatan.

Aku tak pernah kena buli atau disisihkan. Kawan-kawan aku semua baik-baik dan penyayang.

Seingat aku, orang luar tak pernah kutuk atau tegur aku gemuk. Kalau diorang cakap belakang tu aku tak tahu lah kan.

Cuma adik dan mak aku je la yang selalu nasihatkan aku untuk turunkan berat badan sebab dalam keluarga aku, aku seorang je yang gemuk.

Tapi setiap kali tu la ayah aku akan defend aku cakap aku okay je. Tak payah kurus. Asal sihat sudah. Tu yang penting.

Ayah aku selalu manjakan aku dengan belikan aku makanan sedap-sedap.

Kalau aku balik kampung, mesti dalam peti ais tu penuh dengan makanan kegemaran aku je. Disebabkan ni lah, sampai aku habis study, aku tak pernah terpikir nak diet sekalipun.

Dan ditakdirkan tunang aku pun perangai 2×5 je sama dengan ayah aku. Suka manjakan aku dengan makanan.

Tunang aku pun kuat makan jugak tapi badan dia agak sado sebab dia aktif bersukan.

Seorang engineer. Macam mana dia boleh suka dekat aku pun tak tahulah. Padahal banyak je perempuan suka kat dia. Bila aku tanya, dia akan cakap sebab aku comel dan peramah.

Aku kenal tunang aku kat stesen bas. Masa tu aku nak balik kampung sebab dah habis chambering di Selangor. Dia tolong angkat beg2 berat aku tu walaupun aku tak kenal dia.

Bila naik bas, rupanya seat dia sebelah aku je. Jadi sepanjang perjalanan, kami bersembang dan dia mintak no telefon aku dan fast forward, setahun setengah selepas tu kami bertunang.

Okay berbalik kepada kisah pasal kurus itu membebankan, masalah aku bermula bila aku start diet dan berat aku menurun.

Dalam masa 8 bulan, turun 35 kg. Sekarang ni berat aku 45 kg dan ya aku dah berjaya kurus.

Mesti korang pelik kan kenapa aku tiba-tiba aku diet.

Sebab utama ialah aku nak tampak kemas dan professional.

Dulu aku tak berapa kisah sangat dengan penampilan. Tapi sejak bekerja, aku tengok bos aku dan kawan kawan peguam yang lain pergi ke mahkamah nampak kemas dan professional.

Walau aku pakai sekemas mana pun, disebabkan badan aku yang gemuk, aku rasa macam aku nampak tak professional.

Bila pakai jubah peguam (robe) aku rasa macam penguin yang tengah berhujah.

Semangat nak diet tu bertambah tebal bila adik aku bergurau kasar cakap nanti aku kahwin mesti nampak macam Handsome & The Beast tengah bersanding. Sebab tunang aku hensem dan aku pulak gemuk macam beast.

Eiii sentap betul aku time tu. Tapi bila fikir, betul jugak cakap adik aku tu. Lepas tu aku belek-belek gambar pertunangan aku dan aku terus rasa aku nampak macam beast.

So sejak dari tu aku pun start diet untuk nampak kemas dan juga untuk nampak cantik masa wedding aku nanti.

Tapi bila dah kurus ni, aku ingat aku akan makin bahagia tapi macam-macam pula masalah timbul.

Pertama, aku dah tak boleh pergi mana-mana sorang-sorang tanpa kena kacau dengan lelaki.

Dulu masa aku gemuk, aku tenang hati dan aman je makan sorang-sorang kat kedai mamak, kedai tomyam atau mana-mana restoran.

Jalan malam-malam nak pegi kedai runcit atau beli burger pun rasa selamat je sebab takde orang nak tengok atau kacau aku. Orang jahat nak culik pun mesti pikir dua tiga kali sebab aku gemuk mesti berat nak angkat bawa lari. Haha

Sekarang ni bila aku pegi mana-mana atau pegi makan sorang-sorang mesti ade je yang kacau. Tiba-tiba nak join makan sekali la, mintak no telefon la.

Paling aku rimas kena catcall. Padahal aku bukan pakai seksi pun. Pakai tshirt yang sama masa aku gemuk dulu, seluar sukan, selipar jepun, tudung senget2, make up pon tak. Bezanya cuma aku kurus.

Kedua, aku dah tak boleh jadi peramah macam dulu. Kalau aku ramah lebih sikit je, mesti ada lelaki yang salah faham aku sukakan dia dan mula la nak confess suka aku bagai. Padahal aku sembang macam selalu ja pun.

Ketiga, tunang aku jadi semakin cemburu. Tunang aku ni baik dari segala segi. Cuma satu je, kalau dia dah cemburu, dia tiba-tiba jadi garang dan pendiam. Pening aku nak pujuk.

Masa mula2 aku nak diet dulu dia macam okay ja. Dia sokong apa2 keputusan aku kalau keputusan aku tu membahagiakan aku.

Kemuncak cemburu tunang aku bila kelmarin kami pegi lunch kat satu kedai nasi campur ni . Tunang aku habis makan, dia bangun pergi basuh tangan.

Tengah aku dok sedap kunyah ayam goreng, tiba-tiba sorang lelaki ni datang kat meja aku dan bagi kertas kecik.

Aku pun buka la kertas tu sebab aku ingatkan lelaki tu ialah waiter restoran dan kertas tu tertulis harga makanan dan minuman kami.

Tapi telahan aku silap. Rupanya kertas kecik tu ada no telefon lelaki tu. Aku pun lempar kertas tu sambil dengan nada marah cakap, “saya dah tunang. Tak nampak ke tu tunang saya?”.

Lelaki tu selamba balas, “alah belum kahwin kan. tunang bila-bila boleh putus kan”.

Makin menyirap darah aku. Rasa nak karate je mamat tu kat situ. Tapi tak sempat aku nak balas, tunang aku dah balik ke meja dengan muka masam dan lelaki tu pun terus mencicit keluar dari restoran.

Aku cuba terangkan apa yang berlaku dekat tunang aku, tapi dia tak nak dengar.

Dia suruh aku terus pergi basuh tangan (ye tak sempat makan habis pun ayam goreng sedap tu huhu) dan tunang aku terus pergi bayar dekat kaunter.

Lepas tu dia suruh aku masuk kereta. Tunang aku diam membatu je sepanjang dalam kereta. Muka pun lebih masam dari cuka.

Sekarang ni aku rasa macam aku nak gemuk balik je macam dulu supaya hidup aku akan lebih aman dan sentosa.

Tapi tu la, baju nikah dan baju wedding aku pun dah tempah ikut ukuran aku yang sekarang ni. Kalau aku tiba-tiba mengemukkan diri balik, nanti tak padan pulak baju-baju tu. Tarikh nikah pun lagi 2 bulan je.

Bila aku cerita dekat best friend aku, dia cakap apa yang aku hadapi sekarang ni adalah dugaan dalam pertunangan.

So, just chill & relax, berdoa banyak2 dan jangan nak mengelabah makan banyak-banyak untuk gemuk balik.

Setakat ni lah luahan aku. Terima kasih banyak kepada yang sudi membaca.

– Eka (Bukan nama sebenar)

Kredit: utusanviral

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Lelaki Ini Nikah Dengan Gadis Asli..Nekad Pasang Camera Dirumah Bila Isteri Selalu Leb4m Dan Ceder4

 

Admin, ini akaun fake.

Taksanggup nak guna akaun sebenar.

Tak mampu jika ada orang tahu tentang aib yang berlaku dalam keluarga saya sendiri.

Semasa saya menulis ini, sudah tiga bulan saya dan isteri tinggal berasingan dari ibu saya.

Saya berkahwin dengan isteri sejak 6 tahun yang lalu.

Dia adalah wanita pilihan ayah saya.

Isteri saya tidak pernah bersekolah sejak kecil.

Ayahnya orang Cina (driver lori balak) dan ibunya pula Orang Asli.

Mertua tidak berkahwin.

Isteri saya dider4 oleh neneknya sejak dari kecil.

Kemudian dijaga dan dibesarkan serta bekerja di gerai makan milik bapa saudara sebelah ibunya yang sudah berkahwin dan beragama Islam, tetapi tidak mengamalkan ajaran Islam yang sepenuhnya.

Ayah saya berkenan pada isteri ketika dia menyertai lawatan ke penempatan Orang Asli.

Dia mahu gadis itu dijodohkan dengan saya, katanya mahu menambah umat Nabi Muhammad dan kasihan melihat bakal isteri bekerja seperti kuli dalam keadaan yang tidak terurus.

Ketika itu, isteri belum mencapai usia 20 tahun.

Ayah ingin bebaskan dia dari kehidupan yang d4if.

Tambahan pula ketika itu saya baru saja putus pertunangan yang dimeterai hampir tiga tahun.

Oleh kerana hati yang lara, saya terima saja memandangkan bakal isteri cantik, campuran Cina dengan Orang Asli.

Cuma dia tidak tahu membaca, apatah lagi menulis, tidak tahu tentang dunia, media sosial apa semua pun tak pernah tahu.

Isteri saya tiada agama, tiada didikan agama sehinggalah dia berkahwin dengan saya, dengan nama indah yang dipilih saya sendiri.

Tetapi itu bukanlah isunya.

Hasrat ayah disambut baik oleh ibu dan ibu setuju serta memberi harapan agar perkahwinan dipercepatkan.

Ibu meminta saya dan isteri tinggal bersama dengannya agar ibu dapat dekatkan isteri dengan agama.

Lagipun ibu sunyi di rumah dengan ayah yang bergilir ke rumah isteri lain dan juga kerap out station.

Adik pula masih belajar di IPT.

Awal perkahwinan, kami keluarga yang bahagia.

Ibu mengajar isteri solat/mengaji dan saya mengajarnya menulis dan membaca.walaupun kadang-kadang terasa jerih kerana dia amat sukar untuk memahami apa yang diajar. .

Lidah yang tidak pernah membaca, masakan mudah untuk mengaji dan solat.

Walaupun bacaannya tidak lancar, saya selalu menjadi imam buatnya di waktu malam.

Lebih banyak dia mengikut saja pergerakan saya dari membaca bacaannya sendiri.

Makan tahun untuk mengajar isteri, akhirnya dia mampu solat dan mengaji sendiri walau ketika dia mengaji saya selalu ketawa sendiri kerana cara bacaannya seperti kanak-kanak.

Sesungguhnya Allah sentiasa menduga hamba-hambaNya.

Setiap suka, tentu ada dukanya.

12 Januari 2017 yang lalu, saya ternampak kesan berbirat di kaki kanan isteri lalu saya tanya kenapa.

Katanya, dia terlanggar bucu katil.

17 Januari 2017, ada kesan lebam besar di lengan sebelah kanan.

Saya menjadi semakin hairan tetapi bila ditanya, isteri kata dia terlanggar meja pula.

Dan yang menjadi semakin hairan, isteri semakin pendiam dan tidak banyak berbual.

Dia lebih banyak menyendiri di dalam bilik walaupun sewaktu saya ada di rumah.

Sesekali dia duduk berkumpul bersama.

Selepas menyiapkan kerja rumah, dia kemudian masuk ke bilik tidur.

Saya mati punca, tidak tahu kenapa.

Tetapi bila ditanya, katanya tiada apa-apa.

Saya sangat buntu pada minggu itu.

Bila tanya ibu, ibu cakap tiada apa-apa.

Saya mohon kepada Allah, sesungguhnya tunjukkanlah saya jalan apa yang perlu saya buat.

24 Januari 2017, isteri ada kesan lebam di dua tiga tempat belakang badannya.

Tiada cara lain untuk tahu kenapa isteri jadi begitu, saya berkongsi cerita dengan kawan baik. Katanya, “Camera will never lied to you”.

Memandangkan dia seorang cyclist, dia pinjamkan saya goPro miliknya untuk digunakan di rumah.

“Letakkan di tempat paling tinggi, keseluruhan ruang akan nampak.

Rekod hanya mampu selama 15 minit untuk setiap video tetapi jumlah rakaman selama 12 jam,” katanya.

*kawan, jasamu takkan pernah aku lupa.

Jam 6 pagi subuh keesokan harinya, saya letak GoPro senyap-senyap di atas kabinet pinggan hiasan ibu.

Jelas nampak seluruh ruang tamu dan sedikit ruang dapur, dengan harapan

Allah tunjukkanlah saya bukti.

25 Januari 2017, saya bawa GoPro itu ke pejabat.

Ketika itu bateri sudah habis, maka saya perlu transfer data rakaman ke laptop untuk melihat rakaman video yang telah dirakam.

Saya tak sabar menunggu waktu rehat, supaya saya boleh melihat dengan tenang.

Sebelum saya membuka rakaman, saya berdoa pada Allah tunjukkanlah saya jalan yang terbaik.

Saya mainkan satu rakaman demi satu. Kelihatan ibu keluar mengajar kelas Al-Quran jam 8 pagi untuk ke madrasah.

Sejurus itu kelihatan isteri saya keluar dari bilik untuk mengemas rumah, memasak di dapur untuk seketika.

Tiada apa yang pelik berlaku.

Namun jam 11.25 pagi, ketika ibu pulang dari mengajar, isteri yang sedang menyapu di ruang tamu tidak semena-mena ketika ibu melintasi isteri di ruang tamu, ibu tarik rambut isteri dari belakang lalu dihumban kepala isteri ke lantai.

Saya tergamam!

Betulkah apa yang saya lihat ini?

Saya ulang sekali lagi, ulang dan ulang.

Ketika saya melihat video itu, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya.

Jelas dalam rakaman itu, isteri saya sakit dan ketakutan membetulkan rambutnya.

Ibu datang semula dengan cepat dan ambil penyapu yang jatuh kemudian dilibas belakang badan isteri.

Tangan dihayun selaju-lajunya.

Isteri saya menahan penyapu dari terus memukul badannya.

Tetapi ibu libas lagi sebelum hempas penyapu ke badan isteri.

Ketika saya menulis ini, saya masih lagi tidak mampu mengawal perasaan, menangis dalam hati saya mengingatkan apa yang isteri saya lalui.

Saya tidak mampu menonton rakaman yang lain, terus tutup laptop.

Saya menangis di meja semahu-mahunya sambil mengenangkan isteri.

Isteri saya tidak pandai dalam serbia-serbi, tidak pandai membaca, menulis dan bercakap pun masih tergagap-gagap.

Dia juga takut berhadapan dengan orang yang tidak dikenali, tidak pernah mahu mengikut ke majlis keramaian kerana malu diperhatikan.

Saya berkahwin dan membawa dia tinggal bersama dengan ibu dengan harapan dapat merubah dia dari kehidupannya sebelum ini.

Dia dider4 nenek dan bapa saudaranya, dic4bul sepupu dan tiada siapa yang membela nasibnya sejak dari kecil lagi.

Sehinggalah dia berkahwin dengan saya.

Saya dengan penuh bangga dan mendabik dada kononnya saya telah menjadi penyelamat kepada isteri dari kehidupan yang malang.

Hakikatnya tanpa saya tahu, tiada bezanya kini dengan kehidupan yang lama dan yang lebih menyakitkan ialah orang yang paling saya sanjung sejak dari kecil, yang paling saya sayang, yang saya dahulukan dalam semua hal telah melukakan hati saya serta isteri yang saya amat cintai.

Saya kemaskan barang-barang di office dan beritahu kawan-kawan yang saya ada masalah kecemasan dan terpaksa pulang segera.

Saya offday. Sepanjang perjalanan pulang, saya menangis.

“Kenapa, kenapa ibu buat begitu pada isteri saya? Apa salah isteri saya?”

Setibanya di pintu rumah, saya nampak isteri sedang menjemur baju.

Ibu tiada kerana kelas mengajar ibu selepas Zohor.

Ketika masih di dalam kereta, saya menangis dan isteri melambai-lambai dan tersenyum pada saya.

Ketika saya melihat isteri, ssaya melihatnya dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang yang tidak pernah saya rasai pada sesama manusia selama saya hidup.

Betapa tulus dan baiknyamu wahai isteri.

tidak pernah walau sekali pun dia menceritakan apa yang ibu lakukan pada dia.

Apatah lagi nak memburuk-burukkan ibu saya.

Siapa tahu, kan?

Bila kita akan jatuh cinta lagi, jatuh cinta yang paling mendalam dalam hati.

Itulah yang saya rasakan.

Saya keluar dari kereta, isteri datang pada saya hulurkan tangan untuk disalam.

Saya terus memeluknya dengan erat kemudian menangis.

“Abang kenapa?” soalnya.

“Kita kemas kain baju, bawa yang mana perlu bawa sahaja. Penuhkan satu beg, cukup kelengkapan kita berdua untuk seminggu. Jangan tanya apa-apa,” kata saya padanya.

Ketika itu hati saya sudah tidak mampu nak bertahan, bimbang tidak dapat mengawal emosi.

Sesungguhnya Allah telah memberiku amanah untuk dijaga dan amanah ini akan saya jaga selagi mana hayat saya masih ada.

Sepanjang perjalanan pulang dari office, saya telah merancang untuk membawa isteri tinggal di hotel sementara saya mencari rumah sewa.

Saya daftar masuk ke bilik hotel yang selesa untuk isteri agar saya tidak perlu risau akan keselamatan dia.

Saya mesej ibu dan beritahu saya bawa isteri pulang ke kampung pakciknya untuk seminggu.

Bila ibu tanya kenapa, saya langsung tidak membalas mesej ibu.

Ayah tidak tahu tentang hal ini kerana ayah selalu berjauhan.

Ibu saya seorang yang disanjung masyarakat kerana mengajar mengaji di madrasah, mengajar kitab fiqah di kampung-kampung sebelum, seorang yang berpengetahuan tinggi dalam agama, cantik berpakaian dan kemas sentiasa.

Menjadi contoh buat ibu-ibu yang lain.

Seorang yang saya sanjungi semasa kecil hingga dewasa dan juga bercita-cita mencari seorang isteri yang mempunyai akhlak dan ilmu seperti ibu.

Tetapi Allah temu dan jodohkan saya seorang isteri yang serba kekurangan, tidak berharta, tidak berilmu dunia apatah lagi akhirat.

Salasiah keturunan yang celrau, tidak pandai bersiap, tidak pandai mencantikan diri, tiada apa-apa yang dapat bandingkan isteri dengan ibu.

Tetapi Allah itu maha kuasa.

Saya temui cinta ikhlas, kebaikan dan ketenangan dalam hambamu yang paling serba kekurangan.

Dia isteri yang paling saya cintai.

Kini saya sudah menyewa sebuah rumah yang selesa buat kami berdua walaupun kecil.

Tetapi isteri saya teramat gembira.

Setiap kali melihat wajah isteri, perasaan kasih itu tersentuh sampai ke dalam hati perasaan rindu itu lebih kuat dari sebelum ini.

Untuk pengetahuan semua sehingga ke hari ini, isteri tidak pernah memberitahu saya tentang yang berlaku di antara ibu dan dia.

Setiap hujung minggu ketika cuti bekerja, saya bawa isteri pulang ke rumah ibu tetapi tidak pernah walau sekali saya biarkan ibu dan isteri berdua-duaan.

Tidak pernah dan tidak akan berlaku lagi.

“Kenapa pindah?” tanya ibu.

“Senang nak berulang alik dari office ke rumah,” jawab saya.

Ibu dan ayah tidak tahu di mana tempat tinggal saya.

Saya sayangkan ibu tetapi saya sayangkan isteri saya lebih lagi. Dia tidak punya sesiapa di dunia ini.

Hanya sayalah yang dia ada, hanya saya yang menjaga dia.

Dia tidak mungkin membaca luahan saya kerana dia tidak mempunyai akaun media sosial.

Dia tak mungkin membaca luahan saya kerana dia tidak mempunyai akaun Facebook dan tidak mampu membaca mesej shortform.

Ketika saya menaip ini pun, dia ralit dengan buki Harry Potter versi Melayu yang saya belikan untuknya.

Sudah berminggu-minggu, belum habis satu buku.

Bacalah wahai isteriku, sesungguhnya walau apa yang kami lakukan di dalam dunia ini, ada seorang yang sangat kasih padamu, yang hatinya tidak mungkin tidak mungkin berbelah walau sedikit untukmu.

Di dunia ini, mungkin kelihatan dirimu biasa-biasa sahaja, tiada istimewa tetapi saya harapkan syurga untuk kamu kelak.

Saya tidak pernah tahu dan tidak akan tahu mengapa ibu memperlakukan isteri begitu.

Saya tidak akan bertanya dan juga tidak mahu mendengar.

Walau hati ini seperti tidak dapat memaafkan ibu, tetapi apalah daya sedangkan isteri saya seolah-olah melupakan apa yang berlaku.

Mengapa saya yang perlu berlebih-lebih nak marah ibu?

Saya juga tidak tahu mengapa isteri saya tidak menceritakan apa yang berlaku, sejak bila diperlakukan oleh ibu.

Saya takkan mampu untuk bertanya, risau akan mengeruhkan keadaan yang seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Tetapi pada detak hati saya, setelah sekian lama mengenali isteri, saya dapat rasakan isteri takut akan kehilangan saya.

Dia tidak berkongsi cerita pada sesiapa kerana dia tidak mempunyai kawan atau saudara yang lain.

Dia tidak ceritakan pada saya kerana bimbang saya tidak percayakan dia lalu dia memilih untuk berdiam diri.

Namun Allah itu sentiasa ada untuk hambaNya yang teraniaya.

Seandainya, jika isteri saya ceritakan apa yang berlaku, tentunya saya tidak akan percaya. Jika tidak menonton video kejadian itu sendiri…

Kerana itu Allah telah mengaturkan jalan paling terbaik untuk saya dan isteri.

Buat para suami di luar sana, dengarlah apa yang isteri kamu rasa, apa yang dia lalui jika bersama ibumu.

Sesungguhnya layanan ibumu tidak akan sama di hadapan mahupun di belakangmu. Mohonlah pada Allah apa yang terbaik.

Saya telah meletakkan hati saya supaya sentiasa redha dengan percaturan yang Allah telah tulis buat saya.

Mudah-mudahan hati ini sentiasa kekal redha dengan apa yang berlaku.

Buat isteri, jika awak baca luahan ini suatu hari nanti, abang mohon maaf kerana telah meletakkan awak pada keadaan dianiaya oleh ibu abang, membiarkan awak menderita untuk seketika.

Tetapi awak perlu tahu, mungkin abang takkan selama-lamanya ada di sepanjang hayat awak.

Tetapi abang akan sayangkan awak sepanjang hayat abang. – HambaMu yang hina
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *