Hiburan OH HIBURAN Seni hiburan Viral

“Berani Kerana Benar” – Selepas Disam4n 3 Juta Akhirnya Awal Ashaari Dedah Perbualan WhatsApp

Nampaknya, kemelut antara Awal Ashaari dengan syarikat hiasan dalaman dan perabot makin berlarutan selepas Naz Carpentry menuntut ganti rugi sebanyak RM3 juta.

Kredit foto: IG Awal

Bagaimanapun, pengacara terkenal itu menafikan ada menerima sebarang dokumen mahkamah di Instagramnya.

Kredit foto: IG Awal

Suami kepada Scha Alyahya itu turut berkongsi perbualan seorang pelanggan bersama syarikat itu.

Kredit foto: IG Awal

 

Baru Je Eizlan Nak Sam4n, Sekali Kec0h Hans Isaac Akan Jadi Calon Parlimen

 

Kuala Lumpur: Pelakon yang juga Ahli Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Seri Eizlan Yusof bakal mengambil tindakan und4ng-und4ng terhadap bekas Pengerusi Finas, Datuk Hans Isaac.

Eizlan berkata, ia susulan tindakan Hans yang membuat tuduhan melulu dan tidak berasas dengan mengaitkan namanya terbabit dalam penyalahgunaan kuasa membabitkan syarikat produksi Exellent Pictures Sdn Bhd sehingga mendapat geran Dana Kandungan Digital (DKD) daripada Finas.
LEizlan berkata, Hans melakukannya di dalam kumpulan WhatsApp Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) pada 16 November lalu.
“Saya dapat tahu perkara ini apabila seorang ahli PFM menghantar tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp. Apabila saya baca memang terkejut sebab dia mengaitkan nama saya. Perkara ini menjadi bualan dalam kalangan mereka.

“Semalam, terdapat ahli PFM sudah menghenta4m saya secara peribadi dan mahu membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan R4suah Malaysia (SPRM) serta mendesak saya meletakkan jawatan.

“Bagi saya, ini isu besar kerana mereka berpendapat saya sudah salah guna kuasa sehingga dapat dana, sedangkan saya tak ada kena mengena dengan syarikat itu sama ada selaku pengarah atau pemegang saham. Apabila ditekan ahli PFM, bagi saya ia sudah melampau,” katanya.

Eizlan berkata, dia sudah melantik peguam daripada Tetuan Shaharudinali Azfarazmi & Co untuk tindakan selanjutnya.

“Saya sentiasa berpegang teguh kepada prinsip integriti. Saya menzahirkan kekecewaan atas tuduhan melulu dan tidak berasas yang dilontarkan sehingga mencemarkan nama, imej dan reputasi saya.
“Dakwaan ini memberi kesan secara langsung kepada karier dan perniagaan saya. Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana imej dan reputasi saya sudah terkesan akibat dusta ini, khasnya saya selaku Ahli Perbadanan Finas dan kredibiliti saya selaku penggiat industri kreatif yang sudah berkecimpung selama lebih daripada 20 tahun serta dikenali masyarakat dan industri perfileman negara,” katanya.

Sementara itu, Hans ketika dihubungi berkata dia akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu itu dalam waktu terdekat.

“Saya akan keluarkan kenyataan sedikit masa lagi,” katanya.

Kuala Lumpur: Penerbit dan pelakon, Datuk Hans Isaac menyerahkan kepada kepimpinan PKR dan masyarakat Ampang apabila namanya disebut-sebut akan bertanding sebagai calon parti itu di Parlimen Ampang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.Hans yang juga bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berkata, politik di negara ini memerlukan calon muka baharu sebagai ketua apabila dilihat didominasi ramai ahli politik yang lebih berusia.

“Kita mempunyai individu lama yang sama dalam arena politik dan itulah sebab rakyat Malaysia tidak berminat dengan politik. Kita memerlukan perubahan untuk masa depan yang lebih cerah tetapi ia adalah tanggungjawab kita untuk memilih dan membuat perubahan terbabit. Saya faham rakyat kecewa, tetapi kita tidak boleh berputus asa dengan apa yang terjadi dan ia sememangnya hak kita untuk memilih jalan yang betul,” katanya.

Biarpun namanya antara diketengahkan sebagai wakil rakyat di Ampang, namun menurut Hans, objektif utamanya kini adalah untuk memberikan fokus dalam membantu masyarakat di kawasan itu.

“Pasukan saya dikenali ‘Kita Budak Ampang’ akan memberikan fokus kepada program sosial bagi membantu masyarakat dan menghargai segala sokongan serta bantuan yang dihulurkan.

“Menjalankan program ini sendiri kadang-kadang memberi sedikit tekanan, tetapi memberi satu kepuasan yang besar apabila kita melihat impak sokongan kecil kita terhadap keluarga atau individu. Namun ada ketikanya, ia menjadi sukar kerana kita tidak dapat membantu semua orang pada satu masa, tapi kami cuba sebaiknya,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini adalah artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *