Hiburan Viral

“Kita hidup ini tak lama, sementara saja”-Jangan jadi batu api, pesan Azwan Ali kepada netizen

PENGACARA, Azwan Ali meminta netizen agar tidak menjadi batu api dan melaga-lagakan hubungannya dengan Nabil Ahmad yang dianggap sebagai adik dalam industri seni.

Azwan berkata demikian bagi mengulas insiden kekecohan pada Ahad lalu, apabila Nabil dikatakan telah menyindirnya yang kini kembali aktif dalam bidang pengacaraan ketika bersiaran langsung di konsert minggu keenam, Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7).

Azwan, 54, yang menjadi tetamu undangan dalam program MeleTOP pada Selasa berkata, dia tidak mudah melatah dengan apa yang diperkatakan netizen kerana lebih mengenali Nabil.

 

“Kita hidup ini tak lama, sementara saja. Setakat Nabil cakap macam itu, saya tak terasa pun. Kenapa anda semua nak besarkan isu itu?

“Sejak Ahad, saya dapat bertalu-talu mesej berkenaan perkara tersebut. Kami berdua tiada masalah pun,” katanya.

Azwan yang mengacarakan program Lagu Cinta Kita 2 sebanyak dua episod di TV3 juga berkata, rakan pengacara Nabil dalam GV7, Jihan Muse telah menjelaskan kejadian sebenar kepadanya.

“Ketika shooting parodi semalam (Isnin), Jihan telah dedahkan apa yang berlaku di sebalik tabir sehingga menyebabkan Nabil keluarkan kenyataan seperti itu dan barulah saya tahu cerita sebenarnya.

“Nabil tak sebut pun nama saya. Kalau saya nak saman pun tak boleh,” katanya berseloroh.

 

Sementara itu, Nabil, meluahkan rasa kesalnya apabila netizen seakan mahu melihat dia dan Azwan berbalah.

“Ada yang kata tak sabar nak tengok Nabil dan Azwan berperang. Mereka ini seakan-akan nak tengok kita bergaduh, tapi mereka tak tahu kita ni adik-beradik dalam industri,” katanya dalam progam yang sama.

Terdahulu sebelum itu, netizen tidak berpuas hati dengan tindakan Nabil yang dikatakan kurang ajar kerana menyindir Azwan berkenaan ‘selfie stick’ dalam siaran langsung GV7 pada Ahad lalu.

Berikutan itu Nabil menerima kecaman hebat di di Twitter di mana rata-ratanya menyifatkan apa yang dilakukannya itu sebagai tidak profesional, apatah lagi Azwan merupakan senior Nabil dalam bidang pengacaraan.

Sumber: Sinar/trandingsangat

Saya Maafkan Nabil – Azwan Ali

Pengacara sensasi, Azwan Ali tidak berkecil hati bahkan memaafkan andai benar Nabil Ahmad menyindir dirinya dalam siaran langsung program  Gegar Vaganza musim ketujuh, malam tadi.

Azwan atau nama lengkapnya, Mohamed Azwan Ali, 54, berkata, dia terlalu sibuk sehingga tidak mempunyai masa untuk memikirkan perkara tersebut.

“Saya tak tengok pun video katanya dia sindir saya dalam program itu. Tetapi kalau betul dia sindir saya dalam program siaran langsung, saya maafkan dia.

“Kalau betul dia berkelakuan begitu dan mahu bersikap kurang ajar, terpulang kepada dia. Saya tiada masalah dengan Nabil. Dia tak sebut nama saya kan, jadi lantak dia,” kata Azwan kepada Kosmo! Online sebentar tadi.

KEMUNCULAN Azwan bersama Elly Mazlein dalam program Lagu Cinta Kita musim kedua mendapat respons positif khalayak.

Bagaimanapun, Azwan yang mula berkecimpung dalam bidang pengacaraan sejak 1988 mengingatkan semua pengacara, sama ada baharu atau lama, hormatlah industri seni tanah air yang tidaklah sebesar mana.

“Saya tiada masa untuk berdendam dan ambil hati. Dunia hiburan kita terlalu kecil. Bagi saya, sindir-menyindir dalam program secara langsung tidak patut berlaku.

“Nasihat saya cuma satu , bukan sahaja kepada Nabil bahkan kepada pengacara lain, sila berhati-hati ketika program secara langsung sedang disiarkan.

“Saya takut sebab isu remeh seperti itu menjadi perdebatan besar dalam kalangan peminat sehingga boleh memusnahkan kerjaya seseorang artis dalam sekelip mata,” ujar Azwan.
Pesan Azwan juga kepada peminat: “Tidak usah besarkan isu-isu begini. Saya pun penat ingin melayan perkara ini. Kalau jumpa Nabil di luar pun, saya tetap akan senyum sahaja kepadanya.”

Semalam, Nabil Ahmad menerima kecaman hebat netizen gara-gara tindakannya memerli dan meniru gaya Azwan Ali yang kembali dalam bidang pengacaraan apabila muncul dalam program Lagu Cinta Kita musim kedua siaran TV3.

Tindakan Nabil atau nama penuhnya Ahmad Nabil Ahmad, 37, mengeluarkan ayat berkaitan ‘selfie stick’ yang sememangnya sinonim dengan Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA itu disifatkan kurang ajar oleh netizen.

“Not my level, shut up! (Bukan tahap saya, diam) Orang selalu pegang ‘selfie stick’ tiba-tiba pegang mikrofon, jadi macam itulah,” kata Nabil kepada juri tetap, Datuk Ramli MS dalam siaran langsung konsert minggu keenam GV7 itu.

Sumber:K! ONLINE/myku

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini adalah artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *