Hiburan ISU SEMASA Viral

“Tolong berhenti ceramah seperti anda tahu” – Sarah Hildebrand

KEPUTUSAN pelakon Sarah Hildebrand untuk tidak lagi mengenakan hijab sejak pertengahan Oktober lalu terus mengundang kritikan sehinggalah ruangan komen di akaun Instagram suaminya iaitu Otto Gillen turut dihujani pelbagai teguran dan nasihat daripada netizen.

Menjawab salah satu komen yang ditinggalkan, Sarah meminta individu berkenaan tidak lagi menghantar mesej yang kurang tepat mengenai hijab termasuklah soal hidayah di laman sosial milik suaminya itu.

Menurut Sarah atau nama sebenar Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, 30, tiada manusia yang berhak untuk mengadili seseorang kerana hidayah itu milik Allah.

“Bagaimana anda tahu bahawa Tuhan tidak akan membimbing saya ke jalan yang benar dan bagaimana anda tahu bahawa saya berada di jalan yang salah? Anda tidak tahu jadi tolong berhenti berceramah seperti anda tahu.

“Berhenti menghantar mesej yang salah kepada suami saya. Terima kasih… doakan yang terbaik untuk orang lain dan diri sendiri” katanya.

Sarah jawab pada satu komen yang ditinggalkan netizen di akaun Instagram suaminya.

Sarah menjawab salah satu komen yang ditinggalkan oleh netizen di foto pertemuan mereka bersama Pencetus Ummah (PU) Azman yang dimuat naik di akaun Instagram suaminya, baru-baru ini.

Dalam komen yang ditinggalkan itu, netizen berkenaan meminta Otto menasihati isterinya supaya mengenakan hijab dan mengingatkan wanita yang mendedahkan aurat tidak akan dimasukkan ke syurga.

Tak perlu beritahu apa saya perlu lakukan!

OTTO GILLEN

SUAMI SARAH HILDEBRAND

“Suruh isteri anda pakai tudung… sesiapa yang tidak memakai tudung tak dapat menghidu bau syurga. Isteri anda dah pakai tudung lama, kenapa tiba-tiba tanggal?” tulis netizen itu.

Sementara itu Otto berkata sebagai suami dia lebih mengetahui tindakan dan keputusan yang dibuat oleh isterinya itu.

Pasangan suami isteri ini bertemu PU Azman, baru-baru ini.

“Tak perlu beritahu apa saya perlu lakukan!” komen Otto.

Pada 14 Oktober lalu, Sarah memuat naik foto bersama suami tanpa memakai tudung di laman Instagram miliknya sehingga menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen.

Keputusan aktres itu untuk tidak lagi berhijab turut mendapat sokongan suaminya.

Pelakon drama Seindah Tujuh Warna Pelangi itu mula bertudung sepenuhnya sejak penghujung tahun 2015.

Sarah Hildebrand berkahwin dengan jejaka berd4rah kacukan Filipina dan Amerika itu pada 3 November tahun lalu.

Sumber:tehtarikkaw

“Saya sanggup lakukan apa saja demi untuk dapatkan…” – Fatin Afeefa


Fatin Afeefa membuktikan dia bukan hanya pelakon yang sering di kelilingi kontrov3rsi, tetapi merupakan seorang pelakon yang seharusnya diambil serius dalam bidang lakonan.

Mempunyai raut wajah yang jelita, Fatin Afeefa mengakui dia gembira bila mendapat tawaran lakonan yang lain daripada kebiasaan.

“Fatin nak orang tengok yang Fatin mampu bawa watak yang berbeza dan bukan setakat watak-watak biasa.

“Kepercayaan yang diberikan oleh pengarahnya Feroz Kader untuk Fatin sangat dihargai. Biarpun susah, Fatin beri sebaik mungkin untuk menunaikan watak yang diberikan,” kata Fatin ketika dihubungi Gempak.

“Saya sanggup jilat lantai supaya nampak real dalam lakonan tu” Fatin Afeefa

Melalui telefilem Kisah Ser4m h0spit4l, Fatin melalukan pelbagai perkara yang mungkin di luar dugaan.

“Saya sanggup jil4t lantai supaya lakonan saya nampak real dan tidak menggunakan CGI. Walaupun banyak kali juga saya tanya mereka sama ada dah lap dan cuci lantai ke belum,” kata Fatin sambil ketawa kecil.

Namun menurut Fatin, perkara itu masih dianggap kecil berbanding dengan babak di mana dia harus memakan paru yang sudah dicampurkan dengan pelbagai bahan untuk menampakkannya lebih seperti realiti.

“Bayangkan Fatin terpaksa makan paru yang besar tu dan dah dicampurkan dengan pelbagai bahan untuk nampak real. Kena nampak Fatin betul-betul gigit dan kunyah. Masa tu betul-betul rasa nak munt4h, tapi Fatin tahankan.

“Habis scene tersebut terus muntah. Balik rumah, berus gigi sekuat mungkin tapi masih lagi terasa apa yang dibuat ketika penggambaran,” kata Fatin mengingat kembali.

Dia juga bersyukur kerana digandingkan dengan pelakon seperti Fattah Amin dan Shahrol Kamal dan diarahkan oleh Feroz Kader.

“Walaupun belum pernah berganding dengan Fattah dan Shahrol, tetapi sifat saling bantu membantu dan sering berbincang membuatkan keadaan di set sangat baik.

“Ditambah pula dengan pengarah Feroz Kader yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan sabar membuatkan energy di tempat penggambaran sangat best dan happy untuk bekerja,” kata Fatin yang tidak menolak jika berpeluang lagi untuk berlakon di bawah arahan Feroz Kader.

Telefilem Kisah Seram h0spit4l bakal ditayangkan di saluran Astro Citra dan Citra HD pada hari Sabtu, 3hb Oktober, pukul 9:00 malam.

Sumber : Gempak/tehtarikkaw

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini adalah artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

>
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *