ISU SEMASA

Map bawa ikut jalan kubur, rider kongsi kisah ser@m trip malam hari… bau aneh masa rehat bawah flyover

SETIAP pekerjaan ada cabarannya yang tersendiri.

Bagi mereka yang bekerja sebagai rider, ragam pelanggan dan kesesakan lalu lintas sering menghantui tugasan mereka.

Namun, ada kalanya mereka turut diuji dengan gangguan-gangguan mistik.

Menurut seorang rider dikenali sebagai Rudy, gangguan mistik di sekitar ibu kota sudah tidak asing lagi baginya.

Berkongsi kisah-kisah yang pernah dialaminya di Twitter, ia turut menjadi tular dan meraih perhatian ramai netizen.

“Pengalaman jadi rider delivery yang sampai ke tengah malam sebelum ni. Nampak benda pelik-pelik tak pernah.

Perkongsian Rudy di Twitter turut mendapat perhatian beberapa rider lain. (Gambar Hiasan)

“Tapi bau, dengar, tiba-tiba angin tampar muka, ada. Padahal angin biasa je, sepoi-sepoi bahasa.

“Lepas tu baru-baru ni, bawah flyover. Pukul 10 malam, ada bau mi goreng dari celah hutan tu. Aku berhenti nak bakar rokok masa tu.

“Aku tegur… aku nak bakar rokok je, janganlah kacau. Start motor aku gerak,” imbasnya.

Alhamdulillah, belum jadi apa-apa lagi. Tuhan lindung.

RUDY

Pesan Rudy kepada mana-mana rider di luar sana, usahlah gusar seandainya berlaku gangguan mistik sewaktu bekerja pada malam hari.

Malah katanya, apa yang penting setiap individu harus memohon perlindungan daripada Allah.

 

“Alhamdulillah, belum jadi apa-apa lagi. Tuhan lindung. Korang yang jadi runner tu, tak kisah la brand mana pun, tak payah takut..

Percaya, tawakal tuhan sebab kita cari rezeki halal. Mintak tuhan lindung. Jangan start esok ada yang gantung beg atau kerja sampai 8 malam je,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, ramai netizen di Twitter turut memberikan pelbagai reaksi berhubung pendedahan rider tersebut.

Ada rider turut meninggalkan komen, berkongsi pengalaman ser4m yang dilalui mereka menerusi posting tular itu.

Malah, ada dalam kalangan rider lain turut berkongsi pengalaman hampir sama, termasuklah berkongsi lokasi-lokasi ser4m di sekitar ibu negara.

“Pernah dapat order hantar ikut map, bila dengar “you have arrived…” dekat semak samun, tak ada rumah pun kat situ.

“Aku tak pernah kena kacau lagi. Tapi ser4m juga hantar makanan kat rumah flat atau apartment yang tak ada lampu langsung kat luar ni. Laju je berjalan. Dalam kepala fikir bila nak sampai rumah customer? Lepas tu sesat pula tiba-tiba, alahai sabar je lah.

“Tu lah pernah juga dah malam dalam 11 lebih map bawa ikut jalan kubur. Kiri kanan dah gelap sepanjang jalan. Mula-mula tak perasan, tiba-tiba pandang tengok… tak tahu nak pusing balik ke nak terus je.

“Benda macam nilah yang buat kami respek rider macam kau bro. Terima kasih berkhidmat untuk kami semua,” tulis beberapa netizen.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber :mediaviral
Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Xoxo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *