ISU SEMASA Viral

“Mengalir air mata,” Akhirnya Dapat Bekalan Air Bersih Selepas 30 Tahun

Menerusi laporan Harian Metro, bekalan dari Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) mula disalurkan ke sembilan kediaman sebagai permulaan dan masing-masing sangat teruja apabila air bersih keluar dari paip di luar dan dalam rumah.

Menurut salah seorang penduduk, Ismail Hamat, 67, memberitahu sebelum ini dia berulang-alik beberapa kali dengan menunggang motosikal membawa tong 10 liter ke mesin air bertapis kira-kira 300 meter dari rumah untuk mendapatkan bekalan air bersih.

Mengalir air mata

Sambil mengalirkan air mata, dia berkata, selepas ini mereka sekeluarga sudah boleh mandi lebih daripada sekali berbanding sebelum ini, disebabkan ‘sayangkan’ air yang dibeli kerana perlu digunakan untuk keperluan lain termasuk memasak dan minum.

“Kami juga kerap mengambil air di masjid dan saya mengambil bersama cucu perempuan yang menunggang basikal.

“Hanya Allah saja yang tahu perasaan kami sebaik melihat air bersih keluar daripada paip dan disebabkan terlalu teruja, saya berkumur beberapa kali dan membasuh muka kerana ia tidak lagi masin serta payau seperti air telaga tiub sebelum ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

150 penduduk terkesan

Media sebelum ini menyiarkan kisah lebih 150 penduduk kampung itu yang berdepan dengan situasi tiada bekalan air bersih dan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk membeli air untuk kegunaan harian.

Malah, ada yang membawa bekas atau botol mengambil bekalan di surau dan masjid sekitar malah sebahagian besar membina telaga tiub walaupun air yang diperoleh agak berbau, masin dan payau.

Ismail berkata, banyak perubahan yang dirasai selepas ini antaranya pinggan mangkuk sudah tidak lagi berkarat dan pakaian juga akan kembali bersih tanpa warna kekuningan kerana sebelum ini, mereka mencuci menggunakan air telaga tiub.

Menurutnya lagi kelegaan juga dirasai apabila sudah tidak perlu berulang-alik setiap hari membeli air bersih untuk kegunaan mereka enam beranak termasuk dua anak istimewanya, Ahmad, 39, yang menghidap masalah mental dan tidak boleh bercakap sejak bayi, serta Mohd Suhaimi, 31, yang terlantar sejak tiga tahun lalu akibat diserang strok haba.

“Paling perit untuk memunggah air adalah ketika musim hujan dan bulan Ramadan kerana kekangan situasi ketika itu dan keadaan semakin teruk jika berlaku hujan lebat atau motosikal rosak.

“Hampir separuh daripada usia saya dihabiskan dengan mengangkut air dan banyak wang dihabiskan untuk itu, malah anak cucu juga jarang melawat disebabkan masalah air dan tidak mahu membebankan kami.

“Saya mewakili penduduk kampung ini sangat berterima kasih kepada kumpulan aktivis masyarakat Cempaka Merah Asnaf Society yang banyak membantu kami mencari ikhtiar untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijang, Mohamad Sulaiman, berkata perbincangan bersama Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sudah diadakan baru-baru ini dan masalah yang dihadapi sejak sekian lama itu akan diselesaikan dalam masa terdekat.

“Saya difahamkan buat masa ini, proses semakan sudah di peringkat akhir dan insya-Allah, ia akan selesai dalam masa terdekat kerana kita cukup faham kesukaran yang dialami penduduk,” katanya.

Sumber:yoynetwork

Artikal lain….

Hampir 9 Bulan Terpisah Dengan Keluarga di Singapura, Lelaki Ditemui M4ti Berseorangan Di Rumah

Seorang warga emas yang terpisah lebih lapan bulan dengan keluarganya di Singapura ditemukan meninggal dunia keseorangan di rumahnya di Taman Pelangi di sini hari ini.

Difahamkan mangsa, Er Chiang Seng, 77, tinggal seorang diri di rumah dua tingkat tersebut memandangkan keluarganya kini berada di Singapura.

Mangsa terbaring tidak sedarkan diri

Memetik laporan Utusan Malaysia, kejadian itu disedari oleh jirannya selepas melihat pintu belakang rumah mangsa dalam keadaan terbuka.

Menurut jiran mangsa, dia yang pelik dengan situasi itu dan bimbang sesuatu perkara buruk terjadi telah bertindak memasuki rumah tersebut.

Mangsa terbaring di dalam tandas

Ketika memasuki rumah tersebut, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati mangsa terbaring tidak sedarkan diri di dalam tandas.

Dia kemudiannya menghubungi pihak polis dan bomba pada pukul 10.44 pagi untuk mendapatkan bantuan.

Dua jentera dikejarkan ke tempat kejadian

Jelas Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Nordatul Badrol Abd. Rahman berkata, seramai 11 anggota dengan kekuatan dua jentera telah dikejarkan ke rumah warga emas itu sebaik menerima panggilan pukul 10.44 pagi.

Beliau berkata, ketika pihaknya tiba di tempat kejadian mendapati lelaki warga emas tersebut terbaring tidak sedarkan diri dalam tandas.

“Pegawai Perubatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini yang tiba membuat pemeriksaan kemudian mendapati warga emas itu sudah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

sumber:yoy

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini adalah artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *