Viral

Rakaman Dari Ibu Ini Cari Calon Menantu Untuk Anak Beliau Buat Ramai Tergamam, Hanya Syarat Ini Sahaja Yang Perlu Lepas

Aplikasi TikTok sememangnya popular dalam kalangan anak muda zaman kini dimana hampir kebanyakannya mempunyai aplikasi TikTok termasuklah kanak-kanak umur 6 tahun.

Disebabkan aplikasi ini banyak digembar-gembvrkan dengan cerita-cerita yang kurang enak dan  memberi kebvrukan kepada penggunanya.

Oleh itu tidak hairanlah ibu bapa melarangg anak-anak mereka daripada terus terjebak dengan aplikasi TikTok ini.

Ibu sporting suka bertiktok

Namun, bagaimana pula dengan ibu bapa yang terlampav sporting sehinggakan TikTok ini menjadi syarat dalam mencari calon menantu.

Begitulah kisah yang tular baru-baru ini di aplikasi TikTok apabila seorang wanita ini telah memuat naik sebuah klip video yang berjaya menarik perhatian netizen terutamanya buat si yang bujang yang sedang mencari calon isteri.

Klip video yang dimuat naik oleh ayurike Gavriel di aplikasi TikToknya berkongsikan bahawa dia sedang mencari calon menantu buat puteri kesayangannya.

Video yang dimuat naik pada 22 November yang lepas memperlihatkan wanita itu yang sedang merakam gelagat anak perempuannya yang sedang menari sambil ketawa.

Syarat nak jadi calon menantu, mesti suka bertiktok. Wanita itu hanya tersenyum sambil melihat gelagat anaknya itu.

Melalui caption yang turut disertakan di dalam video, syarat untuk menjadi menantunya juga adalah lain dari yang lain apabila lelaki yang ingin menjadi menantunya mestilah seorang yang ceria, suka berTikTok, rajin bekerja dan penyabar.

Raih lebih 6 juta views

Klip video ini berjaya ditularkan dan meraih sebanyak lebih daripada 6 juta tontonan.

Ada juga dari kalangan netizen yang menawarkan diri untuk menjadi menantunya.

Antara Komen

Semoga dapat suami yg baik & menjadi imam buat keluargax nanti.

Mesti anak dia dah ada b0yfriend. Orang cantik jaranglah slngle.

Sumber : LobakMerah/onlinemalaya

 

Suami ‘Naik Minyak’ Hempas Dapur Gas, Isteri Terlalu Asyik Berzumba Sampai Lupa Nak Masak

Setiap insan tak kira lelaki atau wanita semestinya memiliki satu rutin harian atau hobi yang gemar dilakukan, tetapi janganlah terlalu leka sehingga terlupa akan tanggungjawab dan hubungan dalam rumah tangga.

Terkini tular di laman Facebook mengenai seorang lelaki ‘naik minyak’ apabila mendapati isterinya tidak memasak kerana terlalu sibuk berzumba dengan rakan-rakan.

Isteri tak masak, sibuk berzumba

Kalau kita lihat dari video dikongsi Eris Riswandi, kejadian dipercayai berlaku di Indonesia itu menunjukkan lelaki terbabit bertindak di luar kawalan dengan menghempas dapur gas di hadapan isterinya yang ketika itu sedang asyik berzumba.

Keadaan mula bertukar kecoh apabila seorang wanita yang merupakan isterinya cuba memujuk dan menenangkan lelaki itu, tetapi dia tetap mengamuk sambil diperhatikan rakan-rakan zumba isterinya.

Masak dulu baru berzumba

Tidak diketahui bila kejadian tersebut berlaku, tetapi posting itu mendapat 5,700 perkongsian selain pelbagai reaksi daripada netizen.

Ada yang berpendapat bahawa si isteri perlulah mengutamakan tanggungjawab terlebih dahulu, manakala si suami pula tidak sepatutnya bertindak sedemikian. Siapa tak mengamuk bila masa untuk makan tiada dan dilihat isteri sedang asyik berzumba sampai terlupa untuk memasak.

Isterinya yang salah

Mungkin isteri dah banyak kali buat macam tu

Sumber: Eris Riswandi

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini adalah artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *