ISU SEMASA Viral

Aku b0leh lepskn kau, tp bg kami 2 org sister tu”. Dibawa pronda ke tgh pdg pasir. Jntung dh nk trcabut. Mnangis ktakutn aku dan kak su.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Kisah kali ni saya nak berkongsi saat dan detik pahit, detik mendebarkan, mencemaskan dan saat yang saya takkan lupa sampai hari ni.

Kisah ni masih segar dalam ingatan saya dan tak ramai sahabat sahabat saya di Saudi yang tahu. Perjalanan dari Riyadh ke Madinah lebih kurang 12 jam melalui jalan darat. Saya takder pilihan sebab nak pindahkan 4 luggage besar ke Madinah (transfer keje dari Riyadh ke Madinah). So atas persetujuan dengan bayaran RM1500 kepada seorang driver under hospital National Guard, Raaz.

Esok harinya kami akan mulakan perjalanan. Kami bertolak dari Riyadh, seperti biasa saya ditemani insan yang baik hati Kak Su Sueryana Mohammed Nor. Kami bertiga mulakan perjalanan dengan kereta Innova seawal pukul 8 pagi. Sempat saya buat breakfast nak makan dalam perjalanan, nasi goreng dan nuggets. Kak su bawa teh O panas. Sambil menikmati pemandangan kiri kanan ( takder apa yang menarik, seluas padang pasir) kami makan sambil berbual kosong.

Dalam lebih kurang 4 jam perjalanan tiba tiba kereta kami diekori sebuah kereta peronda dan membunyikan siren minta kami berhenti. Raaz stop tepi jalan dan dia keluar dari kereta ke p0lis peronda. 2 minit Raaz ke kereta kami dan minta kami serahkan Iqama kami (Saudi ID – macam ic). Lama juga Raaz bersama p0lis kat luar tu, hati dah mula rasa tak sedap.

Tapi bila fikirkan takder apa salah, saya dan kak su fikir positif je. Hampir 20 minit Raaz masuk kereta dan berkata, “sister, we’re in problem”. Alamak apahal ni… Peronda tu pegang iqama kami dan minta kami ikut kereta peronda tu. Saya asyik tanya tanya dengan Raaz kenapa.. kenapa.. kenapa dia pon tak tau. Allahurabbi… Hampir sejam ikut peronda tu tetiba mereka belok kanan ke arah padang pasir.

Seluas luas padang pasir yang takder apa kiri kanan. Lepas setengah jam saya nampak ada khemah khemah kecik. Beberapa p0lis tengah baring santai santai dalam khemah tu! Ya Allah tempat apa ni… depan sikit ada khemah lagi besar dan ramai jugak polis dalam tu. Ada yang tak berbaju, ada yang pakai singlet, ada yang tengah baring santai his4p sh1sa!!!!

Jantung ni rasa macam nak tercabut, pegang tangan kak su tak lepas, suasana tu sangat sc4ry. Kami berhenti betul betul depan khemah besar tu. Raaz di minta turun, kami stay dalam kereta. Saya nampak Raaz masuk dalam khemah dan duduk melutut depan polis yang tengah h1sap sh1sha. Tak tau apa yang dibualkan. Saya dalam kereta dan macam cacing kepanasan walaupon time tu cuasa sejuk sebenarnya.

Kak su nampak tenang je. Saya dah mula nak nangisss. Sejam berlalu, Raaz masih melutut depan p0lis tu. Sorang sorang p0lis ke kereta kami. Duduk dekat tempat driver dan menyoal kami macam macam soalan, nak ke mana, keje mana, kenapa pergi Madinah, anak berapa, macam macam lagi. Saya dah mula rasa tak selesa. Last sekali ada seorang polis lain masuk dalam kereta.

Kak su tanya apa masalahnya dengan kami? Polis tu jawab, “fi musykillah, anta sawa2 driver mafi mahram”. Eh dia kata, masalah besar, kami travel dengan lelaki bukan mahram. Apa yang bukan mahram, kami bertiga bukan berdua. Ya Allah, saya menggigil dan menggeletar satu badan bila baca SMS dari Raaz, “sister, whatever is happen don’t come out from the car! Just stay in the car!”

Saya menangis dekat Kak Su ketakutan. Hujan renyai renyai kat luar tu, kami kesejukan dalam kereta. Saya peluk kak su, Kak Su cuba untuk tenang. Dia bagi saya tasbih, “Ann, jangan macam ni, rileks, kita tak buat apa apa salah. Allah ada, Allah mesti tolong kita, percayalah, zikir banyak banyak ann’’ saya dah tak boleh focus.

Macam mana nak tenang, kalau apa apa jadi dekat kami di tengah padang pasir ni takkan ada saper saper yang tau. Dan kami tak tau pon lokasi kami kat mana time tu. Kak Su pon dah mula ketakutan. Ada jugak Kak Su call sahabat lain dan maklumkan, Cuma tak tau lokasi kat mana. Bayangkan hampir 5 jam Raaz melutut depan polis tu, akhirnya Raaz masuk kereta dan start enjin.

Katanya kena follow lagi kereta peronda tu ke balai polis besar Madinah. What??? Balai polis… apa salah kami… macam macam soalan saya tanya dengan Raaz tapi dia tak jawab, dia pon nampak takut. Kami terpaksa ikut sebab iqama masih dengan mereka. Tetiba dia buka dashboard kereta hulur kami beg kecik (dalam tu banyak namecard), suruh kami cari nama Yusuf Alsyamari dari Dammam, katanya dia ketua polis di Dammam.

Dalam beratus name card tu nasib baik jumpa. Raaz call dan saya pon tak faham apa yang dorang bualkan. Masa tu dah hampir nak maghrib, masih hujan renyai. Saya dah lepak, lemah sebab banyak menangis. Zikir, doa tak putus dari mulut. Ya Allah… tolong aku.. aku takut sangat… lindungi kami dari nfsu mereka. Sungguh takut yang teramat sangat.

Perjalanan hampir 2 jam ke arah Madinah, akhirnya kami sampai di balai polis besar. Saya dan Kak Su duk dalam kereta, Cuma Raaz yang keluar. Tiba tiba phone saya bunyi, abah! Abah call saya dari Malaysia. Ya Allah macam mana saya nak sorokkan perasaan ni?? Abah tau saya travel ke Madinah, abah risau sebab lama tak call update abah. Dengan husband pon saya takder call.

Bila abah tanya saya terpaksa berbohong cakap dah nak sampai Madinah, dan saya sorokkan perasaan takut. Kalaulah abah nampak airmata saya keluar tanpa henti… Ermmm saya minta mak abah doakan saya selamat sampai. Dalam hati, “Ya Allah kau gerakkanlah hati mak aku untuk doakan keselamatan kami agar kami selamat sampai”. Saya tau doa ibu tiada hijab dan akan dimakbul Allah.

“Mak… doakan adik mak….” Setengah jam berlalu. Tiba tiba Raaz masuk kereta dan pulangkan iqama kami!!!! Alhamdulillah katanya… Ya Allah tak terucap perasaan lega time tu. Raaz cerita, dia berselisih dengan ketua polis Madinah, (polis tu nak balik dah) pastu dia masuk balik dan tanya Raaz. Dia ke yang dari Riyadh? (mungkin dia yang dihubungi oleh polis dari Dammam).

Polis tu terus amik kertas dan sign, minta iqama kami dari polis peronda dan pulangkan pada Raaz. Ketua polis kata peronda tu bdoh sebab tuduh kami atas kesalahan travel dengan lelaki bukan mahram, sedangkan kami bertiga. Tapi kalaulah tak sempat jumpa ketua polis tu alamatnya kami kena bermalam di lokap!!!! Bayangkanlahhhh… sungguh Allah baik…

Allah selalu hadirkan insan yang baik untuk saya. Terima kasih Allah. Masing masing senyap 1000 bahasa sampailah rumah sewa saya, setel angkat luggage, Raaz ke hotel. Saya dan KakSu bermalam di rumah sewa saya. Raaz pesan esok nak balik Riyadh kena travel awal pagi lepas subuh. Ya Allah perjalanan yang terlalu penat dan letih, moga esok dipermudahkan.

Lepas subuh kami gerak balik Madinah, sungguh saya rasa tr4uma sangat sangat tengok kiri kanan padang pasir. Tak henti henti mulut ni berdoa. Akhirnya kami sampai ke pintu gerbang Riyadh. Barulah Raaz berani bersuara dan bercerita apa yang berlaku masa dia dalam khemah tu. Kebenaran pon terbongkar. Rupanya iqamah Raaz dah mti! Itulah sebab utama kami kena tahan dengan peronda, tapi Raaz rahsiakan.

Bila sampai kat khemah tu, polis tu tawar menawar dengan Raaz. Katanya, “Aku boleh lepaskan kau, tapi bagi kami 2 orang sister tu”. Saya naik marah bila dengar apa yang Raaz cerita, sebab sifat tamak dia nak RM1500 tu dia letakkan kami di situasi antara hidup dan mti! Kalaulah saya tau iqamah dia dah mti tentulah saya cari driver lain, Allahu… saya tak dapat bayangkan kalaulah kami ni di hadapkan depan polis polis tu..

Tapi Raaz rasa bersalah, dia cakap kat polis tu, walau ny4wa dia jadi taruhan, sanggup berbnuh tapi tetap takkan lepaskan kami kat polis jah4nam tu. Tu yang sampai 5 jam dia duduk mengadap tanpa mengalah. Astagfirullahhhh…. Menghela nafas panjanggggg… Walau macam mana pun Allah masih hadirkan insan yang baik. Walaupon dia sikit tamak tapi dia masih bertanggungjawab atas kesalahan dia. Baiknya Allah……

Saya begitu tak sangka pengalaman sepahit ni yang saya tempuh sebelum saya dapat manisnya. Setelah selamat sampai Malaysia barulah saya cerita semuanya pada husband dan family. Mereka menangis, patutlah mak abah husband saya tak sedap hati. Lepas abah call malam tu, mak menadah tangan berdoa keselamatan saya.

Doa seorang ibu, Allah kabulkan.. terima kasih mak… Ada banyak kisah kami dengar. Perempuan dari negara negara lain, di bawa lari polis, askar ke padang pasir, dirgol pastu dibnuh. takder saper yang tau. Itulah hakikat yang berlaku di bumi Arab. Selalu kalau Jemaah haji umrah mesti diingatkan, kalau naik teksi, lelaki naik dulu, kalau turun perempuan turun dulu.

Bukan peringatan yang saja saja. Ambillah iktibar dari pengalaman saya ni. Ada seminggu untuk saya berkemas baju dan kelengkapan husband dan anak untuk kami fly ke Madinah. Tak sabar rasanya nak mulakan kehidupan baru di Madinah. Next chapter, permulaan hidup kami di Madinah. Dalam pahit, pasti ada manis, Dalam manis, pasti ada pahitnya. – Sherifah Ismail (Bukan nama sebenar).

Reaksi Warganet

Fadhilah ali – Alhamdulillah….semasa haji dengan Agent Australia, kerana kami bertiga (famili) akan terbang ke Istanbul untuk meneruskan holiday selepas haji (yang lain pulang ke Brisbane), kami dinaikkan sebuah kereta(dan bukan bas kumpulan) kerana kata agent kami akan ke Airport berlainan. Lama kami tunggu untuk dapatkan passport kami dari suatu tempat.

Alhamdulillah kerana husnuzon dan Allah lindung, kami tak fikir apa2 yang buruk… selepas tu kami dihantar ke airport Jeddah dan berjumpa dengan jemaah lain. Saya bertanya juga kenapa keluarga saya dinaikkan kereta privet padahal kita semua akan jumpa di airport yg sama? Bila baca cerita ni… saya bershukur, kami sekeluarga selamat. Alhamdulillah.

Heloisa twist – Arab mmg mcm tu… yg jahat tu boleh kira bnyak…tapi x semua la jahat.. yg baik sguh mcm malaikat pon ada… yg jahat sejahat2nya… iqamah m4ti mmg salah besar…sehari denda berapa ntah..kat saudi saya x tahu..klo jordan denda sehari dekat 50 rgt..bygkan berbulan…bkn apa,kat sana bnyak kes seludup maid aleh2 jadi s3x sl4ve…

ada demand kot kat sana,ada yg agency tipu guna iqamah pelajar,rupanya dtg jdi maid, selalu indonesia n philipin..ada sorg rakyat indonesia ni kena tipu dgn agency,dtg jordan ingatkan jadi maid,rupanya pel4cur,dia lari jmpa arab yg baik..arb tu hntar dia kat budak melayu…

Ainil fauzi – Macam2 pengalaman j1jik saya naik uber dengan orang Arab Saudi. Bukan arab lain ya, arab saudi. Dengan ada yang offer diri nak dinner sama2, ada yang mintak urut dengan kita, ada yang minta no hp walaupun dah tau kita dah berkahwin dan ada anak. Terlalu banyak. Ini baru driver Uber. Belum masuk yg lain. So apa saya buat, setiap kali naik uber, mesti akan screenshot driver tu, and terus hantar pada kawan.

And saya takkan cakap berlebihan atau benda yang tak berkaitan. Kalau terlalu j1jik dengan kelakuan diorg, saya akan minta dorang stop dan akan l0dge rep0rt pada Uber. Memang bangsa ni bukan lah bangsa yang perlu kita hormati masa kini. Mcm mana pun, dalam setandan pisang, bukan semuanya busuk.

Kejora – Jgn la marah sgt kt raaz tu…dia sgt bertanggungjwab…kalau iqama dia hidup pn mesti ada helah lain yg polis peronda tu guna utk perangkap confessor n kwnnya… tujuan mereka mmg nak tarik confessor masuk dlm khemah n mahu kerumun confessor seperti semut hurung makanan….kalau stkt iqama m4ti tu hulur duit pn boleh setel…

sbb itu la kalau anda perempuan yg pergi ke negara dunia ketiga. xkira la anda kuat tara mn pn, hebat ilmu pertahanan diri tara mn pn, jgn la nk berani sgt…ini bkn sy tujukan kpd confessor sbb confessor bkn saja2 nk musafir….yg ni sy tuju pd kaki travel yg suka travel sendirian atau dlm group yg kecil…xkira laki atau pmpn.

Sumber:IIUMC/layansudah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini adalah artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *