ISU SEMASA Viral

‘Sya akn serahkan bhgian Baba’ – balu Mejar Mohd Zahir

KUALA LUMPUR: “Arwah tiada sebarang harta, dia sudah diisytihar muflis.”

Itu jawapan yang diberikan Balu Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, Nour Shafinar Harun, 31 ketika menjelaskan keadaan dirinya yang dituduh menafikan hak bapa mertuanya, A R Badul dalam kes pembahagian harta.

Jelas Shafinar, mengenai pertikaian berkenaan insuran kelompok yang diterima, memang dia sudah menerimanya namun buat masa ini dia masih belum memberikannya kepada pihak bapa mertuanya lagi.

‘Sya akn serahkan bhgian Baba’ – balu Mejar Mohd Zahir

“Arwah suami saya memang sudah diisytihar muflis pada perkahwinan pertamanya. Jadi bila dia berkahwin dengan saya, dia memang tidak ada apa-apa harta. Tiada rumah, kereta atau pun motosikal.

“Berkenaan insurans kelompok yang dipertikai bapa mentua saya ini, memang saya sudah dapat. Saya juga difahamkan yang difaraidkan adalah caruman arwah dan bukan ganjaran.

“Buat masa ini memang saya sudah bahagikan malah bahagian itu sudah saya beri kepada ibu mertua dan ibu angkat arwah suami saya. Manakala duit anak-anak arwah juga saya simpankan dahulu. Cuma bahagian baba (A R Badul) saya masih belum ada kesempatan untuk beri memandangkan kami tidak lagi berhubung,” katanya kepada Utusan Malaysia.

‘Sya akn serahkan bhgian Baba’ – balu Mejar Mohd Zahir

Sementara itu ditanya mengenai hubungannya dengan A R Badul ketika ini, kata Shafinar dia tidak nafikan hubungan mereka agak renggang selepas kematian suaminya. Malah dia juga buntu dengan apa yang berlaku memandangkan ketika ini dia menerima pelbagai tuduhan tidak berasas.

“Memang ada pihak sana meninggalkan pesanan di telefon tetapi tidak perlu saya kongsikan secara terperinci, cuma apa yang boleh saya cakap perkara ini sangat memberi tekanan.

“Sebenarnya hubungan kami sebelum ini okey sahaja. Cuma selepas kematian suami kami tidak lagi berhubung. Malah bapa mertua saya juga langsung tidak bertanyakan khabar lagi,” jelasnya.

Sementara itu, A R Badul hari meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada media apabila dia dinafikan hak ke atas harta peninggalan anaknya, arwah Mohd Zahir yang maut ketika melakukan demonstrasi keupayaan di Kem Kok Lawi, Sabah pada 4 September 2019.

sumber : zox

Selepas setahun permergian anaknya, AR Badul mula bersuara tuntut hak

MALAYSIA: SELEPAS lebih setahun kem4tian anaknya dalam kejadian pilu akibat tertemb4k, pelakon dan pelawak veteran, AR Badul tidak berselindung bahawa hubungan dia dengan anaknya, Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya tidak begitu rapat namun haknya sebagai bapa dinafikan.

Cerita Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie, 71, keadaan itu berlaku kerana mereka jarang bertemu selepas dia dan bekas isteri yang kini menetap di Sabah, Rusunjan Mohammad membawa haluan masing-masing.

“Sampai dia besar saya memang jarang lihat dia. Suatu ketika dulu saya pernah nak pergi ambil dia.

“Tapi anak-anak sendiri kata saya bukan bapa mereka… ini benar-benar terjadi,” demikian luahan Badul kepada mStar.

Badul ditemui di kediamannya di Taman Setapak, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Allahyarham Mejar Mohd Zahir meningg4l ketika melakukan demonstrasi keupayaan sempena pelancaran penubuhan Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) di Kem Kok Lawi, Sabah.

Ujar Badul, lebih kecewa apabila kisah keret4kan rumah tangga serta hubungan dengan anak-anak dijadikan alasan untuk menafikan haknya ke atas harta peningg4lan arwah Mohd Zahir yang m4aut ketika melakukan demonstrasi keupayaan di Kem Kok Lawi, Sabah pada 4 September 2019.

“Apabila terjadi perkara begini (kem4tian Mohd Zahir), pihak sana (bekas isteri) mengatakan saya tidak ambil tahu (tentang anak).

Bukan nak duit tu, tapi hak saya. Hasil sumbangan orang tu saya tak kisah, itu hak dia. Tapi berkaitan (hak) ayah.

“Tapi saya bapa dia… pihak ATM juga tak beri apa-apa kepada saya, katanya saya tidak layak. Malah insurans pun kata saya tak layak,” katanya.

Sebelum Badul pernah mendesak supaya inkues diadakan bagi mencari punca kem4tian anaknya itu namun menarik balik hasrat berkenaan demi masa depan tiga orang cucunya.

“Mereka katakan kalau saya nak buat inkues, anak-anak dia akan kehilangan hak. Jadi selepas memikirkan mengenai hal itu, saya tarik balik permintaan untuk inkues.

AR Badul melahirkan kekecewaan apabila haknya sebagai bapa dinafikan.

“Tapi yang saya nak inkues sekarang ini ialah sebagai bapa… dia larang saya untuk mendapatkan segala-galanya, dengan siapa nak minta tolong pun tak tahu,” katanya.

Tambah Badul lagi, dia tidak berniat untuk membolot harta peningg4lan arwah Mohd Zahir namun sekadar mahu kewujudannya sebagai bapa kandung diberi perhatian.

“Bukan nak duit tu, tapi hak saya. Hasil sumbangan orang tu saya tak kisah, itu hak dia. Tapi berkaitan (hak) ayah.

“Macam disekat, konon saya tak ambil tahu fasal anak sejak kecil… (kena ingat) saya ni bapa dia.

“Mungkin banyak cerita buruk saya tentang anak-anak diceritakan. Pihak sana katakan dia yang jadikan (didik) anak menjadi manusia… kata dialah,” ujar Badul.

Mohd Zahir, 36, pegawai komando daripada 11 Rejimen Gerak Khas, meningg4l dunia akibat terkena temb4kan ketika melakukan aksi demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah.

Akibat kejadian itu, pihak Majlis Angkatan Tentera Ke-578 (MAT 578) yang bersidang pada 17 September 2019 bersetuju untuk menaikkan pangkat Allahyarham kepada Leftenan Kolonel.

Allahyarham meninggalkan seorang balu iaitu Nour Shafinar Harun, 32, dan lima orang anak termasuk dua daripada perkahwinan terdahulunya.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini adalah artikel menarik untuk anda ikuti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *