ISU SEMASA

PiIu.. Isteri Syafiq Kucup Anak Untuk Kali Terakhir

Seberang Jaya: Suasana pilu menyelubungi perkarangan Unit Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini, apabila isteri pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Muhammad Syafiq Ahmad, iaitu Nur Amalina Norain diberi peluang mengucup anaknya buat kali terakhir.

Jenazah Muhammad Aisy Saqeef berusia 22 hari yang terkorban dalam kemalangan tragis di Kilometer 163 Lebuhraya Utara-Selatan di Sungai Bakap awal pagi ini, dibawa dari Hospital Sungai Bakap ke tempat rawatan ibunya di HSJ.

Sejurus jenazah tiba, Nur Amalina, 25, yang cedera dan dirawat di Wad 8 hospital itu dibawa turun dari wadnya dengan ditolak menggunakan katil ke bahagian Unit Forensik.

Nur Amalina kemudiannya diberi masa kira-kira 20 minit dan kelihatan wanita itu membelai dan mengucup bayinya beberapa kali.

Wanita itu turut diberi peluang menatap wajah ibunya Zainab Wahab, 45, yang turut terkorban dalam kemalangan tersebut.

Kemalangan itu turut mengorbankan pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti berusia 30-an.

Selain Muhammad Syafiq, 25, dan isterinya, anak sulung pasangan itu Aaira Nur Saffiya, 2, mengalami cedera ringan dan kini dirawat di wad kanak-kanak HSJ.

Muhammad Syafiq yang turut hadir ke HSJ dilihat tidak dapat mengawal perasaan dan berterusan menangis sambil ditenangkan ahli keluarga dan rakan-rakannya.

Jenazah kemudiannya dibawa ke Pendang, Kedah untuk urusan pengebumian.

Terdahulu di Nibong Tebal, Muhammad Syafiq yang berada di perkarangan Unit Forensik Hospital Sungai Bakap (HSB), dilihat menangis setiap kali didekati rakan dan saudara-mara malah dia enggan bercakap dengan sesiapa yang menghubunginya menerusi telefon kerana terlalu sedih.

Muhammad Syafiq berada di situ menunggu urusan bedah siasat anak bongsunya, Muhammad Aisy Saqeef serta ibu mentuanya, Zainab.

Suasana hiba dan sedih itu turut dikongsi adiknya, Muhammad Zulfadhli, 24, yang setia menemani abangnya itu dan beliau turut memaklumkan abangnya masih terkejut serta sukar menerima kejadian yang berlaku.

“Dia akan menangis setiap kali ada saudara mara atau kawan datang bertanyakan keadaannya selain enggan bercakap dan hanya menyebut nama anaknya sahaja…Aisy, Aisy,” katanya kepada pemberita ketika di temui di Unit Forensik HSB, di sini hari ini.

Sementara itu, Jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menzahirkan ucapan takziah kepada Muhammad Syafiq ketika hadir menziarahi pemain bola sepak kebangsaan itu di HSB.

“Beliau boleh mengambil berapa lama masa yang diperlukan untuk kembali pulih sama ada mental dan fizikal malah kami akan sentiasa memberi semangat dan sokongan. Kami semua mendoakan yang terbaik buatnya,” kata Tan.

Mengulas lanjut, beliau berkata tiada sebarang latihan yang dijadualkan buat Muhammad Syafiq ekoran pembatalan Piala Malaysia disebabkan pandemik Covid-19 sekarang ini.

MERTUA SYAFIQ DEDAH PETANDA INI BERLAKU 2 HARI SEBELUM ISTERINYA PERGI,

semntara itu

Aisy di mana?

Nibong Tebal: “Mana Aisy… Aisy dah tiada,” Itu ayat yang keluar dari mulut pemain kebangsaan, Muhammad Syafiq Ahmad, 25, ketika menunggu jenazah bayi lelakinya di Unit Forensik, Hospital Sungai Bakap (HSB), di sini, hari ini. Perkara itu dimaklumkan adiknya iaitu Muhammad Zulfadhli, 24, apabila melihat abangnya seperti tercari-cari Muhammad Aisy Saqeef berusia 22 hari ketika dia menemani penyerang Johor Darul Tak’zim (JDT) itu.

Muhammad Zulfadhli berkata, abangnya mengalirkan air mata apabila didekati rakan dan saudara mara, malah enggan bercakap dengan sesiapa berikutan terkejut dengan insiden itu.

“Abang terlalu sedih dengan pemergian bayi lelaki dan ibu mentuanya sehinggakan dia banyak berdiam diri kerana terlalu terkejut.

“Ramai yang menghubunginya, namun dia tidak mampu menjawab segala pertanyaan buat masa ini,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 4 pagi tadi, kenderaan dinaiki Muhammad Syafiq, 25, bersama lima yang lain terbabit dalam kemalangan di Kilometer 163 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Plaza Tol Jawi, di sini.

Kemalangan berlaku ketika kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyata Vellfire dipandu Muhammad Syafiq dalam perjalanan membawa isterinya, Nur Amalina Norain, 25 yang sedang pantang ke kampung mentuanya di Pendang, Kedah.

Turut berada dalam kenderaan terbabit adalah ibu mentuanya, Zainab Wahab, 45, dua anaknya Muhammad Aisy Saqeef dan Aaira Nur Saffiyya, 2, serta pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an.

Kemalangan itu mengorbankan Zainab, Muhammad Aisy Saqeef dan pembantu rumah manakala Muhammad Syafiq, isteri dan anak sulungnya cedera ringan.

Difahamkan, Muhammad Syafiq kebiasaannya akan pulang menaiki kapal terbang, namun dia memilih untuk memandu kenderaan sebelum kejadian berlaku.

Sumber : apeceritatv Dan Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Xoxo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *