ISU SEMASA Viral

Ckgu, sy dah boleh masuk asramalah, dulu mak tiri xbagi, skrg dia dah takde”.

Melihat dia melangkah masuk ke pagar asrama itu membuat aku berasa lega. Sekurang kurangnya makan minumnya terjaga.

Minggu lepas, ketika waktu NILAM di perpustakaan sekolah, dia datang dan duduk di sebelahku.

“Cikgu, mak tiri dan ayah saya dah bercerrai”, katanya dengan wajah yang begitu ceria dan tersenyum.

“Awak happy?”, tanyaku. Dia mengangguk laju, senyum.

“Oklah pergi buat NILAM dulu ya?”, aku mengeluarkan arahan.

“Ok cikgu”…senyumnya sampai ke telinga!

Usai waktu NILAM, dia berjalan seiringku.

“Cikgu, saya dah boleh masuk asramalah, dulu mak tiri tak bagi, sekarang dia dah takde”.

“Ok. Nanti awak pergi minta borang asrama dengan Cik Mie (penyelia asrama) di pejabat dia ya?”, pintaku.

“Ok cikgu”, dia jawab ringkas.

“Habis tu sekarang tinggal dengan siapa?”, tanyaku

“Sorang-sorang”, dia menjawab sambil senyum. Aku berhenti berjalan dan memandang mukanya.

“Siapa sediakan makanan? Siapa kejut pergi sekolah? Siapa jaga kalau sakit??” Berjujuk-jujuk soalan dariku.

“Sendiri”, jawabnya lagi. Allahu. Mataku berkaca.

“Cikgu, saya masuk kelas dulu tau, nanti lambat cikgu marah”. Aku mengangguk perlahan.

Anak ini namanya Aanas (bukan nama sebenar), 14 tahun. Fizikalnya kecil, memudahkan si tangan ceIaka itu mend3ranya. Pergerakannya terbatas.

Saat anak sebayanya bermain di waktu petang, dia terkurung di rumah melakukan pelbagai kerja rumah. Pernah “dibahan” gara-gara pulang lewat dari sekolah kerana aktiviti ko-ko.

Solat Jumaat juga dihalang pergi. Pernah dia dic3kik separuh m4ti, dipukol, tmpar,lemp4ng itu sudah makanan hariannya.

Ternyata “Bawang Putih Bawang Merah” itu bukan sekadar dongengan kan.

Aku kenal Aanas sejak tahun lepas, sewaktu mengajarnya subjek Sejarah. Ibu kandung dan ayah kandung bercerrai.

Adik beradik satu ibu satu ayah ada empat, dua bersama ibu dan dua bersama ayah. Sejak ayahnya berkahwin dengan ibu tiri, hidup anak ini penuh dengan s1ksaan.

Jarang-jarang Aanas makan ketika waktu rehat. Dia tidak di beri belanja oleh ibu tirinya.

Jika aku terserempak dengannya, aku akan hulur duit kepadanya. Itu pun beberapa kali ditolak olehnya, dia segan barangkali.

Tidak ramai yang tahu kisah anak ini di sekolah. Perwatakan yg ceria menyembunyikan deriita hidupnya.

Entah kenapa dia sering bercerita kepadaku tentang kisahnya walaupun aku tidak bertanya.

Hampir setiap kali kelas Bahasa Melayu (tiga kali seminggu) ada sahaja cerita tentang hidupnya.

Anak ini sangat baik. Meski kurang dari segi akademik, dia tetap menghormati guru. Rajin membantu guru-guru walaupun guru yang tidak mengajarnya.

Ayahnya? Jarang-jarang pulang ke rumah lantaran kesibukan mencari nafkah buat dia enam beradik.

“Cikgu, saya dah boleh masuk asrama Isnin depan, semalam Cik Mie bagitahu”, Aanas membuka bicara sewaktu kelas KOMSAS.

“Peralatan asrama dah siap ke?, tanyaku.

“Kena bawak apa cikgu?”, tanya dia dengan berkerut di dahi.

Aku mengambil sehelai kertas, dan menyenaraikan barang-barang keperluan asrama, lalu kuberi kepadanya.

“Erm, baju Melayu mesti tiga ke cikgu? Saya ada satu je”.

Aku jawab pertanyaan dia, dengan pertanyaan aku, “baju raya tahun lepas takkan takde?”

“Dah lama takde baju raya cikgu”, Aanas menjawab jujur. Aku tahan air mata.

“Takpelah, bawak je mana ada ya?”, kataku.

“Baju sekolah pun tiga?”, Aanas semakin gelisah.

“Kamu ada berapa pasang baju sekolah?”

“Ni jelah satu. Pakai daripada Isnin sampai Jumaat”, Aanas memegang kolar bajunya. Memang comot. Kotor.

“Duit biasiswa mana?” aku cuba bertegas.

“Mak tiri ambik”. Jawaban anak itu buat aku bernafas laju.

“Ner4ka punya mak tiri” bisik hati aku.

Aku bertanya lagi, “Isnin nanti datang asrama dengan apa?”.

Lama dia termenung, “saya datang dengan basikal saya boleh tak cikgu?”. Mukanya nampak sayu, seperti menahan tangis. Allahu. Empangan mata aku pecah!

“Ok semua, dah siap latihan cikgu bagi tadi?”, sengaja aku bertanyakan kelas 2M5 tu tentang latihan yang baru beberapa minit aku beri. Aku berpaling ke arah papan putih. Malu kalau Aanas nampak air mata aku ni!

“Allahu. Anak. Bagaimana mungkin kau berbasikal dengan beg baju, baldi dan peralatan yang lain? Mana ayah kau. Mana saudara-saudara kau.

Anak lain seumur kau masih dibelai diciom ibu ayah. Sedang kau sudah diuji dengan ujian yang tak padan dengan badan kau nak”, aku berbisik di dalam hati. Benaran aku sedih!

Wahai Anak. Tatkala aku mengeluh makanan tidak sedap, engkau masih berfikir mahu makan apa hari ini?

Tika aku mengeluh pendingin hawa di bilik itu rosak, engkau setiap hari berpanas berhujan mengayuh basikal usangmu kesekolah.

Sering juga aku mengeluh tiada baju baru untuk dipakai sedang engkau saban hari menggasak baju yang sama.

Apa aku layak untuk mendidik kau nak? Sabar kau menggunung. Semangat kau tinggi melangit. Akhlak kau begitu indah.

Allahu. Kau hantar anak ini sebagai tarbiah buat aku. Ampuni aku yang jarang-jarang mengucap syukur atas nikmatmu ya Rabb.

Allahuakbar…Allahuakbar…Allahuakabar….Anak..Kita ini biar miskin harta, Jangan miskin akhlak, Biar kurang pandai, Jangan kurang aj4r, Biar terlebih adab, Jangan terlebih b1adab.

Semoga kau membesar menjadi seorang insan berguna. Dijauhkan daripada anasir j4hat. Dipelihara Allah sepanjang masa.

Tuhan, jaga dia untukku. Aamiin.

Reaksi warganet

Asiah Hussin – Mgkin sekrg ank ni dah berjaya..Allah maha adil..setiap pend3ritaan Akn di beri kebhgiaan.

Hamizun Nayan – Sedihnya..teringat aruwah makayah,bertuah dan bersyukur rasanya dibesarkn dgn cukup kasihsyg..banding dgn ank ini,derita yg ditanggungnya.

Lina Nasrul – ada byk ja camni, cumanya ada yg mdh luahkan, ada yg pendam. sbg cikgu.. anda dkt dgn murid, anda org ke2 slps ibubapa..jgn mdh mghukum. dlm cite ni anas brnasib baik meluahkan pd seorang cikgu, yg benar2 layak jd ckkgu. x semua brnasib baik.

Bibah Joyo – Allahuakbar..berjujai2 airmata tua Kba jatuh….kesiannya….kita susah. …ada org lg susah….susah kita maseh boleh dikatakan senang hati kita bahgia …susah dia…zahir dan bathin..Allahuakbar semoga ada cahaya terang dipenghujung perjalanan hidup mu nak..semoga menjadi anak yg soleh dan sabar…Aamiin.

Shamsul Azwan – Pernah mengikuti cerita Anas ni…akhirnya dia dapt jumpa maknya Semula.. dan setuju nk duduk dengan mak nya..kalau tak silap.

Cikgu Liza – Cerita ni dah bbrp tahun berlalu. Saya pernah baca dlm group cgu2 Malaysia dulu dikongsikan oleh seorang guru perempuan.Rasanya Anaspun dah besar. Bagaimana agaknya khabar dia sekarang.

Nazzrul Aazizz – mcm nasib aku masa kecik.. tp bkn dgn mak tiri.. dgn mak sendiri..trima dgn redha sbb emakkan… sbb syurrga di telapak kakinya.. aruwah nenek slalu pesan.. mcmmana skali pun mak kita.

Dia tetap mak kita… stiap kali aku ngadu padanya.. alhamdulillah.. aku hidup hari ini atas pngalaman hari lalu.. yg penting sabar dan allah sentiasa ada utk kita.

Sun Mun – Allahuakbar…….lebih kurang sama dgn sy….sy sejak 14tahun memang berdikari tanpa makayah di sisi…..sek men byk lastly di ampangan seremban…..mlm keja security di rasah.

Siang berkejar ke sekolah sampai abis spm …..sendirin tapi selalu rasa ada Allah sentiasa membantu dikala susah dan menjaga dikala kesunyian……tq ya Allah for this life…..skrg sy dh berfmily n keja pdrm…. alhamdulillah tq ya Allah…..life goes on with Allah.

Nabila Hatifa – kite senasib dik , biar lah allah yang menilainye kelak , yang pernah alami sahaja akan tahu bertapa perit nye hidup macam ni inshallah dik kebahagian menanti suatu hari nanti , teruskan usaha dan jangan putus memohon kepada inshallah kebahagian menantimu.#AanasBukanNamaSebenar

Kredit: Gerimis Senja

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *