ISU SEMASA Viral

USTAZAH INI DALAM PERJALANAN UNTUK AJAR AGAMA TIBA TIBA DIRAGUTT. POLIS DEDAHKAN APA SEBENAR YANG TERJADI

Guru agama cedera dalam cubaan ragut.

Sabak Bernam: Perjalanan seorang guru agama wanita ke rumah anak muridnya untuk pembelajaran agama bertukar tragedi apabila dia ce.dera dalam cubaan ra.gut oleh dua lelaki di tepi jalan besar Sungai Tengar, Sungai Air Tawar, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, kejadian 4.30 petang itu mengakibatkan mang.sa berusia 23 tahun luka di lutut, peha dan bibir.

Beliau berkata, mang.sa menunggang motosikal dari Sungai Air Tawar ke Pekan Parit Baru melalui jalan besar Sungai Tengar, Sungai Air Tawar.

“Ketika melalui lokasi, datang sebuah motosikal ditunggang dua lelaki yang cuba mengambil beg tangan mang.sa di dalam raga motosikal.

“Suspek tidak berjaya mengambil beg tangan itu berikutan mang.sa menolak tangan suspek. Mangsa kemudian terjatuh di tepi jalan dan mengalami luka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Agus Salim berkata, tiada kerugian dialami mang.sa memandangkan beg tangan miliknya tidak sempat diambil suspek.

Menurutnya, siasatan di lokasi mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) dan tiada saksi yang melihat kejadian kerana ia berlaku di tepi jalan yang bersemak-samun.
“Mang.sa tidak dapat menge.cam sus.pek yang memakai helmet bertutup ‘bervisor’ selain tidak mengingat jenis dan nombor pendaftaran motosikal digunakan suspek.

“Siasatan lanjut masih diteruskan. Kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Kesek.saan,” katanya.

Sumber : HMETRO ONLINE

WANITA GELANDANGAN INI TERKEJUT DENGAN TINDAKAN ANGGOTA POLIS INI SETELAH DISAPA


Kuantan: “Saya lihat wanita itu berada di kaki lima berkenaan sejak petang ketika melakukan rondaan, saya mula terfikir dan bertanyakan kepada rakan kemungkinan wanita berkenaan tidak makan lagi dan lapar memandangkan hujan di sepanjang hari,” kata Koperal Mohd Hafiz Yusree Zahari.

Anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan itu menjadi perhatian berikutan rakaman video keprihatinannya dan rakan setugas memberi makanan serta minuman kepada seorang gelandangan di kaki lima di sebuah bangunan di Jalan Mahkota di sini, tular.

Menurutnya, dia yang menjalankan rondaan bersama Konstabel Muhamad Azrien Man di kawasan itu mula berasa kasihan dengan wanita terbabit selepas mendapatinya masih berada di situ selepas dua kali melalui jalan berkenaan.

Katanya, dia dan rakannya tergerak hati membelikan makanan dan minuman untuk wanita terbabit sebelum menamatkan tugasan rondaan pada 11 malam.

“Saya sempat bertanyakan kepadanya sama ada sudah makan atau belum ketika menghulurkan makanan kepadanya.

“Ternyata tekaan saya tidak silap apabila wanita itu beritahu dia belum makan lagi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

VIDEO

Menurut Mohd Hafiz Yusree yang bertugas sebagai anggota Unit Kereta Peronda Polis (MPV) Bahagian Pencegahan Jenayah Komuniti dan Kemasyarakatan IPD Kuantan, dia berharap pemberiannya itu dapat menggembirakan wanita berkenaan.

Katanya, video yang tular itu dirakam pada 2 Disember lalu ketika daerah berkenaan dilanda hujan.

“Ketika itu niat saya hanya untuk memastikan wanita itu tidak kelaparan,” katanya.

Kredit: HMETRO

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini adalah artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *